My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

Dua bulan selepas saya dan suami mendirikan rumah tangga, kami berbulan madu di London untuk empat hari empat malam (6 April hingga 11 April 2017). Syukur alhamdulillah, kami dapat book tiket penerbangan dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga promosi kerana rakan kami yang bermurah hati memberi diskaun kepada kami. London adalah destinasi berbulan madu yang kami pilih kerana saya ingin membawa suami saya melihat keindahan kota London, tempat dimana saya menuntut ilmu selama empat tahun. 

Biasanya sebahagian besar daripada bajet untuk bercuti di London adalah kos tiket penerbangan dan penginapan. Selebihnya - kos untuk pengangkutan, makanan, dan tiket entrance tidaklah sebesar penerbangan dan penginapan. Berikut adalah tips berdasarkan pengalaman kami.

Tiket Penerbangan:

Bagi anda yang membeli tiket dengan cara biasa dan inginkan harga yang murah, tunggu waktu promosi. Rajin-rajinkanlah diri anda untuk search pelbagai range tarikh di www.skyscanner.com.my (boleh create alert melalui e-mel juga). Cuba elakkan tarikh cuti sekolah dan hujung minggu. Paling murah yang saya pernah beli untuk penerbangan pergi balik KL-London semasa belajar di London dahulu, adalah RM2000 seorang

Penginapan:

Kami membuat keputusan untuk berbulan madu ke London agak last minute, kira-kira dua minggu sebelum tarikh kami berlepas. Oleh sebab itu, kebanyakan penginapan murah telahpun habis ditempah. Walaubagaimanapun, kami ditemukan dengan hotel yang dinamakan 'Wedgewood' di Bayswater, tempat strategik dimana terdapatnya banyak restoren halal, hampir dengan kemudahan pengangkutan awam, dan hampir dengan banyak tempat tarikan. Wedgewood hotel juga menyediakan sarapan percuma- jangan risau, yang dihidangkan cuma roti, jem, butter, air teh, dan susu. Makanlah banyak mana yang anda suka. Dengan harga lebih kurang RM300/malam, kami dapat tidur dengan selesa dan tidak perlu risau mengenai sarapan.

Itinerari- Merangkumi Makanan, Pengangkutan, dan Entrance Fee:

Berikut adalah itinerari kami untuk 3 hari 3 malam, lengkap dengan kos pengangkutan, makanan, dan yuran kemasukan (hanya untuk Hampton Court Palace) untuk dua orang mahupun seorang. Disertakan juga nota sebagai rujukan apabila hendak menggunakan pengangkutan awam (Piccadily, District, Circle, Jubilee, Northern, dan Central adalah nama-nama line keretapi bawah tanah). 

Bagi saya, tempat-tempat yang telah disenaraikan di dalam itinerari berikut sudah cukup untuk membuka mata anda pada keindahan kota London dalam masa tiga hari. Keseluruhan bajet untuk itinerari 3H3M ini adalah GBP142.7 seorang ataupun RM772.83 seorang bagi tukaran matawang RM5.42 setiap GBP1.


Berikut pula adalah itinerari untuk 4 hari 4 malam. Keseluruhan bajet untuk itinerari 4H4M ini adalah GBP167.5 seorang ataupun RM908.30 seorang bagi tukaran matawang RM5.42 setiap GBP1.







































Semoga penulisan ini dapat membantu anda membuat perancangan bercuti di London dengan bajet yang minimal! Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, boleh e-mel saya di haizumawatijamil@gmail.com. Saya akhiri penulisan ini dengan gambar-gambar semasa percutian kami di sana. 



Assalamualaikum. Sudah banyak peristiwa penting dalam hidup saya yang telah terjadi selama bertahun tidak menulis di blog ini. Peristiwa yang paling penting adalah perkahwinan saya dengan Muhammad Faiz Ishak, seorang lelaki hebat yang mulanya adalah kawan biasa sejak tahun 2008 lagi, dikenali melalui group Republic of 1991, group yang saya sertai dengan aktif setelah habis SPM.

Tetapi bukan kisah perkenalan kami yang saya ingin tuliskan, tetapi tentang kehidupan selepas berkahwin yang ingin saya bicarakan. Seringkali saya terbaca sana-sini nasihat-nasihat yang ditulis di internet bahawasanya hubungan pasangan yang telah bertunang ataupun yang telah berkahwin di awal 5 tahun perkahwinan akan dihujani dengan pelbagai jenis ujian, pelbagai onak dan ranjau, pelbagai pertelingkahan, dan bukan semuanya manis-manis belaka seperti yang diperlihatkan oleh pasangan-pasangan yang telah bertunang/berkahwin di social media.

Saya mulanya percaya- dan risau. Risau akan semua detik-detik pahit yang bakal saya alami sejurus selepas pertunangan/pernikahan sepertimana yang digembar-gemburkan.

Namun, apa yang kami alami adalah lebih daripada segala apa nasihat-nasihat yang diberikan. Memang ada masanya kami bertelingkah, tetapi pertelingkahan2 itu tidak boleh dibandingkan dengan semua detik-detik yang jauh lebih indah setelah hubungan kami halal. At least untuk sepanjang 9 bulan tempoh pertunangan dan 11 bulan 'jagung' perkahwinan kami ini. Dan saya berdoa agar hubungan kami akan sentiasa utuh, diberkati dan dilindungi Allah SWT.

Setiap pasangan adalah unik, jangan sesekali bandingkan dengan pasangan yang lain, semuanya diberi ujian yang berbeza. If things get tougher, just remember all the positive things, do not focus on the negatives. Sepertimana hubungan kita dengan keluarga kita yang tidak pernah putus, seperti itu juga hubungan kita dengan pasangan insyaAllah. Jangan takut untuk melangkah ke alam perkahwinan, jangan khuatir akan segala cabaran yang mendatang, kerana kebahagiaan berumah tangga itu lebih manis untuk diperjuangkan. Doa yang baik-baik sahaja. :)


11 bulan

Sudah hampir 11 bulan aku meninggalkan kota London, dan sudah hampir 7 bulan
aku menjadi wanita berkerjaya. Dalam jangka masa ni, banyak betul pengalaman yang
aku dapat, perkara2 yang aku belajar, dan memori2 yang akan aku simpan sampai bila2.

Dan antara yang aku ingin kongsi adalah kebahagiaan bila berada dekat dengan orang2
yang aku sayang. Kalau kat London dulu, rasa rindu boleh jadi sampai membuak2 sampai jadi
kemurungan. Dekat Malaysia ni, everytime weekend boleh jumpa sumber2 semangat <3

Sekarang ni aku dah boleh dikira sebagai orang 'kay elle'. Dulu aku ingat KL ni tempat yg
pening dan huru-hara, penuh manusia, malam2 nak tidur pun bunyi hon2 kereta. ternyata
sangkaan aku tu semua salah. mungkin sebab London dah mengajar aku bagaimana nak 
hidup di kawasan bandar. mula2 datang london dulu nak naik train tu sampai 3 bulan
baru betul2 faham. Alhamdulillah, sistem train yg sama buat aku jadi mudah nak
membawa diri keliling KL ni tanpa kenderaan sendiri.

Satu perkara yang agak memeranjatkan aku adalah pemandangan orang2 beratur 
untuk naik LRT setiap kali pergi dan pulang dari pejabat. SubhanAllah, ternganga jgk
aku masa mula2 tengok :) selama ni aku prejudis terhadap org malaysia (fikir yg org 
malaysia tak reti beratur) tanpa betul2 lihat situasi di tempat awam. Now, I know.
dan ramai juga yg laju sahaja offer tempat duduk pada mereka yg lebih memerlukan.
mentaliti kelas pertama di negara sendiri, alhamdulillah, i am really proud :')

pasal kehidupan sebagai wanita bekerjaya, alhamdulillah setakat ni semuanya ok.
made new friends and the colleagues are really2 nice and friendly. harap2nya lepas
dah dapat department nanti, aku jadi mudah nak menyesuaikan diri.

kadang2 tu, teringat jgk dekat the friends/acquaintances I made in London. 
classmates, kawan2 malaysian yg kenal throughout the four years. the people who made my 
life in London bearable. rindu jugaklah dekat mereka. semoga Allah jaga mereka :)

actually banyak sebut pasal 'london' ni sebab rindu dekat tempat tu.
rasa macam fasa 4 tahun tu cuma mimpi je yg habis sekelip mata.
sedangkan masa melaluinya terasa lama.
biasalah, kadang2 tu rindu lah.
tapi tetap gembira dan bahagia dengan kehidupan sekarang, alhamdulillah :)


Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino