My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

Kehidupan selepas berkahwin
Assalamualaikum. Sudah banyak peristiwa penting dalam hidup saya yang telah terjadi selama bertahun tidak menulis di blog ini. Peristiwa yang paling penting adalah perkahwinan saya dengan Muhammad Faiz Ishak, seorang lelaki hebat yang mulanya adalah kawan biasa sejak tahun 2008 lagi, dikenali melalui group Republic of 1991, group yang saya sertai dengan aktif setelah habis SPM.

Tetapi bukan kisah perkenalan kami yang saya ingin tuliskan, tetapi tentang kehidupan selepas berkahwin yang ingin saya bicarakan. Seringkali saya terbaca sana-sini nasihat-nasihat yang ditulis di internet bahawasanya hubungan pasangan yang telah bertunang ataupun yang telah berkahwin di awal 5 tahun perkahwinan akan dihujani dengan pelbagai jenis ujian, pelbagai onak dan ranjau, pelbagai pertelingkahan, dan bukan semuanya manis-manis belaka seperti yang diperlihatkan oleh pasangan-pasangan yang telah bertunang/berkahwin di social media.

Saya mulanya percaya- dan risau. Risau akan semua detik-detik pahit yang bakal saya alami sejurus selepas pertunangan/pernikahan sepertimana yang digembar-gemburkan.

Namun, apa yang kami alami adalah lebih daripada segala apa nasihat-nasihat yang diberikan. Memang ada masanya kami bertelingkah, tetapi pertelingkahan2 itu tidak boleh dibandingkan dengan semua detik-detik yang jauh lebih indah setelah hubungan kami halal. At least untuk sepanjang 9 bulan tempoh pertunangan dan 11 bulan 'jagung' perkahwinan kami ini. Dan saya berdoa agar hubungan kami akan sentiasa utuh, diberkati dan dilindungi Allah SWT.

Setiap pasangan adalah unik, jangan sesekali bandingkan dengan pasangan yang lain, semuanya diberi ujian yang berbeza. If things get tougher, just remember all the positive things, do not focus on the negatives. Sepertimana hubungan kita dengan keluarga kita yang tidak pernah putus, seperti itu juga hubungan kita dengan pasangan insyaAllah. Jangan takut untuk melangkah ke alam perkahwinan, jangan khuatir akan segala cabaran yang mendatang, kerana kebahagiaan berumah tangga itu lebih manis untuk diperjuangkan. Doa yang baik-baik sahaja. :)


0 pendapat bernas:

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino