My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

11 bulan

Sudah hampir 11 bulan aku meninggalkan kota London, dan sudah hampir 7 bulan
aku menjadi wanita berkerjaya. Dalam jangka masa ni, banyak betul pengalaman yang
aku dapat, perkara2 yang aku belajar, dan memori2 yang akan aku simpan sampai bila2.

Dan antara yang aku ingin kongsi adalah kebahagiaan bila berada dekat dengan orang2
yang aku sayang. Kalau kat London dulu, rasa rindu boleh jadi sampai membuak2 sampai jadi
kemurungan. Dekat Malaysia ni, everytime weekend boleh jumpa sumber2 semangat <3

Sekarang ni aku dah boleh dikira sebagai orang 'kay elle'. Dulu aku ingat KL ni tempat yg
pening dan huru-hara, penuh manusia, malam2 nak tidur pun bunyi hon2 kereta. ternyata
sangkaan aku tu semua salah. mungkin sebab London dah mengajar aku bagaimana nak 
hidup di kawasan bandar. mula2 datang london dulu nak naik train tu sampai 3 bulan
baru betul2 faham. Alhamdulillah, sistem train yg sama buat aku jadi mudah nak
membawa diri keliling KL ni tanpa kenderaan sendiri.

Satu perkara yang agak memeranjatkan aku adalah pemandangan orang2 beratur 
untuk naik LRT setiap kali pergi dan pulang dari pejabat. SubhanAllah, ternganga jgk
aku masa mula2 tengok :) selama ni aku prejudis terhadap org malaysia (fikir yg org 
malaysia tak reti beratur) tanpa betul2 lihat situasi di tempat awam. Now, I know.
dan ramai juga yg laju sahaja offer tempat duduk pada mereka yg lebih memerlukan.
mentaliti kelas pertama di negara sendiri, alhamdulillah, i am really proud :')

pasal kehidupan sebagai wanita bekerjaya, alhamdulillah setakat ni semuanya ok.
made new friends and the colleagues are really2 nice and friendly. harap2nya lepas
dah dapat department nanti, aku jadi mudah nak menyesuaikan diri.

kadang2 tu, teringat jgk dekat the friends/acquaintances I made in London. 
classmates, kawan2 malaysian yg kenal throughout the four years. the people who made my 
life in London bearable. rindu jugaklah dekat mereka. semoga Allah jaga mereka :)

actually banyak sebut pasal 'london' ni sebab rindu dekat tempat tu.
rasa macam fasa 4 tahun tu cuma mimpi je yg habis sekelip mata.
sedangkan masa melaluinya terasa lama.
biasalah, kadang2 tu rindu lah.
tapi tetap gembira dan bahagia dengan kehidupan sekarang, alhamdulillah :)


0 pendapat bernas:

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino