My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

Mentaliti kelas pertama
Pengajaran hidup di bumi inggeris
Bab 2: Mentaliti kelas pertama


Semasa zaman persekolahan saya dulu, cikgu-cikgu selalu memberitahu bahawa Malaysia mempunyai infrastruktur kelas pertama, tetapi mentaliti masih berada pada kelas ketiga. Contoh-contoh mentaliti kelas ketiga yang diberikan selalunya seperti: rakyat malaysia yang tidak menitikberatkan kebersihan tandas awam, tidak kisah mengenai alam sekitar, buang sampah di merata tempat, membuat vandalisme pada kemudahan awam, dan sebagainya.

Ya, semua contoh yang diberikan adalah benar. Tetapi sebenarnya contoh-contoh yang diberikan itu adalah cerminan suatu sikap yang dicerminkan melalui perbuatan. Itulah yang dimaksudkan dengan mentaliti kelas ketiga. Segalanya bermula dari minda dan hati; bermula dari mentaliti. Selepas hampir empat tahun saya belajar di London, barulah saya benar-benar faham akan jauhnya beza cara pemikiran mentaliti kelas pertama dan mentaliti kelas ketiga.


Malas ambil kisah


Sedar atau tidak, persekitaran di Malaysia menjurus kepada sikap malas untuk ambil kisah. Sikap ini bukanlah suatu yang perlu dipersalahkan kerana bukanlah tanggungjawab mereka untuk ambil kisah mengenai kebersihan di tempat awam kerana terdapatnya tukang cuci dan tukang kutip sampah yang akan menjalankan tugas. Mereka juga tidak merasa bertanggungjawab untuk mengurangkan penggunaan air dan elektrik kerana mereka mampu untuk membayar bil dan tidak kisah akan risiko penurunan bekalan air dan peningkatan karbon dioksida di udara kerana semua orang lain juga guna air dan elektrik sesuka hati. Mereka juga tidak kisah untuk kitar semula sampah atau mengurangkan sampah kerana mereka tidak nampak akan manfaat apa yang akan mereka dapat jika berbuat sedemikian. Mereka tidak kisah akan kesan persekitaran negatif apa yang akan dihadapi oleh generasi beratus tahun akan datang kerana kesan-kesan tersebut tidak akan terjadi pada mereka dan anak-anak cucu terdekat mereka. Dan ianya tidak salah pun; kerana mereka tiada sebab yang ketara untuk ambil kisah.



Di Imperial College London, saya nampak sikap sebaliknya. Sikap ingin melakukan apa yang terbaik untuk persekitaran dan generasi beratus tahun akan datang yang tiada apa kaitan pun dengan mereka. Walhal, mereka juga tidak mempunyai sebab untuk ambil kisah; tetapi mereka pilih untuk melakukannya. Walaupun sebagai seorang individu yang kisah, yang mungkin tidak nampak impak langsung kerana berjuta orang yang lain tidak kisah; mereka tetap melakukannya. Kerana apa? Kerana walau sekecil mana kontribusi mereka, mereka tahu mereka telah cuba untuk menjadikan dunia ini lebih baik. Mereka tidak mahu menjadi penyumpang impak negatif pada orang lain. Mereka mahu tolong orang yang mereka tidak nampak, walaupun tiada ganjaran yang akan mereka dapat. Saya nampak sikap ini pada pensayarah-pensyarah saya dan pensyarah jemputan dari luar. Sikap intelektual yang jika semua orang contohi, persekitaran dunia akan jadi lebih baik. Sikap yang ada pada Rasulullah juga, yang bersusah payah cuba untuk menyebarkan Islam untuk generasi-generasi akan datang yang dia tidak pernah kenal pun sehinggalah Islam sampai pada kita. Bak kata Muhammad Abduh, " I went to the west and saw Islam, but no Muslims. I got back to the east and saw Muslims, but not Islam".


Merasakan diri sendiri lebih baik dan sinis


Sikap merasakan diri sendiri lebih baik dan sinis terhadap orang lain ini, bagi saya, adalah mentaliti kelas ketiga; mentaliti orang yang tidak mahu melihat kebaikan pada orang lain dan suka mencari kesalahan orang lain. Isu yang paling biasa di Malaysia adalah isu menutup aurat. Kebanyakannya suka menegur dengan cara yang tidak berhemah- tegur di laman sosial yang boleh mengaibkan orang lain, atau tegur dengan cara sinis sehingga mengguris hati orang lain. Orang yang mempunyai mentaliti kelas pertama akan menegur atas tujuan mahukan yang terbaik untuk orang lain, maka, mereka akan cuba untuk memahami sebab disebalik perbuatan seseorang itu. Mereka akan cuba cari persamaan dan ketepikan perbezaan, untuk cuba meletakkan diri mereka di dalam diri orang lain. Mereka tidak akan hanya menuding jari pada sesuatu yang mereka nampak sebagai kesalahan, tetapi mencari subab-musabab disebaliknya. Mereka tahu; bagaimana mahu tumbuhkan dahan kalau pokok itu tiada akar dan batang?

Mereka juga tahu setiap manusia mempunyai seribu kebaikan yang boleh mereka belajar dan ambil pengajaran, disebalik satu kesalahan yang mereka nampak dengan mata kasar.

Bukan semua orang di Malaysia mempunyai minda kelas ketiga, dan bukan semua orang di UK mempunyai minda kelas pertama. Semuanya bergantung kepada individu. Di London, saya berkenalan dengan seorang kakak yang juga pelajar dari Malaysia, yang punya mentaliti kelas pertama ini; merendah diri dan sentiasa melihat pada kebaikan yang terdapat pada orang lain. Sedangkan, dirinya sendiri selalu membuatkan saya kagum, tetapi dia langsung tidak mencerminkan bahawa dirinya lebih baik dari saya. Bahkan memuji saya atas kebaikan kecil yang saya lakukan, dan secara tidak langsung membuatkan saya mahu melakukan lebih banyak kebaikan kerana inspirasi darinya. Ibarat 'bunga yang mekar, dan mahukan bunga lain mekar bersamanya'.

Perbincangan secara baik untuk menyelesaikan konflik juga selalu tidak tercapai jika mempunyai sikap sinis dan merasakan diri sendiri lebih baik. Orang yang punya mentaliti kelas pertama, sentiasa mahu belajar dan bersikap terbuka untuk menerima/memahami pendapat orang lain. Mereka tidak hanya berbincang untuk memaksa orang lain menerima pendapatnya, dan mereka tidak hanya mendengar untuk membalas; mereka mendengar untuk belajar. Sikap terpuji ini, saya lihat pada pensyarah-pensyarah di Imperial yang sentiasa terbuka untuk menerima pandangan pelajar dan walaupun berpangkat 'Doktor' dan "Professor', mereka tahu yang mereka boleh belajar dari sesiapa sahaja, termasuklah dari pelajar mereka sendiri.


Generalisasi


Generalisasi adalah sikap mudah menilai suatu kelompok masyarakat hanya berdasarkan beberapa orang dalam kelompok masyarakat tersebut. Contoh mudah bagi orang yang mempunyai sikap generalisasi adalah orang yang rasis; menilai suatu kaum hanya kerana sikap segelintir orang yang secara kebetulan dari kaum tersebut. Saya pasti anda sendiri boleh fikirkan pelbagai jenis contoh di minda mengenai sikap generalisasi perkauman ini.

Generalisasi bukan sahaja boleh cenderung kepada sesuatu kaum, tetapi juga kepada jantina, agama, atau negara. Saya sendiri pernah mengeneralisasikan masyarakat malaysia yang sukar untuk tepati masa hanya kerana beberapa orang Malaysia yang mempunyai sikap sedemikian. Walhal, di kelas saya di Imperial College, pelajar-pelajar dari Malaysia lah yang selalu tiba awal di kelas; justeru membuktikan bahawa betapa generalisasi itu adalah sesuatu yang salah.

Saya bersyukur kerana sepanjang saya menetap di London, sebagai seorang yang beragama Islam, saya tidak pernah berhadapan dengan layanan buruk atau kata-kata kesat walaupun ketika kejadian pembunuhan di timur london dua tahun lepas yang memburukkan nama Islam. Orang-orang yang mempunyai minda kelas pertama tahu dan faham bahawa setiap orang mempunyai sikap dan kepercayaan yang berbeza dan mereka tidak menilai seseorang berdasarkan orang lain yang bersamaan agama, kaum, atau negara. Mereka tahu bahawa masyarakat dunia hanya terbahagi kepada dua, iaitu orang yang baik dan orang yang jahat. Mereka juga faham bahawa orang yang jahat harus dilihat sebagai individu dan tidak harus disekutukan dengan agama, kaum, atau negara walaupun individu tersebut menyatakan bahawa dia mewakili sesuatu kelompok masyarakat.

Orang yang mempunyai minda kelas pertama mahukan dunia ini dalam keadaan aman dengan mencari persamaan untuk hidup bersama sebagai masyarakat dunia; dan tidak mahu masyarakat dipecah-belah menerusi generalisasi.



Mudah terpengaruh/percaya


Saya mengakui bahawa saya adalah seorang yang sangat mudah terpengaruh kepada artikel yang dimulakan dengan ayat "kajian menunjukkan bahawa.." atau "Research has shown that.." tanpa menyelidik kesahihan artikel tersebut. Pernah sekali saya menelefon ibu bapa saya, menyuruh mereka untuk tidur di rumah abang saya kerana amaran tsunami di Port Dickson yang saya baca di internet. Setelah beberapa kali tertipu dengan artikel-artikel sedemikian, saya kini telah sedar kepentingan menyelidik sesuatu perkara sebelum memberi kesimpulan, walau perkara itu tampak benar.

Orang yang mempunyai mentaliti kelas pertama sentiasa menyelidik sesuatu perkara sebelum membuat kesimpulan. Contohnya, mereka tidak mudah percaya pada gosip yang disebarkan mengenai seseorang, dan mereka tahu semua cerita harus didengar dan difahami dari kesemua sudut. "There are always two sides of the coin". Mereka tidak mudah untuk menilai seseorang yang mereka tidak atau belum kenal sepenuhnya hanya berdasarkan pandangan orang lain.


Tidak menghormati binatang


Di London, membawa anjing berjalan-jalan di luar adalah perkara biasa. Apabila anjing peliharaan mereka berak di atas jalan, mereka kutip dan buang tahi anjing mereka. Di Hyde Park juga, ramai orang yang bermain dengan anjing peliharaan mereka. Anjing-anjing di London sangat jarang menyalak. Sangat jarang! Sekali sekala sahaja terdengar salakan anjing. Pelik. Mengapa anjing di sini sangat baik. Mengapa anjing di Malaysia selalu menyalak tak henti-henti. Saya tahu, kerana ada yang membela anjing di taman perumahan saya dan anjing mereka suka menyalak. Dan saya juga tahu, anjing-anjing belaan di Malaysia tidak mendapat layanan sepertimana di London. Bahkan, saya sendiri pernah saksikan anjing dipukul oleh tuannya sendiri.



Mentaliti kelas ketiga; tidak menghormati binatang.

Saya pernah membela dua ekor hamster selepas habis SPM. Pada mulanya, saya sangat rajin membelai mereka, membersihkan sangkar mereka, melihat mereka makan. Lama-kelamaan, saya jarang-jarang membersihkan sangkar, jarang membelai. Binatang juga sentiasa perlukan kasih-sayang. Memelihara binatang adalah suatu tanggungjawab yang tidak boleh diambil ringan sekiranya mentaliti kelas pertama dipraktikkan.

Bukan binatang peliharaan sahaja yang harus dihormati, binatang yang kita makan juga harus disembelih dengan sempurna dan tidak dianiaya.


(Akan disambung)

Mencari Islam dan kepercayaan
Pengajaran hidup di bumi inggeris
Bab 1: Mencari Islam dan kepercayaan


Pertama kali saya tiba di UK, saya ditempatkan di sebuah 'hall' dimana saya seorang sahaja perempuan melayu di situ. Di kelas juga, hanya dua orang sahaja yang bertudung termasuk saya. Saya merasa asing terutamanya dari segi pemakaian. Tahun pertama di UK, saya mula mempersoalkan mengapa perlu memakai tudung sedangkan boleh sahaja tampak sopan dengan memakai baju yang sopan tanpa memakai tudung seperti kawan-kawan baru saya yang lain. Mengapa Islam menyuruh untuk menutup rambut dan tidak hanya diseru untuk memakai pakaian longgar dan tertutup? Saya mula mempersoalkan kebenaran agama yang saya anuti setelah mengenali rakan-rakan yang baik akhlaknya tetapi berlainan kepercayaan. Bagaimana kalau saya lahir di negara bukan Islam? Adakah saya juga akan jadi seperti mereka? Adakah Islam itu benar?

Saya mula mencari jawapan.

Selama saya di Malaysia, saya tidak pernah memikirkan semua ini kerana selalu sahaja terfikir: jangan persoalkan! Khuatir nanti murtad tanpa sedar. Di Malaysia juga saya selesa berdampingan dengan semua yang sama kepercayaan sehingga tidak pernah timbul semua persoalan mengenai agama. Tetapi di Malaysia, hati saya tidak pernah tergerak untuk mandalami agama dan mencari sebab utama mengapa saya Islam. Islam di hati saya hanyalah cara hidup; makan makanan halal, tutup aurat, solat, dan puasa. Saya tahu semua hukum-hakam, rukun iman dan rukun islam; saya tahu segala ranting dan dahan, tetapi akar tidak kuat. Di UK, pohon saya digoyang dan saya perlu mengukuhkan akar supaya ia tidak tumbang.

Persoalan saya terjawab selepas menghadiri satu program Dakwah oleh IERA di London dan menyertai program usrah yang selalu sahaja membincangkan perihal kerohanian. Apakah bukti kewujudan Tuhan?


Sains dan Islam


Ateis percaya bahawa semuanya bermula dari 'big bang'. Semuanya terjadi dengan sendiri. Carbon, nitrogen, dan komponen-komponen lain, bersatu dengan sendirinya dan sedikit demi sedikit menjadi makhluk yang hidup. Benarkah? Manusia terjadi dengan sendiri? Bayangkan betapa kompleks, teratur, dan sempurnanya sistem-sistem dalam badan manusia sendiri. Jantung yang tidak pernah berhenti mengepam darah selama 60-80 tahun, yang manusia sendiri tidak dapat cipta semula walaupun dengan segala teknologi yang ada. Otak yang mampu untuk berfikir dengan begitu hebat, tidak seperti binatang yang sangat terhad pemikirannya. Pernahkah anda terfikir bahawa mengapa manusia sahaja yang boleh bertutur, bina bangunan, cipta barang elektronik canggih? Mengapa binatang tidak mampu membuat benda yang sama? Lihat betapa hebatnya alam semesta. Betapa teraturnya sistem solar yang mempunyai paksi dan orbit yang tidak pernah berhenti berpusing selama bejuta-juta tahun. Mengapa di bumi sahaja terdapatnya graviti yang kuat, udara, air, dan tumbuh-tumbuhan? Mengapa planet lain tiada semua ini? Sesetengah perkara, sains tidak dapat menjawab semua persoalan. Sains menjawab 'apa' dan 'bagaimana', tetapi tidak 'mengapa'. Jawapannya, Tuhan lah yang cipta semua ini, yang Maha Kuasa, Maha Bijaksana. Sebagai bukti kewujudanNya kepada umat manusia, untuk manusia belajar dan 'explore', sebagai ujian dan persinggahan sebelum kehidupan yang seterusnya di akhirat kelak.




Dunia dan akhirat


Saya juga seringkali memikirkan betapa tidak adilnya kehidupan di dunia ini. Bayangkan jika anda lahir di negara yang bergolak dan dalam peperangan, bayangkan jika keluarga anda dibunuh tetapi pembunuh itu terlepas dari sebarang hukuman. Bayangkan jika anda lahir dalam keluarga yang fakir miskin, terpaksa meminta sedekah untuk makan. Bayangkan orang yang lahir dalam keluarga kaya, pakai baju Burberry sejak bayi lagi. Adilkah? Bukan kita yang pilih dari keluarga mana kita dilahirkan. Islam menjawab soalan-soalan ini dengan memberitahu bahawa semua ini hanyalah ujian-ujian di dunia. Setiap manusia diuji dengan cara yang berbeza, diuji dengan ujian yang mampu untuk mereka hadapi. Di akhirat nantilah di mana keadilan akan diberikan kepada semua manusia. Orang yang baik akan terima ganjaran, orang yang jahat akan mendapat pengadilan. Logik kan? Tidaklah logik kalau hidup ini cuma di dunia, mati nanti semuanya jadi gelap gelita.




Kepercayaan


Ada satu quote yang sering buat saya berfikir. 'Seeing is believing'. Ramai orang susah untuk percaya wujudnya Tuhan dan akhirat kerana mereka tidak nampak di depan mata mereka sendiri. Seperti juga kejadian tsunami. Bayangkan kalau di dunia ini tiada televisyen, Internet, atau telefon. Dan kita sering pergi ke pantai yang ombaknya kecil sahaja. Bila orang beritahu, ada ombak yang setinggi 100 meter dan melemaskan ramai manusia, Adakah kita akan percaya?

Di dunia, Al-Quran adalah 'televisyen/internet' itu dan Nabi Muhammad adalah penyampai berita.

Ada satu lagi perumpamaan yang saya suka. Terdapat dua orang bayi kembar di dalam perut ibu. Satu bayi berkata bahawa satu hari nanti mereka akan dikeluarkan dari perut, lihat dunia, dan jumpa ibu yang mengandungkan mereka. Bayi yang lagi satu tidak percaya dan berkata bahawa ibu tidak wujud, dan selepas kehidupan di dalam perut, semuanya akan berakhir. Seperti mana kehidupan di dunia yang punya manusia yang percaya dan tidak percaya.



Islam menjawab semua persoalan saya dan kini, saya betul-betul percaya dan fahami mengapa saya pilih untuk percaya. Maka disebabkan itu, saya percaya bahawa semua yang Allah suruh manusia buat adalah yang terbaik untuk manusia.

Catatan ini adalah untuk mengingatkan saya semua ini dan meskipun saya percaya, saya masih manusia yang sering melakukan dosa. Dan saya tahu dosa-dosa itu akan dihitung nanti. Dan saya harap, walau sekerap mana saya tergelincir, saya akan kembali ke landasan yang sama.



Penang with my two favourite girls

dah lama dah sebenarnya trip ke penang ni. 6 minggu lepas. harini baru tergerak nak tulis.
so tiga bulan lepas, aku balik malaysia for summer holidays. akak ajak gi holiday kat penang,
mak nak ikut.. so pergilah kami bertiga ke penang :D


kami ke penang naik flight. lepastu akak dah book kereta untuk satu hari. dengan gps.
last2, company tu kata gps dah habis.. akak pun tension la sebab dia nak bergantung
dekat gps sebab kalau nak guna waze, dia tak bawak charger yg sambung dekat kereta
tu, so akan cepat habis bateri. nasib baik lah terjumpa kedai yg jual charger tersebut
so kitorang guna waze je lah.


first location adalah restoren mi udang. lupa lak nama restoren tu. tapi akak kata restoren
tu popular. sedap lah jugak mi dia, rasa cam mi bandung cuma tambah udang2 besaq ja.


pastu, kitorang pergi bukit bendera. dekat atas tu boleh tengok pemandangan penang.




malam tu kitorang pergi ke pasar malam batu feringgi. tak best pun pasar malam tu.
ada banyak barang2 tiruan je like handbags, wallets, etc. souvenirs ada la sikit.
lepastu kitorang makan malam kat kedai mamak. aku beli kueytiow. banyak gila
udang dalam tu. dah lepas makan tu, sakit perut giler mencucuk cucuk, hidung 
tersumbat dua2 lubang, bersin tak henti2. sekali sampai hotel, basuh muka, muka
jadi merah2. disitulah baru dapat kesedaran bahawa aku alergi udang rupanya -.-


Esoknya, kitorang pergi macam2 tempat. first, singgah 
tepi pantai jap masa tengah otw ke taman rama-rama.




pastu pergi taman rama2.. ok lah, tempat dia. tapi kecik benor.
pusing pusing sekejap dah tawaf dah :))


the car that we rented 


lepastu pergi peranakan mansion. this place is worth seeing.
teringat cerita puteri cina zaman dulu2. 


then kitorang pergi fort cornwallis. nothing much here,
just some mercun and patung francis light.


esoknya kitorang jalan kaki pergi mencari street art


and makan nasi kandaq dekat restoran nasi kandar beratur.
tapi aku rasa biasa jer. boleh masak sendiri kat rumah :))


then ingat nak pergi museum penang, sekali dia tutup hari jumaat.
kalau hang nak melawat museum2 ni, don't go on fridays. semua tutup!


last2, pergi shopping je lah. mak pergi beli jeruk and souvenirs.
then makan cendol kat lorong. cendol penang sedapp. yumms


finally, kitorang merasa naik feri


sekian~
HJ Wardrobe

selepas beberapa (beribu) kali ditegur oleh mak berkenaan dengan baju-baju yang tidak
digunakan dalam almari aku dan kakakku, timbul satu idea untuk menjual baju2 tersebut.


zaman sekarang ni senang je nak jual barang online. tak payah susah2 nak buat website pun.
bukak je akaun instagram, siappp. tinggal nak kena rajin promote dan follow orang2 random
ramai2.. insyaAllah akan ada pembeli. ngahaha.. tapi baju2 aku dan akak yang kitorang 
takmau, memang tak berapa nak cantik pun, sebab tu lah susah nak cari pembeli. hahaha


jemput singgah di instashop saya; HJ Wardrobe [link]





so setakat ni, adalah dalam tiga helai baju yang dah dijual..
alhamdulillah, customers semua puas hati :DD





jangan lupa tengok2, okay. kot2 ada yang berkenan..
whatsapp jer: 0172442520.

Group Design Project

Bermula dari 12th May 2014, Imperial College Year 3 students kena menjalani group design project
selama 5 minggu lebih. kitorang dibahagikan kepada groups of 9-10 people dan group aku terbahagi kpd
 7 lelaki; Andi, Paras, David, Alex, Marcello, Barry, Wilson, dan 2 perempuan; Nicole and myself.


Project Brief:
Untuk project ni, kitorang ditugaskan untuk design an indoor ski slope bertempat di Regent's Park, London.
dalam ski slope structure tu, kena ada restaurants, retail space, dan lain2 sebagai kemudahan untuk skiers
and non-skiers. kami juga diberi kepanjangan minimum untuk ski slope tersebut iaitu 150 meter. Kami ni
dikira macam designers yang bekerja untuk clients daripada syarikat ARUP, dan kena buat pembentangan
di ARUP headquarters setiap minggu sehinggalah minggu terakhir, kena bentang depan the whole class.


Minggu Pertama:
untuk minggu pertama, kitorang brainstorm dan pilih tiga idea utama untuk dibentang kepada clients.
aku punya idea terpilih untuk salah satu idea utama yang kemudiannya direject oleh clients sebab 
design tersebut akan membazir kos dan tenaga.




Minggu Kedua:
Minggu kedua pulak, kitorang fokus kepada design yang terpilih dan bahagikan ourselves kepada dua
sub-groups; iaitu kumpulan structural dan non-structural. kumpulan structural akan fokus pada segala
yang berkaitan dengan the design of the structure, dan kumpulan non-structural pulak akan work on
segala benda selain structural iaitu: risks, sustainability, mechanical and electrical components, business
case, dan geotechnics. aku fokus on risks, dan tolong2 untuk topik2 non-structural.


Minggu Ketiga, Keempat:
Basically, minggu2 seterusnya ni, kitorang cuma refine and add on apa yang dikehendaki oleh clients
setiap kali meeting. setiap meeting, kitorang diberi markah, dan our marks semuanya A, alhamdulillah.

selfies with nicole at ARUP headquarters (week 2, 3, and 4)


Minggu Kelima:
Minggu kelima, iaitu minggu terakhir, kami siapkan final report dan poster.
final report dihantar hari khamis, 12th June, while poster dihantar hari jumaat, 13th June.

our final design (extending underground)

our final design


right before submitting our final report


Final presentation:
akhirnya, on 18th June, kitorang pun membentangkan projek dihadapan the whole class dan lecturers
yang berkaitan. alhamdulillah, our presentation went well. tapi semua groups hebat2 giloss and kitorang
tak menang. but it's okay, sebab our clients cakap they were impressed by our final report so insyaAllah
dapat A :) it's the grade and the experience that matters.

final presentation





with supervisor and ARUP clients



group photo!


my imperial college year 3 classmates :)



journey to better skin
Caution: this post contains highly unappealing selfies


Few months ago, I posted an entry confessing about my biggest insecurity: my acne [link]
Throughout these months, I've been consuming glutathione and vitamin c pills by 'nowfoods' 
quite consistently and I must admit, my skin has improved a lot and I no longer get crazy
breakouts (hopefully forever!). Unfortunately, my stubborn acne scars are still very visible :(

Nowfoods glutathione and vitamin c




Before taking the pills (February)-big cysts and 'healthy' pimples


Three weeks after taking pills (April)- left with reddish scars


Three months+ after taking pills (July)-pigmented but fading scars



The inconsistent lighting conditions may have altered my skin tone, but 
I do notice that my skin has gotten brighter and somewhat, healthier. 

_______________________________

When I first looked into all of the supplements for better skin after getting crazy breakouts around
January-February this year, I stumbled upon products like 'Kcolly' and 'Aurawhite' which are
very popular in Malaysia with very promising results. The main selling point of these kinds of 
products is the whitening effect which is, of course, not very appealing to the UK market. 
I, on the other hand, was attracted to the testimonials and reviews claiming an overall better
skin. So I looked into the ingredients and found out that glutathione and vitamin c are some
of the main substances that give the results. That's when I decided to take glutathione and 
vitamin c pills as they can be bought from amazon.co.uk and then; promised myself to buy 
Kcolly once I get back home in Malaysia :DD


and... I've just received my Kcolly jar! :D Can't wait to see the results.
I don't put too much hope, though. Just gonna eat this consistently and see
the difference after a few months time.



Kcolly review by Fatiya Latiff (before: bottom. after: above)



will update on my skin progress, a few months from now

_____________________________________________________


Update: 12 December 2014




Alhamdulillah, most scars are gone, left with a few lightly-pigmented scars :)
I'd say taking supplements was a very good decision I've made, but along this journey to
 getting a better skin, the most valuable things I've learnt are to wash my make up thoroughly
with a makeup remover every time before I sleep (facial foam is not enough), not to stress out
 when I have a breakout, not to pop the pimples, follow the acne.org regimen, be patient
because it doesn't happen overnight (for me it took months) and to check the
 ingredients of my make up and skincare products.



Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino