My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

Bestnya Bali :)

rindunyaaa kat Bali. :( harini, masuk hari ketiga kami meninggalkan bali selepas seminggu
kat sana dari 23 sampai 29 ogos. dan pengalaman2 kat sana sangat memberi kesan kpd
kami sekeluarga. jom mula dari hari pertama;

_______________________________________________________

23 ogos 2013:

sebelum ke Bali, aku ada email ytobalitour, minta untuk jemput dari airport dan jadi pak supir kami
selama seminggu. nama orang yang berurusan dengan aku tu 'pak yanto'. pak yanto cakap nanti dia
tunggu dengan kertas yang bertulis 'haizumawati jamil'. memula aku bayangkan cam senang la nak
detect pak yanto nanti. sekali sampai kat pintu arrival airport, mak aihhh ramai giler orang dengan
kertas yg tulis pelbagai nama. penuh-sepenuh-penuhnya. juling2 jugak la mata aku nak mencari.
nasib baik mata akak tajam, jumpa jugak nama 'haizumawati jamil'.

bukan pak yanto yang jemput, tapi pekerja dia yg bernama robbie. robbie ni la yang jadi pemandu
pelancong kami. robbie ni muslim, so senang la nak cari tempat2 makanan halal. orangnya friendly,
peramah, punctual, suka bukakkan pintu kereta, dan flexible kalau nak tukar plan. highly
 recommended. kereta yg digunakan, toyota avanza. mmg selesa sgt la sepanjang journey

ktorang tinggal kat jocs boutique hotel & spa. robbie kata ramai malaysians duk kat tune hotel.
tune hotel ni hotel paling murah, tapi klu nak amek tune hotel, kena amek dua bilik. jocs hotel
pulak ada satu bilik muat 4 orang teghuih, RM135 satu malam. mmg lagi murah dari tune. bilik
luas gila. layanan dari staff mmg first class. senyum je mamat kat front desk. highly recommended.


kitorang sampai hotel dalam pukul 8 malam. lepas letak barang sume, kluar jap beli air dengan maggi.
aku singgah beli sunglasses jap. kena puji la pulak dengan penjual tu. penjual tu siap cakap kat mak
'cantik2 anak ibuk'. ahaha.. mak tak abes2 ungkit, mak yang seronok.
_____________________________________________________

24 Ogos 2013:

pukul 9, robbie jemput kami di hotel. harini itinerary sume gi pantai je. memula kitorang ke pantai
nusa dua. ada island yang cantik klu nak pergi. tapi lepas tengok sign 'tsunami prone area', mak dah
start cuak. haha.. pastu ombak dia pulak besar sampai bot melambung-lambung. so kitorang tak la
naik bot, bergambar kat tepi2 kawasan tu je sekejap..



lepastu, pegi dreamland beach pulak. cantik sungguh tempat ni.
don't know how to describe. see for yourself :)



lepastu, ada lagi satu pantai kitorang pergi, tapi lupa apa nama dia. kena lalu gua untuk pegi pantai tu.
sekali sampai, astaghfirullahulazim, banyak sungguh 'singa laut' (read: omputih jemur diri). tak sanggup
menahan seksa seksi, kitorang pun lepak jap lepas naik tangga gua. mak ngan abah dah start penat.



akhirnya, kitorang ke uluwatu, the highlight of the day.. tempat dimana terdapatnya cliff yang chantek.
tapi tempat ni, kalau pompuan period tak boleh masuk. alhamdulillah la ktorg sume berkesempatan.
patutnye ada persembahan kecak dance yg termasuk dlm itinerary, tapi kitorang takmau tengok
sbb tengok dlm internet cam geli je tarian tu, lelaki sume x berbaju. no no no..


melihatkan mak abah dah penat, kitorang balik la dulu kat bilik, rehat dari pukul 5-7pm.
lepastu, robbie dtg amek kitorang ke jimbaran pulak untuk makan malam tepi pantai.

aku dah pernah cek da internet, harga2 seafood kat jimbaran ni. ingatkan 150 ribu rupiah je,
rupanya 1 juta 500 ribu rupiah. uhuk3. abah siap cakap kat pelayan tu 'bapak enggak ada uwang'.
ahahahha. seb baik la ada a la carte yang mampu dibayar. last2 makan ayam je bukan makan
seafood pun. hahaha.. tp best la 'the feel' makan kat jimbaran. siap ada performance.


__________________________________________

25 ogos 2013:

harini pulak, kitorang memulakan hari dengan menonton 'barong dance'. robbie kata klu dah
sampai bali, rugi tak tengok persembahan kebudayaan dan adat kat sini. so kitorang tengok la..
agak scary la persembahan ni, ada one point ni diorg buat dirty jokes. but overall, okay la,
sebagai pengalaman di bali..

lepastu kitorang tengok pembuatan batik dengan pembuatan silver. takdela pembuatan sgt sebenarnya,
diorg cuma buat simple demonstrations je kat pengunjung untuk mempromosikan brg2 yg dijual.


lepastu, kitorang pergi tengok padi bertingkek-tingkek di tegalalang..


lepas dah puas bergambar, kami ke gunung berapi batur di kintamani pulak.. kitorang terpaksa lunch
kat restoren dekat viewpoint tu sebab xtau kat mana tempat halal yg lain. mahal giloss 110 ribu rp per
person. walaupun it was for all-you-can-eat buffet, makanan dia cam tah hapa2 je, x besttt. tapi
pemandangan kat batur volcano mmg breathtaking la. siap ada dengar sayup2, org buat suara tarzan.
angin yg bertiup pun nyaman. kat bawah gunung tu ada rumah2 kampung.


patutnya pasni, kitorang pegi dekat monkey forest dan temple tampaksiring, tapi dua2 kitorang kata
takmau. padahal lepas balik tu, google2, rupanya kat tampaksiring ada kolam airpanas & kat monkey
forest ada air terjun. adehh. rugi jah. hahaha.. kitorang terus balik hotel ja.

___________________________________________

26 ogos 2013:

harini pulak, masuk2 kereta je, terus mulakan perjalanan selama 2 jam setengah ke bedugul.. gi tengok
tasik tamblingan, tasik ditengah2 gunung. ha.. lupa lak nak cerita. kitorang asyik dpt entrance fees murah
sebab robbie cakap kat orang tiket yang kitorang ni org local. ahahaha..muka kitorg muka jowo..


patutnye kitorang akan dibawa ke restoren mahal, ada view padi bertingkek yang lain pulak. tapi 
kebetulan nampak ada warung halal betul2 kat depan entrance gate tasik, kitorang pun gi lah makan
kat situ.. aku makan bakso dengan 'soda gembira'. kat bali ni asyik nampak sign 'soda gembira' je,
ingatkan apebenda, rupanya air soda tu campur susu campur sirap pekat. bestt.. 

pastu terdengar azan, rupanya ada masjid dekat je kat atas bukit. kitorg pun gi la kat masjid. tapi
yang xbest nye, masjid dia punye tempat wudhu' pompuan terbuka.. lelaki pun ada menyibuk. klu
lelaki x nyibuk pun, lelaki boleh je nampak from tingkap masjid. puihh. susah betul den nak berwuduk.



dak kakak tadi makan bakso dengan air stroberi, dah la dia sakit perut.. tengok toilet kat masjid tu
ada sign tulis 'amaran: tandas ini keras' something like dat. hahahahha.. tapi kakak masuk je. 
alhamdulillah la xde pape.. kawasan masjid kot. luls.

lepastu kitorang gi kat tempat kegemaran abah: pasar candi kuninggg
ramai orang islam kat area bedugul ni. berderet2 waarung halal kat sebelah pasar.



strawberry murah2 gilos. abah beli stroberi 1kg 25 ribu rupiah bersamaan RM7.50. sekali cakap
dekat robbie, robbie kata bapak kena tipu.. sepatutnye boleh dpt lagi murah, 15 ribu rupiah.ahaha

akhirnya, kitorang pun ke tanah lot.. pukul 3 lebih dah sampai dah kat tanah lot. byk gile
orang jual souvenirs kat sana. tapi kitorang xmau beli sbb the next day is our official shopping
day. padahal sebenarnya souvenirs kat tanah lot lah yang paling murah. ahaha



__________________________________________

27 ogos 2013:

harini pulak hari yang dinanti-nanti oleh mak.. shopping day... hahahha.. tapi memula abah kata
abah teringin nak tengok denpasar dulu, the central of the city.. denpasar cam city biasa je, takde
yg special sgt. ada mahkamah, pejabat2, kedai2.. last2 kitorang singgah kat museum bali utk
belajar history. mak kata takpayah sbb mak x sabar nak shopping haha.. tapi kitorg singgah
je skejap. menarik gak nak tau sejarah indonesia dijajah belanda dengan jepun sekejap.



lepastu barula kitorang singgah beli souvenirs kat krisna. krisna ni kedai souvenirs harga tetap,
takyah susah2 nak tawar-menawar. krisna ni klu nak compare dgn harga souvenirs tanah lot,
krisna lg mahal sikit. tp klu compare dgn pasar seni legian, krisna lagi murah. so okey la..

after that, kitorang gi makan kat restoren wong solo.. kalini abah jemput robbie makan sekali,
tapi robbie kata dia dah makan.. sekali masa kitorg nak start makan, ternampak robbie tgh
makan kat bawah pokok. ahaha.. bagus betul, dia xnak join sbb xnak susahkan..



akhirnya, kitornag ke kuta square, misi menghabiskan duit rupiah.

dah balik hotel tu, akak ajak buat facial sebab dia ternampak banyak spa offer harga facial
50 ribu rupiah = RM16 je. murah gile kott.. so kitorang pun gi la buat facial.. hahahah.. tak
 pernah2 pergi spa, sekali kena urut muka, kami tiga2 orang jadi kaku sampai kena gelak.
___________________________________________

28 ogos 2013:

harini kitorang kata kat robbie xpayah jemput. kitorang jenjalan dekat kawasan2 berdekatan hotel je.
hotel kitorang betul2 depan lorong pasar seni. shopping lah lagi untuk habiskan wang..

harini aku dah start demam. teruk sangat rasanya demam sampai x larat2 badan.
panas gile macam badan kena panggang. memula rasa sayu nak tinggalkan bali sebab memang
seronok sangat duk kat sini. tapi lepas dah kena demam teruk, x sabar jugak la rasanya nak
gi jumpa doktor kat malaysia. but still sayu, nevertheless.

_______________________________________________

29 ogos 2013:

kitorang check out hotel pukul 2.45am. masa on the way ke airport, keluar pulak lagu
'aku pasti kembali' dalam kereta supir. hahahah.. feeling habis la dengar lagu.

alhamdulillah, pukul 8:45am selamat sampai kat LCCT.

_________________________________________________


kesimpulannya, we love bali. suasananya, cowok2 gantengnya luls, orang2 yg asyik senyum dan
tegur kitorang dekat tepi2 jalan, lagu2 indonesia dalam kereta, pemandangan2nya, laut birunya,
spa nye yg murah gilos, jocs hotel yang selesa, soda gembira, belacannya, ayam bakar dan penyet,
semuanyalah! wouldn't mind going there again for the 2nd time. for honeymoon maybe. hahaha.


kakak's version of the story: [link]

2 pendapat bernas:
Anonymous

salam...

boleh msg saya kat email ni tak?
eza9977@gmail.com

nak tanya pasal supir yang kamu guna ni...rasanya mcm org yg sama saya nak guna bila ke bali november

Anonymous

Saya pun pernah ambil supir dati Yanto tapi nasib saya amat malang. dapat supir yang pemalas. Kerana hujan semasa di Bali diletaknya kami berjam2 di satu tempat dan supirnya enak2 bermain snooker! Sakit hati betul! Mungkin Yanto ok tapi kalau silap haribulan dpt supir dia yang tak ok, nahas lah.
Lahi satu JBS di Jimbaran tu mmg ok tapi bila da makan sekali tengok mereka siap hidangkan arak segala. Aduh. Hati2 memilih supir. Yanto itu cuma 'boss' mereka. Banyak juga pilihan yang lain yang mungkin lebih baik.
Sebelum booking baik cakap awal2 kita nak apa. Beberapa kali ke Bali supir yang Yanto sediakan utk saya ia the worst. Ever use pak isme or bali indah punya supir dan semuanya ok sekali pakai supir dari Pak Yanto, mmg hampeh. Not to blame semua supir dia tapi he should know how to manage his supir.
Dijanjikan 12 jam penggunaan , by 10 hours supir dari Yanto ni da sibuk nak balik lah apa lah aduh. Mmg fed up.

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino