My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

Bestnya Bali :)

rindunyaaa kat Bali. :( harini, masuk hari ketiga kami meninggalkan bali selepas seminggu
kat sana dari 23 sampai 29 ogos. dan pengalaman2 kat sana sangat memberi kesan kpd
kami sekeluarga. jom mula dari hari pertama;

_______________________________________________________

23 ogos 2013:

sebelum ke Bali, aku ada email ytobalitour, minta untuk jemput dari airport dan jadi pak supir kami
selama seminggu. nama orang yang berurusan dengan aku tu 'pak yanto'. pak yanto cakap nanti dia
tunggu dengan kertas yang bertulis 'haizumawati jamil'. memula aku bayangkan cam senang la nak
detect pak yanto nanti. sekali sampai kat pintu arrival airport, mak aihhh ramai giler orang dengan
kertas yg tulis pelbagai nama. penuh-sepenuh-penuhnya. juling2 jugak la mata aku nak mencari.
nasib baik mata akak tajam, jumpa jugak nama 'haizumawati jamil'.

bukan pak yanto yang jemput, tapi pekerja dia yg bernama robbie. robbie ni la yang jadi pemandu
pelancong kami. robbie ni muslim, so senang la nak cari tempat2 makanan halal. orangnya friendly,
peramah, punctual, suka bukakkan pintu kereta, dan flexible kalau nak tukar plan. highly
 recommended. kereta yg digunakan, toyota avanza. mmg selesa sgt la sepanjang journey

ktorang tinggal kat jocs boutique hotel & spa. robbie kata ramai malaysians duk kat tune hotel.
tune hotel ni hotel paling murah, tapi klu nak amek tune hotel, kena amek dua bilik. jocs hotel
pulak ada satu bilik muat 4 orang teghuih, RM135 satu malam. mmg lagi murah dari tune. bilik
luas gila. layanan dari staff mmg first class. senyum je mamat kat front desk. highly recommended.


kitorang sampai hotel dalam pukul 8 malam. lepas letak barang sume, kluar jap beli air dengan maggi.
aku singgah beli sunglasses jap. kena puji la pulak dengan penjual tu. penjual tu siap cakap kat mak
'cantik2 anak ibuk'. ahaha.. mak tak abes2 ungkit, mak yang seronok.
_____________________________________________________

24 Ogos 2013:

pukul 9, robbie jemput kami di hotel. harini itinerary sume gi pantai je. memula kitorang ke pantai
nusa dua. ada island yang cantik klu nak pergi. tapi lepas tengok sign 'tsunami prone area', mak dah
start cuak. haha.. pastu ombak dia pulak besar sampai bot melambung-lambung. so kitorang tak la
naik bot, bergambar kat tepi2 kawasan tu je sekejap..



lepastu, pegi dreamland beach pulak. cantik sungguh tempat ni.
don't know how to describe. see for yourself :)



lepastu, ada lagi satu pantai kitorang pergi, tapi lupa apa nama dia. kena lalu gua untuk pegi pantai tu.
sekali sampai, astaghfirullahulazim, banyak sungguh 'singa laut' (read: omputih jemur diri). tak sanggup
menahan seksa seksi, kitorang pun lepak jap lepas naik tangga gua. mak ngan abah dah start penat.



akhirnya, kitorang ke uluwatu, the highlight of the day.. tempat dimana terdapatnya cliff yang chantek.
tapi tempat ni, kalau pompuan period tak boleh masuk. alhamdulillah la ktorg sume berkesempatan.
patutnye ada persembahan kecak dance yg termasuk dlm itinerary, tapi kitorang takmau tengok
sbb tengok dlm internet cam geli je tarian tu, lelaki sume x berbaju. no no no..


melihatkan mak abah dah penat, kitorang balik la dulu kat bilik, rehat dari pukul 5-7pm.
lepastu, robbie dtg amek kitorang ke jimbaran pulak untuk makan malam tepi pantai.

aku dah pernah cek da internet, harga2 seafood kat jimbaran ni. ingatkan 150 ribu rupiah je,
rupanya 1 juta 500 ribu rupiah. uhuk3. abah siap cakap kat pelayan tu 'bapak enggak ada uwang'.
ahahahha. seb baik la ada a la carte yang mampu dibayar. last2 makan ayam je bukan makan
seafood pun. hahaha.. tp best la 'the feel' makan kat jimbaran. siap ada performance.


__________________________________________

25 ogos 2013:

harini pulak, kitorang memulakan hari dengan menonton 'barong dance'. robbie kata klu dah
sampai bali, rugi tak tengok persembahan kebudayaan dan adat kat sini. so kitorang tengok la..
agak scary la persembahan ni, ada one point ni diorg buat dirty jokes. but overall, okay la,
sebagai pengalaman di bali..

lepastu kitorang tengok pembuatan batik dengan pembuatan silver. takdela pembuatan sgt sebenarnya,
diorg cuma buat simple demonstrations je kat pengunjung untuk mempromosikan brg2 yg dijual.


lepastu, kitorang pergi tengok padi bertingkek-tingkek di tegalalang..


lepas dah puas bergambar, kami ke gunung berapi batur di kintamani pulak.. kitorang terpaksa lunch
kat restoren dekat viewpoint tu sebab xtau kat mana tempat halal yg lain. mahal giloss 110 ribu rp per
person. walaupun it was for all-you-can-eat buffet, makanan dia cam tah hapa2 je, x besttt. tapi
pemandangan kat batur volcano mmg breathtaking la. siap ada dengar sayup2, org buat suara tarzan.
angin yg bertiup pun nyaman. kat bawah gunung tu ada rumah2 kampung.


patutnya pasni, kitorang pegi dekat monkey forest dan temple tampaksiring, tapi dua2 kitorang kata
takmau. padahal lepas balik tu, google2, rupanya kat tampaksiring ada kolam airpanas & kat monkey
forest ada air terjun. adehh. rugi jah. hahaha.. kitorang terus balik hotel ja.

___________________________________________

26 ogos 2013:

harini pulak, masuk2 kereta je, terus mulakan perjalanan selama 2 jam setengah ke bedugul.. gi tengok
tasik tamblingan, tasik ditengah2 gunung. ha.. lupa lak nak cerita. kitorang asyik dpt entrance fees murah
sebab robbie cakap kat orang tiket yang kitorang ni org local. ahahaha..muka kitorg muka jowo..


patutnye kitorang akan dibawa ke restoren mahal, ada view padi bertingkek yang lain pulak. tapi 
kebetulan nampak ada warung halal betul2 kat depan entrance gate tasik, kitorang pun gi lah makan
kat situ.. aku makan bakso dengan 'soda gembira'. kat bali ni asyik nampak sign 'soda gembira' je,
ingatkan apebenda, rupanya air soda tu campur susu campur sirap pekat. bestt.. 

pastu terdengar azan, rupanya ada masjid dekat je kat atas bukit. kitorg pun gi la kat masjid. tapi
yang xbest nye, masjid dia punye tempat wudhu' pompuan terbuka.. lelaki pun ada menyibuk. klu
lelaki x nyibuk pun, lelaki boleh je nampak from tingkap masjid. puihh. susah betul den nak berwuduk.



dak kakak tadi makan bakso dengan air stroberi, dah la dia sakit perut.. tengok toilet kat masjid tu
ada sign tulis 'amaran: tandas ini keras' something like dat. hahahahha.. tapi kakak masuk je. 
alhamdulillah la xde pape.. kawasan masjid kot. luls.

lepastu kitorang gi kat tempat kegemaran abah: pasar candi kuninggg
ramai orang islam kat area bedugul ni. berderet2 waarung halal kat sebelah pasar.



strawberry murah2 gilos. abah beli stroberi 1kg 25 ribu rupiah bersamaan RM7.50. sekali cakap
dekat robbie, robbie kata bapak kena tipu.. sepatutnye boleh dpt lagi murah, 15 ribu rupiah.ahaha

akhirnya, kitorang pun ke tanah lot.. pukul 3 lebih dah sampai dah kat tanah lot. byk gile
orang jual souvenirs kat sana. tapi kitorang xmau beli sbb the next day is our official shopping
day. padahal sebenarnya souvenirs kat tanah lot lah yang paling murah. ahaha



__________________________________________

27 ogos 2013:

harini pulak hari yang dinanti-nanti oleh mak.. shopping day... hahahha.. tapi memula abah kata
abah teringin nak tengok denpasar dulu, the central of the city.. denpasar cam city biasa je, takde
yg special sgt. ada mahkamah, pejabat2, kedai2.. last2 kitorang singgah kat museum bali utk
belajar history. mak kata takpayah sbb mak x sabar nak shopping haha.. tapi kitorg singgah
je skejap. menarik gak nak tau sejarah indonesia dijajah belanda dengan jepun sekejap.



lepastu barula kitorang singgah beli souvenirs kat krisna. krisna ni kedai souvenirs harga tetap,
takyah susah2 nak tawar-menawar. krisna ni klu nak compare dgn harga souvenirs tanah lot,
krisna lg mahal sikit. tp klu compare dgn pasar seni legian, krisna lagi murah. so okey la..

after that, kitorang gi makan kat restoren wong solo.. kalini abah jemput robbie makan sekali,
tapi robbie kata dia dah makan.. sekali masa kitorg nak start makan, ternampak robbie tgh
makan kat bawah pokok. ahaha.. bagus betul, dia xnak join sbb xnak susahkan..



akhirnya, kitornag ke kuta square, misi menghabiskan duit rupiah.

dah balik hotel tu, akak ajak buat facial sebab dia ternampak banyak spa offer harga facial
50 ribu rupiah = RM16 je. murah gile kott.. so kitorang pun gi la buat facial.. hahahah.. tak
 pernah2 pergi spa, sekali kena urut muka, kami tiga2 orang jadi kaku sampai kena gelak.
___________________________________________

28 ogos 2013:

harini kitorang kata kat robbie xpayah jemput. kitorang jenjalan dekat kawasan2 berdekatan hotel je.
hotel kitorang betul2 depan lorong pasar seni. shopping lah lagi untuk habiskan wang..

harini aku dah start demam. teruk sangat rasanya demam sampai x larat2 badan.
panas gile macam badan kena panggang. memula rasa sayu nak tinggalkan bali sebab memang
seronok sangat duk kat sini. tapi lepas dah kena demam teruk, x sabar jugak la rasanya nak
gi jumpa doktor kat malaysia. but still sayu, nevertheless.

_______________________________________________

29 ogos 2013:

kitorang check out hotel pukul 2.45am. masa on the way ke airport, keluar pulak lagu
'aku pasti kembali' dalam kereta supir. hahahah.. feeling habis la dengar lagu.

alhamdulillah, pukul 8:45am selamat sampai kat LCCT.

_________________________________________________


kesimpulannya, we love bali. suasananya, cowok2 gantengnya luls, orang2 yg asyik senyum dan
tegur kitorang dekat tepi2 jalan, lagu2 indonesia dalam kereta, pemandangan2nya, laut birunya,
spa nye yg murah gilos, jocs hotel yang selesa, soda gembira, belacannya, ayam bakar dan penyet,
semuanyalah! wouldn't mind going there again for the 2nd time. for honeymoon maybe. hahaha.


kakak's version of the story: [link]

selfish

chapter pertama buku 'economics for dummies' telah mengajar aku bahawa we are living in a 
selfish world, where everybody only cares about maximising their own happiness. contohnya, kita
 memilih untuk beli aiskrim because kita happy bila makan aiskrim. kita memilih utk melawat negara 
orang sebab kita happy bila travel. kita memilih untuk cek facebook sebab kita gembira tengok
 perkembangan semasa kawan2. SETIAP apa yang kita pilih untuk buat adalah bertujuan untuk
 menggembirakan diri sendiri. the theory is simple but it makes sense. 


tapi untuk sesetengah orang, dia suka tolong orang lain sebab in the end, hati dia rasa gembira bila 
berbuat baik kat orang lain. walaupun tujuannya sama; to maximise their own happiness; tapi
 kegembiraan dia tu requires kegembiraan orang lain. dan untuk sesetengah yang lebih kecil, dia 
rasa sedih bile tengok keperitan hidup orang lain. semoga kita tergolong dalam golongan ini
 dan tidak hanya mementingkan kemaslahatan diri sendiri. ameen :'(


ps: doakanlah untuk saudara2 seislam kita di Mesir, Syria, Palestine, etc :'(

raya aidilfitri 2013
Raya Day 1:
tahun ni keluarga along dengan alang beraya kat rumah mertua.. angah pun sebenarnya, tp
keluarga mertua angah dekat je dengan rumah ni, so every year boleh sambut serentak kat
dua2 rumah. so sebab tu la gambar raya cam tak ramai di dalamnya. ahaha

mom, dad, sistah, and anak2 angah

fav part of raya: asking for forgiveness and duitraya-giving

the girls

berlakon je cam tgh gelak

angah's eldest son


Raya Day 2:
harini duk rumah je sebab tetamu datang tak putus2 dari pagi sampai malam. and kakak ajak
tolong buat cupcakes untuk hantaran cousin bertunang, tapi aku malas, so aku tolong tulis sikit
je. and ada kek extra, akak kata nak buat angry bird utk anak2 buah. so aku pun join main
dgn fondant, lalu terhasil lah angry bird kening tebal;


Raya Day 3:
turned 22 today. akak belanja tengok wayang, citer percy jackson. percy dah kurang hensem lepas
dia membesar but still handsome dan buat aku syok sepanjang hari. went window shopping afterwards.
no pic of the day cos i feel old and wrinkly

Raya Day 4: 
cousin's engagement ceremony. kekawan skolah rendah ramai yg datang sebab geng dengan cousin.
aku dah x rapat dgn diorg sbb lepas skola rendah aku trus masuk skola asrama. so ni baru the first
 time jumpa balik selepas ten years. it was... awkward. taktau nak cakap apa. nama diorang pun x 
berapa nak ingat. malu jah -.-

bawak kamera lens portrait so x nampak full

lihatlah ketinggian gua. i outgrew everyone

bergambar dgn anak2 along jap

diet programme

dulu, ada one time ni masa aku first year, aku gi shopping dengan senior. lalu aku pun
capai botol susu whole milk. pastu senior aku cakap, "eh eju tu whole milk tau. ni ha
skimmed milk, kurang fat". pastu aku jawab, "eh, memang eju nak beli whole milk 
sbb nak naikkan berat badan". lols. bile fikir balik; what are u doing, ejuuuu?

zaman kurus


 sekarang ni, zaman kurus dah tinggal kenangan. berat aku yang slalunya fluctuate antara 50-53kg;
 kini dah capai tahap 57kg. semuanya sbb addicted dgn flavoured milk, cakes, yogurt, ice-cream,
dan seumpama dengannya.

selepas naik 5kg


memula aku fikir, nak accept je perubahan ni dan be happy in my own skin. tapi, kalau umur baru
awal 20-an pun dah tak kisah berat naik, cemana lepas (kalau) dah beranak pinak nanti? klu tak
practice jaga berat badan dari skarang, mmg susah la nak turunkan berat bila umur dah 30+ nanti.
_______________________________________________________

lepas mendarat kat klia sebulan lebih yg lepas, aku terkejut tengok akak aku. selama aku kat london,
 bila skype nampak muka dia je, so aku xtau yg dia dah kurus. rupanya dalam masa 6 bulan, dia dah 
lost 10+kg. aku pun mula la berazam untuk contohi dia. this is the jadual yang jadi sumber motivasi;




tips yang aku contohi dari rancangan2 kuruskan badan like 'the biggest loser': jangan timbang berat
badan sebelum 'weighing day'. weighing day aku ialah setiap hari sabtu, right after bangun tidur.
masa bulan puasa ni ramai orang ingat dia banyak lose weight sbb timbang sebelum iftar. byk berat
air yang hilang and u can easily gain 2kg after iftar. so tips nye weigh urself after bangun tidur. next
time timbang pun camtu. so baru boleh compare.


tapi mak asyik masak sedap2 kat rumah ni, so susah gak la sebenarnya nak kawal makan -.- 
so setakat ni aku baru lost 1.5kg je in total. akak kata 1.5kg sebulan tu ideal for permanent loss, insyaAllah.
tak lama lagi raya. harap2 tak naik balik berat badan. haih.. walaupun sekarang ni masih jauh lagi dari target
 weight; i need to always remind myself, "you haven't failed until you quit trying". so keep trying!
 if kakak can do it, I can do it too.



Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino