My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

novel melayu
don't judge a book by its cover

bukan senang nak jumpa novel melayu yang kreatif dan tak tipikal cerita pasal cinta je sebagai genre 
utama. novel melayu paling best bg aku is ‘Martika’ by lamia aimal. cerita pasal alien serang Malaysia. 
Martika dan ramai org lain terperangkap dalam shopping mall. mall tu kemudian jadi kubu diorang, and
 martika berkeras nak join pasukan utk serang alien; dimana hero cerita ni muncul as ketua pasukan. 
best gile citer ni, boleh terbayang benda ni betul2 jadi.



masa memula baca 'bahtera kasih' by liza zahira, aku almost terasa yg buku ni setanding martika. 
awesome plot, very creative and imaginative,  lain daripada yang lain.


starting takat suku daripada novel ni best gile, aku terlopong baca. kreatif gila si penulis kaitkan 
tsunami dengan pertemuan 3 orang dari ceruk yg berbeza. Ichlas sebagai ranjer dari muzium taman 
laut Australia belayar sampai ke tengah laut aceh untuk menjejaki whale shark; tapi terperangkap di 
tengah laut masa tsunami. botnya tenggelam bersama sampah sarap, bumbung, pokok2, dari daratan 
yg hanyut sampai ke tengah laut. lepas tsunami reda, dia diselamatkan lanun. kena paksa bekerja 
untuk lanun, kalau x akan dihumban di tgh laut. Ichlas berkawan dgn minardi yang juga terperangkap 
selepas diselamatkan lanun.

then, kekasih ichlas, Carra Lina yg dgr berita pasal tsunami, pergi ke aceh tanpa pengetahuan ibu
 bapa untuk cari ichlas. tumpang van orang Indonesia yang kemudiannya culik carra lina utk jenayah
 perdagangan manusia. Carra lina dimasukkan dalam bot utk dihantar ke Thailand, tapi bot tersebut 
diserang kapal lanun masa tengah on the way. nak dipendekkan cerita, ichlas yg dalam kapal lanun 
tu taknak selamatkan carra lina sebab plan dia nak larikan diri dengan minardi dah berjalan dgn lancar, 
tetibe carra lina sibuk je muncul. last2, minardi bertekad utk selamatkan carra lina, and diorang bertiga 
pun lari guna bot yg diserang tadi. tapi bot tu kehabisan minyak, kapal lanun sempat kejar diorang. 
Minardi and carra lina terjun ke dalam laut, tapi ichlas serah diri kpd lanun.

Ryan pulak seorang bekas pembunuh upahan yang dah menyesal tapi diburu oleh bapa kpd orang 
yg dia pernah bunuh. dia duduk di utara Phuket, dan lepas ayah dia mati disebabkan tsunami, dia nak 
bawa mak dia bina hidup baru di Malaysia and lari dari musuh yg tgh buru dia. masa tgh on the way ke
 langkawi, dia berhenti sekejap kat satu pulau sbb bot rosak. terjumpa minardi dan carra lina terdampar
 pengsan. Minardi dah mati, dan dia sempat selamatkan carra lina. alkisahnya masa kat pulau tu bot 
ryan dicuri lanun dari Indonesia bersama mak ryan dalam bot tu, so dia dan carra lina sama2
 terperangkap kat pulau. dan lama2 diorg pun suka sama suka..

tapi lepas lanun kena tangkap polis marin dimana ichlas terselamat, and lepas org jumpa carra lina
 and ryan kat pulau; plot dah jadi mendatar dan meleret2.. klimaks dia terlalu awal.. cara penceritaan
 pun dah jadi merepek. dah jadi x best da novel ni. haih kecewa. yg part aku cerita tu je best.. :/



so, yeah. Martika is still the best. 


0 pendapat bernas:

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino