My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

of air kelapa

yeyyy harini dapat minum air kelapa fresh xD
air yang paling sedap di dunia. nyums. 


sapa yang belum pernah minum air kelapa straight from kelapa, you're missing out.
kalau beli dekat pasar malam, selalunye penjual dah campur banyak air kosong dan air gula.


dekat london, aku selalu mengidam air kelapa. sampai la satu hari ni, aku discover 'vita coco', brand 
air kelapa yang agak popular. bila baca review ramai yang kata "it tastes the closest to coconut water". 
sekali beli, cehhh rasa macam air nenas pun ada. cam pelik gile rasa dia. org kata rasa dia varies sebab 
it comes from different coconuts. the second time beli pun rasa pelik jugak.



satu hari ni, aku tengah shopping kat sainsburys (kedai runcit macam tesco), lalu terjumpa la air
kelapa dalam tin.. tengah promosi 2 tin 5 ringgit (1 pound) so aku pun beli la.. ha.. ni baru la rasa
air kelapa.. tapi air kelapa tua, siap ada cebisan isi kelapa keras.. best.. aku selalu beli air ni,
rasanya ada la dekat nak 50 tin aku beli sepanjang aku duk sana. worth the money. 





sis tv9 - london episod 2

kalini nampak la sikit muko den.. den yang tudung pink tu.
sokojap jo pon sepintas lalu.. haha :))





perjuangan belum selesai

aku overreact lak smalam lepas dapat tau yang aku kurang satu markah je lagi untuk
dapat 'kelas' yang aku nak. hmph. yang sebenarnya, memang aku deserve pun markah
tu. usaha aku belum sampai tahap maksima.. apa2 pun, masih belum terlambat. ada
2 tahun lagi, dan markah untuk 2 tahun yang akan datang ni adalah 2 times markah
tahun pertama dan kedua. so yeah, I can do this, insyaAllah.


walaupun third year akan lebih mencabar, dan lebih banyak exams yang pecah kepala otak.
hmmm. just go with the flow lah. duduk london pun, aku bukannya jenis enjoy the city. duk
bilik je la, study takat mana yang mampu. 


eju yang aku kenal tak mudah putus asa.
jatuh jatuh, bangun semula. go eju  :)

salam perantauan

pagi tadi ada orang yang tak kenal bagi mesej kat my youtube account;

'Gambar you keluar salam perantauan. cantik pemandangan itu.'

lalu aku pun punye la excited nak cek surat khabar.. ingatkan dia silap orang sebab baru je
 beberapa hari lepas aku hantar, takkan dah keluar dah? sekali tengok rupenye betul. heheh xD




retisss skang :p

luls. jakun aku tengok diri sendiri masuk tv. xD


beberapa bulan lepas, masa cuti easter, mara hostel ada ajak join 'film project'. ingatkan project ape,
rupenye untuk rancangan Sis kat tv9.. so pagi tadi, dapat la aku ajak family tengok sekali. ahahaha..
bukannye nampak muka pun. asyik pandang tepi je. luls


nak upload video, tapi nanti takut quota internet habes. so, letak gambar je la..
oktober nanti, lepas dpt internet laju baru I upload video eh, para peminat sekalian.. kehkeh xD







rasanya minggu depan aku ada muncul lagi. sebab ada scene keluar shopping untuk raya.
xtau la dia masukkan ke x scene tu. klu nak tengok, hari sabtu next week, 11pagi, bukak ler tv9 :))


ps: dulu masa kecik2 ada masuk kuiz pintar kat tv1.. tapi tak tengok pun sbb xtau bile dia siarkan -.-

novel melayu
don't judge a book by its cover

bukan senang nak jumpa novel melayu yang kreatif dan tak tipikal cerita pasal cinta je sebagai genre 
utama. novel melayu paling best bg aku is ‘Martika’ by lamia aimal. cerita pasal alien serang Malaysia. 
Martika dan ramai org lain terperangkap dalam shopping mall. mall tu kemudian jadi kubu diorang, and
 martika berkeras nak join pasukan utk serang alien; dimana hero cerita ni muncul as ketua pasukan. 
best gile citer ni, boleh terbayang benda ni betul2 jadi.



masa memula baca 'bahtera kasih' by liza zahira, aku almost terasa yg buku ni setanding martika. 
awesome plot, very creative and imaginative,  lain daripada yang lain.


starting takat suku daripada novel ni best gile, aku terlopong baca. kreatif gila si penulis kaitkan 
tsunami dengan pertemuan 3 orang dari ceruk yg berbeza. Ichlas sebagai ranjer dari muzium taman 
laut Australia belayar sampai ke tengah laut aceh untuk menjejaki whale shark; tapi terperangkap di 
tengah laut masa tsunami. botnya tenggelam bersama sampah sarap, bumbung, pokok2, dari daratan 
yg hanyut sampai ke tengah laut. lepas tsunami reda, dia diselamatkan lanun. kena paksa bekerja 
untuk lanun, kalau x akan dihumban di tgh laut. Ichlas berkawan dgn minardi yang juga terperangkap 
selepas diselamatkan lanun.

then, kekasih ichlas, Carra Lina yg dgr berita pasal tsunami, pergi ke aceh tanpa pengetahuan ibu
 bapa untuk cari ichlas. tumpang van orang Indonesia yang kemudiannya culik carra lina utk jenayah
 perdagangan manusia. Carra lina dimasukkan dalam bot utk dihantar ke Thailand, tapi bot tersebut 
diserang kapal lanun masa tengah on the way. nak dipendekkan cerita, ichlas yg dalam kapal lanun 
tu taknak selamatkan carra lina sebab plan dia nak larikan diri dengan minardi dah berjalan dgn lancar, 
tetibe carra lina sibuk je muncul. last2, minardi bertekad utk selamatkan carra lina, and diorang bertiga 
pun lari guna bot yg diserang tadi. tapi bot tu kehabisan minyak, kapal lanun sempat kejar diorang. 
Minardi and carra lina terjun ke dalam laut, tapi ichlas serah diri kpd lanun.

Ryan pulak seorang bekas pembunuh upahan yang dah menyesal tapi diburu oleh bapa kpd orang 
yg dia pernah bunuh. dia duduk di utara Phuket, dan lepas ayah dia mati disebabkan tsunami, dia nak 
bawa mak dia bina hidup baru di Malaysia and lari dari musuh yg tgh buru dia. masa tgh on the way ke
 langkawi, dia berhenti sekejap kat satu pulau sbb bot rosak. terjumpa minardi dan carra lina terdampar
 pengsan. Minardi dah mati, dan dia sempat selamatkan carra lina. alkisahnya masa kat pulau tu bot 
ryan dicuri lanun dari Indonesia bersama mak ryan dalam bot tu, so dia dan carra lina sama2
 terperangkap kat pulau. dan lama2 diorg pun suka sama suka..

tapi lepas lanun kena tangkap polis marin dimana ichlas terselamat, and lepas org jumpa carra lina
 and ryan kat pulau; plot dah jadi mendatar dan meleret2.. klimaks dia terlalu awal.. cara penceritaan
 pun dah jadi merepek. dah jadi x best da novel ni. haih kecewa. yg part aku cerita tu je best.. :/



so, yeah. Martika is still the best. 


summer hols

it has been more than a week sejak cuti summer bermula. tak plan apa2 lagi untuk isi masa cuti.
seminggu lebih ni aku go with the flow je sebab masih risau pasal exam results. sebab aku fikir
klu buat plan macam2, klu tetibe kena resit, kena spend time belajar je waktu cuti. so semalam,
lepas dah tau yg aku pass (alhamdulillah :'D ) baru la boleh start planning aktiviti2 masa cuti ni.


plan cuti aku tak seseronok orang lain yg berjalan merata2 sebab aku x pandai bawak kereta
(and I refused to re-learn walaupun da ada lesen) and takut nak naik public transport (walaupun
kat london hari2 naik public transport. aish.) so my plans terhad kepada aktiviti dalam rumah je.


so, here goes, my summer things-to-do list!:

1. read lots and lots of books: both novels and ilmiah
2. must read 'economics for dummies' although it is membosankan
3. self-study the ACCA books I found in mara hostel recycling box
4. take lots and lots of photos; especially gambar anak2 buah
5. teruskan usaha utk lose 5kg in 3 months. klu akak boleh, aku pun boleh!
6. write a few short stories (cos I know I will never finish writing a novel)
7. rewrite my diaries and make it novel-like (but without an ending)
8. konsisten dalam penjagaan kulit especially the face.
9. make a detailed-plan for bali trip
10. call friends to catch up on their stories
11. melukis. if I feel like drawing


and.. happy ramadhan, peeps. :)
 semoga ramadhan ini menjadi titik perubahan kita ke arah yg lebih baik, insyaAllah.

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino