My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

never ever forget

random; masa kelas soils analysis, teringat satu peristiwa dekat kys.
nampak sangat selalu berangan dalam kelas. anyways;

________________

kolej yayasan saad (kys) ni dulu terkenal dgn gelaran 'sekolah anak orang kaya2'.
memang pun. kereta mak ayah semua orang kereta mercedes, kereta mahal2, dan
ramai yg jenis cakap bahasa inggeris. tapi ade je yang tak kaya; macam saya.


setiap tahun, kys ada buat hari keluarga, the day when ibu bapa kepada pelajar datang untuk bincang
dengan cikgu2 pasal pencapaian akademik anak2. setiap tahun mak dengan abah sy tak datang sebab kena
kerja jual sayur kat pasar. mak abah memang kerja setiap hari including sabtu ahad; setahun tanpa henti
kecuali hari raya seminggu. kawan2 saya selalu tanya, 'eju bukan duduk portdickson ke? dekat je kan,
kenapa mak ayah tak datang?'


saya sebenarnya tak kisah, tapi bila tengok kawan2 dengan mak ayah masing2, saya teringin jugak nak
mak abah saya datang. so satu tahun ni, masa saya form 3 ke form 4, xingat, saya pujuk jugak mak abah
untuk datang. so mak abah pun tutup la pasar sehari untuk saya.. gembira sangat bila nampak kelibat mak
 abah kat depan pintu great hall.


mula2 ada ucapan kat great hall. pelajar kena duduk berasingan dgn parents.
ucapan2 kat kys memang semua dalam bahasa inggeris. lepas habis speech, saya pergi kat mak abah. mak
bisik kat saya, "mak tak faham la, ju..". mak pegang tangan saya erat. masa jalan nak pergi jumpa cikgu,
mak tengok kasut saya. mak bisik kat saya "kasut eju dah koyak la, nanti mak belikan baru". muka mak
 sedihhh je. masa ni, saya  dah berlinang2 da air mata. saya tak sedar pun kasut saya dah koyak sebenarnya.
 mesti mak abah  rasa rendah diri bila tengok semua orang kaya-kaya. semua orang berborak dalam bahasa
 manglish. masa bincang dengan cikgu pun, cikgu cakap bahasa melayu dengan english selang2. mak abah 
angguk2 je, senyap je. ya Allah, xtau macam mana nak cerita, tapi masa ni, saya rasa bersalah sangat sebab
 ajak mak abah datang. kesian sangat kat diorang :'(


masa dah nak balik, saya duduk dengan mak abah dalam kereta,
abah hulurkan satu bungkusan hadiah. untuk hari jadi saya. abah cakap, "abah x mampu nak bagi eju hadiah
mahal2". ya, Allah, sayu hati bila dengar abah cakap macam tu. saya tak kisah langsung pun sebenarnya. 
lepas mak abah balik, saya bukak bungkusan tu. hadiah buku dan pen. hujan lebat terus. sampai sekarang
pun bila saya ingat peristiwa ni, terasa nak hujan je. 

__________

honestly, saya bangga dan bersyukur sangat jadi anak kepada mak abah saya.
mak abah berusaha keras sangat kerja utk sekolahkan anak2. sampai la saya habis spm [link]. 



eju janji eju takkan pernah lupakan penat lelah mak abah utk sekolahkan eju
eju janji eju akan balas jasa mak abah setakat mana yang eju mampu,
dan eju janji eju buat yg terbaik utk mak abah sebagaimana mak abah dah buat yg terbaik utk eju.
insyaAllah >.<

4 pendapat bernas:

Awww, sweetnyaa. Ni dah belajar sampai Imperial, Eju dah cukup banggakan diorg ni! :D

awwww shikin :) belum lagii..kena struggle supaya pass sume subjects >.<

berkat susah payah parents eju asbab where are you now.. semoga mereka mendapat menantu yang soleh. :p

a'ah... :) hahahha ameen..semoga ain pun sama :p

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino