My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

failed miserably

so the results for matlab test last friday are out.
i was expecting an average result sebab saya jawab semua soalan dan semua codes work on matlab.
but apparently, semua codes saya salah. dan... I got the worst result I could have ever imagined..


saya tak tau apa perasaan saya sekarang. nak kata sedih; tak.
tadi ada rasa sedih sekejap. tapi mcm... what for? I've fallen down so many times in my life. masa form
 3, i failed Sejarah once, pastu dekat2 nak PMR saya masuk kelas intensif untuk pelajar2 lemah subjek
kemahiran hidup. masa form 5 pulak, i constantly got a C for add maths. masa nak hujung2 dah nak
SPM baru markah naik. and masa a level. I constantly got a C for math as well. and physics. and chem.
and last year pun masa first ever matlab test kat imperial ni dapat D.


but u forgot what u did to improve urself. u worked hard. kau pegi carik kawan2 and tanya sampai faham.
but do u see yourself working hard now? no. absolutely not. main2 lagi ada. tidur banyak. 9 jam sehari tidur.
padahal boleh je tidur 5-7 jam. membazir masa banyak. asyik procrastinate. kalau terus macam ni, u think
u can survive 2nd year and naik 3rd year?? eju??! wake up!! u can't just cry and do nothing. you've gotta do
 something to change this. you've got Allah, you've got genius friends, u've got a brain that can do much greater than you realise. but the only thing u haven't got before was willpower. u just need willpower. 


u just need willpower.



start working hard now. 
u don't wanna let your parents and family down, do you?


'u always fall, u know how it felt. now get back up and fight again'.
salji :)

Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat nak merasa salji lagi :')
and alhamdulillah, mara hostel dekat dengan hyde park, so boleh tengok pemandangan snow yg
sangat sangat sangat awesome. bak kata sorang kawan ni; terasa macam masuk kat Narnia :)


amazing tak cemana burung2 ni boleh tahan sejuk? SubhanAllah..


the magical land of hyde park~




sukaaaa sangat salji :') <3 <3
never ever forget

random; masa kelas soils analysis, teringat satu peristiwa dekat kys.
nampak sangat selalu berangan dalam kelas. anyways;

________________

kolej yayasan saad (kys) ni dulu terkenal dgn gelaran 'sekolah anak orang kaya2'.
memang pun. kereta mak ayah semua orang kereta mercedes, kereta mahal2, dan
ramai yg jenis cakap bahasa inggeris. tapi ade je yang tak kaya; macam saya.


setiap tahun, kys ada buat hari keluarga, the day when ibu bapa kepada pelajar datang untuk bincang
dengan cikgu2 pasal pencapaian akademik anak2. setiap tahun mak dengan abah sy tak datang sebab kena
kerja jual sayur kat pasar. mak abah memang kerja setiap hari including sabtu ahad; setahun tanpa henti
kecuali hari raya seminggu. kawan2 saya selalu tanya, 'eju bukan duduk portdickson ke? dekat je kan,
kenapa mak ayah tak datang?'


saya sebenarnya tak kisah, tapi bila tengok kawan2 dengan mak ayah masing2, saya teringin jugak nak
mak abah saya datang. so satu tahun ni, masa saya form 3 ke form 4, xingat, saya pujuk jugak mak abah
untuk datang. so mak abah pun tutup la pasar sehari untuk saya.. gembira sangat bila nampak kelibat mak
 abah kat depan pintu great hall.


mula2 ada ucapan kat great hall. pelajar kena duduk berasingan dgn parents.
ucapan2 kat kys memang semua dalam bahasa inggeris. lepas habis speech, saya pergi kat mak abah. mak
bisik kat saya, "mak tak faham la, ju..". mak pegang tangan saya erat. masa jalan nak pergi jumpa cikgu,
mak tengok kasut saya. mak bisik kat saya "kasut eju dah koyak la, nanti mak belikan baru". muka mak
 sedihhh je. masa ni, saya  dah berlinang2 da air mata. saya tak sedar pun kasut saya dah koyak sebenarnya.
 mesti mak abah  rasa rendah diri bila tengok semua orang kaya-kaya. semua orang berborak dalam bahasa
 manglish. masa bincang dengan cikgu pun, cikgu cakap bahasa melayu dengan english selang2. mak abah 
angguk2 je, senyap je. ya Allah, xtau macam mana nak cerita, tapi masa ni, saya rasa bersalah sangat sebab
 ajak mak abah datang. kesian sangat kat diorang :'(


masa dah nak balik, saya duduk dengan mak abah dalam kereta,
abah hulurkan satu bungkusan hadiah. untuk hari jadi saya. abah cakap, "abah x mampu nak bagi eju hadiah
mahal2". ya, Allah, sayu hati bila dengar abah cakap macam tu. saya tak kisah langsung pun sebenarnya. 
lepas mak abah balik, saya bukak bungkusan tu. hadiah buku dan pen. hujan lebat terus. sampai sekarang
pun bila saya ingat peristiwa ni, terasa nak hujan je. 

__________

honestly, saya bangga dan bersyukur sangat jadi anak kepada mak abah saya.
mak abah berusaha keras sangat kerja utk sekolahkan anak2. sampai la saya habis spm [link]. 



eju janji eju takkan pernah lupakan penat lelah mak abah utk sekolahkan eju
eju janji eju akan balas jasa mak abah setakat mana yang eju mampu,
dan eju janji eju buat yg terbaik utk mak abah sebagaimana mak abah dah buat yg terbaik utk eju.
insyaAllah >.<

tahi ayam

aku ada masalah. :S


ok, orang yg kenal aku mungkin dah faham yg aku ni sgt la hangat2 tahi ayam.
selalu ter-minat something sampai jadi passionate gile, sampai asyik terfikir pasal 
benda tu hari2, until one point, minat tu hilang secara tiba2. 


dan sekaranggggg, aku ter-minat 3D drawing pulak dahh =_= 
semalam tengah tensi sebab lecturer bagi email pasal coursework feedback utk overall class
performance, and aku yakin markah aku teruk. T.T so aku pun ambil pensel and sketchbook
untuk lukis something. terfikir la plak nak try 3D drawing sebab pernah ternampak gegambar
yang cool gilosssss macam yang kat bawah ni ha;


nampak real gile kan?


so I did. tapi aku punya cam tak real sangat la. mungkin kalau aku lukis pisa tu lagi panjang
and tangkap gambar dari tepi, mungkin akan nampak lagi ke-3D-an nyer tu.



 and tetibe timbul satu rasa minat yg membuak-buak sampai asyik terfikir2 nak try lukis lagi
bagi nampak real. tapiiiii... aaaaaa.. next week ada test T__T susah aaa camni. nak study pun
asyik tertoleh-toleh pandang sketchbook. hmmph. so harini aku kena paksa diri sendiri study
tiga tutorial, and besok study lagi dua. kalau nak melukis, kena habiskan target study dulu.


oh, and i'm gona update my art blog- karyaeju.blogspot.com more, iA.
been neglecting it for a looooong time already.



motivasi

so.. it's 2013 now. jadual januari agak ketat bagi aku. essay and report deadline, structural mechanics
 test, statistics test, matlab test, and fluids design project. tetibe terasa demotivated. tahun ni, markah banyak
 diambil throughout the year. 1145 marks out of 2000 are from coursework, projects, and in-class tests. and
 disebabkan aku tak ready utk ke-hectic-an january ni, terasa first class honours tu makin impossible. T.T
aku mengadu kat kawan aku, lingwei. she said, "don't worry, u'll make it through".


teringat masa zaman2 spm dan a-levels. back then, it seemed impossible for me to study overseas. but i 
made it through. how? ada sepotong ayat AlQuran yg kita belajar dalam pendidikan Islam SPM yg buat aku
 semangat. Ar-Ra'd ayat 11. "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu 
sendiri yg mengubah apa yang pada diri mereka".put it in an individual context; usaha, then tawakkal.


dulu, bila rasa down. aku selalu dengar lagu yg memberi semangat.
macam masa study A-levels dulu, tension2, dengar lagu "R-Kelly-I believe I can fly".
rasa bersemangat gile bile dengar lagu tu sebab aku tak pernah naik kapal terbang, 
so membara-bara semangat bila dengar chorus dia.

"I believe I can fly,
I believe I can touch the sky,
I think about it every night and day,
spread my wings and fly away"


dulu masa first year A-levels kat ky, lagu pemberi semangat ialah "Miley cyrus-the climb"

"there's always gonna be another mountain,
i always gonna wanna make it move,
always gonna be an uphill battle,
sometimes i'm gonna have to lose"
.

and, lagu semangat after SPM; masa zaman2 tunggu results, zaman2 apply scholarships.
lagu "Jordin Sparks- one step at a time".

"take one step at a time,
there's no need to rush,
it's like learning to fly
or falling in love
it's gonna happen and it's
supposed to happen that we
find the reasons why,
one step at a time".

____________________________________

and this year, I finally found a song! :D lagu lama tapi beri semangat baru.


"Reaching for something in the distance,
So close you can almost taste it,
release your inhibitions,
feel the rain on your skin,
no one else can feel it for you,
only you can let it in,
no one else, no one else,
can speak the words on your lips,
drench yourself in words unspoken,
live your life with arms wide open,
today is where your book begins,
the rest is still unwritten"

not necessarily untuk bagi semangat nak dpt first class honours,
tapi untuk jadi positif dan lebih proaktif. insyaa Allah.


p/s: Here are 30 motivational songs for ya :) [link]


disebabkan video2 yang ditangkap semua cakap pasal benda random,
maka video ni pun disusun secara random jugaa..

the cheering sound u'll hear towards the end of the video is from the song
'somewhere over the rainbow' converted from the youtube video.

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino