My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

of working with PNB

semalam ada meeting dengan Tan Sri Hamad Kama Piah, dengan scholars PNB yg ada kat london.
sikit je rupanya scholars pnb kat london skang lepas seniors last year balik malaysia. ada sebelas orang
je. 3 pompuan 8 laki. sabtu ni pulak ada meeting ramai2 bersama scholars kat warwick.


antara pengisian ucapan tan sri yg buat minda aku berfikir adalah pasal kerja lain bidang dan jawatan.
skang aku belajar civil engineering. but most probably nanti aku kena kerja dalam bidang lain pasal duit2
ni, aku pun xtau apa nama spesifik bidang tu, econs? account? managing fund? saham? duit?? =__='
seriyes weh x minat langsung bidang tersebut.. masa form 4-5 je ada belajar akaun, lepas habis SPM,
dah say goodbye dah kat bidang berkaitan duit ni. haihh. harap2 nanti boleh masuk syarikat subsidiary
 pnb and kerja as a civil engineer. ameeen.


pasal jawatan plak, tan sri cakap pasal pekerja2 yg complain lambat naik pangkat.. tan sri ckp, dah dlm
10 peratus of the scholars from 1st batch dah jadi pegawai. klu prestasi kerja bagus, senang la naik jawatan.
memula, aku terbayangkan diri aku jadi pekerja yg rajin dan bagus. tetiba aku terbayangkan diri aku as a
wife and mother. huh. macam mana dgn anak2 kalau busy kerja? waduh. takpela jadi pekerja bawahan je
asalkan anak2 berjaya masuk top 10 universities in the world bila dah besar nanti. eh? haha..

comelnye! xD


hmph. sebenarnya aku teringin sangat nak jadi macam licia ronzulli (gambar di atas) ni. bawak anak pegi
keje. just like my mom and dad. dulu masa kecik2, aku selalu ikut mak ayah aku pegi keje jual sayur kat
pasar. seronok jugak main2 dengan kucing2 kat pasar, main dengan semut2 kat celah lubang simen. I didn't
remember being a nuisance to my parents while they're busy with their work. (ok mungkin kengkadang.:/)
but seriously, if only i can do both. pompuan kan power dalam multitasking ni. hmm. should ask this to tan
sri bila2 dah nak habis belajar nanti. if tak ditakdirkan kahwin pun, aku still nak amek anak angkat >.<


on another note, tan sri said to me "haizumawati, bile nak dapat first class? sikitttt je lagi"
hmph. terbakar semangat.
0 pendapat bernas:

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino