My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

of working with PNB

semalam ada meeting dengan Tan Sri Hamad Kama Piah, dengan scholars PNB yg ada kat london.
sikit je rupanya scholars pnb kat london skang lepas seniors last year balik malaysia. ada sebelas orang
je. 3 pompuan 8 laki. sabtu ni pulak ada meeting ramai2 bersama scholars kat warwick.


antara pengisian ucapan tan sri yg buat minda aku berfikir adalah pasal kerja lain bidang dan jawatan.
skang aku belajar civil engineering. but most probably nanti aku kena kerja dalam bidang lain pasal duit2
ni, aku pun xtau apa nama spesifik bidang tu, econs? account? managing fund? saham? duit?? =__='
seriyes weh x minat langsung bidang tersebut.. masa form 4-5 je ada belajar akaun, lepas habis SPM,
dah say goodbye dah kat bidang berkaitan duit ni. haihh. harap2 nanti boleh masuk syarikat subsidiary
 pnb and kerja as a civil engineer. ameeen.


pasal jawatan plak, tan sri cakap pasal pekerja2 yg complain lambat naik pangkat.. tan sri ckp, dah dlm
10 peratus of the scholars from 1st batch dah jadi pegawai. klu prestasi kerja bagus, senang la naik jawatan.
memula, aku terbayangkan diri aku jadi pekerja yg rajin dan bagus. tetiba aku terbayangkan diri aku as a
wife and mother. huh. macam mana dgn anak2 kalau busy kerja? waduh. takpela jadi pekerja bawahan je
asalkan anak2 berjaya masuk top 10 universities in the world bila dah besar nanti. eh? haha..

comelnye! xD


hmph. sebenarnya aku teringin sangat nak jadi macam licia ronzulli (gambar di atas) ni. bawak anak pegi
keje. just like my mom and dad. dulu masa kecik2, aku selalu ikut mak ayah aku pegi keje jual sayur kat
pasar. seronok jugak main2 dengan kucing2 kat pasar, main dengan semut2 kat celah lubang simen. I didn't
remember being a nuisance to my parents while they're busy with their work. (ok mungkin kengkadang.:/)
but seriously, if only i can do both. pompuan kan power dalam multitasking ni. hmm. should ask this to tan
sri bila2 dah nak habis belajar nanti. if tak ditakdirkan kahwin pun, aku still nak amek anak angkat >.<


on another note, tan sri said to me "haizumawati, bile nak dapat first class? sikitttt je lagi"
hmph. terbakar semangat.
of Gaza demo and Δ sisters

alhamdulillah Israel dah announce ceasefire beberapa hari yg lepas, tapi palestine is still under 
siege and Israel still needs to be brought to justice for the crimes committed. so semlm, palestine 
solidarity campaign bersama beberapa organisasi lain anjurkan national demonstration to end the
 siege in Gaza. demo tu start pukul 12, jalan dari downing street sampai israeli embassy, punya la 
jauh. so macam, aku plan dengan kekawan aku (my triangle sisters nadiah & jyja) untuk join the 
crowd kat depan israeli embassy je so boleh solat zohor and asar dekat dalam fitting room in one 
of the shops in high street kensington.


masa tengah tunggu kat high street kensington, terkejut betul tengok banyak gile gile van polis.
van tau, bukan kereta. ada la dalam 20-30 van polis. siap pasang pagar depan israeli embassy.
ni first time ever aku join demo ni, so xtau la what to expect. rupa-rupanya polis britain ni sgt la
sporting, diorang siap tutupkan jalan for the demo crowd. 


lepas asar dalam pukul 2.35pm baru la the demo crowd tiba di high street kensington.. terkejut
lagi sekali sebab ramai orang putih yg join demo. masyaAllah, faith in humanity restored :') bila
fikir2 balik, orang putih ni takde apa pertalian/kaitan pun dengan orang palestine (not even
pertalian agama), but they are still concerned about palestine atas dasar humanity. terharu an.

antara bendera palestine berkibar di london

polis britain yg menjalankan tugas dgn baik

 nadiah & jyja


lepas balik demo, kitorang ber-triangle dan jyja gave me two books as a gift for my birthday.
awwww :') dah lama aku x dapat hadiah birthday ahaha. walaupun lambat 4 bulan. tapi it's the
thought that counts. nadiah pulak bagi gelang. alahai baiknyaaa la diorang ni.



pray for Gaza

i admit i was ignorant of what's happening to the muslims around the world.
aku terlalu selesa dengan tempat dimana aku berpijak sekarang, sampai aku terleka, dan
malas nak peka pasal semua ni. but i did had the rough idea on what's happening, cuma 
empathy dan sympathy tu kuranggg sangat, astaghfirullah.


a few weeks ago, aku join satu program ni dimana, sorang brother ni point out pasal situasi
umat Islam sekarang. disebabkan terlalu banyak kisah pembunuhan and penindasan umat Islam,
lama2 kita dah jadi lali, sampai berita2 pasal ni dah tak affect our hearts. kenapa? lupakah kita
yang we are a one big family?? our brothers and sisters are suffering out there, and we can still
sleep comfortably on our beds?? :'(


masa brother tu cakap macam tu, i immediately imagined my family in the situation.
Allah.... lepas Israel lancarkan serangan ke Gaza, Palestine masa awal muharram lepas, dan after
 dengar berita kanak2 terbunuh, aku terbayangkan anak2 buah aku.. umar, uzma, ziqri, zaim, hariz, 
hanna, suri. they are no different than the kids in gaza. semua kanak2 ada hak untuk jalani
kehidupan selesa mcm yg kita jalani dulu. all gazans have the right to enjoy a peaceful life.


if u aren't aware of the israel-palestine conflict, this 5-min video can give u the rough idea:


and to listen to both sides of the story, this is an interesting one:


sudah terang lagi bersuluh kan, which side is right and which is wrong?


Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
"nothing could change the qadr except du'a".
if you are reading this, jangan lupa include mereka dalam doa kita.
that's the least we could do :(

autumn photoshoot

kawan aku, lingwei suka ajak photoshoot untuk setiap musim.. tapi last year punya spring 
photoshoot tak jadi sebab angin kuat sangat sampai 20+ miles per hour. kitorang dah la pakai kain 
masa tu. terpaksa duduk je pegang kain sebab takut terangkat. it was really embarrassing. hahah


so kalini, lepas cek weather, wind speed, sume tu, barulah boleh tangkap gambar cantik2..
tapi masih fail gak la bab2 posing ni. hahahhaha.. bajet nak pose baling daun, tapi muka
pulak yang kena lindung dek daun. lols


FAIL.




sukaaaa sangat burung2 kat hyde park.
pernah tengok cerita 'home alone' tak? bile tengok makcik kat bawah ni, teringat kat
 the woman dalam cerita home alone yang suka bagi makan kat burung tu.


and favourite pic of the dayyyy.


mungkin sebab muka lebar sangat, bila tutup muka baru nampak comel. keh2


Taylor Swift @Westfield

aku dah lama dah follow twitter and facebook taylor swift tapi dulu aku tak la minat dia sgt..
kekadang je dengar lagu dia. tapi sejak album red keluar, aku download sume lagu baru dia
and suka gileee semua lagu. this past two weeks mmg asyik ulang2 lagu album red dia je.
and i started to like her a bit :) aku siap cakap kat roommate aku, nabilah, klu ada concert,
tak nak artis lain, nak gi taylor swift punya jer.


sekali isnin lepas, tetibe ternampak facebook post from taylor swift kat news feed, saying that
she's coming to westfield london and everyone can be at the event 'cos the tickets are FREE. :DDD
tickets are in the form of wristbands and westfield will be giving 'em out starting from 7am on tuesday.
concert tu plak start pukul 6pm.. ada 2500 je wristbands yg available.


so aku terfikir nak gi tunggu from 3 or 4 pagi sebab from facebook, ramai yg ckp nak tunggu waktu tu.
tapi bila fikir2 balik, paling gila pun dalam 500 orang la yg tunggu time tu, so we still have chance if
we go at 6am.. so the next day, kitorang sampai kat westfield at about 6.20am sebab terlepas the
 first train. itupun dah ada dalam 200+ orang kot yang tengah beratur..


manusia2 yg beratur kat depan kitorg



we got our wristbands at 7.40am so it wasn't really a long wait. :) 
lectures pun sempat je pergi.. 


pink wristbands!



dah habis lecture, balik rumah, bersiap, terus pergi westfield balik and solat maghrib dalam fitting room.
and terkejar2 ke 'the atrium' sebab kena sampai before 5pm. sekali rupanya kitorang dapat duduk kat
kawasan yang paling depan!! :DD berbaloi gak la sebenarnya keluar rumah pagi2.. 


waiting for taylor swift


tengok betapa ramainya orang kat atas.. 
diorg dapat wristbands kaler lain sbb dtg lambat.


Taylor swift sangat cantik.. :D lagi cantik dari dalam her music videos.
sebenarnya dia datang untuk rasmikan 'Christmas lights' in westfield. sambil2 tu, dia
perform tiga lagu.. 30 minit je dapat tengok dia, but her performance was reaaally good.


 'we are never ever getting back together'


'love story'


'red'


the guitarist from her music video


lepas dah habis, ada fake snow jatuh dari langit.. :D


jumpa fadia and nad!


all in all, it was a great night :)

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino