My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

Structural Mechanics Video Project

video project untuk structural mechanics subject.
pasal plane stress, plane strain, and airy stress function.
harap2 lecturer suka >.<





update: we won best video award :) [link]

______________________________________________________________


& the second structural mechanics video project [link]

Skyfall Movie Premiere

selasa lepas, masa on the way jalan kaki ke uni, tetibe tengok belakang uni ada cam pagar. ingatkan
ada parade ape ntah.. rupenye, ada skyfall premiere dekat royal albert hall, so the red carpet extended
until sebelah uni kitorang.. apa lagi, after kelas je terus pegi tengok. ramai gile orang berpusu-pusu. 
diorang ni datang dalam pukul 6.30pm camtu.. seb baik sempat nak maghrib. hahah


daniel craig aka james bond di celah2 tangan orang


ni heroin dia kot? entah la. haha.. tapi cantik ah minah ni


Aidiladha

so malam raya, aku balik dari uni lambat sebab kena shooting video untuk project, so tak dapekla den
nak poi takbir raya kat malaysian hall.. balik2 je masak rendang kat dapur. meriah la, ada kawan masak
kuah kacang. sampai pukul 2 baru tidor.

inai untuk raya haji (utk charity week actlly.) mak cakap buruk


rendang ayam.. nampak tak menyelerakan tapi kekawan aku makan licin :))


nasib baik letak cili sikit je sebab kekawan chinese cakap still ada rasa pedas. hahah..
sambut raya haji masa lunch break je ngan ling wei.. kelas habis pukul 4 ptg, lepastu
pulak kena sambung video project. but alhamdulillah, it was a fun raya nonetheless :)

from lingwei


Paris- Eiffel Tower & Disneyland

macam tak percaya je aku dah pergi paris. hahah. sebab macam random sangat; ahad lepas (7 Oktober)
tetibe aku cam tergerak hati nak tengok harga tiket bas ke paris, pastu aku tanya roommate aku, nabilah
nak gi paris tak? pastu dia cakap nak, and kitorang teruss je plan nak pegi weekend seterusnya. luls.
pegi malam jumaat dan balik malam sabtu. kirenye tido dalam bas je.


kitorang naik bas euroline from london victoria to paris gallieni. memula ingatkan ada jalan terowong 
bawah laut (macam keretapi), rupenye kena naik ferry.. since kitorang dua2 tidur dalam bas, bangun2
je, driver bas dah parking kat mane entah, macam parking lot dalam bangunan, pastu driver suh kitorg
keluar and naik tangga/lif ke tingkat atas.. so sambil mamai, kitorang pun naik tangga.. kitorg pelik la,
apesal pulak kena turun kat bangunan ni? nak tunggu naik feri ke? pastu kitorang tanya info centre,
rupenye, we are already in the ferry! hahahah.. serius weh, feri lawa gile macam dlm bangunan. siap
ada cafe, kedai perfume, macam kat airport. kitorang ingat kena naik feri cam kat langkawi. =.=

gambar di dalam ferry:


sampai2 je, kitorang naik metro ke eiffel tower.. ambik gambar, beli souvenir,
then, blah ke disneyland. sekejap je kat situ, asalkan ada gambar, cukup la. ahahah..


disneyland seronokk.. macam kat dalam kartun je sebab semua benda warna warni dan comel.
tapi cuaca tak elok sangat. dalam pukul 12 ke 1 start hujan.. lebat, renyai, lebat, renyai, ulang2.
kitorang explore disneyland parks dulu baru studio park sebab ingatkan studio park tutup
pukul 10, rupenye pukul 7.. so, sempat jalan sejam je dalam studio park.


random pic at the entrances

disney castle :DDD

nasib baik masa parade cuaca serta merta je jadi elok.. matahari pun keluar. :D
parade best gileeee i felt like jumping up and down like a lil kid :)))

disney princesses. sekejap sangat diorg lalu :(( but sukaaa gile semua org especially 
cinderella and prince charming yg comel sbb diorg pandang camera :DD


lion king! simba!! :DD


toy story! woody!! :D


best pic of the day.. cun je mickey mouse punye gaya.


kesimpulannya, we had a great time. :) alhamdulillah.
harap2 dapat bawak mak abah gi paris satu hari nanti. tapi naik train la. haha..
penat gile klu nak naik bas 8 jam.
______________________________________________________

chronological compilation of the videos taken in paris:




MARA Hostel London

harini dah masuk 9 hari aku menetap di MARA hostel.


dua hari lepas, aku tolong bawak junior, hazee masuk university hall dekat evelyn gardens,
tempat aku menetap masa first year.  and baru aku terfikir; I didn't snap any proper picture of 
my  room in fisher hall, did I? so macam, agak terkilan kat situ sebab takde gambar kenangan.


so, here goes, gegambar di MARA hostel;


pintu depan

katil double decker

meja study

my favourite part: 4 almaris!

sink. some rooms don't have this. we're lucky

favourite area. 

pemandangan dari tingkap bilik


i wish i could live here forever! (not literally 'forever', what i meant was until 4th year).
tapi... bleh duduk setahun je. duk sini best gilosss sebab murah gilosss, bilik cantik, ramai malaysian,
bayswater banyak makanan halal, kedai rempah ratus kicap dan segala barang dari malaysia senang
sangat nak cari, malaysian hall pun dekat, nak gi shopping kat oxford street pun bleh jalan je 30minit,
 jalan to imperial pun 30 minit gaks, ada direct bus to imperial pulak tu.
ohhh, life's gooooooooooooood, alhamdulillah :)

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino