My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

exams habess

alhamdulillah, saya berjaya habiskan 3 minggu exams, 9 papers dan masih waras.
dalam pertengahan exams tu adala jugak ter-meleleh air mata dok x faham satu topik mechanics ni
pada malam sebelum exams. luls. tapi serius, exams sini sangat mencabar. ada kes orang pengsan kena
panic attack. uh-oh. :o nasib baik la saya tak sampai tahap tuu. 


tapi, dalam kesembilan papers tu, ada 2-3 helai yang saya cam tak konfiden dengan jawapan saya.
so, balik mesia ni kena la bawak buku2 mechanics, fluid mechanics, dan maths, in case (nauzubillah)
kena repeat. insyaAllah, tak la. tapi.. better be prepared for the worst :'(


tapi habes2 exams pun, saya belum merdeka lagi sebenarnya. merdeka for the weekend je. next week
dah start project week (design week 2). banyak pulak  yg ajak join program masa saya tengah project 
 week. aduhai. rasa bersalah je, cakap tak dapek pergi :( anyways, moga design week 2 seronok.


tapi, tapi, tapi, pasal design week ni, taktau la cemana diorang (instructors) ni bagi markah. diorang 
bukannye tengok pun kitorang keje. diorang tengok presentation at the end of each day je. ada
senior cakap, dia dapat 60+ je padahal dia banyak buat keje. ni yang bikin gue malehh ni -.-

______________________________

pasal non-academic matter, smalam lepas exam saya teruihhh pegi shopping dengan kawan sy.
wishlist saya lebih kurang dah tercapai la, except for tudung bawal. beli dipped-hem dress
warna pink pucat cantikkkk, tapi bila saya pakai jadi buruk, sbb x sesuai pulak pakai dengan seluar..
so, maybe nanti sok nak pulangkan balik. ni yang best dok sini, klu x suka pape, boleh return :))

walaupun baru sehari abes exam, rasa agak bosan taktau nak buat apa. nak baca novel, novel takde.
nak tengok movie, tapi movie cerita jiwang selalu buat konfiden level saya jatuh mendadak di akhir
cerita. lols. nak melukis, tapi takde ideaa. nak tidur, tapi taknak bazir masa. nak buat benda ilmiah,
tapi nafsu kata rileks jap sehari. besok saya nak jadi produktif semula. insyaAllah. 

____________________________

sape laa yg baca post ni sampai habes, punyela panjang. ngahaha. kebosanan terserlah tak begitu?
oh, terfikir nak tulis buku, tapi penulisan saya cam budak sekolah rendah. tp nak tulis jugak, x kira.
mungkin masa cuti 3 bulan nanti. 3 pages a day, boleh siap satu novel woh. nantikan kemunculan
novel pertama saya ye. wihi.


ok. kena kemas bilik bersepah. 'cam kucing beranak' bak kata emak. oh, rindu emak. 13 hari lagi!
0 pendapat bernas:

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino