My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

kenapa malaysia lagi best

hari ni dah masuk lapan hari aku kat rumah untuk cuti 3 bulan selepas selamat tiba di klia dengan 
hanisah & intano sabtu lepas. seperti kawan2 yg lain, selepas almost setahun duduk kat negara
orang, boleh nampak perbezaan ketara malaysia dan uk.


bagi aku, duduk kat malaysia lagi best sebab;


1- tak payah pakai moisturiser
klu kat uk, kulit aku jadi kering, mengelupas, and sensitip. kena beli lotion la, moisturiser la.
whereas kat malaysia, takyah pakai moisturiser pun kulit dah lembap naturally. 


2- the foooooooooood.
duduk di uk buat aku rindukan ikan. sebab makanan utama aku kat rumah hari2 adalah ikan
sebab aku duduk dekat portdickson, so hari2 boleh dapat ikan fresh. tapi kat uk, susah nak
jumpa macam2 jenis ikan. ikan sembilang, ikan pari, ikan keli, ikan cencaru, tak lupa jugak 
udang dan sotong yang fresh, bukannya yang dah diproses mcm yang dijual kat sainsburys uk.


3- tudung dan hijab-friendly clothes
setahun asyik pakai 5 helai tudung pakai berulang-ulang. nak beli, takde jual tudung tiga segi..
klu baju plak, yg dijual mostly sleeveless and baju lengan pendek. baju lengan panjang ada,
tapi pendek takat pinggang.. bagi aku, malaysia jugak lah yg seronok utk shopping baju


4- waktu solat
kalau kat uk, waktu solat dia macam yoyo.. masa winter, pukul 4 petang dah masuk maghrib.
klu masa summer, pukul 4 pagi matahari dah terbit, habis waktu subuh.. agak mencabar disitu.


5- art materials EVERYWHERE
ni paling ketara bagi aku. betapa susahnya nak cari water colour kat uk.. even kat kedai
stationery (ryman) pon tak jumpa water colour, boleh tak? apatah lagi kedai runcit sainsburys atau
tesco.. yg dijual cuma low-quality colour pencils yang langsung tak pekat. even kertas kaler2 pun 
susah nak carik.. klu kat malaysia, pergi la mana2 kedai runcit, konfem ada jual water colour, poster
colour, pencil colour luna yang pekat, art block tersusun2, senang sangat2 nak jumpa..



len kali klu rajin aku blog pasal kelebihan uk yg patut malaysia contohi pulak. banyak tu. :\
the hunger games trilogy
aku baru je habis baca ketiga-tiga buku the hunger games malam semalam. 
keseluruhannya, aku nak bagi 5 bintang, tapi disebabkan ending dia aku tak berapa suka, 
so, mungkin 4.8 star adalah yg lebih appropriate untuk trilogy ni.


special thanks to azzura sbb dia yang recommend utk baca novel ni :)
and kakak aku yang tak habis2 suruh aku beli sebab dia pun nak baca.

peetaaaaa the roti guy

___________________________________________



first book: the hunger games

aku bersyukur aku tengok movie dulu baru baca novel ni, sebab kalau sebaliknya, konfem aku tension
dengan movie sebab banyak scene dalam buku yang best yang dia potong.. sebagaimana aku benci twilight
sebab bella swan tak seperti bella yang aku bayangkan masa aku baca novel dia.. scene yang aku rasa patut
ditambah dalam movie adalah scene dalam gua sebab lepas katniss injured ambik backpack demi peeta,
peeta jaga katniss dan mereka sangat sweet...... and part peeta marah lepas dapat tau katniss cuma
berlakon depan camera (walaupun at some parts, katniss cam confuse dengan perasaan dia)


second book: catching fire

buku kedua dia memang besttt, sebab semua benda yang terjadi dalam buku ni memang well-written dan
unexpectable. langsung tak tercapai dek akal aku, sampai la aku baca. pergh, kreatif betul minda suzanne
collins ni.. ada one part, aku ingatkan peeta dah mati, tapi nasib baik finnick (another hunger games' victor)
bagi pernafasan kecemasan.. and aku tak sabar untuk movie kedua sebab nak tengok macam mana rupa
finnick dan johanna mason. sebab finnick ni digambarkan sebagai hot, mata hijau..


third book: mockingjay

buku ni aku baca setengah hari je. sebab antara ketiga2 buku, buku ni buat aku paling eager untuk tau
ending dia and aku stay up semata-mata nak habiskan buku ni. kesian gilaaa dengan peeta, at some
parts aku rasa cam nak nanges. :(( tapi best laa, the districts berperang dengan the capitol. sangat
mendebarkan utk tau ending dia. tapi kecewa skit sebab walaupun ending dia bagus, tapi katniss
asyik cakap pasal trauma dia.. and tiba2 je, dia pilih peeta. cam.. tiba2 sangat.. tak de-describe
dengan lebih terperinci.. gale pulak tibe2 out of the picture. hmm

_____________________________________

but all in all, ketiga2 buku ni memang well-written. masa katniss lapar, aku pun terasa
lapar (mostly sebab aku tengah puasa. lol). masa katniss berdebar nak naik stage,
aku pun boleh rasa berdebar.. sangat well-written. two thumbs up :)
Design Week 2

 Alhamdulillah, design week 2 is over and it ended well :)


design week ni adalah project week yang diambil markah di bawah subjek 'creative design'.. design week 2
ni cuma sambungan dari design week 1, dimana kitorang kena finalise plan kitorang untuk membangunkan 
kawasan Battersea, London & bina jambatan pejalan kaki untuk seberang sungai Thames.


Baru beberapa minggu lepas rasanya, syarikat malaysia (sime darby & SP setia) menang bid untuk beli
battersea nih. tetibe rasa bangga plak jadi orang malaysia. lols.. masa first and second day, rasa cam
agak bosan sebab aktiviti yang kitorang buat tak banyak beza pun dengan design week 1. tapi starting 
from the 3rd day, aku start rasa seronok sebab boleh main lukis2.. :)


antara lukisan gambaran projek pembangunan kitorg with Battersea power station in the background:



 hari khamis pulak, kitorang kena siapkan model jambatan and siapkan presentation board untuk final 
presentation hari jumaat.. some of the guys buat model jambatan; pastu aku terfikir nak kaler model kitorang,
 so inilah hasilnya.. heheh :) tetibe ada bridges director datang tengok model kitorang and bagi card dia :)



beberapa model jambatan dari groups lain;



hari khamis tu kitorang semua memang all out la siapkan projek ni.. aku balik pukul 10 malam, some others
 balik lagi lewat daripada tu.. tp it was kinda worth it la.. the judges suka sangat kitorang punye board,
models, and presentation.. and we won the prize, alhamdulillah :) :)


masterplan's presentation board:


bridge presentation board;


from the left, design week coordinator, nicholas, mo, amar, david, george, me, rony, tom.


it was a pleasure working with these guys.. 
semoga semua orang dapat good results and boleh naik 2nd year! 

exams habess

alhamdulillah, saya berjaya habiskan 3 minggu exams, 9 papers dan masih waras.
dalam pertengahan exams tu adala jugak ter-meleleh air mata dok x faham satu topik mechanics ni
pada malam sebelum exams. luls. tapi serius, exams sini sangat mencabar. ada kes orang pengsan kena
panic attack. uh-oh. :o nasib baik la saya tak sampai tahap tuu. 


tapi, dalam kesembilan papers tu, ada 2-3 helai yang saya cam tak konfiden dengan jawapan saya.
so, balik mesia ni kena la bawak buku2 mechanics, fluid mechanics, dan maths, in case (nauzubillah)
kena repeat. insyaAllah, tak la. tapi.. better be prepared for the worst :'(


tapi habes2 exams pun, saya belum merdeka lagi sebenarnya. merdeka for the weekend je. next week
dah start project week (design week 2). banyak pulak  yg ajak join program masa saya tengah project 
 week. aduhai. rasa bersalah je, cakap tak dapek pergi :( anyways, moga design week 2 seronok.


tapi, tapi, tapi, pasal design week ni, taktau la cemana diorang (instructors) ni bagi markah. diorang 
bukannye tengok pun kitorang keje. diorang tengok presentation at the end of each day je. ada
senior cakap, dia dapat 60+ je padahal dia banyak buat keje. ni yang bikin gue malehh ni -.-

______________________________

pasal non-academic matter, smalam lepas exam saya teruihhh pegi shopping dengan kawan sy.
wishlist saya lebih kurang dah tercapai la, except for tudung bawal. beli dipped-hem dress
warna pink pucat cantikkkk, tapi bila saya pakai jadi buruk, sbb x sesuai pulak pakai dengan seluar..
so, maybe nanti sok nak pulangkan balik. ni yang best dok sini, klu x suka pape, boleh return :))

walaupun baru sehari abes exam, rasa agak bosan taktau nak buat apa. nak baca novel, novel takde.
nak tengok movie, tapi movie cerita jiwang selalu buat konfiden level saya jatuh mendadak di akhir
cerita. lols. nak melukis, tapi takde ideaa. nak tidur, tapi taknak bazir masa. nak buat benda ilmiah,
tapi nafsu kata rileks jap sehari. besok saya nak jadi produktif semula. insyaAllah. 

____________________________

sape laa yg baca post ni sampai habes, punyela panjang. ngahaha. kebosanan terserlah tak begitu?
oh, terfikir nak tulis buku, tapi penulisan saya cam budak sekolah rendah. tp nak tulis jugak, x kira.
mungkin masa cuti 3 bulan nanti. 3 pages a day, boleh siap satu novel woh. nantikan kemunculan
novel pertama saya ye. wihi.


ok. kena kemas bilik bersepah. 'cam kucing beranak' bak kata emak. oh, rindu emak. 13 hari lagi!
current wishlist

saya belum habis exam lagi. kesian. ada 3 papers lagi iaitu Materials, Maths, & 
Environmental Engineering Science, tetapi saya mula dapat penyakit tak-sabar-nak-habis-
exams iaitu penyakit  berangan2 mengenai perkara yg nak dibuat lepas exam, iaituuuu

1- shopping.
2- melukis.
3- membaca.


paling terukkk sekali berangan pasal shopping la, sampai saya dah ada wishlist untuk 
barang2 yg saya nak beli dan yang saya takkkk sabarrrr nak guna! saya nak share kat sini, 
sebab jiwa saya meronta2 asyik berangan dan tak fokus study, so i better write this down 
so that i can focus afterwards:


1- Long-sleeved blouse

from forever 21

last week cuaca dah mula panas, about 26-27 degrees. walaupun jauh lebih sejuk dari
 malaysia, tapi, having to walk 20 minutes in the sun, with layered tops is soooo challenging.
 biasanya saya pakai tshirt and cardigan, dan dua lapis adalah panas. saya taktau camne 
saya boleh survive pakai cardigan kat malaysia. maka, saya nak tambah koleksi long-sleeved 
tops so that saya takyah pakai 2 lapisss. :) 


2- Maxi skirts and dresses


skirts from next

maxi skirts and dresses are sooo in right now. they are just sooo adorable and 
comfortable to wear. saya tak pernah pakai skirt selama ni, dan saya nak try! :) 


3- Lip stain

body shop lip stain

quick introduction: lip stain adalah berbeza dari lipstick dan lip gloss. lip stain has a matte
 finish, while lip gloss and lipstick are more glossy. it looks super natural, while giving the lips
 some cheery-colour. nak nakkkk :Q


4- Tudung bawal........!

I've always been in love with tudung bawal :'D though, i have to admit, shawls are cute, 
fashionable, and modern, tapi muka saya bulattttt dan sangatttt tak sesuai pakai shawl. 
tapi, disebabkan sekarang, saya suka gile plain outfits, saya nak tudung bawal bercorak to
 look less-plain. dan malaysia sekarang ada banyak gilee tudung bawal cantik2.... 
tak sabar nak balik malaysia T.T


yessss. this is NOT a shawl. it's tudung bawal, baby! :DDD


dan untuk baju bercorak macam baju kurung, saya nak nak nak sangat 
tudung bawal crown.. nampak sangat ayu, sangat girly, saya sukaaa :'D


ok dah. sambung study. :)



Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino