My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

£1 per mile :)

selama ni aku merungut kena jalan 40 minit pergi balik imperial setiap hari..
tapi sekarang, aku tak sabar2 nak start jalan kaki ke imperial! kenapa? sebab dengan 
program 'Samsung Hope Relay', setiap kali aku jalan 1 mile, samsung akan donate 1pound
per mile for charities. awesome kan? :'D tapi, yang duduk kat UK je boleh join.. if you are, 
here's how you can participate:


kalau anda ada iphone/android, download app yang bernama 'Samsung Hope Relay',
download your photo, and start running! (aku jalan je, bukannye lari pun. ngehehe).
yang paling comel, kepala korang akan diletak dekat video orang berlari. comel gabann.
kalau nak tengok aku nyer video, gi la stalk facebook aku. tekan play dekat "i've just 
done a run for the samsunghoperelay" tu. serius cute.


here's more details about it:



on another note, minggu ni aku tengah ada revision week. next monday baru start exam.
serius cuak. dah dapat email dah pasal result keluar on 9th july. and kalau fail, kena buat
 appointment dengan head tutor pasal the options available. cuakkkk. mohon doakan 
kejayaan sy. & all the best kepada semua yg tengah exams. <3

surveying week

baru je habis surveying week dari 7-11may. penat gilosss tapi best sebab dapat
 kenal coursemates yang sebelum ni tak pernah tegur pun. :) groupmates aku dua
org british, sorang korean, sorang hongkong, sorang lebanon.


basically, apa yang kitorang buat seminggu ni adalah, cari ketinggian tanah berbukit, cari
 coordinates setiap points yg diberi, cari coordinates pokok2 dan pagar, lukis peta lengkap
 guna coordinates dan ketinggian yg kitorang dah cari (kena lukis beratus-ratus points -.-),
 dan yang paling  susah, adalah design jalan raya dekat kawasan yang kitorang survey.


group aku dapat site C which is the hardest site, sebab banyak bukit bukau dan banyak 
kawasan berpagar tempat biologists buat research. tapi alhamdulillah, groupmates sume
jenis rileks dan baik, so, taklah rasa beban sangat buat project ni. kawasan kitorang survey
tu dalam hutan, ada banyak gilee arnab liar, and i even saw dua ekor rusa berlari-lari.
subhanallah, rasa macam dalam kartun disney je :D


perkara yang paling tak best pasal surveying week ni adalah the food.
kitorang semua kena bayar 10pounds for each meal, dan disebabkan diorang tak sediakan
halal meat, jadi terpaksa la aku jadi vegetarian selama 5 hari. dan makanan dia sgt takbest,
especially yg gambar bawah ni. sayur sayur dan sayur. T.T


the food.

mencari ketinggian


mencari coordinates

peta yang mengambil masa berzaman-zaman untuk dilukis

me in pink


skarang, kena risau pasal exams balik. huuu T.T 
lepas exams ada design week. kinda look forward to it :)
rambut

tadi masa aku study dengan kawan aku, tetiba sorang pompuan dalam umur 40-an, terus je masuk dalam
rumah. aku tanya kawan aku, "kenal ke?". dia jawab "tak". pompuan tu macam selekeh2 sikit la, baju floral,
gaya mexican, kulit tanned. lepas dah nampak kitorang, perempuan tu senyum and terus je baling segumpal
rambut kat kitorang dan walked away. dia cakap "it's a present for you"


ya Allah. segumpal rambut, mesti ada sihir/voodoo ke apa2 kan. kawan aku cam takut nak pegang rambut tu.
nak taknak aku kena buang rambut ni, so, aku la yang gi kutip and nak gi keluar pintu rumah utk buang jauh2.
sambil jalan menuju ke pintu pagar, aku baca ayat Kursi, dan langkah demi langkah aku tu, aku rasa macam
gigi aku kena tarik kedalam anak tekak & makin susah untuk sebut ayat Kursi dengan betul. ya Allah, sakit
gile macam aku rasa mulut aku dah berdarah-darah dah waktu tu. but alhamdulillah, sempat sampai and baling
kat luar pagar. tapi sipi-sipi je. kalau kena tiup angin masuk balik la rambut tu. tapi tak berani aku nak
pegang lagi.


pastu, masa kawan-kawan yang lain datang, aku pun nak cerita la kisah segumpal rambut tu kat diorang.
sambil cerita, salah sorang kawan kitorang macam kena rasuk, terbaring, and cakap kat aku, "tell me the
story, tell me the story" sambil tangan dia terkapai-kapai kat aku. aku ingatkan dia cam main-main je la kan.
tapi sambil aku cerita, gigi aku macam kena tarik ke dalam balik and at that time, i knew i have to run away.
aku pun terus lari keluar. tapi entah macam mana, ada kain-kain tergantung kat atas ceiling, i had to go
through kain-kain tu dan tak nampak apa2. until at one point, it was a dead end. i can see something's
getting nearer to me.


sekali aku rasa pinggang aku macam kena tarik and
zappp. terjaga dari tidur. astaghfirullahulazim. sambil terjaga tu, dapat rasa macam ada something flew
by my waist. perasaan je kot. anyways, alhamdulillah la it's subuh, so aku terus solat and terus tak tido 
balik. hahahah. i just felt like writing this down sebab mimpi tu cam betul and scary nak matiii :S
one-good-deed-a-day challenge

so, tadi aku baru je hantar 'spring term report'. basically report tu macam apa benda yang
 aku dah buat dan dah achieve sepanjang term tu. academic progress, personal development, 
participation in clubs/voluntary work etc. & bila tulis report ni, aku rasa nak
 tulis banyak2 benda baik yang boleh impress tutor aku sebab kena tunjuk kat dia untuk 
di-sign. lalu, aku terfikir, masa kiamat nanti malaikat raqib & atid akan review apa 
benda yang aku dah buat kat atas dunia dekat Allah. dan apa yang aku dah buat untuk 
impress Allah?


semua orang nak syurga, tapi macam mana dengan resume kita?
adakah resume kita cukup hebat untuk terpilih utk masuk syurga? hmm :'( 

____________________________


btw, pernah tengok video ni?




all the small things we do can make a big difference to other people's lives.
so why are we waiting on the world to change,when we can do something to help changing it?
if you're reading this, let's join me in one-good-deed-a-day challenge! 
(well, at least one. should be more. haha). 


found this blog and was inspired. hope u will be too :)



Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino