My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

petsis' day out!

Isnin lepas, petsis aku masa kat KY dulu, Fadia, ajak dating.
plan asal nak gi camden market. pastu mula la google pasal attractions sekitar kawasan tu.
skali fadia terjumpa pasal walking route along regent's canal from Little Venice sampaila ke
camden town.. comel gile fadia, siap print pasal walking route tu & tulis tajuk 'petsis' day out' x)

#Little Venice, Regent's Canal

walaupun jauh gak jalan, about 40minutes along the canal tu, tapi worth it ah. pemandangan
cantik sangat. banyak bot, tepi2 ada taman rumah orang kaya2, memang cantik ah. :)
Camden town plak sangat best utk shopping barang2 souvenirs. baju2 dari korea pun banyak

#Camden Lock Market

#Camden Town

Lepastu, kitorang gi ZSL London zoo, dekat je dengan camden town. kitorang masuk zoo pukul
3.30pm. zoo tu tutup pukul 5.30pm. orang penjual tiket tu kata kitorang just boleh tengok most
of the animals tapi bukan semua, sebab klu nak tengok semua, kena ambik masa 3 hours.
lalu kitorang pun marathon keliling zoo tu, try tengok as many as possible. penat ah sebab zoo tu
besar.. tapi seronok gileeee! aku rasa cam nak tinggal dalam zoo tu je. best sgt suasana dlm tu :)

#Aquarium

#African animals

#1st pic- binatang fevret aku, meerkat :)
#4th pic-anak patung kitorang beli sbb xtahan nafsu xD

lepastu, kitorang makan kat guanabana restaurant kat camden town. sekali skala merasa
makan kat restoren high standard. alang2 dah halal. siap ada pasang candle yaww :)


memula ingat nak tengok wayang, tapi x sempat sbb dah malam. so ktorang sambung
petsis' day out hari selasa, tengok citer the hunger games kat westfield. 1st time tgk wayang.
citer tu besttttt! sukee sgt. x sabar nak tengok sambungan dia.


thanks fadia for the awesome petsis' days out :)

Flashback

tengah tengok gambar family, pastu terjumpa folder gegambar KYS.
pastu, tertengok la video-video yg saya amek secara random empat tahun lepas.
pastu, tergerak la hati nak meng-combine videos tersebut menjadi satu, maka lebih
senang la kerja saya untuk menceritakan kisah muda remaja kepada anak2 dan cucu.
maka terhasil la video ni di youtube:


videos capture the memories better than photos.
bile tengok videos ni, terasa macam di alam kys balik. hahah
next two years, saya combine sume videos kat kyuem plak ye. heheh
diskusi harian

kebelakangan ni aku suka dengar radio LBC 97.3 sambil2 makan, sambil2 masak.
radio ni takde lagu langsung, hari2 bercaaaaaakap je. kepada korang yg baca ni, aku
syorkan dengar la radio ni klu bosan2. kalau nak dengar online, tekan ni> [LBC]


bagi aku, radio ni best sebab dia bukak minda aku pasal macam2 benda dan topik.
biasanya radio commentator tu akan kemukakan topik, pastu pendengar boleh call, email, &
tweet pasal pandangan diorang pasal topik tu. menarik la dengar pendapat orang yg berbeza.


_____________________________________________________________________

contoh topik yg menarik, adalah pasal enam orang askar british yg meninggal kat afghanistan
beberapa hari lepas. perdana menteri UK clarify yg askar british dihantar kesana adalah
bertujuan untuk kekalkan keselamatan negara ni. dan topik yg dibincangkan adalah,;


"do u think our mission in afghanistan is a national interest?"


a few callers awal cakap, penting untuk hantar askar kesana supaya taliban x bom negara ni,
supaya insiden '7th july' x berulang, tapi at the same time, jgn ganggu ketenteraman negara
afghanistan tu sendiri. pastu, a caller named muhammad telepon dan bagi view yang sangat
bertentangan but sangat betul. dia cakap yg pengganas takkan datang all the way dari
afghanistan ke UK untuk bom orang. even kejadian 7th july tu pun dilakukan oleh orang
british sendiri, so kenapa hantar troops ke sana and spend banyak gile duit? pastu a british
indian caller plak point out yg kenapa europian countries yg lain x hantar troops? kenapa
uk ikut us hantar troops? sebab imperialism.


dan yang paling terbaikkkk, last2 tu ada bekas askar british talipon. suara dia macam sebak2,
dia cakap, "it was completely pointless being in afghanistan.", "i don't feel like a hero when i
came back. most of my friends also feel the same way". dia kata sume atas kepentingan politik.

_______________________________________________


the next interesting topik yg aku nak khabaq is pasal catholic churches nak ban gay marriage.
dan pasal peraturan takleh pakai 'cross' dekat tempat kerja. then radio commentator tu pun
cakap la pasal hijab, turban, dan tiba2 masuk topik pasal religion. dia cakap yg people love to
live in an illusion, and if one religion is right, then a whole lot of people are wrong!


pastu a caller (kristian kot), dia cakap yang christians, jews, and muslims are holding on the
same rules, we have common beliefs in God, because the religions come from one God.

____________________________________________________

ok dah panjang gile aku tulis ni. luls. like omaiGod, lagi satu topik terlupe...
pasal Kony 2012. tapi pengetahuan aku cetek, xtau mana satu betul mana satu salah.
yg penting klu betul2 kony tu jahat, semoga dia kena tangkap cepat2. dan jom
doakan brothers n sisters kite di syria, palestine, dan semua tempat yg bergolak. :(



tetamu

kelab kapucino

komen kapucino