My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

zagreb travelog
24th feb lepas, aku pegi ikut imperial college civil engineering society(civsoc) trip to zagreb, croatia.
11 orang je 1st year yg pegi termasukla aku.. sebelum pergi, ada sikit kontroversi pasal bilik hostel
sebab tanpa disangka, aku n kawan aku, ling wei, dapat sebilik dengan dua orang lelaki. kitorang
tak terfikir plak yg omputih ni tak kisah sama bilik laki pompuan. tapi selepas email presiden
berkali2 mintak tolong tukar bilik, baru la kitorang dpt sama bilik dgn 4 org girls yg lain. phew.
presiden civsoc tu sampai da ingat nama kitorang da. haha
____________________________________________________

Jumaat, 24th Feb 2012:

kitorang sampai ke hostel dalam pukul 4 petang. lepas sampai je, terus kluar jenjalan cari makan.
paling terbaikkk kat zagreb ni, ada banyak GILE bakery shops. jalan sikit, jumpa bakery. jalan
sikit lagi jumpa bakery. ada banyak francais; pan pack, omlinar, pekara, etc. sume roti murah
gile and banyak choices. harga biasa satu roti is 5 kuna, which is 60 pence. sepanjang aku kat
zagreb, keje mengunyah roti je sampai buncit. serius. :D

1# masa tengah jalan2 cari makan #2 bakery shop 3# our hostel 4# free hoodie by civsoc


pukul 5, kitorang berkumpul & naik tram (train di zagreb yg lalu atas jalan) ke city centre untuk
ke museum of broken relationship. basically, dalam museum ni letak barang2 kenangan untuk
kisah break-ups di seluruh dunia. termasukla kisah dari singapore, pasal org cina bercinta dgn
org melayu. tetibe bangga sekejap sebab terjumpa perkataan 'malay'. hahah..

1# pemandangan dari stone gate 2# Anton Gustav Matos statue 3# the museum


lepastu, omputih ajak gi dinner sama2, tapi since kitorang dah bleh agak yg diorang nak bersuka
ria berparti dan minum arak, maka kitorang pun amek keputusan utk balik hostel & tengok
movie. diorang balik sampai pukul 2.30 pagi.



Sabtu, 25th October 2011:

aku n lingwei bangun awal pagi, beli roti kat bakery, & terus ke Ban Jelacic Square while yg lain
sume masih tidur lena. pastu kitorang gi ke Dolac market, pasar tani popular kat zagreb. masa
tengah tengok buah-buahan yg dijual, tetibe ada pakcik omputih cakap 'assalam alaykum' kat
aku. aku pun jawab salam. dia tanya 'what's ur name?'. i said 'haizumawati'. & dia cakap 'my
name is jamil'. hahahahh.. terkejut den. tetibe terjumpa bapak aku versi croatian. :))


1,2# Ban Jelacic Square 3# Dolac market 4# pakcik jamil bertopi biru


kitorang balik ke hostel pukul 10 untuk program civsoc, rupenye diorang bukannye punctual
pun. lol.. dalam kul 10.30 lebih baru start walking tour keliling zagreb. ada tour guide tunjuk
tempat2 menarik n ceritakan pasal sejarah zagreb. menarik gak ah.. masa dekat cathedral,
dia ceritakan pasal christianisation kat zagreb, & masa perkembangan ottoman empire
(empayar Islam turki uthmaniyah), diorang tambah outer wall keliling cathedral as benteng..

the cathedral

1,2# st mark's square 3# the octagon 4# random statue


lepas habis walking tour, kitorang bebas untuk jenjalan gi memana. so, aku &
lingwei pun jelajah sume tempat attractions kat zagreb berdasarkan peta..

1# Zrinjevac square 2# HAZU-croatian academy of arts n sciences
3# Art Pavillion 4#Starcevicev Square


1,2# King Tomislav Square 3# The mosque 4# random statue


bangunan yg bulat ni nama dia 'the mosque'. dulu masa world war II, bangunan ni dijadikan
masjid, dilengkapi dengan menara. tapi selama 5 tahun je. pastu the minarets kena cabut, &
dijadikan museum... but the locals still panggil bangunan ni 'the mosque'..


malam tu civsoc ajak dinner, tapi since aku takleh makan daging, and x minum alcohol, so mcm
rugi je kalau bayar memahal n join. so aku n lingwei pun lepak tengok movie lagi.. lols. this time
diorang balik sampai kul 3.30pagi. isk2..



Ahad, 28th feb 2012

macam biasa, kitorang bangun awal n buat trip sendiri while yg lain masih lena tidur. kitorang gi
ke mirogoj cemetery. the best attraction in zagreb. kalau masa spring, sure lawa gile2 tempat ni.
walaupun kawasan perkuburan, tapi kubur2 diorang sume dihias cantik2. especially kubur org2
famous. hahah.. yg interesting pasal cemetery ni is, ada kubur orang kristian, orthodox jews, and
also muslims.. dekat kubur muslims ada simbol bulan n bintang, dekat kubur jews ada simbol
bintang, and dekat kubur kristian ada simbol salib. kitorang jumpa pakcik penjaga kubur yg baik
gile, he drove us around the cemetary and showed us all the interesting graves.


the awesomest part about this trip was.., kitorang dapat 90 kuna from civsoc sebab since
kitorang tak pegi dinner hari sabtu, kitorang dapat duit subsidi yg tak digunakan tu.. maka,
kami pun pergilah bershopping di zagreb. :'D rezeki2..

1# the grounded sun 2#tinggalkan jejak 3# Ilica


kesimpulannya, zagreb is nice.. and civsoc is awesome. :)

2 pendapat bernas:

hahahaha. aduhai. tak menahan gila part my name is jamil. heeeee. duhhh.

eju

tula pasal.. hahahhah

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino