My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

Spain Adventure

Selasa, 20 Disember 2011:

Akhirnya, hari yang dinanti2 telah tiba. trip ke spain yg dicadangkan oleh atiqah sejak awal
oktober dan dirancang oleh kami bertujuh; atiqah (belfast), tipah(cork), kira(galway), intan
(kent), hanisah(warwick), aku(imperial), & nabilah(lse)- kawan2 sama belajar A-level di
KYUEM dulu- telahpun jadi realiti.


aku, intan, hanisah, & nabilah, naik flight sama dari london. tipah, kira, & atiqah dari ireland. dan
kitorang jumpe kat Malaga, Spain. plan kitorang nak sewa kereta, dah book dari internet. tapi
rupenye, syarikat sewa kereta tu nak umur 23 tahun ke atas.. memandangkan kami semua baru
20 tahun, kitorang pun sewa la kereta dari syarikat kecik yang promote kat kitorang kat luar
airport.. kereta opel zafira, 7-seater, manual. hanisah sorang je yang pandai bawak kereta
manual, so terpaksa la hanisah memandu sorang..


memandu kereta kat spain ni sangat mencabar sebenarnya. dah la sekali sekala cuti je baru ada
peluang nak praktis bawak kereta, pastu stereng dia belah kiri, roundabout dia anti-clockwise,
jalan sempit. fuhh, sangat challenging. memula ingat nak pulangkan kereta lepas dah test-drive.
tapi since kitorang dah sign contract kereta tu & bayar full semua, guna je la kereta tu.


alkisahnya, hotel yg kitorang book rupenye bukan di Malaga- tapi kat Mijas. punyelah jauh.
guna GPS pun boleh sesat jugak, tak jumpe jalan. kitorang pun dah mula syak wasangka yg
hotel tu sebenarnya x wujud. last2 tipah & kira cadangkan upah teksi untuk tunjuk jalan, dan
sampaila kitorang kat hotel (apartment) yang cantik gile nak mati! 8 euro je per night.


1-easyjet, 2-masa baru sampai, 3-kereta sewa, 4-bincang


Rabu, 21 Disember 2011:

pagi tu, sambil breakfast dan bincang plan untuk hari tersebut, tengok tingkap, matahari dah
mula terbit. Subhanallah, cantik sangat2 pemandangan dari balcony apartment kitorang.. the
most beautiful sunrise i've ever seen :')


1-sunrise dgn bulan sabit, 2.4-balcony, 3-pemandangan dari balcony


hari kedua kitorang di Malaga; kitorang jalan2 tengok alcazaba. jenuh jugak la nak mencari
alcazaba tu. tapi last2 jumpa jugak. alcazaba ni adalah kubu perang zaman dulu2.. lepas ronda2
kat alcazaba, plan asal nak pergi museum picasso.. tapi bile terjumpa kereta kuda, aku rasa
naik kereta kuda pun seronok jugak.. so cancel la plan nak gi museum picasso..


1-mencari alcazaba, 2-cathedral, 3-alcazaba, 4-signboard museum picasso

sekitar alcazaba


bile naik kereta kuda tu, terasa macam my childhood dream came true :') terasa macam
princess! lagi2 bile budak2 lambai kat kitorang masa kuda tu tengah jalan. hahah.. perasan
kate middleton sekejap. 40 minit keliling malaga. it was worth it.



Khamis, 22 Disember 2011:

malam rabu bertolak ke Granada. best sebab ada banyak restoren kebab halal kat belakang
hostal kitorang. pagi tu bertolak ke alhambra naik bas sebab jalan kat granada berbukit dan
sempit nak mati. driver bas ke alhambra tu punyelah hensem, muka macam kaka! dah la
pakai smart gile, dengan blazer nye.. waduh. cair kami semua. hahaha


kitorang ingatkan cuaca kat granada ni tak sejuk. so pakai la baju biasa je. sekali mengigil-gigil
kesejukan. nasib baik jumpe kedai souvenir, aku pun beli la gloves sepasang, dengan muffler.
tapi bila matahari dah naik barula suhu naik sikit.. subhanallah, alhambra sangat sangat cantik.
itulah istimewanya islamic architecture.. kreatif sangat orang Islam zaman dulu.. dinding2,
ceiling, semua sangat detail pembinaan dia. berkerawang, berseni! bila tengok part yang
orang putih tambah2, macam kat Nasrid palace, tak cantik langsung. dinding, ceiling petak je.


alhambra


generalife


malam tu, plan nak keluar ramai2 gi shopping kat pekan granada.. tapi intan, hanisah, kira, &
nabilah tengah tidur, so aku, tipah, & atiqah keluar jenjalan dulu, nak beli plug adapter sebab
kat spain ada 2-pin plug je.. masa tengah cari kedai elektrik, aku ajak diorang gi cek kereta
yang kitorang parking tepi kedai.. sekali tengok2 kereta kitorang dah hilang!


nasib baik tipah ada kamus english-spanish. kitorang pun tanya pakcik2 kat kedai tepi jalan tu.
semuanya tak reti cakap english. punyelah penat nak explain & nak faham pakcik tu cakap
apa. tanya nombor talipon polis, tapi semua tak tau. 3 nombor pun susah nak hafal ke =.=


atiqah guna GPS untuk cari balai polis. tapi masa tengah on the way nak ke balai polis, terjumpa
dua orang polis tengah soal siasat sorang remaja lelaki ni. kitorang pun tunggu la sampai polis tu
selesai. lepas polis2 tu siap soal siasat, diorang datang kat kitorang & cakap bahasa spanish =.=
polis pun x reti cakap english. aduhai.. nasib baik diorang hensem dan tinggi. hahah.. tapi
lepas main regu, dan cakap sepatah dua- "el coche perdido" means "my car lost"- baru la polis
tu faham & contact balai pejabat untuk detect kereta kitorang kat mana.. rupanya kereta kena
tow sebab tak bayar parking.. fuhh nasib baik kena tow. kalau kena curik, mampusss. :S


1-tempat kitorg parking, 2-polis yg dah masuk dlm kereta, 3.4-tempat tow kereta.


Jumaat, 23 Disember 2011:

pagi tu, pergi ambik kereta kat 'deposito municipal', tempat tow kereta. kena saman 107 euro.
masa tengah on the way pegi Seville, hanisah mula luahkan prasaan yg dia rasa beban sgt
kena bawak kereta.. & bahaya.. so last2 kitorang sepakat amik keputusan untuk drop kereta
kat malaga.. dan untuk habiskan minyak kereta, kitorang singgah kat plaza mayor dulu untuk
bershopping.. malam tu, naik bas ke seville, sampai dalam pukul 12.30 malam, hostal yg Intan
book tu dah tutup.. so terpaksa la kitorang carik hostal lain utk tidur malam tu.


Sabtu, 24 Disember 2011:

pagi tu, atiqah & tipah belek2 pamphlet yang dapat dari lobby hotel.. tengok tempat2 menarik
yg ada kat seville. pastu kitorang tertarik dengan satu pamphlet pasal cruise menyusuri sungai
seville. harga 15 euro.. so, we decided to give it a shot.


1-camangel, 2-military watch tower, 3-fountain, 4-cathedral

memang berbaloi sangat laa cruise tu.. tak ramai orang pun.. boleh kira dengan jari. kitorang je
yang conquer depan bot tu, tangkap gambar bebanyak. pemandangan cantik, subhanallah.
sambil tengok bridges yg macam2 design tu.., teringat pulak dekat civil engineering yg
banyak belajar pasal bridges :)


ingatkan nak balik before 3.40pm sebab nak join yg lain pergi guided trip keliling seville. tapi
tersesat masa nak balik cari hostal.. so kitorang jenjalan la sendiri gi tengok plaza de espana.
subhanallah, plaza de espana sangattt cantik. dengan kolam kat keliling bangunan, fountain
kat tengah2.. cantik sangat..



Ahad, 25 Disember 2011:

pagi tu, bertolak ke cordoba pulak.. alhamdulillah, perjalanan smooth. hotel je yg mahal. haha :p
petang tu gi jenjalan menengok2 tempat attractions kat cordoba.. tapi dah petang sangat, so
semua bangunan dah tutup. mezquita, calahora tower, dah tutup. so jenjalan tangkap gambar je.



masa masuk waktu maghrib, tetibe terdengar laungan azan. rasa terkesan sangat sebab dah
lama tak dengar orang bang secara live :') tapi bunyi sayup2, ingatkan jauh. tipah gi cari bunyi
azan tu sampai la terjumpa satu masjid kecik comel je kat tengah2 bangunan :)

tapi sayangnya, ada sorang je lelaki dalam masjid tu. aku ngan tipah je jadi makmum.
tapi perasaan bila solat dalam masjid tu is priceless. lepastu gi carik makanan halal, tapi
yg kitorang jumpa cuma restoren arab yg mahal gile.. so kitorang order dessert je..


1.2- masjid cordoba, 3.4-restoren arab


Isnin, 26 Disember 2011:

pagi tu, kitorang gi balik ke mezquita cordoba sebab entrance is free before 10am. before kitorg
masuk tu, pengawal tu cakap kat kitorang, "Muslims, you cannot pray inside here". ya Allah,
terkesan sangat hati kitorang. masuk2 mezquita tu je terdengar lagu Kristian, tengah pray
dalam mezquita tu. ya Allah, serius tak tergambar oleh kata2, perasaan kitorang waktu tu.
some of us dah mengalir2 air mata. bila aku pegang tiang mezquita tu dan pandang sekeliling,
terbayang umat Islam zaman dulu ramai2 duduk dalam masjid ni. lagi2 lepas kira cerita yang
Bilal bin Rabah pernah azan kat masjid ni. hati rasa sayu sangat2.


1-muka intan merah2 da, 2-mihrab, 3-the columns, 4-tipah


lepastu, kitorang pun bertolak gi ke medina azzahara.. istana islam zaman dulu. dah hancuq.
sikit je yang masih berdiri.. kalaula masih wujud bangunan ni, mesti cantik gile gile gile.


lepastu, kitorang gi calahora tower pulak. calahora tower sangat best! bila masuk tu, terasa
macam kitorang masuk ke zaman dulu2. lagi2 bila tengok mezquita cordoba tu masih dalam
binaan original sebagai sebuah masjid. siap ada seketul patung kecik tengah baca alQuran
dalam tu. comel sangat.... :D


malam tu, lepas balik hotel, kitorang berkumpul balik 7 orang, memandangkan kitorang dah
pecah jadi dua trip sejak 2-3 hari di spain. kira tunjukkan slide presentation pasal sejarah spain,
dan atiqah share pasal cerita2 sejarah spain yg dibaca dari buku, dan ditengok dari dokumentari.
dan kitorang sume bincang cara2 macam mana nak tegakkan kembali Islam. terasa manis
sangat ukhuwah yg kami bina walau ada ujian2 yg test persahabatan kitorang :')


Selasa, 27 Disember 2011:

plan asal kitorang adalah untuk bertolak ke Madrid naik bas pagi tu dan jalan2 sikit kat madrid.
sekali tiket bas ke madrid punyelah laku macam pisang goreng. bas pukul 8 dah sold out, tinggal
bas pukul 2. kitorang bincang kejap, pergi balik kaunter, tengok2 bas pukul 2 dah sold out,
tinggal bas pukul 5, tapi ada 5 seats je yg tinggal. bas pukul 6.30 pun sold out jugak. =.=
bincang punye bincang, kira, tipah, & atiqah amek bas pukul 5 sebab flight diorang pagi
besoknye. so tinggal lah aku, nabilah, intan, & hanisah, tunggu bas pukul 1 pagi.. waduh,
bosan gile, seharian duduk dalam stesen bas tu je. nak jenjalan tapi jauh sgt pulak klu jalan kaki.


Khamis, 28 Disember 2011:

pagi tu sampai ke madrid, dan bertolak ke airport untuk simpan beg sume. nasib baik madrid
ada sistem 'metro', naik keretapi je untuk kesemua tempat. kitorang pergi ke stadium real
madrid, walaupun kitorang tak minat bola. tapi kitorang minat kaka. so, agak excited ah bile
nampak stadium tu. hahah..

pastu kitorang pergi ke Sol & Gran Via.. madrid macam KL je, sibuk, ramai orang, dan kotor.
so macam, kitorang jalan2 sikit je, pastu blah gi airport balik.. so itula dia penghabisan cerita
adventure kami di espana :)


konklusinye, the trip was super fun, challenging, but money-consuming, full of adventure, dan
yg paling penting, buat kami rasa bersemangat keIslaman. alhamdulillah :)

____________________________________________




Malaga: 00:47
Granada: 02.22
Seville: 04:47
Cordoba: 07:14
Madrid: 08:36

5 pendapat bernas:

penceritaan yg detail!! i loike i loike..hehe..yup2...the trip brought us together to be a better muslimah insyaAllah..=))
"yg paling penting, buat kami rasa bersemangat keIslaman. alhamdulillah :)"

eju

i loike ur comment.. i loike i loike. hahah :p

i loike i dengki i loike i dengki, haha.

eju

u loike u dengki? :o

Anonymous

berapa budget for a week to spain?

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino