My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

projek amanat negara

aku baru je balik dari projek amanat negara (PAN) organised by ukec kat thistle marble arch.
PAN ni macam satu program awareness pasal hal2 politik negara la lebih kurang...


tujuan aku pegi sebenarnya sebab nak makanan free and gather2 sesama malaysians.
and sejak awal lagi, aku dah bayangkan betapa bosannya talk pasal politik dan dah plan nak
tidur pun. siap bawak buku nota matlab, in case bosan sangat. luls.


but honestly, as somebody who doesn't give a dangg about politics, bile aku cakap PAN is
interesting, i really mean it. but untuk define perkataan 'interesting' tu.., tak bermaksud
aku setuju dengan semua yg dikemukakan. ada yang aku entirely tak setuju, but, aku
sedar yang setiap orang ada pandangan masing2, & masing2 ada reasons sendiri untuk
berpandangan mcm tu.. persekitaran mereka, pendedahan, the way they grew up, etc.
so, kita takleh kontrol cara pemikiran orang lain.. and kalau kita nak orang tu fikir
sebagaimana cara kita fikir, tak payah la sampai nak shove ur opinion down other
people's throat kan.. who are we to judge others?


aku taknak ulas lanjut pasal all the points dalam PAN sebab honestly, aku tak hafal pun
semua yg aku dgr. sebab ni bukan lecture kan. luls. but yg unexpected nye, aku x sangka
tan sri rafidah aziz ni pandai berlawak orangnye..haha.. sempoi la dia..


and the debate between khairy & rafizi was hilarious as well. especially masa rafizi ajak khairy
masuk pkr. and masa khairy point out yang rafizi pakai baju kaler pkr. luls. lawak gaban mereka
ni. kalau la sume orang bn and opposition leh gurau senda macam diorang ni, aman malaysia :D


all in all, PAN was awesomeee. thanks ukec. :)


p/s: gambar dicuri dari twitter UKEC

__________________________________________________________

edit:

somebody baru je upload video debate khairy-rafizi tu, for those yang nak tengok; here it is :)
untuk part yang best (bagi aku); skip ke minit 06:27. masa ni rafizi n khairy diberi peluang
utk tanya soalan to each other.



ni pulak, artikel yg mengulas pasal the debate, klik[link]
i really like this artikel sebab artikel ni x biased macam this other article: klik[link]
kesimpulannya, jangan la obses sangat dengan parti.. luls

lukisan

melukis sambil mendengar lagu. my ultimate hobby :)
L'Occitane

harini saya sangat sangat eksaited :D
kenapa? sebab... i think i've fallen in love. with L'occitane! <3


ceritenye bermula masa sy baru2 sampai london, saya bawak stok penjagaan kulit dr rumah.
masa kecik2 zaman muda remaja dulu sy rajin gile jaga muka, tp da besar ni sy guna facial wash
dengan night cream je. both garnier. masa siang sy pakai foundation, concealer n bedak.


tapi sebab cuaca sejuk musim winter ni, kulit sy jadi kering gile sampai ada sisik2 kulit terkopek.
so, saya gi la beli moisturiser n lotion, ikut nasihat para sahabat handai.. n sy rasa garnier buat
kulit makin kering je. so, sy pun stop guna. guna nivea visage punye moisturiser je.

vaseline lotions, nivea visage moisturiser, garnier scrub & night cream


masalahnye, kulit sy jadi berminyak but my skin doesn't get better. still terkopek, but greasy.
jerawat pun masih ziarah-menziarahi kat kulit saya. so sy pun luahkan perasaan kat twitter.
and that was when my friend, Q, recommended me to try L'occitane..




lalu sy pun terus google pasal L'occitane. tengok reviews & testimonials dari pengguna, 99%
are positive. sume macam puji2 produk ni. Q bagi saya sample, and memang rasa ada
perbezaan kat kulit. :D


so tadi, saya gi jalan kaki ke high street kensington untuk beli produk ni.
bought shea butter skincare starter set; 15pounds, untuk tengok dulu if betul2 sesuai.
tapi since ada offer, kalau beli 35pounds ke atas, dapat free satu beg shea butter products,
so sy capai la precious eye balm untuk hilangkan eyebag+under eye dark circles.

samples from Q, shea butter skincare starter set

precious eye balm, free gift


tadi, lepas guna cleanser, toner, moisturiser, eye balm, & hand lotion, sy rasa happy sangat :D
xtau nape.. macam.. kulit saya rasa lembut, wangi, and pure. serius serius :D
my skin has probably fallen in love with l'occitane :')



harap2 dalam sebulan dua ni, kulit sy bleh jadi flawless balik like how it was dulu.
nanti lepas sebulan dua, sy update lagi, bagi proper review pulak.
harap2 they give positive results. mahal kot produk ni >.<


Day out with Skyn

perkenalkan skyn; senior kat kyuem dulu yang banyak tolong aku kat london skrg ni :)


ahad lepas, kitorang jenjalan kat trafalgar square, china town, M&M world, & national portrait
gallery. and kitorang sempat menengok satu street performance yg sangat awesome! cekidout:



thanks for the fun day out, skyn :D
Olympic and Westfield Trip

video pasal perjalanan aku and Ling Wei ke olympic site dan westfield shopping centre.
video ni bosan je.. just a compilation of the videos i captured during the trip. :)




this is how olympic stadium should look like:


and this is how it currently looks like:


semenjak dengar talk dari the director of olympic infrastructure masa semester lepas,
kitorang set our expectation high, sebab dia kata olympic stadium dah siap.. and dia tunjuk
gambar cantik2 dalam slide presentation tu. sekali datang, tengok, haih.. hampa je.. lol.
semoga sempat la diorang siapkan tempat ni by July.. lols.


pinggan baru
spaghetti bolognese (with cheese and minced lamb)

tortilla sandwich

nasi minyak dan kari daging kambing

kari daging kambing

mi goreng

my own version of pizza

pisang goreng rangup


semenjak da beli pinggan baru ni, rasa makin seronok plak memasak.
sebelum ni asyik malas je. skarang ni, macam berkobar2 rasa nak memasak. :D

mari berjiwang



video ni dibuat untuk suka suki sahaja. harap maklum. hahah xD
yang sebenarnya saje je nak compile my favourite movie scenes dengan lagu katy perry tu
for fun, tapi tertimbul la pulak idea untuk narrate video ni.. saje bagi the mood jiwang tu.keh3
almaklumla, besok dah start kelas balik... dah takde masa nak berjiwang camni. luls

ini kisah saya


hahahah.. ok, saya memang takdak keje. video ni di-compile secara random dan diceritakan
secara random sewaktu saya dalam bilik tengah bosan2. so sebab tu la suara macam berbisik
sikit sebab segan kalau orang bilik sebelah dengar. and..., no, i'm not that lonely sebenarnya.
cuma skarang tengah cuti lagi, so, tak jumpa kekawan, so bosan gile duk bilik je..


and i don't like my voice. so mute this video if u wanna watch it. :p

Aktiviti di Ambang 2012

selepas pulang dari spain trip selama 8 hari, hanisah and intan tidur kat bilik aku dari 28
Disember sampaila new year.. kitorang da book combined tickets to london dungeon+madame
tussauds. untuk menghabiskan sisa2 cuti dan sisa2 2011 dengan something enjoyable.


29 disember tu still kepenatan sebab spain trip, so the whole day berehat kat bilik je.
30 disember pulak tarikh booked ticket untuk london dungeon. sekali lepas sampai kat sana,
tengok line beratur punye la panjang gile sampai ke kedai seberang sana.. disebabkan kitorg
dah bayar, beratur je la, tunggu giliran sampai 2 jam lamanya. dah la hujan & sejuk. hanisah
sampai menumpang payung omputih yg tengah beratur kat belakang kitorang. hahah xD


lepas dah sampai giliran kitorang, sekali rupenye kitorang ter-book ticket untuk blackpool
tower dungeon- bukannye london dungeon.. nasib baik receptionist tu baik, dia tolong mintak
refund dari blackpool tower and belikan kitorang ticket baru.. walaupun lebih mahal, kitorg
beli je la sebab dah penat2 tunggu 2 jam.


aku bayangkan london dungeon ni macam rumah hantu yg scary gile nak mati.. rupenye
dia just macam cerita2 history kat london yg menakutkan tapi tak takut sangat. ada ramai
pelakon, set dia cantik. tapi almaklumla, since diorang ni berlakon, so nampak fake.. tapi
yang menariknya, dia buat kita rasa macam 'berada' dlm sebuah horror movie rather than
'watching' a horror movie. i give 5.8 out of 10.


31 Disember, aku bawak intan ngan hanisah gi portobello market sebab intan mengidam nak
beli teddy bear.. ramai gile gile orang gi portobello, menimbun-nimbun macam semut urung
gula. sesak gile.. malangnya kedai teddy bear xde.. tapi diorg dpt hasil tangkapan lain-shawls.


lepastu gi oxford street dengan harapan masih ada diskaun sisa2 boxing day yang kitorg terlepas
haritu.. rupenye takde la diskaun sangat.. duit aku pun da pokai, so bye2 la.. tunggu next year
punye boxing day je la.. huhuh.


dan yang paling best antara semua aktiviti adalah, lawatan ke madame tussauds!
memang rasa berbaloi gile duit yang kitorang laburkan utk madame tussauds ni.
dapat jumpa ramai gile orang popular. actors, singers, historical figures, royal family, etc.
walaupun diorang cuma patung, tapi aku eksaited gileee :D


my favourite stars. miley cyrus & shah rukh khan! shah rukh khan hensem gileee :'D
zac efron lak aku start minat dia lepas tengok citer 'charlie st cloud'-not the lame 'high school
musical'. dan tom cruise!! one of the few hollywood actors yg mak aku kenal. heheh :D


memandangkan diorang ni patung je, so boleh la aku posing2 macam adik beradik.
tak batal air sembahyang pun.. hahahha.. :D

my favourite poses


malam tu ingatkan nak pergi tengok fireworks kat big ben-london eye. tapi rasa cam penat
and rasa nak demam. maybe sebab 2 jam beratur dalam hujan tu kot. so, kitorang tengok live
dari bbc je.. seronok jugak, tengok fireworks sambil baring2. tak perlu bersesak. hahah xD


macam tu la berakhirnya 2011 aku.. sekarang dah 2012.
masa untuk kembali ke buku! :D
happy new year!

Selasa, 20 Disember 2011:

Akhirnya, hari yang dinanti2 telah tiba. trip ke spain yg dicadangkan oleh atiqah sejak awal
oktober dan dirancang oleh kami bertujuh; atiqah (belfast), tipah(cork), kira(galway), intan
(kent), hanisah(warwick), aku(imperial), & nabilah(lse)- kawan2 sama belajar A-level di
KYUEM dulu- telahpun jadi realiti.


aku, intan, hanisah, & nabilah, naik flight sama dari london. tipah, kira, & atiqah dari ireland. dan
kitorang jumpe kat Malaga, Spain. plan kitorang nak sewa kereta, dah book dari internet. tapi
rupenye, syarikat sewa kereta tu nak umur 23 tahun ke atas.. memandangkan kami semua baru
20 tahun, kitorang pun sewa la kereta dari syarikat kecik yang promote kat kitorang kat luar
airport.. kereta opel zafira, 7-seater, manual. hanisah sorang je yang pandai bawak kereta
manual, so terpaksa la hanisah memandu sorang..


memandu kereta kat spain ni sangat mencabar sebenarnya. dah la sekali sekala cuti je baru ada
peluang nak praktis bawak kereta, pastu stereng dia belah kiri, roundabout dia anti-clockwise,
jalan sempit. fuhh, sangat challenging. memula ingat nak pulangkan kereta lepas dah test-drive.
tapi since kitorang dah sign contract kereta tu & bayar full semua, guna je la kereta tu.


alkisahnya, hotel yg kitorang book rupenye bukan di Malaga- tapi kat Mijas. punyelah jauh.
guna GPS pun boleh sesat jugak, tak jumpe jalan. kitorang pun dah mula syak wasangka yg
hotel tu sebenarnya x wujud. last2 tipah & kira cadangkan upah teksi untuk tunjuk jalan, dan
sampaila kitorang kat hotel (apartment) yang cantik gile nak mati! 8 euro je per night.


1-easyjet, 2-masa baru sampai, 3-kereta sewa, 4-bincang


Rabu, 21 Disember 2011:

pagi tu, sambil breakfast dan bincang plan untuk hari tersebut, tengok tingkap, matahari dah
mula terbit. Subhanallah, cantik sangat2 pemandangan dari balcony apartment kitorang.. the
most beautiful sunrise i've ever seen :')


1-sunrise dgn bulan sabit, 2.4-balcony, 3-pemandangan dari balcony


hari kedua kitorang di Malaga; kitorang jalan2 tengok alcazaba. jenuh jugak la nak mencari
alcazaba tu. tapi last2 jumpa jugak. alcazaba ni adalah kubu perang zaman dulu2.. lepas ronda2
kat alcazaba, plan asal nak pergi museum picasso.. tapi bile terjumpa kereta kuda, aku rasa
naik kereta kuda pun seronok jugak.. so cancel la plan nak gi museum picasso..


1-mencari alcazaba, 2-cathedral, 3-alcazaba, 4-signboard museum picasso

sekitar alcazaba


bile naik kereta kuda tu, terasa macam my childhood dream came true :') terasa macam
princess! lagi2 bile budak2 lambai kat kitorang masa kuda tu tengah jalan. hahah.. perasan
kate middleton sekejap. 40 minit keliling malaga. it was worth it.



Khamis, 22 Disember 2011:

malam rabu bertolak ke Granada. best sebab ada banyak restoren kebab halal kat belakang
hostal kitorang. pagi tu bertolak ke alhambra naik bas sebab jalan kat granada berbukit dan
sempit nak mati. driver bas ke alhambra tu punyelah hensem, muka macam kaka! dah la
pakai smart gile, dengan blazer nye.. waduh. cair kami semua. hahaha


kitorang ingatkan cuaca kat granada ni tak sejuk. so pakai la baju biasa je. sekali mengigil-gigil
kesejukan. nasib baik jumpe kedai souvenir, aku pun beli la gloves sepasang, dengan muffler.
tapi bila matahari dah naik barula suhu naik sikit.. subhanallah, alhambra sangat sangat cantik.
itulah istimewanya islamic architecture.. kreatif sangat orang Islam zaman dulu.. dinding2,
ceiling, semua sangat detail pembinaan dia. berkerawang, berseni! bila tengok part yang
orang putih tambah2, macam kat Nasrid palace, tak cantik langsung. dinding, ceiling petak je.


alhambra


generalife


malam tu, plan nak keluar ramai2 gi shopping kat pekan granada.. tapi intan, hanisah, kira, &
nabilah tengah tidur, so aku, tipah, & atiqah keluar jenjalan dulu, nak beli plug adapter sebab
kat spain ada 2-pin plug je.. masa tengah cari kedai elektrik, aku ajak diorang gi cek kereta
yang kitorang parking tepi kedai.. sekali tengok2 kereta kitorang dah hilang!


nasib baik tipah ada kamus english-spanish. kitorang pun tanya pakcik2 kat kedai tepi jalan tu.
semuanya tak reti cakap english. punyelah penat nak explain & nak faham pakcik tu cakap
apa. tanya nombor talipon polis, tapi semua tak tau. 3 nombor pun susah nak hafal ke =.=


atiqah guna GPS untuk cari balai polis. tapi masa tengah on the way nak ke balai polis, terjumpa
dua orang polis tengah soal siasat sorang remaja lelaki ni. kitorang pun tunggu la sampai polis tu
selesai. lepas polis2 tu siap soal siasat, diorang datang kat kitorang & cakap bahasa spanish =.=
polis pun x reti cakap english. aduhai.. nasib baik diorang hensem dan tinggi. hahah.. tapi
lepas main regu, dan cakap sepatah dua- "el coche perdido" means "my car lost"- baru la polis
tu faham & contact balai pejabat untuk detect kereta kitorang kat mana.. rupanya kereta kena
tow sebab tak bayar parking.. fuhh nasib baik kena tow. kalau kena curik, mampusss. :S


1-tempat kitorg parking, 2-polis yg dah masuk dlm kereta, 3.4-tempat tow kereta.


Jumaat, 23 Disember 2011:

pagi tu, pergi ambik kereta kat 'deposito municipal', tempat tow kereta. kena saman 107 euro.
masa tengah on the way pegi Seville, hanisah mula luahkan prasaan yg dia rasa beban sgt
kena bawak kereta.. & bahaya.. so last2 kitorang sepakat amik keputusan untuk drop kereta
kat malaga.. dan untuk habiskan minyak kereta, kitorang singgah kat plaza mayor dulu untuk
bershopping.. malam tu, naik bas ke seville, sampai dalam pukul 12.30 malam, hostal yg Intan
book tu dah tutup.. so terpaksa la kitorang carik hostal lain utk tidur malam tu.


Sabtu, 24 Disember 2011:

pagi tu, atiqah & tipah belek2 pamphlet yang dapat dari lobby hotel.. tengok tempat2 menarik
yg ada kat seville. pastu kitorang tertarik dengan satu pamphlet pasal cruise menyusuri sungai
seville. harga 15 euro.. so, we decided to give it a shot.


1-camangel, 2-military watch tower, 3-fountain, 4-cathedral

memang berbaloi sangat laa cruise tu.. tak ramai orang pun.. boleh kira dengan jari. kitorang je
yang conquer depan bot tu, tangkap gambar bebanyak. pemandangan cantik, subhanallah.
sambil tengok bridges yg macam2 design tu.., teringat pulak dekat civil engineering yg
banyak belajar pasal bridges :)


ingatkan nak balik before 3.40pm sebab nak join yg lain pergi guided trip keliling seville. tapi
tersesat masa nak balik cari hostal.. so kitorang jenjalan la sendiri gi tengok plaza de espana.
subhanallah, plaza de espana sangattt cantik. dengan kolam kat keliling bangunan, fountain
kat tengah2.. cantik sangat..



Ahad, 25 Disember 2011:

pagi tu, bertolak ke cordoba pulak.. alhamdulillah, perjalanan smooth. hotel je yg mahal. haha :p
petang tu gi jenjalan menengok2 tempat attractions kat cordoba.. tapi dah petang sangat, so
semua bangunan dah tutup. mezquita, calahora tower, dah tutup. so jenjalan tangkap gambar je.



masa masuk waktu maghrib, tetibe terdengar laungan azan. rasa terkesan sangat sebab dah
lama tak dengar orang bang secara live :') tapi bunyi sayup2, ingatkan jauh. tipah gi cari bunyi
azan tu sampai la terjumpa satu masjid kecik comel je kat tengah2 bangunan :)

tapi sayangnya, ada sorang je lelaki dalam masjid tu. aku ngan tipah je jadi makmum.
tapi perasaan bila solat dalam masjid tu is priceless. lepastu gi carik makanan halal, tapi
yg kitorang jumpa cuma restoren arab yg mahal gile.. so kitorang order dessert je..


1.2- masjid cordoba, 3.4-restoren arab


Isnin, 26 Disember 2011:

pagi tu, kitorang gi balik ke mezquita cordoba sebab entrance is free before 10am. before kitorg
masuk tu, pengawal tu cakap kat kitorang, "Muslims, you cannot pray inside here". ya Allah,
terkesan sangat hati kitorang. masuk2 mezquita tu je terdengar lagu Kristian, tengah pray
dalam mezquita tu. ya Allah, serius tak tergambar oleh kata2, perasaan kitorang waktu tu.
some of us dah mengalir2 air mata. bila aku pegang tiang mezquita tu dan pandang sekeliling,
terbayang umat Islam zaman dulu ramai2 duduk dalam masjid ni. lagi2 lepas kira cerita yang
Bilal bin Rabah pernah azan kat masjid ni. hati rasa sayu sangat2.


1-muka intan merah2 da, 2-mihrab, 3-the columns, 4-tipah


lepastu, kitorang pun bertolak gi ke medina azzahara.. istana islam zaman dulu. dah hancuq.
sikit je yang masih berdiri.. kalaula masih wujud bangunan ni, mesti cantik gile gile gile.


lepastu, kitorang gi calahora tower pulak. calahora tower sangat best! bila masuk tu, terasa
macam kitorang masuk ke zaman dulu2. lagi2 bila tengok mezquita cordoba tu masih dalam
binaan original sebagai sebuah masjid. siap ada seketul patung kecik tengah baca alQuran
dalam tu. comel sangat.... :D


malam tu, lepas balik hotel, kitorang berkumpul balik 7 orang, memandangkan kitorang dah
pecah jadi dua trip sejak 2-3 hari di spain. kira tunjukkan slide presentation pasal sejarah spain,
dan atiqah share pasal cerita2 sejarah spain yg dibaca dari buku, dan ditengok dari dokumentari.
dan kitorang sume bincang cara2 macam mana nak tegakkan kembali Islam. terasa manis
sangat ukhuwah yg kami bina walau ada ujian2 yg test persahabatan kitorang :')


Selasa, 27 Disember 2011:

plan asal kitorang adalah untuk bertolak ke Madrid naik bas pagi tu dan jalan2 sikit kat madrid.
sekali tiket bas ke madrid punyelah laku macam pisang goreng. bas pukul 8 dah sold out, tinggal
bas pukul 2. kitorang bincang kejap, pergi balik kaunter, tengok2 bas pukul 2 dah sold out,
tinggal bas pukul 5, tapi ada 5 seats je yg tinggal. bas pukul 6.30 pun sold out jugak. =.=
bincang punye bincang, kira, tipah, & atiqah amek bas pukul 5 sebab flight diorang pagi
besoknye. so tinggal lah aku, nabilah, intan, & hanisah, tunggu bas pukul 1 pagi.. waduh,
bosan gile, seharian duduk dalam stesen bas tu je. nak jenjalan tapi jauh sgt pulak klu jalan kaki.


Khamis, 28 Disember 2011:

pagi tu sampai ke madrid, dan bertolak ke airport untuk simpan beg sume. nasib baik madrid
ada sistem 'metro', naik keretapi je untuk kesemua tempat. kitorang pergi ke stadium real
madrid, walaupun kitorang tak minat bola. tapi kitorang minat kaka. so, agak excited ah bile
nampak stadium tu. hahah..

pastu kitorang pergi ke Sol & Gran Via.. madrid macam KL je, sibuk, ramai orang, dan kotor.
so macam, kitorang jalan2 sikit je, pastu blah gi airport balik.. so itula dia penghabisan cerita
adventure kami di espana :)


konklusinye, the trip was super fun, challenging, but money-consuming, full of adventure, dan
yg paling penting, buat kami rasa bersemangat keIslaman. alhamdulillah :)

____________________________________________




Malaga: 00:47
Granada: 02.22
Seville: 04:47
Cordoba: 07:14
Madrid: 08:36

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino