My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

2012: Journey of Self-discovery

2012 dah hampir tamat. aku dah dewasa. dah 21 tahun. dah sepatutnya matang dalam semua perkara. 
tapi; matang ke aku? to be honest, walaupun muka aku dah start ageing (lols), tapi dalaman, aku rasa tahap
 kematangan aku belum boleh lulus lagi. kalau 10 itu markah penuh, aku bagi diri aku 6. sebab.. aku masih 
malas2 nak siapkan kerja sekolah, aku masih hangat2 taik ayam bila passionate dalam sesuatu perkara,
 aku masih berfikiran negatif sometimes, dan aku masih judgemental terhadap sstgh org walaupun i keep
 the judgement to myself. hmmm. I knew I ain't that bad, but, I do not feel that good abt myself either.

I wanna be better.

____________________________

orang tua2 cakap, setiap perkara yg terjadi ada hikmahnya. suatu hari, selepas terjadi satu insiden, kawan
 aku tanya, "apa hikmah di sebalik ni?". and it suddenly occurred to me that it is us who need to turn the 
negativity around; it's the matter of how we make the best out of things. dan itulah hikmah yg sebenarnya :)


dan bagi aku, hikmah untuk aku dihantar untuk discover dua benua; asia & eropah ni, adalah sebagai pensel 
dan kertas untuk aku lukis diri sendiri. kematangan pulak sebagai pemadam untuk perbetulkan yang tersalah
 lukis. haa bombastik tak analogi den? heh. 


kesimpulannya, 2012 was a year of self-discovery for me and semoga 2013 menjadi 
tahun yg lebih bermanfaat dan productive bagi saya dan kita semua. insyaa Allah.

______________________________

ps: tahun ni xdek letak gambar macam summary for 2008 [link], 2009 [link], 2010 [link], & 2011[link].  busy nak siapkan esaimen >.<
Winter Trip 2: Portugal

Selepas melawat Italy from 15-17 Disember [link], kitorang meneruskan percutian lagi 3 hari 
dekat portugal pulak. cuaca dekat portugal memang terbaikkkk lah. takyah pakai kot pun takpe
bile angin tiup je terasa sejuk sikit.


18 Disember 2012:

from Rome, kitorang naik flight ke Lisbon, Portugal. sampai kat lisbon dalam pukul 11-12. lisbon
punya public transport memang terbaikkk. senang nak faham and murah gilos nak mampos. hahah.
lepas dah letak beg kat hostel, kitorang pun keluaq la melawat lisbon.. memula plan nak duduk
lisbon dua hari. 18 and 20. 19 pergi lagos. tapi tetibe terjumpa Sintra punya pamphlet dekat 
hostel, which is one of the world's heritage site classified by UNESCO. pelayan kat restoren
yg kitorg makan pun recommend utk tgk sintra ni. so kitorang cancel plan awal untuk rehat2
je kat lisbon, sebab 20 haribulan nak pergi ke sintra.


kitorg plan nak tengok sunset dari atas bukit, so kena naik tram untuk pergi ke atas bukit tu. dan
bermulalah satu peristiwa yg tak boleh dilupakan di dalam tram. peristiwa kena rompak..masa naik
tram for the first time, lepas turun tu hazee cerita yg ada sorang pompuan baju kaler oren cuba untuk
bukak zip beg hazee, tapi hazee sedar. masa tu dah terasa cuak skit la.. lepas tu, masa naik tram
lagi sekali, tram tu sesak gile, aku, intan, atiqah, and hazee terpisah sebab orang tolak2 nak cari
space inside the tram. aku ternampak la pompuan baju kaler oren. teringat apa yg hazee cerita
td. tapi bila fikir balik, mungkin pompuan ni orang lain kot, sebab dia nampak betul2 macam
tourist. dengan peta kat tangan, sunglasses nyer.


masa orang tolak2 tu, aku ternampak beg aku terbukak sikit. so aku tutup balik beg aku and tengok
beg aku tanpa henti. & masa ni, aku rasa yang sekumpulan perompak ni nampak yg aku jaga gile beg
aku, so they know there's something precious inside. tetibe sorang laki ni cakap dengan aku dalam
bahasa portugal. pastu dia tunjuk belakang and cakap 'your group'. pastu aku tengok2 and cari Intan
tapi tak jumpa. oh dangg, intan dah keluar tram ke? masa tu aku distracted gile ah sebab aku ingat intan
dah turun. rupanya intan ade je, tapi terlindung sebab intan kecik.. ahahah.. so the next stop tu baru
kitorang turun.


turun2 je, aku cek dlm beg aku. sheeet. kad2 aku dah hilang. student card, bank card, oyster, tickets.
gone. gone! aku cam, terkaku sekejap xtau nak buat apa. pastu aku fikir, tak kira, aku nak buat 
announcement jugak kat dalam tram tu. pastu masa aku nak naik balik, and right before pintu tram tu
tutup, ada sorang pakcik ni pulangkan kad2 aku. dia kata 'u dropped this'. ya Allah, nasibbb baikkk.


aku tak cam yg pakcik ni orang yg sama dgn orang yg cakap bahasa portugal dgn aku tadi ke atau org
lain sebab it happened too fast. tapi theory aku, if pakcik tu org lain, mungkin pencuri tu ter-drop aku
punya kad lepas dia cungkil beg aku. dan if pakcik tu is the pencuri himself, mungkin dia nak duit je,
so bila tengok kad2 je, dia taknak so dia pulangkan. hahah. alhamdulillah la dapat balik kad2 tu. :')


lepas sampai atas bukit and tengok sunset yg cantik gileeeee, terus terlupa kejadian lepas. serius cantik
 sangattt sunset kat lisbon. aku sampai terjerit 'fuiyoo' kat kawasan restoren yg ada ramai org. luls


19 Disember 2012:

aku dah belikan tiket bas from lisbon tu lagos before sampai. tak perasan pulak yg perjalanan from
lisbon tu lagos tu ambik masa 5 jam 30 minit. ahahahha. bapak lama gile. but it was worth it la.. bas
tu tak ramai orang, ada dalam less than 10 je orang dalam bas, so boleh pilih seat mana yg kitorg nak.
and pemandangan masa journey nak pergi lagos pun not bad. ada kincir angin, ada farms, bukit bukau.
naik bas pukul 7.30am, sampai pukul 1 tengah hari.


sampai2 je, terjumpa satu shop utk beli tiket dolphin trip. perempuan kat kedai tu cakap yg takde
bot musim winter ni. so kitorg tanya la apa yg menarik kat lagos ni? dia kata ada church. whatthha.
dtg jauh2 tengok church je? baik xyah. penat2 je naik bas 5 jam. hahah.. pastu lepas makan, tejumpa
information centre. tanya pasal pantai batu2 yg kitorang nampak dari internet tu, katne nak tengok.
rupanya dekattt je. 10 minit je jalan nak tengok pantai tu. masa tu happy gile terasa. :)) xyah naik
bot pun xpe.. tapi lepas sampai kat tepi pantai, terjumpa org melayu baru lepas naik bot. hahahah
pompuan dolphin tadi tipu kitorang. kurang asam punye pompuan.



last2 kitorang jalan je along the pantai. tapi berbaloi jugak sebab boleh siap naik cliff tengok
pemandangan dari atas. subhanAllah, cantikkkkkk sgt tak tergambar dek kata2. klu compare
dengan port dickson memang jauh sangat beza la. hahaha.





20 Disember 2012:

pagi tu, metro stations semua tutup..memula dah terasa kecewa dah, maybe x dpt tengok
 sintra. tapi, nak seribu daya, taknak seribu dalih. carik2 last2 jumpa train station utk ke sintra.. 
tiket murah gile, 4.6 euro je return. 


memula kitorang pegi ke palace of pena. aduhhhhai, palace ni berlumut, berdaki! hahaha.. tak macam
dalam gambar. macam dalam toilet yg x basuh je. kotor gile. klu diorang bersihkan palace ni, konfem
cantik gile. sebab we could imagine how nice it is without all the lumut. 


lepas masuk palace, gi jalan2 kat taman istana. taman dia dalam hutan je.. hahah.. 
tapi cantik la hutan omputih. jungle trekking sekejap.


lepas tu, gi moorish castle pulak. we made the right choice to visit this castle last, sebab castle ni
cantik gilossssss. memang a nice way to end our trip :) tapi gile gayat la sebab tangga dia cam tak
secure sangat. kalau jatuh konfem meninggal dunia. tapi aku memang takut tinggi pun; intan siap
berdiri betul2 tepi bucu at the topmost part of the castle lagi dan masih hidup. hahahh..



so berakhirlah sudah, winter trip selama 6 hari 5 malam di italy & portugal.. 
pengalaman yg takkan pernah aku lupakan sampai bila-bila :)


so 15-20 Disember lepas, aku, hazee (imperial), intan (kent) dan atiqah asmadi (belfast) bersama-sama
bercuti untuk cuti musim sejuk dekat italy dan portugal. Alhamdulillah, trip kalini run smoothly tanpa ada
sebarang masalah; dan under-budget! aku siap ada duit lebih 113.01euro kut. hihi. i is veryyy happy :'D
(ok, sebenarnya ada a few masalah, tp bukan kitorg punya salah. will give more detail on that later)


15 Disember 2012:

pukul 12, kitorang tiba di Venice, Italy. cuaca agak gloomy. hujan dan sejuk. took a bus from the airport to
venice city centre. amazed by how clean the water is. naik gondola(sampan) keliling bangunan2. dapat tau
from pengayuh gondola tu, yg air keliling venice ni sebenarnya air laut sbb venice terdiri drpd beratus-ratus
pulau. subhanallah. tapi venice must be a lotttt prettier if it was sunny and less cold. :)


 16 Disember 2012:

Bertolak dari venice ke florence. sampai kat florence, simpan beg kat station dan teruskan perjalanan ke
Pisa. Pisa sangat cantikkk sebab cuaca elok bangettt, dan main attractions dia semua kat satu area. tapi,
masa nak balik ke florence, train italia buat hal. train asyik cancel dan asyik delay. rasanya ada la dalam
3-4 jam kitorang menunggu train. plan awal nak melawat florence malam tu, tapi since dah malam sgt,
we decided to walk around florence the next morning walaupun tidur kat hostel in florence.


17 Disember 2012:

train ke rome dah book pukul 9. so kitorang bangun awal pagi pukul 5am, bersiap untuk melawat florence,
sekali hujannn lebat. so borak2 la sampai pukul 7 baru keluar bilik bila hujan dah reda sikit. sempat la tgk
Piazza del duomo, piazza della signoria, dan bridge yg ada bangunan tu.. 45 minit je melawat florence.
haha.. speedy gile. balik hostel jalan laju2 and terus call taxi untuk ke train station.



tiba di Rome pukul 10.30. letak beg kat hostel, pastu terus keluar untuk melawat rome pulak. rome
best sebab banyak restoren halal. sempat beli pizza untuk makan kat dalam colloseum. hahah. kitorg
pilih guided tour, so boleh dengar dan hayati sejarah colloseum. bagus gak la guided tour ni, sebab
klu dengar from headset je, konfem la aku x dengar. hahah. and dia bagi masa utk bergambar jgk.


lepas colloseum, kitorang pegi palatine hill and the forum pulak. then we walked all the way to pantheon,
trevi fountain, dan lastly, spanish steps. trevi fountain cantik bangatttt, kitorang sempat beli aiskrim yg
sedap gilos dan makan kat depan trevi fountain. :) only 2euro for 2 scoops yg gile memuaskan. 


balik tu, kaki berdenyut2 sebab penat gile seharian jalaaan je tanpa henti. esoknya, bangun pagi
untuk flight ke lisbon, portugal pulak. kesimpulannya, italy was prettyyy. faham la kenapa ramai
orang nak pegi honeymoon kat italy. dapat terasa ke-romantik-an nye kat situ.



_________________________

Portugal- [link]



Year 2 Design Week 1
 so ceritanya bermula pada hari isnin, 10 disember 2012 pabila design week bermula untuk pelajar
 tahun kedua civil engineering di imperial college. pagi tu, lepas tengok group members list je, aku
 rasa sikit kecewa sebab dapat kumpulan baru, dah tak sama group macam last year.


ahli kumpulan baru aku; kawthar from bahrain, wilson and howard from hongkong, bradley from
gluocestershire, dominik from poland, philip from paris, yuebi from london, and me from malaysia.


so hari pertama agak kekok dgn ahli kumpulan baru. diorang beborak pasal mcm2 benda yg
mostly xde kaitan dengan kerja yg kitorang kena buat, so aku cam tensi sikit masa haritu.
&; disebabkan mood kurg elok, aku xtau pun apa yg aku buat masa hari pertama. cam takde
contribution langsung. so esok tu aku berazam untuk speak up dan bagitau semua idea aku.
_______________________

hari kedua, iaitu hari selasa, aku dah mula rasa selesa dengan diorang. pagi tu aku bgtau idea
aku dan kitorang mula bahagi kerja dengan lebih efisien. basically, apa yg kitorang kena buat ialah
buat pelan pembangunan untuk Astana, the new capital city of Kazakhstan. 


so aku sumbangkan beberapa idea, untuk buat LED lighting system membentuk corak yg diambik
dari bendera kazakhstan dekat city centre, untuk bina taman tertutup supaya pokok x layu masa
autumn/winter, untuk bina jambatan laluan pejalan kaki antara bangunan2,& did a lot of drawings.



and masa presentation hari selasa, the judge (my lecturer) suka gile dengan LED lighting system ni.
and a few other things. heee. so bertambah semangat la nak buat kerja :)

_________________________


hari ketiga pulak, mike cook dari syarikat buro happold pulak yg dengar presentation. kitorang
guna both sides of the board, and kitorang letak semua lukisan at the other side. so masa pusing
board tu je, giliran aku utk present, and mike cook ckp, "i could just sit here and watch the board
without anyone of u having to say anything". awww :') omputih ni mmg sgt appreciate art kan.



lepas present, philip ckp "it helps to have an artist in the group". pastu mike cook
pandang aku and ckp "yeah, she did very well last term". aaaa terharu lagi :')
dalam hati aku, 'hopefully this term too!' hee.

_____________________

hari khamis, kitorang kena prepare utk final presentation masa hari jumaat, and masa hari khamis ni
la baru aku tau yg mike cook ni sebenarnya chairman of the buro happold company which is a worldwide-
famous construction company [link]. OMG. aku rasa sebelum ni aku dah tau, tapi aku tak percaya sbb
 takkan la chairman nak handle project week kitorang kan. rupanya betul O.O and lecturer aku cakap, dia
 agree utk handle ni sebab dia nak cari pelapis utk syarikat dia, and dia selalu panggil orang keje tanpa 
interview pon. 


ya Allah...... tetibe aku teringat the way dia puji aku masa hari rabu :"D so i might
have a bright chance for that. tapi......... hm. kok ye pun, aku kena kerja dgn PNB :|


anyways, aku diberi tugas untuk susun board so aku stay sampai pukul 9 malam utk siapkan.
__________________________

so here are our presentation board (front and back):




one of the models; kawthar's idea of having a cluster of pyramids:


practising before presenting


lepas habis present, mike cook cakap dia suka how the board is organised and dia mostly
suka dengan kitorang nyer presentation, alhamdulillah :') masatu aku cam tak kisah klu
x menang, asalkan mike cook dah suka, konfem A insyaAllah


 and and and and....,
we won!! alhamdulillah :)))




the prize, from mike cook :)


i like my group already :)
each and everyone of us worked so hard for this.
design week 1 just ended but i am already looking forward to the next one. 
macam apa yg brad cakap, "let's do even better next time" :)

:)

Concrete Design Project

phewww. habis dah concrete design project selama dua hari starting from 6 disember, 9am sampai 
7 disember, 5pm. basically, apa yang kitorang kena buat untuk project ni adalah, design a footbridge
 connecting two buildings, complete with all the calculations of the slab,beams,& columns, the drawings,
and report. my project partner is my bestie, lingwei.

the buildings that needed a bridge

 this project is so far the most tiring one sebab kitorang takde masa nak rehat langsung (literally). but alhamdulillah, kitorang sempat siapkan project ni. some others tak sempat pun siapkan semua. lucky
that lingwei ni jenis yang pandai kira2, and aku pulak boleh melukis, so we complement each other :)

the work matrix

masa hari pertama, kitorang kerja sampai pukul 10 baru balik. dah balik pulak, sambung buat 
tasks masing2 sampai pukul 2 pagi. fuihh, serious penat, tapi agak seronok sebenarnya :)

this pic was taken at 9.10pm

mlm tu aku stay up utk lukis & kaler artist impression for the bridge. aku rasa aku nyer artist impression 
ni nampak cam kartun je, tapi GTA tanya, buat kat CAD ke? ahaha.. that comment made my day :))


hari kedua, tidur tak nyenyak. terjaga pukul 5am sebab terfikir nak buat model in SketchUp.
lepas sampai uni pulak, siapkan technical drawings sampai tak sempat berhenti makan lunch pun.
tapi terlupa plak nak tangkap gambar technical drawings tersebut.


anyways, alhamdulillah it's over and we enjoyed it :)
  isnin sampai jumaat depan ada design week project pulak >.<

_______________________________________________

update: so kitorang dah dapat balik folio.. :) here are the snapshots of technical
drawings that i mentioned previously and the lecturer's feedback.




all praises to Allah.
and credit to lingwei sebab she contributed most marks.
if you're reading this; thanks weisss :)
of working with PNB

semalam ada meeting dengan Tan Sri Hamad Kama Piah, dengan scholars PNB yg ada kat london.
sikit je rupanya scholars pnb kat london skang lepas seniors last year balik malaysia. ada sebelas orang
je. 3 pompuan 8 laki. sabtu ni pulak ada meeting ramai2 bersama scholars kat warwick.


antara pengisian ucapan tan sri yg buat minda aku berfikir adalah pasal kerja lain bidang dan jawatan.
skang aku belajar civil engineering. but most probably nanti aku kena kerja dalam bidang lain pasal duit2
ni, aku pun xtau apa nama spesifik bidang tu, econs? account? managing fund? saham? duit?? =__='
seriyes weh x minat langsung bidang tersebut.. masa form 4-5 je ada belajar akaun, lepas habis SPM,
dah say goodbye dah kat bidang berkaitan duit ni. haihh. harap2 nanti boleh masuk syarikat subsidiary
 pnb and kerja as a civil engineer. ameeen.


pasal jawatan plak, tan sri cakap pasal pekerja2 yg complain lambat naik pangkat.. tan sri ckp, dah dlm
10 peratus of the scholars from 1st batch dah jadi pegawai. klu prestasi kerja bagus, senang la naik jawatan.
memula, aku terbayangkan diri aku jadi pekerja yg rajin dan bagus. tetiba aku terbayangkan diri aku as a
wife and mother. huh. macam mana dgn anak2 kalau busy kerja? waduh. takpela jadi pekerja bawahan je
asalkan anak2 berjaya masuk top 10 universities in the world bila dah besar nanti. eh? haha..

comelnye! xD


hmph. sebenarnya aku teringin sangat nak jadi macam licia ronzulli (gambar di atas) ni. bawak anak pegi
keje. just like my mom and dad. dulu masa kecik2, aku selalu ikut mak ayah aku pegi keje jual sayur kat
pasar. seronok jugak main2 dengan kucing2 kat pasar, main dengan semut2 kat celah lubang simen. I didn't
remember being a nuisance to my parents while they're busy with their work. (ok mungkin kengkadang.:/)
but seriously, if only i can do both. pompuan kan power dalam multitasking ni. hmm. should ask this to tan
sri bila2 dah nak habis belajar nanti. if tak ditakdirkan kahwin pun, aku still nak amek anak angkat >.<


on another note, tan sri said to me "haizumawati, bile nak dapat first class? sikitttt je lagi"
hmph. terbakar semangat.
of Gaza demo and Δ sisters

alhamdulillah Israel dah announce ceasefire beberapa hari yg lepas, tapi palestine is still under 
siege and Israel still needs to be brought to justice for the crimes committed. so semlm, palestine 
solidarity campaign bersama beberapa organisasi lain anjurkan national demonstration to end the
 siege in Gaza. demo tu start pukul 12, jalan dari downing street sampai israeli embassy, punya la 
jauh. so macam, aku plan dengan kekawan aku (my triangle sisters nadiah & jyja) untuk join the 
crowd kat depan israeli embassy je so boleh solat zohor and asar dekat dalam fitting room in one 
of the shops in high street kensington.


masa tengah tunggu kat high street kensington, terkejut betul tengok banyak gile gile van polis.
van tau, bukan kereta. ada la dalam 20-30 van polis. siap pasang pagar depan israeli embassy.
ni first time ever aku join demo ni, so xtau la what to expect. rupa-rupanya polis britain ni sgt la
sporting, diorang siap tutupkan jalan for the demo crowd. 


lepas asar dalam pukul 2.35pm baru la the demo crowd tiba di high street kensington.. terkejut
lagi sekali sebab ramai orang putih yg join demo. masyaAllah, faith in humanity restored :') bila
fikir2 balik, orang putih ni takde apa pertalian/kaitan pun dengan orang palestine (not even
pertalian agama), but they are still concerned about palestine atas dasar humanity. terharu an.

antara bendera palestine berkibar di london

polis britain yg menjalankan tugas dgn baik

 nadiah & jyja


lepas balik demo, kitorang ber-triangle dan jyja gave me two books as a gift for my birthday.
awwww :') dah lama aku x dapat hadiah birthday ahaha. walaupun lambat 4 bulan. tapi it's the
thought that counts. nadiah pulak bagi gelang. alahai baiknyaaa la diorang ni.



pray for Gaza

i admit i was ignorant of what's happening to the muslims around the world.
aku terlalu selesa dengan tempat dimana aku berpijak sekarang, sampai aku terleka, dan
malas nak peka pasal semua ni. but i did had the rough idea on what's happening, cuma 
empathy dan sympathy tu kuranggg sangat, astaghfirullah.


a few weeks ago, aku join satu program ni dimana, sorang brother ni point out pasal situasi
umat Islam sekarang. disebabkan terlalu banyak kisah pembunuhan and penindasan umat Islam,
lama2 kita dah jadi lali, sampai berita2 pasal ni dah tak affect our hearts. kenapa? lupakah kita
yang we are a one big family?? our brothers and sisters are suffering out there, and we can still
sleep comfortably on our beds?? :'(


masa brother tu cakap macam tu, i immediately imagined my family in the situation.
Allah.... lepas Israel lancarkan serangan ke Gaza, Palestine masa awal muharram lepas, dan after
 dengar berita kanak2 terbunuh, aku terbayangkan anak2 buah aku.. umar, uzma, ziqri, zaim, hariz, 
hanna, suri. they are no different than the kids in gaza. semua kanak2 ada hak untuk jalani
kehidupan selesa mcm yg kita jalani dulu. all gazans have the right to enjoy a peaceful life.


if u aren't aware of the israel-palestine conflict, this 5-min video can give u the rough idea:


and to listen to both sides of the story, this is an interesting one:


sudah terang lagi bersuluh kan, which side is right and which is wrong?


Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
"nothing could change the qadr except du'a".
if you are reading this, jangan lupa include mereka dalam doa kita.
that's the least we could do :(

autumn photoshoot

kawan aku, lingwei suka ajak photoshoot untuk setiap musim.. tapi last year punya spring 
photoshoot tak jadi sebab angin kuat sangat sampai 20+ miles per hour. kitorang dah la pakai kain 
masa tu. terpaksa duduk je pegang kain sebab takut terangkat. it was really embarrassing. hahah


so kalini, lepas cek weather, wind speed, sume tu, barulah boleh tangkap gambar cantik2..
tapi masih fail gak la bab2 posing ni. hahahhaha.. bajet nak pose baling daun, tapi muka
pulak yang kena lindung dek daun. lols


FAIL.




sukaaaa sangat burung2 kat hyde park.
pernah tengok cerita 'home alone' tak? bile tengok makcik kat bawah ni, teringat kat
 the woman dalam cerita home alone yang suka bagi makan kat burung tu.


and favourite pic of the dayyyy.


mungkin sebab muka lebar sangat, bila tutup muka baru nampak comel. keh2


Taylor Swift @Westfield

aku dah lama dah follow twitter and facebook taylor swift tapi dulu aku tak la minat dia sgt..
kekadang je dengar lagu dia. tapi sejak album red keluar, aku download sume lagu baru dia
and suka gileee semua lagu. this past two weeks mmg asyik ulang2 lagu album red dia je.
and i started to like her a bit :) aku siap cakap kat roommate aku, nabilah, klu ada concert,
tak nak artis lain, nak gi taylor swift punya jer.


sekali isnin lepas, tetibe ternampak facebook post from taylor swift kat news feed, saying that
she's coming to westfield london and everyone can be at the event 'cos the tickets are FREE. :DDD
tickets are in the form of wristbands and westfield will be giving 'em out starting from 7am on tuesday.
concert tu plak start pukul 6pm.. ada 2500 je wristbands yg available.


so aku terfikir nak gi tunggu from 3 or 4 pagi sebab from facebook, ramai yg ckp nak tunggu waktu tu.
tapi bila fikir2 balik, paling gila pun dalam 500 orang la yg tunggu time tu, so we still have chance if
we go at 6am.. so the next day, kitorang sampai kat westfield at about 6.20am sebab terlepas the
 first train. itupun dah ada dalam 200+ orang kot yang tengah beratur..


manusia2 yg beratur kat depan kitorg



we got our wristbands at 7.40am so it wasn't really a long wait. :) 
lectures pun sempat je pergi.. 


pink wristbands!



dah habis lecture, balik rumah, bersiap, terus pergi westfield balik and solat maghrib dalam fitting room.
and terkejar2 ke 'the atrium' sebab kena sampai before 5pm. sekali rupanya kitorang dapat duduk kat
kawasan yang paling depan!! :DD berbaloi gak la sebenarnya keluar rumah pagi2.. 


waiting for taylor swift


tengok betapa ramainya orang kat atas.. 
diorg dapat wristbands kaler lain sbb dtg lambat.


Taylor swift sangat cantik.. :D lagi cantik dari dalam her music videos.
sebenarnya dia datang untuk rasmikan 'Christmas lights' in westfield. sambil2 tu, dia
perform tiga lagu.. 30 minit je dapat tengok dia, but her performance was reaaally good.


 'we are never ever getting back together'


'love story'


'red'


the guitarist from her music video


lepas dah habis, ada fake snow jatuh dari langit.. :D


jumpa fadia and nad!


all in all, it was a great night :)

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino