My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

alkisah sang gigi

ceritanya bermula masa aku makan lunch semalam. tomato and mozarella pasty.
masa aku tengah kunyah roti pasty yang rangup dan berkeju, tetibe aku rasa macam ada 'hole'
di bahagian gigi bawah-depan aku. ya Allah, serius time tu aku rasa gigi depan aku dah patah :S


kekawan aku suruh gi toilet tengok cermin. lalu aku pun gi la tengok..
fuh nasib baik gigi aku masih ditempat yg sepatutnya. tapi kat bahagian belakang dah PECAH!


see the tiny red dot behind my teeth? itu la kawasan yg sedikit berdarah


so my friends encouraged me to see the dentist, tapi appointments dah full, so kena tunggu hari
esoknya, which is harini... aku pun pergi la ke klinik gigi dengan jantung berdebar-debar sedang
kekawan aku yang lain semua pergi lecture.. takpe, aku ade reason untuk skip lecture. hahha


to be honest, ini adalah FIRST TIME aku gi klinik sengsorang.. sebelum ni mesti ada
mak/kawan/matron/cikgu yang teman.. tapi kalini aku SENGSORANG! sangat bangga dengan
diri sendiri. sekarang, saya boleh diiktiraf sebagai wanita independent :D


so, lepas nama aku dipanggil, aku pun bertemu la dengan dentist yg sangat friendly.
dan akupun bagitau yang gigi aku dah pecah sikit... lalu dia pon tengok gigi aku...
"I don't see anything wrong with your teeth.. show me where u think there's a hole"


dan aku pun tunjuk.
rupenye, gigi aku tak pecah pun! yang aku rasa ada 'hole' tu adalah sebab sebelum ni, karang gigi
(tartar) terbentuk antara gigi aku, dan ia mengeras jadi macam bentuk gigi.. semalam, tartar tu
tercabut dan gigi aku kembali kepada the original shape.. lahhhhh, buat cuak je =.="


curi2 snap gambar dentist tengah cek x-ray gigi aku


dentist tu offer untuk drill sikit buang semua tartar & buat x-ray untuk cek kalau ade pape..
so hilanglah 17pounds untuk satu sesi.. but it was worth it.. hati dah rasa lega lepas dapat
komen positif dari doktor. pheww.. baru aku sedar betapa pentingnya setiap gigi aku.

dear teeth, each and everyone of you are important to me :')


pengajaran: kita selalu tak sedar kepentingan sesuatu tu until it is gone...
hargailah nikmat yg Allah beri. sekecil-kecil sebatang gigi pun, kalau
hilang satu, hilanglah mutiara senyuman. OMG i just loveeee my teeth! <3


2 pendapat bernas:

*30 mins approximately lepas membaca...*
ganas nya makan =.="

btw, buat la entry pasai oghang/kekawan/lecturer kt sana plak :D

eju

entri pasal kekawan da buat da... kata stalker..... fail.. :p

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino