My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

alkisah sang gigi

ceritanya bermula masa aku makan lunch semalam. tomato and mozarella pasty.
masa aku tengah kunyah roti pasty yang rangup dan berkeju, tetibe aku rasa macam ada 'hole'
di bahagian gigi bawah-depan aku. ya Allah, serius time tu aku rasa gigi depan aku dah patah :S


kekawan aku suruh gi toilet tengok cermin. lalu aku pun gi la tengok..
fuh nasib baik gigi aku masih ditempat yg sepatutnya. tapi kat bahagian belakang dah PECAH!


see the tiny red dot behind my teeth? itu la kawasan yg sedikit berdarah


so my friends encouraged me to see the dentist, tapi appointments dah full, so kena tunggu hari
esoknya, which is harini... aku pun pergi la ke klinik gigi dengan jantung berdebar-debar sedang
kekawan aku yang lain semua pergi lecture.. takpe, aku ade reason untuk skip lecture. hahha


to be honest, ini adalah FIRST TIME aku gi klinik sengsorang.. sebelum ni mesti ada
mak/kawan/matron/cikgu yang teman.. tapi kalini aku SENGSORANG! sangat bangga dengan
diri sendiri. sekarang, saya boleh diiktiraf sebagai wanita independent :D


so, lepas nama aku dipanggil, aku pun bertemu la dengan dentist yg sangat friendly.
dan akupun bagitau yang gigi aku dah pecah sikit... lalu dia pon tengok gigi aku...
"I don't see anything wrong with your teeth.. show me where u think there's a hole"


dan aku pun tunjuk.
rupenye, gigi aku tak pecah pun! yang aku rasa ada 'hole' tu adalah sebab sebelum ni, karang gigi
(tartar) terbentuk antara gigi aku, dan ia mengeras jadi macam bentuk gigi.. semalam, tartar tu
tercabut dan gigi aku kembali kepada the original shape.. lahhhhh, buat cuak je =.="


curi2 snap gambar dentist tengah cek x-ray gigi aku


dentist tu offer untuk drill sikit buang semua tartar & buat x-ray untuk cek kalau ade pape..
so hilanglah 17pounds untuk satu sesi.. but it was worth it.. hati dah rasa lega lepas dapat
komen positif dari doktor. pheww.. baru aku sedar betapa pentingnya setiap gigi aku.

dear teeth, each and everyone of you are important to me :')


pengajaran: kita selalu tak sedar kepentingan sesuatu tu until it is gone...
hargailah nikmat yg Allah beri. sekecil-kecil sebatang gigi pun, kalau
hilang satu, hilanglah mutiara senyuman. OMG i just loveeee my teeth! <3


of clubs & societies

masa awal2 masuk uni dulu, aku beli 3 memberships. malaysian society, islamic society, &
calligraphy club. sebenarnya aku ingat nak join 'leonardo art' society, tapi masa freshers' fair
2 months ago, dekat booth leonardo art society tu dia tayangkan gambar lukisan yang tak
senonoh... so terus terbatal niat. tapi, sayangnyeee, art society la yg paling aku nak masuk :(


& aku tak faham kenapa omputih anggap lukisan orang tak berbaju tu sebagai 'art'.
whatthaafish? itu adalah porno kot! dah la surat khabar uni pun ada tunjuk gamba nude =.="


btw, back to the main topic,
calligraphy club sangat awesomeee.. smalam adalah 1st time aku masuk kelas khat sebab
before ni aku x dpt email pasal club activities sebab x register untuk mailing list. so, baru
smalam aku pegi lepas da join the club's facebook group. the reasons why i say it's awesome are:


1- first time aku guna pensil kayu khas untuk khat calligraphy. nama kayu tu 'reed'.
terasa macam orang dulu-dulu, tulis tulisan jawi sambil celup2 dakwat. awesome :)


2- baru semalam aku tau bahawa tulisan yg kte guna kat malaysia selama ni bernama 'nasakh'
haha.. sebelum ni taktau pun. rupenye ada measurement untuk setiap huruf. new knowledge.

3- cikgu khat tu kata dia ajar nasakh je.. tapi dia kata dia boleh belikan aku buku khat lain.
so aku mintak khat thuluth! wee.. impian untuk belajar khat thuluth bakal tercapai :'DDD


barulah aku rasa tenang sikit lepas da join a club activity. sebab sebelum ni aku rasa sangat
tertekan sebab takde join pape aktiviti selain pergi dan pulang dari lectures.. =.=" so aku
janji nak aktif calligraphy club ni :) malaysian society pulak, diorang belum start nak buat
props untuk MNight.. lagipun diorang cam taknak buat props/backdrop sangat je... takkan
tetibe aku nak suruh buat itu ini kan. -.- and Isoc pulak, aku cuma join charity week je.. so
itulah kehidupan kokurikulum aku stakat ni.. yg buatkan aku rindu kat sapphire :(

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino