My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

london adventure :D

weekend ni, Hanisah (dari warwick) dan Intan (dari Kent) datang ke london untuk program
keagamaan 'Twins of Faith' yang berlangsung hari sabtu. alang-alang dah datang london
tu, diorang ajak aku bawak diorang jenjalan sekitar tempat ni.. :)

________________________________________________________


Jumaat, 18Nov:

memula aku jemput Hanisah & intan kat stesen keretapi. then, terus bawak diorang ke big ben &
london eye.. sebab tempat ni macam 'wajib pergi' untuk orang yang datang ke london.. setakat
jenjalan tangkap gambar tu boleh laa.. kalau nak naik london eye mahal woo..

sekitar 'big ben' dan 'london eye'


pastu aku bawak diorang balik hall aku untuk makan malam.. dan terus bersiap ke Hyde Park.
sebab malam tu adalah the first day 'Winter Wonderland' dibuka di Hyde Park! :D 'winter
wonderland' ni macam funfair dan serius sangat BESAR tapak dia. ada macam2 rides, games,
& patung-patung yang awesome... siap ada pokok yang boleh bercakap (seriously awesome).
terasa macam dalam magical world.. :')


santa claus di merata tempat


tapi kalau nak naik rides, mahal.. 5 ke 6 pounds per ride.. so since kitorang tengah jimat duit,
kitorang kena pilih SATU je untuk naik.. lalu kitorang pilih yang paling tinggi n menakutkan..
nama dia 'Ausgang'. ya Allah, serius cuakkkk gileeee nak mampossss... dah la dia punya
'tali pinggang' tu longgar, dan masa kat atas tu, tetibe menjunam jatuh ke bawah.. memang
jerit sampai keluar anak tekak.. berzikir dari awal sampai habis. hahahha :D memang worth it
ah kitorang pilih yang tu.. perfect decision :D


inilah ride yang aku ceritakan sebentar tadi


tapi the highlight of the night was..... kitorang jumpa mat salleh hensem yang baik hati! hahah :D
intan nak beli beg.. pastu kat satu booth ni ada jual 3 bags for 10pounds. kitorang nak mintak
design yang sama.. pastu mat salleh tu sanggup berlari cari design beg yang kitorang nak..
he even asked us to jaga the booth, tengok2 kalau ada orang curi... he trusted us, yaww! haha..
lepas kitorang beli tu, dia kata 'terima kasih bangat..'. dia tanya if kitorang from 'indonesia'.
do we look like cewek-cewek dari indon? kahkah :DD


some other game booths, and our new bags :D


Sabtu, 19November:

tujuan utama weekend ni adalah untuk pergi ke program 'Twins of Faith'. tempat program tu
jauh dari tempat tinggal aku.. so cadangan awal adalah untuk naik train.. sekali train yg kitorang
naik tu stop setengah jalan.. nasib baik aku ada peta bas (ambik dari senior-skyn), lalu kitorang
pun naik bas ke 'DLR' train station (train overground). tapi DLR punye peta SANGATLAH
confusing... memang menguji minda kitorang. bak kata intan, 'macam explorace'. hahah


'explorace' :D


lalu tibalah kami di 'excel london', tempat dimana program 'twins of faith' berlangsung..
kitorang stay sampai 'Nouman Ali Khan' punye talk je sebab ada plan after that..
tapi dengar kata, program lepas tu sangat best.. alamak rugi lah pulak, terlepas..



our 'next plan' is shopping!! dimana lagi kalau bukan 'Oxford Street'. :)
masuk kedai primark je, semua hilang. sesak sangat. new look ada 50% discount utk coats and
jackets, jane norman pun ada 50% discount utk blouses and accessories & 40pounds off untuk
coats, H&M ada 50% discount jugak for coats. aduhai, kalaulah duit aku banyak lagi.... hahahah..
terpaksa tahan nafsu shopping untuk jimat duit. huwaa T.T bak kata hanisah 'tunggu januari'.
duit masuk je trus ke oxford street lagi. hahaha


dari pukul 4 sampai pukul 7.30, shopping non-stop. Intan pulak blah untuk perjumpaan MARA.
aku & hanisah pulak terus la naik bas untuk balik bilik.. masa tengah dalam bas, kitorang pun
borak-borak la dengan rancaknya.. sampai la bas kitorang stop dan driver tu suruh kitorang
turun. aik? apesal bas ni tak lalu aku punya hall? rupenye salah naik bas. adoyai..=.=' terpaksa
la tunggu another 20minutes for the next bus.. hahaha.. kesian kat hanisah.


seperti semalam, our day always ended with a happy ending.. intan & almaz (scholars MARA)
ajak kitorang tidur sama kat Hotel tempat perjumpaan MARA.. ya Allah, mewah gile hotel tu,
okayyy..dah la sebelah oxford street. ada dua katil queen size. memang muat sangat untuk 4
orang tidur kat situ. hahahha.. thank u ah korang. xD


gambar atas: oxford street. gambar bawah: hotel mewah


Ahad, 20November:

alkisahnya, Hanisah punye tiket untuk balik ke warwick tersangatlah awal, which is at 7.45am..
dan tiket tu adalah dari Euston station, which is a bit far from the hotel.. so, pukul 7am, kitorang
bertolak dari Marble Arch station guna train 'central line'.. aku ingat nak bawak hanisah naik
train je terus ke Euston. lalu kitorang turun kat 'Tottenham Court Road' untuk tukar train.
sekali train 'victoria line' dan 'northern line' tutup sebab ada engineering works.. so kelam-
kabut la, kitorang cari bas dekat 'Tottenham Court Road'.. dari pukul 7.30 sampai 7.45 kitorng
berlari-lari cari 'the right bus stop' yang ada bas yang lalu Euston.


Hanisah punye muka dah sedih semacam dah.. kalau terlepas train kena beli ticket baru yang
mahal.. aku pun dah offer untuk share duit beli tiket baru.. sekali tetibe kawan hanisah
call, bagitau yang train diorang DELAY! ya Allah, alhamdulillah sangatt... Allah loves us :)
lepas tu, terus muncul bas yang kitorang nak :)



train delay punyelah lama.. sempat la kitorang breakfast dekat 'caffe nero'.
and yes, it was a happy ending again.. :D

_____________________________________


kesimpulannya, weekend ni sangat super duper awesome with all the fun adventures and happy
endings. serius best.. definitely a weekend to be remembered :) thanks intan & hanisah <3

raya haji

smalam raya haji. raya haji pertama di perantauan(London). keh3. :)


hari sabtu, tetibe dapat mesej dari alifah dari Bath, mintak tolong jemput kat stesen.
so, last-minute punye plan, aku bersiap kelam kabut, keluar bilik pukul 7.15am, jalan selama
40 minit untuk tiba di Paddington station.. Alhamdulillah ada GPS yang selamatkan aku drpd
tersesat. lalu berjumpalah aku dengan kekawan kolej yayasan uem (KYUEM)..


lepastu, gi Oxford Street, shopping sakan dengan alifah and illya.
mentang2 baru reti guna debit card untuk bayar kat kaunter. hahah



lepas oxford street, pergi apartment Uzira, kawan kolej yayasan saad (KYS).
kitorang main masak2.. masak rendang daging, lamb chop, ayam masak merah, n nasi briyani.
best gabannnn... teringat-ingat kelazatan makanan2 tersebut sampai skarang :)
& sambut birthday ayne yang dah 20 tahun.. happy birthday ne!


pagi raya, kelam kabut bersiap, naik bas ke malaysia embassy and solat raya kat situ.
then gi hyde park tangkap gambar untuk hantar 'salam perantaun' kat surat khabar masa
aidilfitri tahun depan (early planning). hahah...


so itulah kisah hari raya haji aku. sronok ah :) tapi still rindu rumah :'(


photo credit: alifah, and ain
new friends
hidup aku skarang ni; pergi kelas, balik kelas, terperuk dalam bilik, masak, tidur, & makan.
so dalam seminggu, 5 hari aku banyak habiskan masa dengan coursemates je la.. sabtu ahad
baru jumpa kekawan yang lain.. kadang2 bila pergi dapur jumpa kawan2 kitchen..


dalam course aku, aku sorang je melayu malaysia. ada sorang melayu brunei, nama dia azzura.
tapi still cakap english dengan dia sebab BM dia lain sikit. kekawan malaysian chinese ada tiga
orang; chong, nicholas, & ling wei. diorang sume sangat baik & cool :)


meet: chong, nicholas, & azzura (at satay house)


nicholas & lingwei (at hyde park)


so bila pegi makan, rehat, study, mereka lah kawan2 untuk lepak sama2.. ada sorang kawan
dari Bahrain, nama dia kawthar.. kalau nak solat slalu pergi dengan dia.. nak kawan ngan
omputih, tapi diorang pun ade geng sendiri.. so stakat kawan omputih borak skali skala okey la..
klu nak lepak sama-sama, mungkin perlukan masa lagi..


kalau kat kitchen, aku suka borak dengan kawan italy, Kinny. & wern yi, kawan kinny.
diorang comel sangat dan peramah. selalunya bertembung dengan sorang omputih hensem ni
kat kitchen, tapi kekok sikit bila cakap dengan dia.. mungkin sebab dia hensem. haha..


so konklusinye, setakat ni aku gembira la dengan hidup aku kat sini..
kawan2 semua baik & kelakar. :)


tapi yang tak bestnye, aku suke gile makan kat sini. makan dah jadi satu hobi.
kalau tak makan, perut meletup-letup bunyik angin. hadoi, doakan berat aku mantain :S

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino