My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

kutip derma
tadi aku gi kutip derma untuk anak yatim dan kanak-kanak miskin kat Ealing Street, UK.
pengalaman kutip derma adalah suatu yang menarik sebab boleh nampak macam2 ragam
manusia.. ada yang senyum, ada yang geleng kepala, ada yang menjeling, dan lain2..



antara peristiwa yang menarik adalah; masa aku mintak derma kat orang lalu-lalang, ada sorang
pakcik omputih ni lalu depan aku.. pakcik ni pakaian dia lusuh, berjambang, bau pun kurang
menyenangkan.. pakcik ni pandang je aku.. aku pun pegang baldi aku kuat-kuat, sebab dah
mula rasa takut. sekali rupenye pakcik ni nak bagi derma, dan yang paling buat aku terharu, dia
bagi semua duit yang dia ada.. "this is all that i have.." katanya.. ya Allah.. terharu sangat :'(


selain tu, kat sini, omputih suka suruh anak diorang yang bagi duit untuk derma..
comel sangaaat budak-budak kecik terkedek-kedek datang kat aku bagi derma.. ahhh cair hati
tengok :') dan ada sorang budak dalam umur lingkungan 8-10 tahun, bagi aku 1pound
walaupun mak dia dah jalan laju kedepan.. sucinya hati budak-budak kecik :')


dan mostly orang yang pakai stylo, baju branded ni, menjeling je tengok aku mintak derma.
so dari pengalaman ni, aku belajar, bahawa next time, kalau ada orang mintak derma kat aku,
kalau aku taknak derma pun, aku akan at least senyum kat orang yg mintak derma tu. :)
dan bersangka baik walau seburuk mana pun zahir seseorang tu.

busy=malas update blog

salam..


hidup aku sememangnya sudah semakin busy dari semasa ke semasa. masa induction week
lagi imperial dah bagi test dan project. dan sekarang ada lagi dua group projects kena buat.
termasukla homework. harini ada kelas dari pukul 9 sampai 6 petang. hahah.. penat gaban.


selain tu, setiap hari aku kena jalan kaki 20+ minit ke universiti. dan 20+ minit balik ke bilik.
so setiap hari, aku jalan selama approximately 1 jam. lepas balik pulak, aku masak nasi dan lauk.
which mengambil masa selama approximately sejam. malam pulak kena revise, buat homework,
research, yada yada yada.. jadi bayangkanlah betapa malasnya aku nak update blog. haha


tapi yg seronoknya kat sini adalah peluang utk kenal orang dari serata dunia.
kawan2 aku setakat ni ada from brunei, italy, bahrain, tunisia, china, uk, cyprus, dan of course,
malaysia. tapi aku belum kenal semua coursemates lagi sbb baru dua minggu kat sini.
sbenarnye, kadang2 aku tak faham sgt ape yang diorang cakap sebab masing2 ada macam2
accent, tp semuanya sangat friendly.=)


so.. itu jelah nak khabaq. bila rajin wa khabaq lagi. sekian..
bagai rusa masuk london

kalau rusa masuk kampung pun dah terpinga-pinga, bayangkan kalau rusa tu masuk london.
ha, macam itulah situasi aku. bile tengok sekeliling dalam sehari dua tu, aku rasa cam dalam
mimpi je.. betul ke aku dah kat london ni? soalan yang aku tanya kat diri sendiri dua tiga kali.


seminggu aku menumpang rumah seniors.
seniors semua baik gaban tahap karma maksimum punye lah..
aku ingat dah sampai sini kena belanja seniors. sekali seniors yang belanja aku.
bagi makan, bagi assistance, siap tolong bawak beg lagi. serius culture shock :)


di depan university college london.

kat imperial college london


masa sampai kat imperial college london, aku rasa cam tak percaya je..
selama setahun aku tengok prospectus imperial, ada gambar bangunan biru ni;
setiap malam aku bayangkan aku jalan-jalan kat depan bangunan ni. dan...
ia dah ada depan mata aku.. it's like a dream come true :')


selain tu, apa yang menarik bagi aku pasal london ni ialah rutin penduduknya.
kalau kat malaysia, dalam ktm semua orang termenung kosong, kat london mostly baca buku
atau baca surat khabar. dan london langsung tak busy macam kuala lumpur. busy macam
seremban je kot.. ramai gile orang jalan kaki kehulu kehilir. walau orang kerja pakai smart
pun rileks je jalan kaki & naik pengangkutan awam. dan kalau ada orang tua yang berdiri
dalam train, laju je ada orang yang akan bangun dan tawarkan tempat duduk. bagus kan?


but i still miss malaysia. there's no other place like home. :)

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino