My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

first flight

ahad lepas adalah kali pertama aku naik kapal terbang. nasib baik la sama flight dengan 4 org
kekawan yang lain; faiz zulbadli, faiz fikri, arvind, and halim. kitorang timbang beg sama2, so beg
aku yang terlebih berat 6 kg boleh lepas masuk flight. wee =D


masa nak pegi gate tu aku pegi sorang2 sebab diorang dah blah awal2..
so disebabkan ini adalah first time aku, aku konfius kat mana train yang bawak ke gate.
nasib baik la ada sorang mamat melayu ni, aku dengan menebalkan muka, tanya dia kat mana.
dia pun nak pergi ke arah yang sama tapi gate yang berlainan. so naik la train sesama.
dia nak fly ke german, sambung masters, tahun keempat. dah sampai tu aku terlupa
nak cakap terima kasih kat dia. aku terus blah je. hahah..


lepas dah duduk kat kerusi aku yang kat tepi tingkap, aku diam je tak berbunyik.
hati rasa sayu nak tinggalkan family. orang yang dok sebelah aku kat dalam flight adalah
omputih. hensem. muka ala-ala justin timberlake gitu. sebelah dia pulak ada bini dia..


masa kapal terbang mula2 nak naik tu, takut gak.. tapi takdela gayat sangat pun.
dari atas lampu-lampu nampak macam lilin kecik2 je.. pemandangan cantik, subhanallah =)
lepas dah stabil, omputih tu mula belek2 remote kat tepi kerusi dan skrin depan kerusi dia
pun menyala. aku tengok aku punya skrin tak menyala pun. mana aci, aku nak gak.


so, baru la mula bertegur sapa.. aku cakap kat omputih tu ni first time aku naik flight, so
aku tak reti nak guna remote tu semua.. rupenye omputih tu sangat baik.. dia ajar aku cara nak
tengok movies, cara nak main game, cara nak adjust aircond, cara nak adjust kerusi, dan borak2
dengan aku. dia kata ni 2nd time dia naik flight. 1st flight dia dari australia ke malaysia..
dia dengan isteri dia dah kahwin 2 tahun, dan isteri dia tengah mengandung.. diorang nak
ke dublin untuk tengok kawan diorang kahwin.. awww sangat sweet la diorang nih.


masa dah sampai heathrow airport, dia kata,
"so.. this is your new home for four years now"
hahah.. sedih betul aku dengar.


so, kesimpulannya, penerbangan pertama dalam sejarah hidup aku adalah suatu pengalaman
yang seronok dan memorable =) moga aku dapat balik malaysia setiap tahun. huhu
0 pendapat bernas:

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino