My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

first flight

ahad lepas adalah kali pertama aku naik kapal terbang. nasib baik la sama flight dengan 4 org
kekawan yang lain; faiz zulbadli, faiz fikri, arvind, and halim. kitorang timbang beg sama2, so beg
aku yang terlebih berat 6 kg boleh lepas masuk flight. wee =D


masa nak pegi gate tu aku pegi sorang2 sebab diorang dah blah awal2..
so disebabkan ini adalah first time aku, aku konfius kat mana train yang bawak ke gate.
nasib baik la ada sorang mamat melayu ni, aku dengan menebalkan muka, tanya dia kat mana.
dia pun nak pergi ke arah yang sama tapi gate yang berlainan. so naik la train sesama.
dia nak fly ke german, sambung masters, tahun keempat. dah sampai tu aku terlupa
nak cakap terima kasih kat dia. aku terus blah je. hahah..


lepas dah duduk kat kerusi aku yang kat tepi tingkap, aku diam je tak berbunyik.
hati rasa sayu nak tinggalkan family. orang yang dok sebelah aku kat dalam flight adalah
omputih. hensem. muka ala-ala justin timberlake gitu. sebelah dia pulak ada bini dia..


masa kapal terbang mula2 nak naik tu, takut gak.. tapi takdela gayat sangat pun.
dari atas lampu-lampu nampak macam lilin kecik2 je.. pemandangan cantik, subhanallah =)
lepas dah stabil, omputih tu mula belek2 remote kat tepi kerusi dan skrin depan kerusi dia
pun menyala. aku tengok aku punya skrin tak menyala pun. mana aci, aku nak gak.


so, baru la mula bertegur sapa.. aku cakap kat omputih tu ni first time aku naik flight, so
aku tak reti nak guna remote tu semua.. rupenye omputih tu sangat baik.. dia ajar aku cara nak
tengok movies, cara nak main game, cara nak adjust aircond, cara nak adjust kerusi, dan borak2
dengan aku. dia kata ni 2nd time dia naik flight. 1st flight dia dari australia ke malaysia..
dia dengan isteri dia dah kahwin 2 tahun, dan isteri dia tengah mengandung.. diorang nak
ke dublin untuk tengok kawan diorang kahwin.. awww sangat sweet la diorang nih.


masa dah sampai heathrow airport, dia kata,
"so.. this is your new home for four years now"
hahah.. sedih betul aku dengar.


so, kesimpulannya, penerbangan pertama dalam sejarah hidup aku adalah suatu pengalaman
yang seronok dan memorable =) moga aku dapat balik malaysia setiap tahun. huhu
minggu terakhir (3)
it's tomorrow!


besok akan menandakan sebuah sejarah dalam hidup aku dimana besok adalah kali pertama
aku naik kapal terbang & menjejakkan kaki ke negara omputeh. waaahh cepatnye masa berlalu.


all my bags are packed, i'm ready to go~


flight aku MAS 002, 25 september pukul 11:40pm di KLIA,
dan akan mendarat di heathrow, london pada 26 september pukul 5:50am.


tadi baru je check-in online dan pilih seat tepi tingkap.. seat aku jauh dari seat kekawan lain.
so nampaknya aku akan duduk sebelah stranger. mintak mintak laaa dapat dok sebelah stranger
handsome. at least takdela bosan sangat flight 14 jam tu. kehkehkeh..


perasaan? bercampur baur. aku pun tak pasti apa perasaan aku skarang.
yang penting, aku takutt aku tak pandai buat kawan baru.. aku ni da la jenis pemalu.
lagi2 lidah ni da lama tak berpintal cakap english. waduh! moga cepat dpt biasakan diri.


doakan aku ya.. =)

minggu terakhir (2)

semalam pergi ke lowyat. barulah aku tau bahawa lowyat tu sejenis mall. selama ni aku
ingatkan lowyat tu macam deretan kedai2 macam jalan tar tu. haha... so, agak jakun la
tengok bertingkat-tingkat semua jual barang elektronik je. macam2 pilihan sampai
rambang mata.


so, pulanglah aku dgn anak-anak elektronik yg baru. semuanya kaler pink, yaww!
terima kasih la dekat pnb.. kalau tak, tak merasa la aku guna vaio. hee..=')


menerai webcam pinky lappy



harini pulak setelkan hal-hal bank. ingatkan nak buat travellers cheque. lalu aku pun pergila
dari bank ke bank cari travellers cheque. semuanya kata takde/dah takde. semua bank kat PD
dah jenguk dah, semua takde. lalu pergi la kat seremban. pun takde jugak!


sebut je apa nama bank.CIMB? Maybank? Alliance? Standard Chartered? Public Bank? u name it.
semua aku dah pergi jenguk and tanya.. semua geleng kepala bila tanya psl travellers cheque


last skali aku pergi kat HSBC.. ada, tapi kena ada bank account. and kalau nak buat
account kena buat joint-account dengan parents and kena ada offer letter.
PULAK DAH. offer letter aku kat portdickson. gile ke nak patah balik =.="


so... kesimpulannya, kesian la kat aku and family aku yang ikut aku.
waste time and petrol je. last2 gi jusco beli baju sikit. barang2 rempah tak sempat beli.


so, besok mau setel barang2 kecik macam rempah2 masakan, sabun2, dan lain2.
dua hari je lagi sebelum terbang menggapai awan. ='D

minggu terakhir

minggu ni adalah minggu terakhir aku di malaysia utk tahun 2011.
perasaan bercampur-baur. rasa eager nak explore dunia baru, tapi
takut keseorangan and sedih nak tinggalkan family tersayang.


Alhamdulillah, semalam dah dapat courier Visa.
chest x-ray pun dah buat semalam. tinggal meningitis vaccination je.
x-ray buat kat klinik kerajaan, while vaccination buat kat klinik swasta.


& berdasarkan pemerhatian semalam, surprisingly, service yang diberikan
kakitangan klinik kerajaan jauh lebih bagus dari klinik swasta.
semua orang kat klinik kerajaan friendly dan service sangat cepat.
tapi kat klinik swasta tu, sepanjang aku menunggu, ada dua orang naik
angin sebab lambat sangat and mula marah pekerja kat situ.



masa tgh menunggu giliran. mak kata muka abah macam penyangak
pastu ktorang gelak terkekek-kekek sama2. that moment was beautiful =)


so, jelaslah menunjukkan bahawa semua benda kat dunia ni same je,
ada kelemahan, ada kebaikan. yang dilihat baik ada juga buruknya,
yang dilihat buruk, ada juga baiknya.. kan kan? =)

kenduri doa selamat dan kesyukuran.

Alhamdulillah, selesai sudah kenduri doa selamat dan kesyukuran
sempena mendoakan keselamatan aku yg akan merantau bermula 25 sept ni
juga kesyukuran buat kakak yang dah habis pengajian kat UKM and akan
ber-konvokesyen 26 september ni..

___________________________________


gotong-royong memasak bermula seawal 9 pagi.
memang meriah la dengan saudara-mara dan budak2 kecik semua.
orang lelaki rileks je kat depan. keje makan je. bestnyee jadi lelaki. haha.


menu untuk minum pagi orang2 yang datang menolong:
kek pisang, nasik impit, serunding, & kuah kacang




menu utama: ikan tenggiri masak kicap, kacang goreng, sambal goreng, daging
masak kari, sambal udang, dessert lak tembikai, dadih, nangka & kuih bakar


mungkin bagi sesetengah orang rasa menu ni biase je. tapi hasil tangan
gotong-royong, memang lebih sedap dari biasa. licin, habis laku semuanya.
langsung takde pembaziran. alhamdulillah =)



thanks mak abah, abang2, kakak, sedara mara, & everyone =)


jemputan kenduri

Disini diumumkan,
besok, Jumaat, 16 September 2011, lepas solat jumaat,
akan berlangsungnya kenduri doa selamat dan kesyukuran
di rumah eju di Port Dickson.



ingat nak jemput kat facebook, buat event ke tulis kat wall ke,
tapi rasenye siapa yang nak datang.=( kekawan ky terdekat ramai dah fly
or even busy packing nak fly. or kena kuar duit minyak & tol nak datang sini..
tapi, anywayssss, kalau nak datang, khabaq mai..
lauk sedap2 wooo.. makan free woo.. who would say no to that?

=)


buat tips and kyra

torsobotlah kisah anok-anok daro dari nogori sombilan yang tersosat samo-samo dolam
chalet yang samo. disobabkan anok2 daro ni la hidup den kat kyuem tu teraso gombiro jo.



buat cik tipah tak tertipu, dan syakirah hips don't lie;
thanks for giving me the memories that i'll cherish forever =)

semester 1
2nd semester

3rd semester

4th semester

alumni


(tolong baca dengan nada sedih)
thanks gile ouh. korang banyak support eju. dengar cerita2 eju. share makanan.
tengok movies together. teman gi dining hall, cafe. kira dengan nasihat-nasihatnye,
tipah sebagai fashion advisor. teman balik naik ktm. teman shopping kat tanjung malim.
teman naik basikal gi makan goreng pisang, teman snap gambar.. aihh, semuanyalah.
pendek kata, dua tahun duk satu kolej ngan korang, tak pernah la eju rasa lonely..


& skarang korang dah kat ireland. ='((
nanti eju kat ceruk sana.. dah takde chaletmate macam korang. ade luqman muscom je..
serius oh, camne oh nanti? T.T maybe nanti jumpe kawan baru omputih, tapi,
mungkin tak seseronok mcm berborak dgn kawan2 dalam mother tongue sendiri. kan?


oleh itu, janganlah kite putus contact.. sbb nanti klu eju rasa lonely eju gi la stalk fesbuk korang
& conteng wall ye? please? huuu... okey da banyak membebel. nanti jumpe lagi di lain hari..


semoga berjaya jadi dokter dokter berkaliber =)
selamat berjuang di ireland. bestfriends forever!


oh, tak lupa juga buat ain ishak, taemin, durra, ummu, (ade lagi ke yg tertinggal?) kat nun sana..smoga bjaya =)

dipermudahkan =D
Alhamdulillah, urusan visa telah dipermudahkan.
bayangkan,aku datang wisma MCA tu pukul 10.30, siap 11.59. sejam stengah je!
itupun sebab appointment aku pukul 11. boleh je kalau aku datang pukul 11.
bapak cepat kan? tak macam yang dibayangkan daripada berita yg didengar.
maybe sebab dah tak ramai orang yang nak buat visa time ni..=)




buat visa dengan hanisah. terjumpa arvind, ashee, sheikh, nad, ecah, & almaz.
harap-harap lah visa tu dapat disiapkan dengan berjayanya. moga takde apa2
masalah dengan documents or anything =S amin!

start enjen

finally. setelah 3 hari terseksa menanti, menahan getar dan debaran jiwa,
akhirnya aku dipertemukan dengan bakal tempat tinggalku.=)

FISHER HALL YAW! =)




alhamdulillah, tempat ni adalah paling murah dan boleh jalan kaki 20 minit untuk sampai ke
kampus. dan alhamdulillah juga sebab ada sorang kawan melayu yg dapat tempat sama.

_________________________


btw, hati terasa senang seketika saje. sebab aku baru je dapat 'fresher's pack'
dimana terdapat satu announcement yang mengatakan bahawa, i have to sit for
MATHEMATICS DIAGNOSTIC TEST on 6th october, dan result yang aku dapat
counts towards coursework aku. aihh belum masuk lagi dah kasi cuak dah. =S



otak da berkarat. nasib baik mr Alderson suruh awal2 untuk simpan fail further math.
nampaknye kenalah aku start study balik nih. trigonometric relations, binomial theorem,
differential n integral calculus, elementary statistics, complex numbers, & vectors.
BANYAK GILE WEH KENA STUDY... T.T



tapi yang aku excited utk start belaja, adalah modul lukis2 design2 ni. seronoknya =D
& nanti kena beli boots untuk bertukang. bestnyee.. these 2 things memang aku suka gile.
melukis and bertukang =)


alhamdulillah. thank u Allah =)

2004:

"belajar kat mana skarang?"
"kolej yayasan saad, melaka"
"oh.. skolah untuk anak2 yatim tu ke?"
T.T

__________________________


2009:

"sambung belajar kat mana?"
"kolej yayasan uem"
"oh.. takpela, asalkan dapat.."
=.="


__________________________


2011:

"nanti blajar engineering kat mana?"
"imperial college london"
"oh.. okey la tuu.."
kehkeh xD

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino