My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

peristiwa 13 mei

selepas balik dari BTN, dimana dibangkitkan isu '13 mei' dalam salah satu slot BTN,
saya pun tergerak untuk meminjam 3 buah buku milik along. ketiga-tiganya ditulis
oleh 3 pandangan berbeza. penulis cina (Kua Kia Soong), melayu (Tunku Abd Rahman)
juga penulis british (Leon Comber)


saya mula dengan membaca tulisan Kua Kia Soong terlebih dahulu.
beliau pernah ditahan oleh ISA, he was an opposition member of parliament, & also a director
of SUARAM. dikatakan dalam bukunya, Melayu adalah punca utama perbalahan, UMNO
adalah dalang, dan Tunku Abdul Rahman tidak bersedia utk menyalahkan kaumnya sendiri,
lalu membabitkan komunis dalam punca peristiwa 13 mei walhal komunis tiada kaitan lgsung.
penulisannya membuatkan kita mampu utk mempercayai beliau kerana dikatakan ianya
berdasarkan sumber documents declassified at the Public Record Office, London after
the 30-year secrecy rule.


kemudian, saya baca buku yg ditulis Tunku Abdul Rahman.
semestinya pandangan yang berbeza diutarakan oleh beliau. pada 12 mei, penyokong2 gerakan
dan DAP mengadakan perarakan. disertakan di dalam buku tersebut gambar2 penyokong2
tersebut mengejek2, membawa penyapu, melontarkan bom asap, dan sebagainya ke kawasan
sekitar. maka itulah yg membangkitkan kemarahan dan tercetusnya pergaduhan.


kedua-dua pandangan dan penulisan mereka sgt meyakinkan.


kemudian, saya selak2 pula buku penulisan Leon Comber.
dan dari situlah saya nampak kronologi peristiwa 13 mei. dan sejarah perhubungan melayu-cina.
memang pemuda UMNO ada berkumpul di luar rumah kediaman menteri besar selangor utk
tunjuk perasaan seperti yg dinyatakan Kua Kia Soong, tetapi atas terjadinya peristiwa ejek
mengejek pada perarakan 12 mei. so itulah sebenar-benarnya yg berlaku..

______________________________________________________

apa yg saya nak simpulkan adalah, pandangan yg diutarakan oleh sesebuah pihak,
sedar atau tidak, akan bersifat 'bias'. walhal kedua-duanya betul, dan kedua-duanya salah.


justeru, janganlah kita senang2 nak judge sesuatu tanpa melihat keseluruhannya.
seperti perhimpuan bersih 9 julai nanti. jangan disalahkan bersih, jgn disalahkan government.
kedua-duanya ada salah dan ada betulnya. cuma yg diperlukan adalah perbincangan secara aman. bagi saya lah =)

2 pendapat bernas:

fun facts for you :D PKC

betul. setuju. saye pon masih konpius dgn citer 13 mei ni.

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino