My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

mama keje

semalam,masa tgh makan aiskrim kat cafe, tiba2 ada orang call.
nombor 03------. ingatkan PNB yg call. terus angkat & buat suara formal.

"hello?"


"hello?" terdengar suara budak kecik di hujung talian.
comel sangat suara tu. rasa nak picit picit. x)
suara budak pompuan pelat2. maybe umur dalam 4-5 tahun





saya : ni siapa ye?
girl : ni shiapa?
saya : adik nak cakap dengan siapa?
girl : ni shiapa?
saya: ni... ni kakak
girl : kakak shiapa?
saya : kakak.. siti
girl : kakak siti?


tiba-tiba ada suara budak lelaki kat belakang, "nak cakap dengan mama"
budak perempuan tu pun jawab, "ni bukan mama.. ni kakak siti.."
pastu budak lelaki tu pun ambik talipon dari adik dia.


boy : nak cakap dengan mama boleh?
saya : adik.. adik salah nombor la.. nanti kirim salam kat mama tau. bye bye =)
__________________________________________



alahai kesiannya kat budak-budak ni. call mama masa pukul 6 petang macam ni?
mesti mama diorang belum balik kerja. biasalah, perempuan skarang ramai bekerjaya.


tapi, bila fikir balik.. saya pun akan jadi ibu bekerjaya satu hari nanti.(kalau kahwin)
macam mana dengan anak-anak? biar membesar kat nursery? biar babysitter yg jaga?
balik rumah pukul 6 (jalan jem), dah penat. kena masak. pastu rehat. dalam pukul 11, tido.
kirenye masa yg spend utk melihat anak2 membesar cuma kira-kira 7 jam sehari.
dan weekends dan cuti.



ya, inilah situasi ibu-ibu modern.



bila tengok budak-budak yg kurus-kurus kat nursery, tertunggu2 mama diorang sampai pukul 6 petang, hati saya rasa sayu, sebak, sedih, kesian sangat. sanggupkah sy nanti? T.T sy nak keje, tp sy nak jaga anak. boleh tak keje sambil jaga anak? keje kat nursery jelah. haih..

0 pendapat bernas:

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino