My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

meon ='(
"eju! ada anak kucing kat rak kasut!" kata tipah
itulah kali pertama, ktorang mula mengenali seekor kucing yg sgt sgt comel.






dia selalu main2 kat sekitar kampung sapphire dengan mak dia.
kawasan yg banyak kucing selalunye garnet & topaz. jarang la nak nampak kucing kat kampung sapphire. klu ada pun singgah jalan2 skejap. tapi si kucing kecil ni, hari2 nampak kat sapphire. so since dia slalu kat sini, kira pun tanya, "nak namakan dia apa?" lalu timbullah nama me'on atas kreativiti si tipah.


me'on kucing yg sangat aktif, pendiam, manja, dan sedikit kerek.
tapi lately ni, jarang nampak dia dengan mak dia. dia duduk sorang2 je.
dan tadi, masa before gi lunch, tipah cakap meon tak bergerak.
sy pun gi dekat. pelik jugak, perut dia tak kembang kempis pun. x bernafas ke?
sy tengok lebih dekat.. mata dia tak tertutup! dia.. bukan tidur. dia.. dah mati ='(






tipah menangis on the way ke dining hall ='(
tipah ajak kebumikan dia. so after lunch ktorang cungkil lubang tepi chalet.
ramai kawan2 lain datang tengok & tolong kebumikan.
semua orang sayang meon dan terkejut dgn kematian dia.
innalillahi waina ilaihirojiun..




u will always be remembered. R.I.P. meon, 30/5/2011


bersangkutan dengan peristiwa petir menyambar satu chalet di kyuem sampai
almari terbakar tu, saya terasa nak share satu kisah yang berlaku kat port dickson.
kisah ni bunyik macam dongeng, tapi kisah ini adalah benar.
________________________________


peristiwa ni masa dekat2 nak raya. tak ingat raya aildilfitri or aildiladha.
saya tengah rileks2 kat rumah. langit cerah, cuaca elok, mmg sedapla nak rileks2.
sekali 'booom'! tiba2 je, terdengar bunyik guruh.


a few hours after that, mak dapat panggilan talipon,
ada seorang makcik baru meninggal dunia dipanah petir. less than 1km dari rumah ktorang.
so, mak abah pun pergi la kat sana untuk pengebumian..
______________________________

apparently, before kejadian dipanah petir, makcik tu bertengkar dengan emaknya.
tak tau punca pertengkaran. tp, ada satu ayat yg tak patut dia cakap pada emaknya,


"kalau mak tak mati dulu, biar saya yg mati!"


lebih kurang macam tu la konteks ayat. mungkin struktur ayat da bertukar
tapi meaning dia lebih kurang macam tu la.


masa dipanah petir, makcik tu kat dalam rumah, & tengah bersandar dekat peti ais.
innalillah.. siapa sangka langit yg cerah, tiba2 ada petir menyambar
tepat ke peti ais tu? emak kepada mangsa menangis2 lihat mayat anaknya.
tak putus2 dia cakap yg dia maafkan semua kesalahan anaknya. ='(




______________________


moral of the story:
1-jangan lupa tutup suis, cabut plug bila petir menyambar utk keselamatan.
2- hormatilah ibubapa, jangan sesekali berkata 'ah' atau tinggikan suara.



p/s: kisah ni mungkin ada tokok tambah. sy hanya tulis apa yg didengar dr org ramai.
yg penting, semoga kita semua dpt ambil pengajaran. wallahualam.


dont kill 'em
masa kecik, hobi sy memerhati semut.
kadang-kadang sy letak gula-gula depan sarang semut. & kadang2, bila nampak
semut angkat barang berat, sy tolong ambik dan hantar depan rumah diorang.


tapi, kenapa dah besar ni, saya bunuh semut bila semut lalu tepi pintu bilik saya?
they used to be my friends. dan sekarang, saya jadi pembunuh kawan2 sy sendiri.='(
jahatnyee T.T



dewasa tak menjadikan kita makin matang sepenuhnya,
kerana dlm sesetengah hal, kanak2 lebih matang melihat sesuatu benda




hadis riwayat Abu Hurairah ra:

Dr Rasulullah s.a.w, bahawa seekor semut pernah menggigit salah seorang nabi.
Nabi tsebut lalu memerintahkan utk mendatangi sarang semut dan membakarnya.
Ttp kemudian, Allah menurunkan wahyu kpdnya: Apakah hanya kerana seekor semut
menggigitmu lantas kamu membinasakan satu umat yg selalu bertasbih

(Shahih Muslim No.4157)


='(

sejak harini, saya akan cuba utk tidak bunuh seekor pun semut.
so tadi saya selamatkan seekor semut dari lemas kat toilet. wee =D
lepas tengok dia selamat dan tangan kecilnya lap air dari sesungut dia,
saya rasa gembira sgt. i've saved a life =') u should try it too!





yang ni pulak, spideys yg berumah kat bawah cermin toilet chalet sy. dah membiak rupenye =)
comelkan diorang? awwh, i love insects!

mencari diri
when i look into the mirror, i see a girl. a plain girl.
sy cuba lihat lebih dalam. siapa sy?
siapa sebenarnya yg berdiri dihadapan sy di dlm cermin tersebut



saya jalani kehidupan yg agak tipikal. i have a happy family, loving parents, annoying but fun-to-be-with sister, smart brothers. i went to primary school, had conflicts with friends, merayu nak masuk asrama lepas upsr, masuk kys, sometimes had conflicts with friends again, conflicts with boys, krisis identiti, kemurungan, recovered from kemurungan, moved on & become happy again, masuk kyuem, lebih bijak handle masalah, cari pengalaman cuba benda2 baru yg masih tipikal dalam arus kehidupan.



i feel like living in a box. u know what i mean?


typical, cliche, nothing extraordinary.





dalam pencarian di dalam kotak ini, saya akui saya belajar byk benda di dlm proses. tp bila sy dongak ke atas dan lihat cahaya di luar kotak, saya terasa ingin explore, ingin rasai sendiri, ingin memahami, ingin melihat di luar boundaries, ingin mencuba, meneroka, kerana dunia ciptaan Tuhan ini sangat kompleks dan indah dari dalam dan luar =)



sy ingin keluar dari comfort zone, menentang arus kehidupan yg telah tersedia terhampar dihadapan, masuk ke selekoh yg jarang dilalui, biar terasa sukar, biar terasa sakit, biar terasa pahit, kerana tanpa semua itu, i'll just be a typical plain girl. perasaan seronok itu tidak akan seseronok apabila kita merasainya setelah merasa sakit =)




tak kisahlah ke mana Allah takdirkan saya selepas A level ni. UK or Australia or Malaysia, saya ingin mencari diri saya. ya, saya tak mahu sia-siakan hidup yg singkat ni =)






(inspirasi dari 'eat pray love')






bday emak comel!

harini birthday mak saya! =DD
saya sebenarnya da plan dah nak wish pukul 7 pagi ni
sekali pukul 6.30am, abah talipon,


"eju lupa ke hari jadi mak harini? kenapa tak wish pukul 12?"


oops. =.= selalunye saya hantar sms pukul 12 tengah malam, tapi kalini saya taknak buat
sebab dulu mak saya pernah cakap, "mak tengah tido pisat2 tengok mesej kat talipon".
so sebab tu la saya nak wish lepas mak dah bangun T.T


pastu bila abah pas talipon dekat mak, mak cakap malam semalam mak tak dapat tido.
mesti mak tengah tunggu text saya. huwaaaaaaaa T.T rasa guilty gileee skang ni.
ok2 lain kali kacau je mak tido pukul 12 tengah malam! heee. sayang mak =')


nak post kad ni kat rumah. rasenye mak suka x? =S


rindu lah nak surprise mak macam masa saya cuti spm dulu [link]
seriously, rindu sangat nak sambut birthday mak. aih, sayu pulak ='(
hadiah belum beli. tengah fikir2 nak beli apa. tudung? baju? hm..

fanaa

saya ingat lagi masa anugerah bollywood diadakan kat arena of stars genting highland.
masa tu zaman 'khabi khushi khabi gham' (K3G). semua orang malaysia terkejut sebab K3G
tak menang anugerah, tapi 'fanaa' yg menang. sume x tau kewujudan crite tu.


so sejak tu barulah orang mula tengok crite fanaa.


& sememangnya faana layak menang anugerah. harini kali keempat saya tengok crite ni kat
panggung sabtu TV3, still nangis setitis dua. tapi kaver2 sikit sebab tipah ada. kehkeh3.


belum tengok? rugi2.
jangan tengok half way. another half towards the ending baru best.





"tere dil mein meri saanson ko panaah miljaaye
tere ishq mein meri jaan fanaa ho jaaye "

sukaaaa amir khan =')

tum bilkul nehi samja

dekho na, dekho. kese sundar hai mere shahid kapoor.
uski ladka mera hai. tum ladki nehi dekho hai mera ladka.


koi nehi samja kese mera dil lagata hai na?
me pyaar ke uska. me yaha hu dekhto zara uska, bilkul! bilkul! =)
awwh. hindustani movies are like fairytales to me =')
____________________________________


been listening to hindustani songs since exams started.
bagi saya lagu2 hindustan ni best sebab suara lelaki dia 'manly'.
& masih mengekalkan ciri-ciri timur. dengan bunyi gendang, dengan sayu2 suara. awwh.
kalau search maksud lirik2 lagu, lagu2 hindustan ni sangat poetic, & maksud mendalam.
unlike lagu2 modern skarang yang lirik punyelah simple macam lagu 'friday'.


oh friday ni saya ada exam lebih-jauh matematik tulen (further pure mathematics)
saya kena dapat A. dah nak jadi gile dah ni (*.*)
gatal

tapak kaki saya ni terasa gatal-gatal la. nape eh?


ha!


adakah ini bermaksud.. saya akan jalan jauh, merantau ke negara orang? =DD


atau.


tapak kaki saya kena jangkitan kuman sebab tadi gi sidai baju tak pakai selipar?
ok, jom letak minyak kapak bagi mati kuman2 tu =.=



moral of the story: ada penjelasan saintifik disebalik superstitions. =)
(tapi kalau saya merantau one day, it must be sheer coincidence. & i want that coincidence to happen =DD)


siapa sangka kalau tiba-tiba datang buaya besar menyerang,
atau maybe tsunami menenggelamkan pakcik yang sedang berkayak ni?


'life is not predictable'.


dua tahun lepas saya tak pernah predict akan masuk kyuem.
tiga tahun lepas, saya imagine diri saya kat intec, doing a levels, tajaan jpa, course architecture.
well, plan saya bertukar 180 degrees. dan saya sendiri yang decide untuk tukar plan.


hari ini, saya selalu bayangkan diri saya kat imperial.
sebelum tidur, saya berangan. hari2 saya tengok gambar imperial.
dan tiba-tiba saya terfikir, "macam mana kalau.... tak jd kenyataan?"
(which of course, minta dijauhkan, sebab kalini saya serius takkan tukar plan kalau dpt)


tapi.. life is unpredictable kan?
expect the best, but be prepared for the worst. =)


physics paper 4

sebenarnya, saya da janji kat diri sendiri utk blog pasal semua papers yg sy amek for A lebel.
almaklumla, dah dapat anak cucu nanti, senang, bagi je link blog, suruh diorang baca.


ha. semalam. 1st paper saya. physics paper 4.
komen? hmph. tak berada di tahap selesa.
ada yg boleh jawab, ada yg takreti jawab tapi pakai tembak je jawab,
so kesimpulannya, semuanya berjawab, tapi tak sure betul ke salah ke.


so skarang ni. tawakkal jek.
harap2 pemeriksa tu lembut hati bersifat keibuan dan pemurah markah.


on a random note, tak rasa ke exam-based system ni macam agak unfair sometimes?
sebab kite penat2 belajaq dua tahun, sekali exam 2 jam je menentukan future kita.
soalan yg keluar pulak soalan-soalan yg kita hengat-tak hengat. macam tidoq-tidoq ayam camtu.
(asal loghat kedah pulak den ni? byk sgt repeat video mathluthfi punye pasal =.=)


semua ni hafal bagai nak rak, tapi satu soalan pon x keluar



contohnya, soalan pasal MRI (magnetic resonance imaging). tiga hari lepas saya boleh sebut dengan lancar satu-persatu points sampai full 8 marks. perfect dan solid. sekali semalam? yg boleh recall cuma half daripada yg dihafal. kesimpulannya, u have to recall every single thing, one day before the exam. =S


meja yg penuh dengan kata2 motivasi nak paksa diri yg pemalas ni belajaq



masih belum boleh berputus asa! 3 papers lagi harusss buat sehabis baik.
tapi kalau x dpt jawab, maybe bukan rezeki saya. ya Allah, semoga rezeki saya di UK ='(


aku ke yg salah?
aku ke yg salah? aku ganas ke?
nak kata ganas, aku rasa aku ni lemah lembut sopan santun orangnye. =.='


tapi nak buat mcm mana. semua benda kat dunia ni hak milik Allah.
dan Allah dah tarik balik kesenangan barang2 elektronik kepunyaan aku. =')
jadi x hairanla se-careful mana pun aku guna, barang2 ni rosak jugakk. hmph.




bye-bye sony ericsson. u're cute, but we're not meant to be together.
(harap2 warranty card belum hilang.belum sampai setahun gune benda alah ni =.=")


so dekat ky ni, dah approximately 5 barang elektronik rosak.

1- kenwood iron
2- samsung charger
3- samsung phone
4- canon digital ixus angah
5- sony ericsson phone.


='))
__________________________________


btw, doakan aku A level exams.
tlg maafkan semua salah silap aku ya..
paper aku start hari rabu ni,.11 may, 20 may, 23 may, & 2 june.
semoga aku tak ter-distracted sangat dengan semua dugaan luaran ini. =)

mama i love u
"who used to hold you
And clean you and clothes you

Who used to feed you?

And always be with you

When you were sick

Stay up all night
Holding you tight
That's right no other

Your mother, My mother"



kalau eju sakit, tiada orang lain yang risau serisau emak.
emak jaga eju, bawak eju pegi klinik, sentiasa ada disisi eju.
tapi bila mak sakit, eju terpaksa tinggalkan mak dan balik kyuem ='(



"who used to hear you
Before you could talk?

Who used to hold you

Before you could walk?

And when you fell who picked you up

Clean your cut

No one but your mother

My mother"



mungkin eju dah lupa sewaktu eju kecik. bila bahasa eju hanya bunyi suara dan mimik muka.
tapi selepas ada anak-anak buah, dan tengok mak jaga cucu2nya, baru faham betapa susah.
betapa lenguh tangan bila dukung lama2, betapa penat bila beri perhatian sepenuh masa.
tapi bila eju balik rumah, separuh masa eju kat rumah menghadap homework & komputer ='(


"who used to hug you
And buy you new clothes

Comb your hair

And blow your nose

And when you cry

Who wiped your tears?

Knows your fears
Who really cares?
My mother"


bila emak dapat duit, emak selalu bagi kat anak-anak. walau emak berhak keatas duit tu atas penat lelah mak. dulu, emak & abah berniaga kat pasar, angkat barang2 berat seberat 20kg ulang-alik, berdiri 12 jam melayan customers, berpeluh tanpa kipas & aircond spt dalam pejabat, sepanjang tahun, tak cuti pun sabtu ahad melainkan hari raya.

sedangkan eju, nak study perah otak sikit pun malas2.
sedangkan inilah caranya utk balas penat lelah mak abah sekolahkan eju sejak kecik ='(

___________________________


mama, i love you.
thanx for everything.
eju janji akan jadi orang yg berguna sebagaimana emak mengajar dan membentuk eju dr kecik
semoga emak panjang umur, dikurniakan kesihatan, dan ceria sepanjang masa. amin =')


teachers' birthday

tadi ada sambutan teachers' birthday. i mean, teachers' day+college's birthday.
seperti biasa, tarikan utama adalah free dominos pizza, & secret recipe cake;
juga teachers' performance. comel betul tengok cikgu menari2 atas stage. =DD
dah la lagu2 yg diorang perform 'we don't need no education' & 'schools out'. cool kan diorg. hahah


while waiting..


sempat ber-kiasu kejap dgn si jijah



the pizza




the cake



last year saya potong cake untuk semua orang. saya punyelah terliur tengok kek
yang dipotong untuk orang lain. tapi tahan jela, sebab dah save sepotong utk diri sendiri.
saya letak atas meja. skali ada orang ambik. last2 saya tak makan pun kek. kempunan gile T.T

so, this year, saya balas dendam.
saya gi potong awal2 dua slices untuk diri sendiri. hihi




happy 13th birthday, kyuem! and happy teachers' day!
thanx for the makanan free =DD

last time naik train

jumaat lepas, hari terakhir saya naik train dari tanjung malim ke seremban.
kenapa hari terakhir? sebab pasni dah takpayah balik naik train dah sebab dah habis belajar A levels =D
cepat betul masa berlalu. seingat saya, macam baru smalam saya type entri ni-[link]


jom ikuti pengembaraan kami pada hari istimewa ini~


singgah post office tanjung malim.
menunggu giliran selama lebih kurang 20 minit.


jalan sejauh lebih kurang 1 km ke stesen tjg malim. terlepas train awal.
kena tunggu train pukul 3.55pm. bergambar dengan muka berkilat.



comel kan diorang ni?


konon-konon candid



train sampai 5 minit awal. ada sorang budak lelaki mengorat saya dan tipah.
yes, kami terpikat! dia sangattt comel dan tembamm. kitorang main cak-cak =)



itulah dia. pengalaman terakhir naik train tjg malim-seremban.
tak tau lah camne saya nak survive another 1.5 months tanpa balik rumah.
skarang pun dah homesick ='( mak, abah, jaga diri baik2. i love u mom and dad

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino