My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

aliens invaded kyuem
"eeeeuuuuukkkkkkk eeeeeeuuuuukkkk"

terdengar bunyi yg sangat ganjil dan kuat sewaktu aku sedang basuh baju. lantai terasa
bergegar. air di dalam baldi terpercik-percik keluar. perlahan-lahan aku melangkah ke
common room dan menyelak langsir.


seperti yg sudah dijangka. U.F.O!



rupanya jangkaan NASA tepat. tahun lepas, NASA menghubungi Mr. Neil Sutherland,
headmaster KYUEM untuk segera mengeluarkan seramai mungkin daripada KYUEM pada
15-17 April kerana akan didatangi aliens. management berpakat untuk merahsiakan berita ini
dan melangsungkan housetrip pada tarikh tersebut. aku, syakira, dan laili, sebagai secret agents
KY, diberi kepercayaan untuk tinggal di KYUEM dan menyelamatkan kolej ini.


ya, inilah masanya.
segera kami memakai jaket hitam, menyarung boots tinggi dan sunglasses dan senapang laser
disangkut di bahu ala-ala cerita secret agents hollywood. aku membaling walkie talkie kepada
syakira dan laili dan disambut kemas oleh mereka. kami mula berpecah.


U.F.O mula mendarat di padang bola sepak. kira-kira 50 hingga 100 aliens hijau
keluar dari UFO. terus aku menembak mereka dgn senapang laser.


"pang! pang! pang!" "booom! booom!" suasana mula bingit.
syakira melambaikan tangan memberi isyarat supaya aku masuk ke dalam UFO sementara
syakira dan laili berbalas tembakan dengan aliens. tertunduk-tunduk aku berlari ke arah pintu
masuk UFO dan memecah masuk.


terdengar suara Ummu & Janice menjerit-jerit di dalam UFO.
sedang aku berlari ke arah suara tersebut, aku bertembung dengan ketua alien.


aku kaku seketika, menarik nafas. muzik 'rock' mula berkumandang.
dengan penuh gaya, aku melompat ke dinding, dan berpusing kakiku menendang kepalanya
seperti dalam cerita charlie's angels. kepalanya tercabut dan berlumuran darah hijau.


aliens yang lain menyerah diri kerana ketua mereka berjaya ditewaskan.
mereka melepaskan kembali Ummu dan Janice dan berjanji tidak akan datang ke ky lagi.


*cerita ini hanyalah imaginasi penulis*


4 pendapat bernas:

bagus penceritaan anda... saya boleh memahami keadaan dan situasi tersebut...

bile lagi nak kuar novel? haha

eju

terima kasih..terima kasih..=)

sy pernah tulis dalam 3-4 novel tapi semua terbantut sebab malas nak habiskan cerita.haha

HAHAHAHA!

laa, mr neil suruh kita stay kat ky jugak sebenarnya hari tu eju, tapi, ain malas laa.

so, alien tu dah gerak balik planet dorang laa eh.ah nyesal lak.

eju

yelatu malas. ain takut nak menyelamatkan ky dari serangan alien kan.. ngaku jela..=pp

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino