My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

3 jenis komen
(ok fine, ni last time sy blog before trial exams. hopefully. haha)


terdapat 3 jenis komen daripada anonymous(anon) atau yg menggunakan
nama samaran (iaitu identiti diri disembunyikan) di blog, iaitu:

1. komen membina
2. membina dalam masa yg sama berbaur perlian
3. memerli semata-mata
_______________________________________________

setelah 2 tahun lebih berkecimpung di dalam karier blogger ini.. iaitu lebih daripada tempoh sy ambik A level, pelbagai reaksi yg sy lihat dari komen2 para anon/nicknames. bukan fokus pd blog sy saja, blog kawan2 juga. seperti blog haq, ain ishak, erna, arc, dan lain-lain.


1. komen membina

bagi para anon yg beri komen membina, ia dapat dikenal pasti dengan mudah.
cara penulisannya. ditulis secara bersahaja, macam borak sesama kwn. walau lain pendapat, cara dia tulis mmg boleh kesan yg dia cuma nak share pendapat dan tiada niat selain itu. =)


sy rasa kawan saya ini jenis pertama =)


dulu ada seseorang guna nama 'chiepong', rajin gak ah komen. skrg da xde.
sampai skarang sy x tau sape. yg penting, komen2 dia buat sy senang utk membaca =)


2. membina dalam masa yg sama berbaur perlian

yg ini, sy x layak untuk mempersoalkan niat pengomen itu.
mungkin dia cuma mahu membina, cuma ayat yg digunakan mungkin lebih serius dan sensitif. walaubagaimanapun, tpulang kpd blogger utk cara penerimaannya. yg pasti, cuba elakkan nombor 2 ni lah ye. =) caranya? cara penulisan. biar dgn cara lebih mudah diterima, lebih enak dibaca, dan lebihkan guna smiley senyum '=)'. contoh:

"sori kalau awk terasa, tp sy cuma concern pasal awak..
macam ni,.. (masukkan ayat).. hihi =)"

sejukkk mata memandang dan sejukkk hati untuk menerima =)


3. memerli semata-mata

nasib baik sy belum jumpa kategori ni dalam blog sy. Alhamdulillah.. =)
tapi kesian juga sy lihat di blog kawan2 yg pernah kena.
seperti nak menunjukkan bahawa 'kau salah, aku betul' kepada blogger tersebut.
dan selalunya blogger akan mengemukakan slogan 'blog aku, sukahati akulah'
atau slogan, 'kalau taksuka, tekan butang pangkah'

______________________________________

hanya berdasarkan pemerhatian..=)
peace~

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino