My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

sayonara bloggy

saya rasa sudah tiba masanya untuk blog ini menghembuskan nafas terakhir..
dek kerana, saya rasa, saya perlu mengorbankan salah satu benda lagha di internet ni.


terfikir nak deactivate facebook macam yg dilakukan kebanyakan kawan2 sy,
tapi, sy x sanggup pulak sebab saya suka stalk orang utk mengetahui perkembangan semasa.
almaklumlah sy ni selalu ketinggalan bab2 hot goss.. =p
lgpun, nak keep in touch dgn kawan2 skolah lama..
oleh itu, sy buat keputusan untuk delete blog ni.. =)


jadi, kepada readers-kalau ada, (yang saya tau, anati hari2 bukak blog ni)..=p
sy masih lagi ade blog 'karya eju', yang lebih saya sayang. jadi klu nak follow, follow la yg itu..
dan kepada yg dah link blog ni kat blog mereka, boleh lah remove.. =)


blog ini akan mati esok petang,
jumaat, 24 Mac 2011, 3.00pm


3 jenis komen
(ok fine, ni last time sy blog before trial exams. hopefully. haha)


terdapat 3 jenis komen daripada anonymous(anon) atau yg menggunakan
nama samaran (iaitu identiti diri disembunyikan) di blog, iaitu:

1. komen membina
2. membina dalam masa yg sama berbaur perlian
3. memerli semata-mata
_______________________________________________

setelah 2 tahun lebih berkecimpung di dalam karier blogger ini.. iaitu lebih daripada tempoh sy ambik A level, pelbagai reaksi yg sy lihat dari komen2 para anon/nicknames. bukan fokus pd blog sy saja, blog kawan2 juga. seperti blog haq, ain ishak, erna, arc, dan lain-lain.


1. komen membina

bagi para anon yg beri komen membina, ia dapat dikenal pasti dengan mudah.
cara penulisannya. ditulis secara bersahaja, macam borak sesama kwn. walau lain pendapat, cara dia tulis mmg boleh kesan yg dia cuma nak share pendapat dan tiada niat selain itu. =)


sy rasa kawan saya ini jenis pertama =)


dulu ada seseorang guna nama 'chiepong', rajin gak ah komen. skrg da xde.
sampai skarang sy x tau sape. yg penting, komen2 dia buat sy senang utk membaca =)


2. membina dalam masa yg sama berbaur perlian

yg ini, sy x layak untuk mempersoalkan niat pengomen itu.
mungkin dia cuma mahu membina, cuma ayat yg digunakan mungkin lebih serius dan sensitif. walaubagaimanapun, tpulang kpd blogger utk cara penerimaannya. yg pasti, cuba elakkan nombor 2 ni lah ye. =) caranya? cara penulisan. biar dgn cara lebih mudah diterima, lebih enak dibaca, dan lebihkan guna smiley senyum '=)'. contoh:

"sori kalau awk terasa, tp sy cuma concern pasal awak..
macam ni,.. (masukkan ayat).. hihi =)"

sejukkk mata memandang dan sejukkk hati untuk menerima =)


3. memerli semata-mata

nasib baik sy belum jumpa kategori ni dalam blog sy. Alhamdulillah.. =)
tapi kesian juga sy lihat di blog kawan2 yg pernah kena.
seperti nak menunjukkan bahawa 'kau salah, aku betul' kepada blogger tersebut.
dan selalunya blogger akan mengemukakan slogan 'blog aku, sukahati akulah'
atau slogan, 'kalau taksuka, tekan butang pangkah'

______________________________________

hanya berdasarkan pemerhatian..=)
peace~


esok hari rabu.
esok lesen P saya mati.
esok ada warwick offer holder gathering.
esok menandakan 5 hari lagi je cuti.
esokkk


saya kena fokus handred persen untuk menyiapkan homework!


till then,
byebye deary bloggy.=D
trial exams kurang dua minggu je lagi, beb.. wake up! =.='

jawapan terbaik
saya rasa jawapan yg diberikan sheikh ini sangat menarik:


"A British man came to Sheikh and asked: Why is it not permissible in Islam for
women to shake hands with a man? The Sheikh said: Can you shake hands with
Queen Elizabeth? British man said: Of course not, there are only certain people
who can shake hands with Queen Elizabeth. Sheikh replied: our women are queens
and queens do not shake hands with strange men."

-diambil dari status facebook kawan sy, iydzureen


tapi kalau soalan ni ditanya pada perempuan, macam mana?
takkan nak jawab jawapan yg sama. x)

__________________________________________

dulu, masa saya di sekolah, ada sekumpulan budak australia datang melawat sekolah kami. masa lunch, kami makan bersama. seorang student australia bertanya kpd kami,


"why do you wear that cloth around your head?"


lebih kurang mcm tu la ayat dia. kami saling pandang memandang.
menanti salah seorg utk tolong jawab. lalu saya pun jawab,


"it's an obligation in Islam. we, girls, have to cover our hair"
kawan2 saya pun mengiyakan. lelaki tu hanya angguk2
dengan raut wajah yg macam pelik.


dan pada waktu itu, saya tau itu bukanlah jawapan terbaik utk diberikan.
_________________________________________


pernah beberapa kali juga sy diajukan dengan soalan sama. kenapa kena pakai tudung? saya search jawapan2 yg baik untuk diberikan, dari video2 ceramah dsb, tetapi masih belum jumpa jawapan terbaik dan yang paling ringkas serta menarik kpd yang bertanya.

orang kata jawapan yg terbaik adalah dari hati,
kenapa saya pakai tudung?
jawapan2 saya akan menjurus kpd pandangan dari sudut Islam.


sama saja kalau sy bertanya kepada mereka,
kenapa pakai short skirt sampai nampak peha?
jawapan mereka akan menjurus kpd pandangan dari sudut kelompok mereka bukan?
dan of course, saya tidak akan tertarik untuk pakai short skirt.


masih mencari jawapan terbaik.=S

pilih kasih

nasihat buat semua ibu bapa juga yg akan menjadi ibu bapa suatu hari nanti =)

_________________________________

PILIH KASIH YANG KETARA

Pilih kasih yang ketara boleh dikenalpasti dengan mudah.

Contoh: Ibu bapa yang sangat mementingkan pencapaian akademik mungkin terdorong untuk mengamalkan pilih kasih yang ketara. Katalah anda mempunyai seorang anak yang sering memperoleh pencapaian cemerlang. Anda gemar memuji anak ini, sering membelikannya hadiah, manakala bakat dan pencapaian anak-anak yang lain tidak dipedulikan.


PILIH KASIH YANG TIDAK KETARA

Pilih kasih yang tidak ketara lebih sukar untuk dikesan. Kanak-kanak mempunyai daya pemerhatian yang tajam. Nada suara, bahasa dan gerak-geri anda ketika berinteraksi dengan seseorang anak itu akan diperhatikan oleh anak-anak yang lain. Kenapa Ayah lebih mesra bila bercakap dengan adik? Kenapa Mak kelihatan lebih ceria bila kakak balik dari sekolah? Bagi kanak-kanak, cara anda memperlakukan mereka adalah satu ukuran sejauh mana anda menyayangi mereka.


SIKAP ADIL

Satu cara anak-anak menentukan sama ada ibu bapa mereka bersikap adil adalah ketika mereka berkelahi. Apabila anak-anak berkelahi, elakkan daripada menyebelah mana-mana pihak serta-merta, walaupun pada ketika itu anda merasakan seorang anak memang bersalah dan anda patut menegurnya.


BEBERAPA LANGKAH UNTUK MELERAIKAN PERBALAHAN

Perkelahian boleh menyebabkan bebanan emosi.
Apa yang anda boleh lakukan ialah dengan memainkan peranan sebagai orang tengah. Elakkan daripada menyebelahi mana-mana pihak.

Satu cara yang boleh anda cuba ialah dengan berbincang dengan kedua belah pihak secara berasingan terlebih dahulu. Ini membolehkan masing-masing meluahkan perasaan dalam situasi terkawal dan lebih tenang. Anda juga boleh mendengar luahan hati mereka tanpa sebarang gangguan daripada ahli keluarga lain.

Ketika berbincang, dengarlah apa yang diperkatakan oleh anak anda tanpa memberi sebarang komen terlebih dahulu. Elakkan daripada mencelah atau membuat interpretasi anda sendiri yang tidak perlu. Biarkan anak anda luahkan perasaannya sepuas-puasnya.


sumber: [link]

isu hangat belaka
skang ni tengah hangat beberapa isu di fesbuk. keje saya meng-tangkai je.
bak kata omputih, 'stalking'. tapi, teringin jugak saya nak mengulas serba sedikit.

_________________________________________

isu 1: kes buli 20 orang kena buang skolah

saya rasa bagus skolah tu amek tindakan tegas. tapi.. bila fikir balik, there must be a few budak baik yang secara kebetulan ter-join situasi buli tersebut atas ajakan kawan. skali tibe2 kantoi plak. kesian kan? yang tukang ketua buli tu memang patot ahh kena buang.


isu 2: hikayat merong mahawangsa

ini saya betul2 x puas hati. sebab saya belum tengok. dan saya rasa xkan tengok dalam masa terdekat ni sbb saya bukan jenis kuar g tengok wayang. somebody plis buat cetak rompak plis?



isu 3: rosmah chubby komen pasal tsunami

no komen. klu saya jadi bini pm, saya nyorok blakang husband jek.


isu 4: pesyen shawl

okey, yg ini saya sedikit teruja sebab kekawan ajak pakai shawl masa hijab week. saya ni dah la jenis tudung 3 segi takmau ikut trend. ngahaha. besok jugak sy gi shopping, yawww =D

cilok ini gambar dari google. maaf ye tuan punya gambar, tapi sy suka style anda =D

regrets

menyesal sebab keputusan yg dah dibuat?
ye, kadang-kadang sy terfikir, kalaulah sy lalu lorong yang lagi satu.
tapi, lorong yang saya pilih inilah yg membentuk siapa diri saya sekarang.


setiap perkara pasti ada hikmah.


tapi kalau ada dua atau lebih pilihan,
kenapa tak pilih untuk cuba yg lebih sukar?
kenapa tidak ambik risiko?


biarlah menangis, biarlah sakit hati, biarlah pressure
pengalaman ini lah yg mengajar kita erti sabar, erti kebal, erti berdikari.
seperti saya yang mengenal backstabber seawal darjah lima.
dan sejak tu, sy belajar untuk menerima cabaran seumpamanya.


dan untuk memahami kesukaran,
saya nak jadi perempuan yang sukakan cabaran =)


why not take a crazy chance? -hillary duff



ayam dua ekor
tadi saya tengok gambar2 junior ber-'sports day' di kys.
dan sy rasa rindu sangat dekat 2 ekor ayam ni =)


sepatutnye 2 ekor phoenix tapi nampak macam ayam


pengalaman ni paling mencabar dan berharga daripada projek2 yg sy pnah buat sebab ada orang sabotaj curahkan cat & koyak2 badan phoenix ni beberapa hari sebelum hari pertandingan. lepas kena sabotaj, semua orang macam ckp.. "sabar ye, eju..kita touch up balik". awww masih terharu smpai skang. hee =)


once a razakian, always a razakian. =)



saya ada adopt anak angkat baru.
nak tau sape? jeng jeng jeng..


DOMO-KUN!! =DD



comel kan dia??
masa sy bawak balik domo-kun, si kecik domo-chan hepi betul. diorang serasi.
gembira dapat satukan diorang =)


kepada shing2 & samy the teddies, cing2 the dolphin, dan paris the cat,
yang terpaksa ditinggalkan kat ky sebab kereta x cukup seats,
korang dah ada family member baru! tak sabar nak satukan korang, one big happy family =)
jangan lupa pesan eju, jangan bukak pintu kalau orang tak kenal datang tau. take care guys
xoxo

hidup dan mati

tadi saya sorang2 dalam chalet, tengah bersiap untuk ke kelas.
sambil tu, saya pasang lagu kat laptop. kluar lagu 'if today was your last day' by nickleback


♫ If today was your last day and tomorrow was too late
Could you say goodbye to yesterday?
Would you live each moment like your last
Leave old pictures in the past?
Donate every dime you had, if today was your last day?
What if, what if, if today was your last day? ♪


tiba-tiba, saya dengar bunyi kuat. x sure kapal terbang/helikopter.
saya terfikir, what if kapal terbang terhempas betul2 atas chalet sy?



mati itu datang secara tiba2.
macam earthquake & tsunami kat japan.
bila-bila masa je Allah boleh tarik nyawa kita.


kita semua bakal jenazah.
matlamat hidup adalah mati.
dimanakah pengakhiran sy di akhirat nanti?


pada pembaca, maafkan segala salah silap saya. ='(

freaking out!

eju, bangun! bangun! it's time to get freaked out!



2 weeks holiday. trial exams coming up. <70 days before A level exam
tengok lah paper physics dan further math sebelah menyebelah. alahai.


null hypothesis: i will concentrate more on my further math than my physics
alternative hypothesis: i will give an equal attention to both subjects


nak guna chi-squared test ke, t-test ke, z-test? yg penting, saya nak reject null hypothesis.
sy rasa physics saya sangattt terabai ='( mungkin sebab further banyak sgt bagi
question papers yg susah2 sampai saya lebih cuak on further.


saya harap usaha saya akan oscillate sampai capai natural frequency and undergo resonance. saya perlukan tahap usaha maksimum. takmau undergo damping masa cuti T.T


tapi kalau daya usaha dan results tak equilibrium, nak resolve mcm mana?


eju ± (imperial college london) i


nampaknya setakat imaginary sajelah. manusia hanya mampu merancang..Tuhan tentukan.
yg penting sekarang, usaha di tahap infinity.=) doakan saya! plis!
OMG jeles gileee dgn along dapat gi tengok balairung seri


kalau sy ikut, sy gi tengok kerawang balairung je sambil hafal bentuk2 dia. cantiknyaaaa =')
i have a thing about kerawang. sampai pernah one time ni sy mimpi ada hot guy bagi hadiah pinggan berkerawang. kihkih.. nerd gilee x) rasanya sejak preparation for bangsawan dulu kot.


oh, btw, tahniah along utk pingat.. ape eh nama pingat tu? tlupe.. hihi
u're awesome, bro! =)


laif
merindui saat ini.


tapi, of course taknak ulang balik. sy kini selesa meluangkan masa spenuhnya dalam bilik.
biarla juniors pula yg merasai pengalaman memalukan menari depan org ramai.(bg yg pemalu mcm sy. hahah).


semalam ada tiga budak mesej sy "eju kat mana? nak jumpa boleh?"
sy reply. "i am ALWAYS at my chalet"


kihkih. rasa macam takde life. x)
tapi, bak kata intan, "pergi la KFC, nanti dapat sos life"
=.="


btw, 'life',sy rasa depends kepada individu tersebut apa maksud 'life' bagi dia.
study all the time dalam bilik tak bermaksud xde life kan? bagi sy, as long as u have friends around u, and people who will always be there for u, & mereka slalu buat anda gembira, then, itu maksudnya anda ada life. =)


btw, goodluck kpd spideys utk dikir barat & dance competition 2011 =)
the stage is yours!


jejak imperial siri 2
a true confession of a student of imperial college london. an eye-opening view.
do read if you're an offer holder of imperial college london or wanting to apply there.


perbualan ini adalah dgn Ahmad Bukan Nama Sebenar (BNS)



macam suatu cabaran yg hebat dari segi mental & fizikal x)

jejak imperial

saya tak tau apa mimpi saya arini, tiba2 saya stalk imperial students kat facebook, from one profile to another. mula2, rasa excited gaban tengok gambar2 diorang, rasa macam nak jadi one of them. nakk sgt rasa how it feels like being an imperial student.


pastu sy rasa bersemangat gile.
mata saya dah rasa panas dan berair2 sebab dibakar semangat membara.


lalu sy tengok mutual friends diorang dengan sy ada ramai, dlm berbelas2 orang.
sy pun terfikir la nak add diorang ni. pasal nak dapat aura. one day i might meet them, insyaAllah. lagipun, orang2 kat facebook ni main add je kan? pasal sy tengok ramai je org yg sy tak kenal add sy.


lalu saya pun tekan butang add.


x sangka lah pulak sampai za'ba, senior kys sy yg currently in imperial message sy.
pastu ada kawan KMB sy tulis kat wall sebab terkejut tgk sy add dua senior KMB dia.
aiseh malunyeeeee =.=" mana nak letak muka ni. x pasal2 sy jadi perbualan beberapa budak imperial. mesti diorg fikir 'apesal budak ni eksaited sgt gi add kite?'. haha. malu2


pengajaran: jangan jadi terlampau random di facebook.

keith
keith: you.. are amazing.. and i...

natalie: what? .. what?

keith: i just want a little more time.. so all in all.., i'd say
you're the worst thing that has ever happened to me.


kamu dah tengok cerita 'keith'? sedih tau citer ni.
tadi saya tengok kali ketiga dengan musyi dan intan.
dan saya semakin sukaaaaaaa dekat jesse mccartney! i think i'm in love!
dia comel sangaaaat. not like justin bieber's comel, but like leonardo dicaprio's comel.


why does he have to be so cute?! demm! ="D

feelings fade, people change

bile tengok kalendar kat dinding, sy sedar sy ada lebih kurang 2 bulan je kat kyuem ni lepas tolak waktu exam dan kiasu. 2 bulan untuk bersama kawan2.


sy terfikir waktu sy skola rendah dan menengah.
masa saat2 akhir nak berpisah tu pun rasa sedih gak.
tapi.. adakah sy masih sedih sekarang? tak.. prasaan tu dah tukar jadi rindu je.
itupun kadang2, bila2 teringat.


feelings fade, people change. termasuklah saya sendiri.


hidup ni macam satu ilusi.
kenangan2 lepas, rasa macam satu mimpi.
padahal itulah apa yg kita dah lalui.


dan kalau esok, bila saya bangun tidur, keadaan dah berubah (tidak lagi kat ky)
mungkin saya akan rindu kehidupan kat sini. tapi.. saya tahu sy xkan dapat kembali.
hidup kat ky cuma jadi satu kenangan.


dan orang2 yang pernah muncul dalam hidup saya,
mungkin itulah penghabisannya, mungkin itu cuma separuh cerita. it depends.
kalau boleh, saya harap, 18 June bukan penghabisan cerita =)

isu seksi sekali
cantiknye =D


sy tau sy masih belum sempurna dr segi pemakaian,
tapi bagi yg seksi sekali dan berkali-kali ni, sampai bila pandang je, ternampak warna cokelat
(x kesah la coklat cair ke pekat) sy pun terasa nak sedekah seluar sy.


isu nih dulu memang hangat. kat belog, kat fesbuk,
tapi lama2 seksi da jadi selari dalam kehidupan seharian di kolejku ini. oh! nehi! nehi!


tapi kan, sebagai pompuan yg faham isi hati pompuan,
kalau pompuan yg menegur mereka, xkan jalan punye..

"oh puh-lis.. u're jealous cos i'm sexayyyh"
high probability diorg akan pikir camni.


tapi kalau lelaki yg tegur, highest probability yg mereka akan terasa 'zap'
tersentap di hati mereka. duhh... konfem punye. try this:


kalau lelaki yg kurang rupawan, buat muka gatal, bawak satu geng ramai2 kacau dia

"hey bebeh. looking hot & sexay. not wearing pants? muah"
muncung2 mulut sket. mesti pmpuan tu geli & rasa malu sebab kena kacau macam tu.
kalau sy yg kena camtu sebab pakai skirt pendek, sumpah pasni xnak pakai lg.


kalau lelaki yg hensem mensem, buat muka macho.

"hey, girl. u look prettier if u cover your legs. seriously"
mesti terngiang2 kat telinga sampai malam dan besok hari.


personal experience sy, dulu ada lelaki tegur sy pakai lengan pendek tapi x pakai handsocks. sejak tu, sy rasa terkesan kat hati. haram lelaki tu kawan sy je pun. and sy pernah terbaca status sorang junior ni, direply oleh sorg senior lelaki ni. and the day after, sy nampak junior ni ke surau. positive sign, isn't it? =)


love songs
sebagai seorang nerd yg banyak menghabiskan masa di dlm bilik,
sy dengar lagu utk hilangkan bosan. tp bila dgr playlist yg sama ulang-ulang
pon bosan gak. berapa kali shuffle pon lagu-lagu sama je ulang balik.


lalu saya try dengar radio.
klu radio omputih, pening pala dengar lagu2 clubbing yg music kuat dan lirik x senonoh.
tapi ada satu radio omputih ni, dia mainkan love songs aje. dah la x banyak iklan, dj x kuat bebel.


RED FM late night love songs!
104.9 fm. sunday-friday, 10pm-1am
i like...! semua decent english songs yang sesuai untuk mood study =)
try lah. serius, best2 lagu dia. layan jiwang habis~

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino