My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

raksasa lipan

pada suatu pagi, saya nekad untuk mencuci tandas sbb bosan tinggal sorang2 kat chalet sebab chaletmates saya pergi ekspedisi DOE. melihat kuman2 dan bakteria yg berparti dan berseronok bergelumang dalam kekotoran, saya jadi bersemangat lantas terus mencapai berus.


sedang bertubi-tubi menyental dinding tandas, tiba-tiba,
keluar seekor raksasa lipan dari celah berus!


saya jadi kaget! tapi sy beranikan diri utk melawan. lalu dengan tulang empat kerat yg ada, saya berlari lintang pukang mengambil senjata kayu penyapu. raksasa itu mula menyerang dan saya terus pukul dengan sekuat hati!


"dush! dush! hiyah! hamek kau! ha! hamek!"


ganas kan saya? B-)

comel gaban
ohh emm geee bapak comel gileeee diorang ni...! =DDDDD


uzma-anak kedua along dan zaim-anak pertama angah


tadi saya bukak fesbuk, ada tagged photo dari angah.
lepas tengok gambar ni je, saya tergelak sorang2 macam orang gile.
oh rindu rindu rindunyeeee kat anak-anak buah saya.... =)


tolong setuju yang mereka ni sangat sangat comel.

="DDDD


syukur =)

bak kata kawan2 saya,
eju tersengih je arini. =D


ade rupe tak?


Alhamdulillah..


memang sy hepi,
tapi bila kawan2 saya pun tersengih-sengih sambil cakap,
"kitorang pun tumpang gembira untuk eju"
sampai diorang boleh terhenti buat soalan mechanics sebab asyik tersengih
sampai habis kelas, itu yg buat saya rasa extra happy & terharu =')


sy suka sangat classmates ielts sy.
musyi, intan, hanisah, shikin, ecah, dan tiga orang jejaka pingitan,
dgn mr murali yg agak sporting, saya rasa enjoy stiap kali kelas ielts.
everytime masuk kelas tu, ade je benda yg kelakar.


thanx semua =)


& special thanx to tipah sebab bagi tips untuk speaking test.
memang terbaik. tanpa tips tipah, mungkin saya kekal di band lama. =)


weee =) *masih tersengih*


masa saya form 1, saya terkejut tengok kawan2 yang berbahasa inggeris bila berbual.
saya malu utk dekat dgn diorang. sebab saya x fasih. tapi kami kawan sekelas.
lama2, diorang berborak dgn sy dalam bahasa melayu, & saya mula selesa.


antaranya, sara irina, ayne, deena, amanda, dan lain2.
kawan2 sy yang expert bahasa omputih =)


masa form 1 dulu, ayne tak fasih bahasa melayu. pelat, comel je. tapi skarang dia dah pro.
dia pulak encourage saya utk berbahasa inggeris. dia bagi saya pinjam novel english,
dia betulkan pronunciation saya, saya selesa kwn dgn dia.


jadi, saya sedar, kte boleh kawan dgn sesiapa je,
asalkan kte rasa selesa dgn org tu. =)


dan walaupun kte berkawan dlm sesebuah kelompok,
bukan bermaksud kte langsung xnak berkawan dgn kelompok yg lain.
cuma lumrah dalam berkawan, kte suka hangout dengan orang yg satu kepala.
asalkan kte selesa hidup bermasyarakat & tak berburuk sangka, boleh bertegur sapa,
tiada jurang pun yang wujud antara satu geng dan geng yang lain. =)


cuma jurang itu wujud bila orang mula berprasangka negatif.


random sangat

trial exam lagi sebulan. kena fokus lebih lagi.

tadi skip kelas petang. sekali-sekala rebel. pasni xnak buat lagi. rasa guilty sgt

bilik bersepah. ada epal empat hari lepas yg da lembik atas meja. pasni nak kemas.

kena jimat duit. laundry kena bayar rm300+, housetrip kena bayar rm80, baju misai yg order kat taemin kena bayar RM22, baju graduate kena bajet tinggi bagi stylo sket, kalau prom tukar jadi dinner biasa nak pergi so kena bayar rm100+

haih. pokai la cani. takleh gi mid valley next month.

tadi lunch makan nesvita 3 peket

masih rasa guilty sebab skip kelas tadi.

pasni nak gi tengok volleyball. moga labah-labah menang.

harini sgt random. saya tegur orang yg random kat facebook chat. skarang sy rasa malu.
dan ternyata org yg random itu tak reply fb chat sy. saya rasa malu berganda.


homework vector menimbun. malam ni kena stay up. sambil dgr lagu playlist yang sama berulang-ulang. bosan. bosan. takde life. tapi nak jadi nerd berjaya. wee~

monyet=moyang?
tadi saya keluar chalet jap. ternampak seekor monyet.
lalu kami berbalas pandangan. mata bertentang mata. selama seketika. o.o


pastu cepat2 saya lari ambik kamera, tengok2 dia da lari jauh.
nasib baik sempat zoom. hehe.. mungkin saya gayat sikit sbb ni first time sy nampak monyet bersiar-siar kat kawasan chalet saya. tapi dia sangat comel! =)



tetibe teringat kat teori evolusi charle's darwin, dari monyet boleh jadi manusia.
maybe charles darwin rasa monyet tu nenek moyang dia zaman dulu kala kut?
kalau saya percaya dgn teori dia, dah lama saya kejar monyet tu sambil memanggil,
"moyang! moyang! jangan lari!"


(agak lame di situ)


tapi kenapa mesti monyet?
kalau teori dia dari kucing jadi manusia mungkin boleh dipertimbangkan.
sebab manusia kan pandai catwalk. daripada monyet jalan tertonggeng-tonggeng.
tak feminine langsung kan.. ahah


oh, kesimpulannya,
manusia pertama adalah Nabi Adam A.S. =)
itulah yg sebenar-benarnya. tadaaa..


tadi saya pergi shopping makanan.
bukan pizza hut, bukan kenny rogers, bukan kfc, bukan secret recipe.


tapi makcikpasarmalam's recipe.
ooh, rambang mata! rasa nak beli je semua.
saya beli otak2, roti boom, cucur udang, kopok lekor, semua singgit sejenis.
dengan samurai pizza, perisa black pepper.


saya dah agak da yang saya takkan larat nak habiskan semua.
cacing-cacing dalam perut pun dah kenyang dah kena sumbat mcm2 makanan.
selebihnya jadi rezeki kawan2, dan kucing comel yg mengiau-ngiau kat luar chalet.


kesimpulannya,
saya rasa buncit.
dah tak macho dah takde six pack. =.="


p/s: bosan.

nak jugak!
firstly, tahniah diucapkan kepada:


Farid (batch 12)- Best in Malaysia for AS level computing
& Afroe (batch 11)- Best in Malaysia for A level economics



whoa.. gile ah. dua2 dari house sapphire. haha =p
kalau nak ditengokkan, farid ex-classmate FMP saya. afroe pulak schoolmate saya dulu & sama sponsor. & both of them are my housemates kat kyuem ni. jadi, x mustahil lah untuk sy ikut jejak langkah diorg kan? saya kan 'eju the nerd'! (yeah right)


Haizumawati- Best in Malaysia for A level Further Mathematics


dalam mimpi jelah, eju! x))
masa upsr pun saya study rajin2 sebab saya aim nak jadi top in malaysia.
tak dapat pun. haram baru belajar tambah tolak darab bahagi.
A level further math? rofl! hahahah x)


reach for the sky. and my sky, A for further math pun dah cukup bersyukur.
moga dimakbulkan.amin..=)



p/s: just found out the other top students:

faiz zulbadli- top in the WORLD for A level mathematics
azriff- top in the WORLD for AS level mathematics
soh- top in malaysia for AS level accounting

congratz lah kpd semua. awesome gile =)


apa dia fikir?

dalam dunia ni ade byk uncertainties.
uncertain pasal- bila kita mati, future kita cane, dapat anak brape, dpt suami hensem ke,
dapat fly gi uk ke, dapat duit hantaran berjuta ke, lepas kahwin jadi gemuk ke, etc etc etc.


asal byk pasal kahwin ni ^^"


btw, bila kita rasa uncertain, macam physics, kita akan assume.
assumption pasal uncertainties itu kadang2 tepat, kadang2 ada error.


saya suka dengar cerita kawan2. pasal uncertainties.
tapi uncertainties yg dibincangkan adalah pasal pihak opposite gender.
kenapa dia buat mcm ni? apa dia fikir pasal kte? dia pun rasa macam ni jugak ke?
dia pandang kite ke kte je yg perasan? dan bermacam soalan-soalan yg lain.


tapi uncertainties tu lah yg buat dunia ni interesting.
kalaulah kita faham dan tahu semua benda dalam hati orang, tak surprise lah kan =)


opposites attract

prophet's birthday

ada satu artikel dalam majalah solusi yg menarik perhatian sy.


pasal seorang pmpuan yang ditanya berkaitan hijab oleh kawan non-muslim nya.
dia x tahu mcm mana nak jawab, so dia tulis dalam blog, minta pandangan.
ramai muslim marah2 dan memerlinya kerana tak tahu nak jawab.
sebaliknya, kawan non-muslimnya layannya dgn begitu baik sekali.


itulah sebenarnya realiti kita.


saya kagum dgn peribadi Rasulullah s.a.w.
bila orang bertanya berkaitan agama, baginda jawab dengan baik skali.
bila berdakwah, baginda berdakwah secara berhemah.
baginda banyak bersabar walau terima banyak cacian,tidak sesekali mencaci kembali.
baginda mempamerkan keindahan Islam melalui peribadinya.


kita pulak, sering melenting bila kawan seIslam tidak mengikuti ajaran.
seperti tak menutup aurat, sambut Valentine's day, and so on.


realitinya, pernahkah kita cuba mendekati kawan2 itu, buat hatinya tersentuh dgn ayat2 hikmah dan mengajaknya dgn berhemah dan bersopan, supaya mereka nampak keindahan Islam itu dan reasons disebalik ajaran Islam itu?


perkara2 mudah seperti ini,
jangan anggap semua orang Islam dah tau.
spread the love, not hatred..=)


happy birthday, dear Rasulullah =')

dan sebenarnya

saya cuma ada masa kurang daripada 2 bulan lagi utk mock exam.
ramai kawan sy akan fly gi australia bulan ni. saya masih selak2 kalendar lagi.


saya cuba bayangkan diri saya di UK. tapi tak dapat bayangkan.
sebab saya tak penah gi overseas selain pangkor dan langkawi.
tapi.. adakah sy akan merasai sendiri bulan september nanti? ='(


manusia hanya mampu merancang, Tuhan menentukan.
macam speaking test. semuanya bergantung kpd nasib yg ditentukan oleh Allah samada kita dapat topik senang atau susah. sama jugak mcm further math. kalau kuar soalan vector susah gaban cane? ='((


tapi saya percaya,
kalau kita cuba sedaya upaya utk capai sesuatu, Tuhan akan buka jalan utk kita.
berjaya atau tidak, semua pasti ada hikmahnya.


tapi tak salah kan kalau berangan setinggi gunung everest? =)


bergambar di depan bangunan imperial. ehehee

embarrassment

'don't forget to knock the door before u enter, ok?'
said the ielts assistant at the registration table.


saya ada speaking test tadi. saya perlu tunggu kat luar bilik yg ditetapkan sampai the person before me keluar dari bilik, barulah saya boleh ketuk pintu dan masuk. nama orang sebelum saya tu hakim.


lalu saya pun berjalan kehulu kehilir menunggu giliran di luar room 2.1.
tiba-tiba seorang perempuan keluar. saya ingatkan perempuan tu memang bernama hakim.
saya tengok dia terus menuju ke girls' toilet. hmm cuak sgt sampai nak buang air agaknye.


lalu saya pun dengan konfidennya ketuk pintu room 2.1 dgn kuat sekali.
lalu saya buka pintu dengan penuh yakin.


'eh, kenapa ramai sangat orang kat dalam room ni?
takkan speaking test beramai-ramai?'


rupanya tersilap room =.="
kat room 2.1 tengah ada class juniors, semua pandang sy dengan muka terkejut.
adoi, malu gile nak mati! hahaha


lalu sy pun berlari balik ke registration table dan tanya dimana room saya.
rupanya room 2.10, bukan room 2.1
dalam matematik, 2.10=2.1 kan?


arkitek kyuem memang tak pandai menomborkan bilik agaknye. adeh=.="

i never speak english at home since my family members are pure malays and we're nothing like the 'orang putih celup's. hahah.. thus, my tongue can simply got twisted when i pronounce english words especially when i am nervous. the vocabularies in my head can also get easily vanished and i usually end up using a word that is ridiculously inappropriate with the sentence.


i have IELTS speaking test tomorrow..
and i will obviously feel anxious.
how am i gonna do my utmost best for tomorrow? =(


plus, what if i get a difficult topic for Task 2, like politics, history, or science-related topics?
at times like this, only then i realised that this is why reading newspapers everyday is essential. hahah. politics? blurgh. i usually skip that section. now, i can only pray for an easy topic like 'my beloved pet'. then, i can show my cat pencil case. lol.




wish me luck.


janda berhias
setahun sudah lamanya. cepat betul masa berlalu =)
ingat lagi last year tangan sy menggeletar pegang mikrofon, tp cuba bajet cool.
harini, sy tengok adik-adik pulak buat benda yg sama.


itulah house election.


jadi secara officialnya, sy kini jadi 'janda hc'. hahahah
term yang seseorang panggil saya & sy rasa kelakar =))


btw, kalau nak cerita semua satu entri ni, alamatnya sampai besok pun x habis.
yg penting, jadi housecapt bukan mudah. kena penuhi people's expectation.
dan kita x tahu samada kita penuhi atau x. sebab orang judge diri kita lain-lain.
so, basically, sy pun x tahu apa pandangan org pada diri sy.


dan saya yakin rose, pemegang jawatan baru, boleh lakukan yg lebih baik =)


yg pasti, benda yg akan paling saya ingat dan rindu pasal kyuem
lepas saya keluar nanti adalah sapphire =)selepas volleyball menentang topaz petang smlm =)

sembilan nafsu
gambar macam takde kaitan


perempuan ni dikatakan ade 9 nafsu 1 akal.
ramai yg kata nafsu banyak tu ke arah berbelanja dan shopping.
atau terjemahan lainnya, 9 nafsu 1 akal ini adalah ungkapan klasik utk 9 emosi, 1 rasional.


betul. saya mengaku sy banyak betul emosi.


sama gak dgn pompuan2 lain. banyak beremosi.
perkara-perkara kecik yg kadang2 mungkin takde kaitan sgt dgn dirinya pun, dia bleh risau sampai tak dapat tidur malam. pokok pangkalnya, memang asyik berfikir je pasal emosi. kadang2 tu, risau yg x bertempat.


dan selalunye, pompuan ni depan org nampak mcm okey je, takde emosi.
padahal, dalam hati dia, macam2 yg dia rasa. kawan2 rapat yg jadi tempat luahan prasaan je yg tau. atau zaman skrg ni, facebook, twitter, dan blog jadi zon luahan emosi.


saya pernah terbaca satu entri blog lelaki.
dia kata awek dia slalu menangis tanpa sebab. awek dia sndiri yg cakap.
tipulah! konfem ada sebab. selalunya pmpuan ni menangis untuk reasons kecik-kecik yang dikumpul-kumpul emosi, menjadi besar lalu menangis.


saya rasa berbelit-belit lah ayat yg sy tulis ni.=.="
yg penting, yes, we, girls, are emotional.. haha =)

kejutan

sebelum itu, minta sedekahkan Al-Fatihah buat arwah paklong saya yg
baru meninggal dunia rabu lepas. semoga roh beliau dicucuri rahmat..

________________________


minggu ini minggu yg sukar buat emak sy.
macam-macam masalah yg timbul. saya tahu emak sy cuba nampak okey depan anak-anak yg pulang bercuti raya cina. tapi saya tau mak saya sembunyikan kerisauan dia.


sebab seorang 'duri dalam daging' yang kuat menipu, berpura-pura baik depan orang,
dan membuat aib pada orang lain, semua masalah ini timbul. semua orang percayakan dia. padahal dia talam dua muka.


saya pulang ke kyuem dengan hati yg berat utk tinggalkan mak sy dirumah.
nasib baik mak saya tinggal dengan along setiap isnin sampai jumaat.
moga cucu-cucu mak yang comel-comel dapat ceriakan mak dan buat mak lupa semua masalah.


eju sayang mak.='(

indah water
sambil saya menggaul ayam dengan kunyit dan garam,
terdengar umar berborak dengan neneknya di ruang tamu.


umar: nenek, apa nombor talipon indah water?
emak: nak buat apa talipon indah water? *nada terkejut*
umar: kite susah nak berak...


terpercik air liuq saya dekat ayam sebab tergelak. aahahah.. (ini cuma hiperbola,ye)
umar ingat indah water boleh sedut tahi dari badan manusia agaknye. x)


Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino