My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

tahun baru cina

masa family saya baru pindah rumah teres dulu, ada satu barisan teres je.
rumah saya di hujuuuuung sekali. jiran-jiran saya semua orang cina.


yang saya kenal ada 3 je yang peramah.
nyonya sebelah, nyonya becok, dengan nyonya tocin.


saya tak pernah tau nama betul mereka.
yang saya tau, mak saya akan membahasakan diri mereka, 'nya'.
saya yakin mereka pun taktau nama saya sebab mereka panggil saya 'amoi' sahaja.


sekali sekala, bila saya balik bercuti,
mesti nyonya sebelah tegur saya.
'amoi cuti ah? amoi nampak sulah timbam sikit.'
maka saya pun akan senyum malu-malu.
lepastu saya down sebab pipi saya tembam.


bila tahun baru cina, memang meriah dengan bunyi mercun, tanglung, dan tarian singa.
itulah kejiranan saya.


ekceli main point disini ialah,
kalau anda x ingat nama kawan cina anda,
'nyonya' dan 'amoi' adalah bahasa universal utk menggelar sesiapa saja.
inilah yg kita gelar, satu malaysia =)


selamat tahun baru cina in advance!

4 pendapat bernas:

haiyooo amoi., lu manyiak lenglaii liaoo...~ :D

eju

lenglai liao tu ape? =/

lenglai tu kiut. liao tu lorrrrrr

^^

eju

oh. pndai bahasa mandarin rupenye=p

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino