My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

alkisah sang gigi

ceritanya bermula masa aku makan lunch semalam. tomato and mozarella pasty.
masa aku tengah kunyah roti pasty yang rangup dan berkeju, tetibe aku rasa macam ada 'hole'
di bahagian gigi bawah-depan aku. ya Allah, serius time tu aku rasa gigi depan aku dah patah :S


kekawan aku suruh gi toilet tengok cermin. lalu aku pun gi la tengok..
fuh nasib baik gigi aku masih ditempat yg sepatutnya. tapi kat bahagian belakang dah PECAH!


see the tiny red dot behind my teeth? itu la kawasan yg sedikit berdarah


so my friends encouraged me to see the dentist, tapi appointments dah full, so kena tunggu hari
esoknya, which is harini... aku pun pergi la ke klinik gigi dengan jantung berdebar-debar sedang
kekawan aku yang lain semua pergi lecture.. takpe, aku ade reason untuk skip lecture. hahha


to be honest, ini adalah FIRST TIME aku gi klinik sengsorang.. sebelum ni mesti ada
mak/kawan/matron/cikgu yang teman.. tapi kalini aku SENGSORANG! sangat bangga dengan
diri sendiri. sekarang, saya boleh diiktiraf sebagai wanita independent :D


so, lepas nama aku dipanggil, aku pun bertemu la dengan dentist yg sangat friendly.
dan akupun bagitau yang gigi aku dah pecah sikit... lalu dia pon tengok gigi aku...
"I don't see anything wrong with your teeth.. show me where u think there's a hole"


dan aku pun tunjuk.
rupenye, gigi aku tak pecah pun! yang aku rasa ada 'hole' tu adalah sebab sebelum ni, karang gigi
(tartar) terbentuk antara gigi aku, dan ia mengeras jadi macam bentuk gigi.. semalam, tartar tu
tercabut dan gigi aku kembali kepada the original shape.. lahhhhh, buat cuak je =.="


curi2 snap gambar dentist tengah cek x-ray gigi aku


dentist tu offer untuk drill sikit buang semua tartar & buat x-ray untuk cek kalau ade pape..
so hilanglah 17pounds untuk satu sesi.. but it was worth it.. hati dah rasa lega lepas dapat
komen positif dari doktor. pheww.. baru aku sedar betapa pentingnya setiap gigi aku.

dear teeth, each and everyone of you are important to me :')


pengajaran: kita selalu tak sedar kepentingan sesuatu tu until it is gone...
hargailah nikmat yg Allah beri. sekecil-kecil sebatang gigi pun, kalau
hilang satu, hilanglah mutiara senyuman. OMG i just loveeee my teeth! <3


of clubs & societies

masa awal2 masuk uni dulu, aku beli 3 memberships. malaysian society, islamic society, &
calligraphy club. sebenarnya aku ingat nak join 'leonardo art' society, tapi masa freshers' fair
2 months ago, dekat booth leonardo art society tu dia tayangkan gambar lukisan yang tak
senonoh... so terus terbatal niat. tapi, sayangnyeee, art society la yg paling aku nak masuk :(


& aku tak faham kenapa omputih anggap lukisan orang tak berbaju tu sebagai 'art'.
whatthaafish? itu adalah porno kot! dah la surat khabar uni pun ada tunjuk gamba nude =.="


btw, back to the main topic,
calligraphy club sangat awesomeee.. smalam adalah 1st time aku masuk kelas khat sebab
before ni aku x dpt email pasal club activities sebab x register untuk mailing list. so, baru
smalam aku pegi lepas da join the club's facebook group. the reasons why i say it's awesome are:


1- first time aku guna pensil kayu khas untuk khat calligraphy. nama kayu tu 'reed'.
terasa macam orang dulu-dulu, tulis tulisan jawi sambil celup2 dakwat. awesome :)


2- baru semalam aku tau bahawa tulisan yg kte guna kat malaysia selama ni bernama 'nasakh'
haha.. sebelum ni taktau pun. rupenye ada measurement untuk setiap huruf. new knowledge.

3- cikgu khat tu kata dia ajar nasakh je.. tapi dia kata dia boleh belikan aku buku khat lain.
so aku mintak khat thuluth! wee.. impian untuk belajar khat thuluth bakal tercapai :'DDD


barulah aku rasa tenang sikit lepas da join a club activity. sebab sebelum ni aku rasa sangat
tertekan sebab takde join pape aktiviti selain pergi dan pulang dari lectures.. =.=" so aku
janji nak aktif calligraphy club ni :) malaysian society pulak, diorang belum start nak buat
props untuk MNight.. lagipun diorang cam taknak buat props/backdrop sangat je... takkan
tetibe aku nak suruh buat itu ini kan. -.- and Isoc pulak, aku cuma join charity week je.. so
itulah kehidupan kokurikulum aku stakat ni.. yg buatkan aku rindu kat sapphire :(

london adventure :D

weekend ni, Hanisah (dari warwick) dan Intan (dari Kent) datang ke london untuk program
keagamaan 'Twins of Faith' yang berlangsung hari sabtu. alang-alang dah datang london
tu, diorang ajak aku bawak diorang jenjalan sekitar tempat ni.. :)

________________________________________________________


Jumaat, 18Nov:

memula aku jemput Hanisah & intan kat stesen keretapi. then, terus bawak diorang ke big ben &
london eye.. sebab tempat ni macam 'wajib pergi' untuk orang yang datang ke london.. setakat
jenjalan tangkap gambar tu boleh laa.. kalau nak naik london eye mahal woo..

sekitar 'big ben' dan 'london eye'


pastu aku bawak diorang balik hall aku untuk makan malam.. dan terus bersiap ke Hyde Park.
sebab malam tu adalah the first day 'Winter Wonderland' dibuka di Hyde Park! :D 'winter
wonderland' ni macam funfair dan serius sangat BESAR tapak dia. ada macam2 rides, games,
& patung-patung yang awesome... siap ada pokok yang boleh bercakap (seriously awesome).
terasa macam dalam magical world.. :')


santa claus di merata tempat


tapi kalau nak naik rides, mahal.. 5 ke 6 pounds per ride.. so since kitorang tengah jimat duit,
kitorang kena pilih SATU je untuk naik.. lalu kitorang pilih yang paling tinggi n menakutkan..
nama dia 'Ausgang'. ya Allah, serius cuakkkk gileeee nak mampossss... dah la dia punya
'tali pinggang' tu longgar, dan masa kat atas tu, tetibe menjunam jatuh ke bawah.. memang
jerit sampai keluar anak tekak.. berzikir dari awal sampai habis. hahahha :D memang worth it
ah kitorang pilih yang tu.. perfect decision :D


inilah ride yang aku ceritakan sebentar tadi


tapi the highlight of the night was..... kitorang jumpa mat salleh hensem yang baik hati! hahah :D
intan nak beli beg.. pastu kat satu booth ni ada jual 3 bags for 10pounds. kitorang nak mintak
design yang sama.. pastu mat salleh tu sanggup berlari cari design beg yang kitorang nak..
he even asked us to jaga the booth, tengok2 kalau ada orang curi... he trusted us, yaww! haha..
lepas kitorang beli tu, dia kata 'terima kasih bangat..'. dia tanya if kitorang from 'indonesia'.
do we look like cewek-cewek dari indon? kahkah :DD


some other game booths, and our new bags :D


Sabtu, 19November:

tujuan utama weekend ni adalah untuk pergi ke program 'Twins of Faith'. tempat program tu
jauh dari tempat tinggal aku.. so cadangan awal adalah untuk naik train.. sekali train yg kitorang
naik tu stop setengah jalan.. nasib baik aku ada peta bas (ambik dari senior-skyn), lalu kitorang
pun naik bas ke 'DLR' train station (train overground). tapi DLR punye peta SANGATLAH
confusing... memang menguji minda kitorang. bak kata intan, 'macam explorace'. hahah


'explorace' :D


lalu tibalah kami di 'excel london', tempat dimana program 'twins of faith' berlangsung..
kitorang stay sampai 'Nouman Ali Khan' punye talk je sebab ada plan after that..
tapi dengar kata, program lepas tu sangat best.. alamak rugi lah pulak, terlepas..



our 'next plan' is shopping!! dimana lagi kalau bukan 'Oxford Street'. :)
masuk kedai primark je, semua hilang. sesak sangat. new look ada 50% discount utk coats and
jackets, jane norman pun ada 50% discount utk blouses and accessories & 40pounds off untuk
coats, H&M ada 50% discount jugak for coats. aduhai, kalaulah duit aku banyak lagi.... hahahah..
terpaksa tahan nafsu shopping untuk jimat duit. huwaa T.T bak kata hanisah 'tunggu januari'.
duit masuk je trus ke oxford street lagi. hahaha


dari pukul 4 sampai pukul 7.30, shopping non-stop. Intan pulak blah untuk perjumpaan MARA.
aku & hanisah pulak terus la naik bas untuk balik bilik.. masa tengah dalam bas, kitorang pun
borak-borak la dengan rancaknya.. sampai la bas kitorang stop dan driver tu suruh kitorang
turun. aik? apesal bas ni tak lalu aku punya hall? rupenye salah naik bas. adoyai..=.=' terpaksa
la tunggu another 20minutes for the next bus.. hahaha.. kesian kat hanisah.


seperti semalam, our day always ended with a happy ending.. intan & almaz (scholars MARA)
ajak kitorang tidur sama kat Hotel tempat perjumpaan MARA.. ya Allah, mewah gile hotel tu,
okayyy..dah la sebelah oxford street. ada dua katil queen size. memang muat sangat untuk 4
orang tidur kat situ. hahahha.. thank u ah korang. xD


gambar atas: oxford street. gambar bawah: hotel mewah


Ahad, 20November:

alkisahnya, Hanisah punye tiket untuk balik ke warwick tersangatlah awal, which is at 7.45am..
dan tiket tu adalah dari Euston station, which is a bit far from the hotel.. so, pukul 7am, kitorang
bertolak dari Marble Arch station guna train 'central line'.. aku ingat nak bawak hanisah naik
train je terus ke Euston. lalu kitorang turun kat 'Tottenham Court Road' untuk tukar train.
sekali train 'victoria line' dan 'northern line' tutup sebab ada engineering works.. so kelam-
kabut la, kitorang cari bas dekat 'Tottenham Court Road'.. dari pukul 7.30 sampai 7.45 kitorng
berlari-lari cari 'the right bus stop' yang ada bas yang lalu Euston.


Hanisah punye muka dah sedih semacam dah.. kalau terlepas train kena beli ticket baru yang
mahal.. aku pun dah offer untuk share duit beli tiket baru.. sekali tetibe kawan hanisah
call, bagitau yang train diorang DELAY! ya Allah, alhamdulillah sangatt... Allah loves us :)
lepas tu, terus muncul bas yang kitorang nak :)



train delay punyelah lama.. sempat la kitorang breakfast dekat 'caffe nero'.
and yes, it was a happy ending again.. :D

_____________________________________


kesimpulannya, weekend ni sangat super duper awesome with all the fun adventures and happy
endings. serius best.. definitely a weekend to be remembered :) thanks intan & hanisah <3

raya haji

smalam raya haji. raya haji pertama di perantauan(London). keh3. :)


hari sabtu, tetibe dapat mesej dari alifah dari Bath, mintak tolong jemput kat stesen.
so, last-minute punye plan, aku bersiap kelam kabut, keluar bilik pukul 7.15am, jalan selama
40 minit untuk tiba di Paddington station.. Alhamdulillah ada GPS yang selamatkan aku drpd
tersesat. lalu berjumpalah aku dengan kekawan kolej yayasan uem (KYUEM)..


lepastu, gi Oxford Street, shopping sakan dengan alifah and illya.
mentang2 baru reti guna debit card untuk bayar kat kaunter. hahah



lepas oxford street, pergi apartment Uzira, kawan kolej yayasan saad (KYS).
kitorang main masak2.. masak rendang daging, lamb chop, ayam masak merah, n nasi briyani.
best gabannnn... teringat-ingat kelazatan makanan2 tersebut sampai skarang :)
& sambut birthday ayne yang dah 20 tahun.. happy birthday ne!


pagi raya, kelam kabut bersiap, naik bas ke malaysia embassy and solat raya kat situ.
then gi hyde park tangkap gambar untuk hantar 'salam perantaun' kat surat khabar masa
aidilfitri tahun depan (early planning). hahah...


so itulah kisah hari raya haji aku. sronok ah :) tapi still rindu rumah :'(


photo credit: alifah, and ain
new friends
hidup aku skarang ni; pergi kelas, balik kelas, terperuk dalam bilik, masak, tidur, & makan.
so dalam seminggu, 5 hari aku banyak habiskan masa dengan coursemates je la.. sabtu ahad
baru jumpa kekawan yang lain.. kadang2 bila pergi dapur jumpa kawan2 kitchen..


dalam course aku, aku sorang je melayu malaysia. ada sorang melayu brunei, nama dia azzura.
tapi still cakap english dengan dia sebab BM dia lain sikit. kekawan malaysian chinese ada tiga
orang; chong, nicholas, & ling wei. diorang sume sangat baik & cool :)


meet: chong, nicholas, & azzura (at satay house)


nicholas & lingwei (at hyde park)


so bila pegi makan, rehat, study, mereka lah kawan2 untuk lepak sama2.. ada sorang kawan
dari Bahrain, nama dia kawthar.. kalau nak solat slalu pergi dengan dia.. nak kawan ngan
omputih, tapi diorang pun ade geng sendiri.. so stakat kawan omputih borak skali skala okey la..
klu nak lepak sama-sama, mungkin perlukan masa lagi..


kalau kat kitchen, aku suka borak dengan kawan italy, Kinny. & wern yi, kawan kinny.
diorang comel sangat dan peramah. selalunya bertembung dengan sorang omputih hensem ni
kat kitchen, tapi kekok sikit bila cakap dengan dia.. mungkin sebab dia hensem. haha..


so konklusinye, setakat ni aku gembira la dengan hidup aku kat sini..
kawan2 semua baik & kelakar. :)


tapi yang tak bestnye, aku suke gile makan kat sini. makan dah jadi satu hobi.
kalau tak makan, perut meletup-letup bunyik angin. hadoi, doakan berat aku mantain :S

kutip derma
tadi aku gi kutip derma untuk anak yatim dan kanak-kanak miskin kat Ealing Street, UK.
pengalaman kutip derma adalah suatu yang menarik sebab boleh nampak macam2 ragam
manusia.. ada yang senyum, ada yang geleng kepala, ada yang menjeling, dan lain2..



antara peristiwa yang menarik adalah; masa aku mintak derma kat orang lalu-lalang, ada sorang
pakcik omputih ni lalu depan aku.. pakcik ni pakaian dia lusuh, berjambang, bau pun kurang
menyenangkan.. pakcik ni pandang je aku.. aku pun pegang baldi aku kuat-kuat, sebab dah
mula rasa takut. sekali rupenye pakcik ni nak bagi derma, dan yang paling buat aku terharu, dia
bagi semua duit yang dia ada.. "this is all that i have.." katanya.. ya Allah.. terharu sangat :'(


selain tu, kat sini, omputih suka suruh anak diorang yang bagi duit untuk derma..
comel sangaaat budak-budak kecik terkedek-kedek datang kat aku bagi derma.. ahhh cair hati
tengok :') dan ada sorang budak dalam umur lingkungan 8-10 tahun, bagi aku 1pound
walaupun mak dia dah jalan laju kedepan.. sucinya hati budak-budak kecik :')


dan mostly orang yang pakai stylo, baju branded ni, menjeling je tengok aku mintak derma.
so dari pengalaman ni, aku belajar, bahawa next time, kalau ada orang mintak derma kat aku,
kalau aku taknak derma pun, aku akan at least senyum kat orang yg mintak derma tu. :)
dan bersangka baik walau seburuk mana pun zahir seseorang tu.

busy=malas update blog

salam..


hidup aku sememangnya sudah semakin busy dari semasa ke semasa. masa induction week
lagi imperial dah bagi test dan project. dan sekarang ada lagi dua group projects kena buat.
termasukla homework. harini ada kelas dari pukul 9 sampai 6 petang. hahah.. penat gaban.


selain tu, setiap hari aku kena jalan kaki 20+ minit ke universiti. dan 20+ minit balik ke bilik.
so setiap hari, aku jalan selama approximately 1 jam. lepas balik pulak, aku masak nasi dan lauk.
which mengambil masa selama approximately sejam. malam pulak kena revise, buat homework,
research, yada yada yada.. jadi bayangkanlah betapa malasnya aku nak update blog. haha


tapi yg seronoknya kat sini adalah peluang utk kenal orang dari serata dunia.
kawan2 aku setakat ni ada from brunei, italy, bahrain, tunisia, china, uk, cyprus, dan of course,
malaysia. tapi aku belum kenal semua coursemates lagi sbb baru dua minggu kat sini.
sbenarnye, kadang2 aku tak faham sgt ape yang diorang cakap sebab masing2 ada macam2
accent, tp semuanya sangat friendly.=)


so.. itu jelah nak khabaq. bila rajin wa khabaq lagi. sekian..
bagai rusa masuk london

kalau rusa masuk kampung pun dah terpinga-pinga, bayangkan kalau rusa tu masuk london.
ha, macam itulah situasi aku. bile tengok sekeliling dalam sehari dua tu, aku rasa cam dalam
mimpi je.. betul ke aku dah kat london ni? soalan yang aku tanya kat diri sendiri dua tiga kali.


seminggu aku menumpang rumah seniors.
seniors semua baik gaban tahap karma maksimum punye lah..
aku ingat dah sampai sini kena belanja seniors. sekali seniors yang belanja aku.
bagi makan, bagi assistance, siap tolong bawak beg lagi. serius culture shock :)


di depan university college london.

kat imperial college london


masa sampai kat imperial college london, aku rasa cam tak percaya je..
selama setahun aku tengok prospectus imperial, ada gambar bangunan biru ni;
setiap malam aku bayangkan aku jalan-jalan kat depan bangunan ni. dan...
ia dah ada depan mata aku.. it's like a dream come true :')


selain tu, apa yang menarik bagi aku pasal london ni ialah rutin penduduknya.
kalau kat malaysia, dalam ktm semua orang termenung kosong, kat london mostly baca buku
atau baca surat khabar. dan london langsung tak busy macam kuala lumpur. busy macam
seremban je kot.. ramai gile orang jalan kaki kehulu kehilir. walau orang kerja pakai smart
pun rileks je jalan kaki & naik pengangkutan awam. dan kalau ada orang tua yang berdiri
dalam train, laju je ada orang yang akan bangun dan tawarkan tempat duduk. bagus kan?


but i still miss malaysia. there's no other place like home. :)

first flight

ahad lepas adalah kali pertama aku naik kapal terbang. nasib baik la sama flight dengan 4 org
kekawan yang lain; faiz zulbadli, faiz fikri, arvind, and halim. kitorang timbang beg sama2, so beg
aku yang terlebih berat 6 kg boleh lepas masuk flight. wee =D


masa nak pegi gate tu aku pegi sorang2 sebab diorang dah blah awal2..
so disebabkan ini adalah first time aku, aku konfius kat mana train yang bawak ke gate.
nasib baik la ada sorang mamat melayu ni, aku dengan menebalkan muka, tanya dia kat mana.
dia pun nak pergi ke arah yang sama tapi gate yang berlainan. so naik la train sesama.
dia nak fly ke german, sambung masters, tahun keempat. dah sampai tu aku terlupa
nak cakap terima kasih kat dia. aku terus blah je. hahah..


lepas dah duduk kat kerusi aku yang kat tepi tingkap, aku diam je tak berbunyik.
hati rasa sayu nak tinggalkan family. orang yang dok sebelah aku kat dalam flight adalah
omputih. hensem. muka ala-ala justin timberlake gitu. sebelah dia pulak ada bini dia..


masa kapal terbang mula2 nak naik tu, takut gak.. tapi takdela gayat sangat pun.
dari atas lampu-lampu nampak macam lilin kecik2 je.. pemandangan cantik, subhanallah =)
lepas dah stabil, omputih tu mula belek2 remote kat tepi kerusi dan skrin depan kerusi dia
pun menyala. aku tengok aku punya skrin tak menyala pun. mana aci, aku nak gak.


so, baru la mula bertegur sapa.. aku cakap kat omputih tu ni first time aku naik flight, so
aku tak reti nak guna remote tu semua.. rupenye omputih tu sangat baik.. dia ajar aku cara nak
tengok movies, cara nak main game, cara nak adjust aircond, cara nak adjust kerusi, dan borak2
dengan aku. dia kata ni 2nd time dia naik flight. 1st flight dia dari australia ke malaysia..
dia dengan isteri dia dah kahwin 2 tahun, dan isteri dia tengah mengandung.. diorang nak
ke dublin untuk tengok kawan diorang kahwin.. awww sangat sweet la diorang nih.


masa dah sampai heathrow airport, dia kata,
"so.. this is your new home for four years now"
hahah.. sedih betul aku dengar.


so, kesimpulannya, penerbangan pertama dalam sejarah hidup aku adalah suatu pengalaman
yang seronok dan memorable =) moga aku dapat balik malaysia setiap tahun. huhu
minggu terakhir (3)
it's tomorrow!


besok akan menandakan sebuah sejarah dalam hidup aku dimana besok adalah kali pertama
aku naik kapal terbang & menjejakkan kaki ke negara omputeh. waaahh cepatnye masa berlalu.


all my bags are packed, i'm ready to go~


flight aku MAS 002, 25 september pukul 11:40pm di KLIA,
dan akan mendarat di heathrow, london pada 26 september pukul 5:50am.


tadi baru je check-in online dan pilih seat tepi tingkap.. seat aku jauh dari seat kekawan lain.
so nampaknya aku akan duduk sebelah stranger. mintak mintak laaa dapat dok sebelah stranger
handsome. at least takdela bosan sangat flight 14 jam tu. kehkehkeh..


perasaan? bercampur baur. aku pun tak pasti apa perasaan aku skarang.
yang penting, aku takutt aku tak pandai buat kawan baru.. aku ni da la jenis pemalu.
lagi2 lidah ni da lama tak berpintal cakap english. waduh! moga cepat dpt biasakan diri.


doakan aku ya.. =)

minggu terakhir (2)

semalam pergi ke lowyat. barulah aku tau bahawa lowyat tu sejenis mall. selama ni aku
ingatkan lowyat tu macam deretan kedai2 macam jalan tar tu. haha... so, agak jakun la
tengok bertingkat-tingkat semua jual barang elektronik je. macam2 pilihan sampai
rambang mata.


so, pulanglah aku dgn anak-anak elektronik yg baru. semuanya kaler pink, yaww!
terima kasih la dekat pnb.. kalau tak, tak merasa la aku guna vaio. hee..=')


menerai webcam pinky lappy



harini pulak setelkan hal-hal bank. ingatkan nak buat travellers cheque. lalu aku pun pergila
dari bank ke bank cari travellers cheque. semuanya kata takde/dah takde. semua bank kat PD
dah jenguk dah, semua takde. lalu pergi la kat seremban. pun takde jugak!


sebut je apa nama bank.CIMB? Maybank? Alliance? Standard Chartered? Public Bank? u name it.
semua aku dah pergi jenguk and tanya.. semua geleng kepala bila tanya psl travellers cheque


last skali aku pergi kat HSBC.. ada, tapi kena ada bank account. and kalau nak buat
account kena buat joint-account dengan parents and kena ada offer letter.
PULAK DAH. offer letter aku kat portdickson. gile ke nak patah balik =.="


so... kesimpulannya, kesian la kat aku and family aku yang ikut aku.
waste time and petrol je. last2 gi jusco beli baju sikit. barang2 rempah tak sempat beli.


so, besok mau setel barang2 kecik macam rempah2 masakan, sabun2, dan lain2.
dua hari je lagi sebelum terbang menggapai awan. ='D

minggu terakhir

minggu ni adalah minggu terakhir aku di malaysia utk tahun 2011.
perasaan bercampur-baur. rasa eager nak explore dunia baru, tapi
takut keseorangan and sedih nak tinggalkan family tersayang.


Alhamdulillah, semalam dah dapat courier Visa.
chest x-ray pun dah buat semalam. tinggal meningitis vaccination je.
x-ray buat kat klinik kerajaan, while vaccination buat kat klinik swasta.


& berdasarkan pemerhatian semalam, surprisingly, service yang diberikan
kakitangan klinik kerajaan jauh lebih bagus dari klinik swasta.
semua orang kat klinik kerajaan friendly dan service sangat cepat.
tapi kat klinik swasta tu, sepanjang aku menunggu, ada dua orang naik
angin sebab lambat sangat and mula marah pekerja kat situ.



masa tgh menunggu giliran. mak kata muka abah macam penyangak
pastu ktorang gelak terkekek-kekek sama2. that moment was beautiful =)


so, jelaslah menunjukkan bahawa semua benda kat dunia ni same je,
ada kelemahan, ada kebaikan. yang dilihat baik ada juga buruknya,
yang dilihat buruk, ada juga baiknya.. kan kan? =)

kenduri doa selamat dan kesyukuran.

Alhamdulillah, selesai sudah kenduri doa selamat dan kesyukuran
sempena mendoakan keselamatan aku yg akan merantau bermula 25 sept ni
juga kesyukuran buat kakak yang dah habis pengajian kat UKM and akan
ber-konvokesyen 26 september ni..

___________________________________


gotong-royong memasak bermula seawal 9 pagi.
memang meriah la dengan saudara-mara dan budak2 kecik semua.
orang lelaki rileks je kat depan. keje makan je. bestnyee jadi lelaki. haha.


menu untuk minum pagi orang2 yang datang menolong:
kek pisang, nasik impit, serunding, & kuah kacang




menu utama: ikan tenggiri masak kicap, kacang goreng, sambal goreng, daging
masak kari, sambal udang, dessert lak tembikai, dadih, nangka & kuih bakar


mungkin bagi sesetengah orang rasa menu ni biase je. tapi hasil tangan
gotong-royong, memang lebih sedap dari biasa. licin, habis laku semuanya.
langsung takde pembaziran. alhamdulillah =)



thanks mak abah, abang2, kakak, sedara mara, & everyone =)


jemputan kenduri

Disini diumumkan,
besok, Jumaat, 16 September 2011, lepas solat jumaat,
akan berlangsungnya kenduri doa selamat dan kesyukuran
di rumah eju di Port Dickson.



ingat nak jemput kat facebook, buat event ke tulis kat wall ke,
tapi rasenye siapa yang nak datang.=( kekawan ky terdekat ramai dah fly
or even busy packing nak fly. or kena kuar duit minyak & tol nak datang sini..
tapi, anywayssss, kalau nak datang, khabaq mai..
lauk sedap2 wooo.. makan free woo.. who would say no to that?

=)


buat tips and kyra

torsobotlah kisah anok-anok daro dari nogori sombilan yang tersosat samo-samo dolam
chalet yang samo. disobabkan anok2 daro ni la hidup den kat kyuem tu teraso gombiro jo.



buat cik tipah tak tertipu, dan syakirah hips don't lie;
thanks for giving me the memories that i'll cherish forever =)

semester 1
2nd semester

3rd semester

4th semester

alumni


(tolong baca dengan nada sedih)
thanks gile ouh. korang banyak support eju. dengar cerita2 eju. share makanan.
tengok movies together. teman gi dining hall, cafe. kira dengan nasihat-nasihatnye,
tipah sebagai fashion advisor. teman balik naik ktm. teman shopping kat tanjung malim.
teman naik basikal gi makan goreng pisang, teman snap gambar.. aihh, semuanyalah.
pendek kata, dua tahun duk satu kolej ngan korang, tak pernah la eju rasa lonely..


& skarang korang dah kat ireland. ='((
nanti eju kat ceruk sana.. dah takde chaletmate macam korang. ade luqman muscom je..
serius oh, camne oh nanti? T.T maybe nanti jumpe kawan baru omputih, tapi,
mungkin tak seseronok mcm berborak dgn kawan2 dalam mother tongue sendiri. kan?


oleh itu, janganlah kite putus contact.. sbb nanti klu eju rasa lonely eju gi la stalk fesbuk korang
& conteng wall ye? please? huuu... okey da banyak membebel. nanti jumpe lagi di lain hari..


semoga berjaya jadi dokter dokter berkaliber =)
selamat berjuang di ireland. bestfriends forever!


oh, tak lupa juga buat ain ishak, taemin, durra, ummu, (ade lagi ke yg tertinggal?) kat nun sana..smoga bjaya =)

dipermudahkan =D
Alhamdulillah, urusan visa telah dipermudahkan.
bayangkan,aku datang wisma MCA tu pukul 10.30, siap 11.59. sejam stengah je!
itupun sebab appointment aku pukul 11. boleh je kalau aku datang pukul 11.
bapak cepat kan? tak macam yang dibayangkan daripada berita yg didengar.
maybe sebab dah tak ramai orang yang nak buat visa time ni..=)




buat visa dengan hanisah. terjumpa arvind, ashee, sheikh, nad, ecah, & almaz.
harap-harap lah visa tu dapat disiapkan dengan berjayanya. moga takde apa2
masalah dengan documents or anything =S amin!

start enjen

finally. setelah 3 hari terseksa menanti, menahan getar dan debaran jiwa,
akhirnya aku dipertemukan dengan bakal tempat tinggalku.=)

FISHER HALL YAW! =)




alhamdulillah, tempat ni adalah paling murah dan boleh jalan kaki 20 minit untuk sampai ke
kampus. dan alhamdulillah juga sebab ada sorang kawan melayu yg dapat tempat sama.

_________________________


btw, hati terasa senang seketika saje. sebab aku baru je dapat 'fresher's pack'
dimana terdapat satu announcement yang mengatakan bahawa, i have to sit for
MATHEMATICS DIAGNOSTIC TEST on 6th october, dan result yang aku dapat
counts towards coursework aku. aihh belum masuk lagi dah kasi cuak dah. =S



otak da berkarat. nasib baik mr Alderson suruh awal2 untuk simpan fail further math.
nampaknye kenalah aku start study balik nih. trigonometric relations, binomial theorem,
differential n integral calculus, elementary statistics, complex numbers, & vectors.
BANYAK GILE WEH KENA STUDY... T.T



tapi yang aku excited utk start belaja, adalah modul lukis2 design2 ni. seronoknya =D
& nanti kena beli boots untuk bertukang. bestnyee.. these 2 things memang aku suka gile.
melukis and bertukang =)


alhamdulillah. thank u Allah =)

2004:

"belajar kat mana skarang?"
"kolej yayasan saad, melaka"
"oh.. skolah untuk anak2 yatim tu ke?"
T.T

__________________________


2009:

"sambung belajar kat mana?"
"kolej yayasan uem"
"oh.. takpela, asalkan dapat.."
=.="


__________________________


2011:

"nanti blajar engineering kat mana?"
"imperial college london"
"oh.. okey la tuu.."
kehkeh xD

menjelang raya

menjelang hari raya ni, ada beberapa perkara-perkara kecil yang buat persiapan raya
terasa seronok dan meriah. walaupun makin besar ni makin kurang seronok nak raya
sebab dah x rasa 'the thrill' nak main mercun ataupun 'the joy' utk kumpul duit raya.


antara perkara2 yg buat persiapan raya seronok sebagai orang dewasa ialah;



1# isi duit raya dalam sampul
the smell of new money.. hmmpphh wangi.. $-)




2# pergi beli bahan2 mentah
kat pasar, kat tepi2 jalan, penuh dengan org jual beli. penuh dengan daging lembu,
kerbau bergantungan, ayam2 itik2 bergelimpangan.. memang meriah.. =DD




3# anyam ketupat
tahun ni aku anyam 7 ketul ketupat! hebat tak hebat? haha..
thanx to kakak yang ajar aku cara nak anyam =)




4# masak rendang
selalunya tugas aku cuma kopek kulit bawang, buang kulit halia, sediakan bahan2 utk rendang.
tapi tahun ni aku tinjau sikit2 bila mak masak rendang tuk. complicated but do-able =)



besok raya. target: nak habiskan satu balang kuih untuk setiap rumah =DD
sekian, Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua..
maaf zahir dan batin =)

sobs

saat air mata emak mengalir sunyi dan cuba emak sembunyikan
saat itu tergambar betapa besar kasih emak pada eju
saat itu juga eju turut tewas bersama.




"air mata yang menggambarkan kasih yg paling ikhlas
ialah titis yang mengalir deras walaupun kita cuba menahan sekuatnya
tetapi tetap tewas."


saya sayang emak saya. sangat. =')


kesilapan UCAS


petang tadi, tibalah akhirnya surat confirmation daripada UCAS. Alhamdulillah
surat ni cam penting gile ah bagi aku, sebab imperial tak kasi offer letter sebab
imperial ni environmental-friendly. so surat ni je la yg aku bergantung harap.


tapi pelik, surat aku tu tebal semacam.
rupa-rupanya ada surat orang lain terlipat sama =.="
surat milik Mr. AT Wangsatimur from Jakarta, Indonesia.




gimana ni dong?
dekat surat tu cuma ada UCAS personal ID dan alamat dia.
kalau aku gi pos, konfem la sampai lambat. mungkin september baru sampai.
kesian la dekat anak pak wangsatimur tu. mesti dia tertunggu-tunggu.


so, aku plan untuk search nama dia kat facebook.
before tu, teringat lah pulak yg aku ada join imperial freshers group..
so, aku pun buat la announcement.



dan *wooosh*, dalam seminit je aku boleh track siapa mr AT tu.

so, kesimpulannya, facebook is awesome. thanks doh mark zuckerberg.
kalau x, sampai kapanpun enggak bisa ditemuin. hahah

speech



masa saya kat kys, saya dan kawan-kawan suka dengar speech principal.
bukan sebab kitorang pay attention; sebab kitorang kira berapa kali beliau
sebut perkataan 'more or less'. itu memang favourite word beliau.



bila board of trustees datang je, kitorang mesti happy nak dengar speech.
sebab speech beliau SANGAAAAAT panjang. so, kitorang boleh skip kelas pagi.
maka bergelimpangan lah para pelajar membuta kat atas kerusi.


dan makin besar, setelah saya menjadi makin matang,
saya cuba untuk pay attention kepada pengisian ucapan2 orang yg berucap.
dan mengikut kira-kira, setengah jam adalah tempoh paling lama utk saya
beri perhatian sepenuhnya. selebihnya; BOSAN. BOSAN. BOSAN. =.="



justeru, bagi anda yang membaca (jika ada),
1st thing 1st, plan speech anda. tulis points apa yang anda nak cakap;
kalau lari dari topik pun, janganlah jauh sgt menyimpang dari topik
2ndly, tengok tentatif program. atau tanya emcee berapa lama tempoh yg
diberikan untuk anda bercakap. kalau terlebih masa, xyah la sampai sejam.
& 3rd and most importantly, OBSERVE reaksi pendengar. are they fidgeting?
are they looking at you directly? faham-faham lah bila nak berhenti bcakap.



=)


muslimah identity
*amaran- post ini panjang sebab ia menerangkan apa yg bermain di minda saya. digalakkan utk membaca buat muslimah yg akan berhijrah ke tempat org spt sy. =)



in four weeks time, saya akan berhijrah ke satu tempat asing yg penuh dengan makhluk asing.
asing, in terms of, budaya, percakapan, cara hidup, dan lain-lain lah. dan honestly, saya risau.
risau sebab.. I might be the only muslimah doing civil engineering in my university.
oleh itu, walau saya belum perfect, saya tetap menjadi representitive of Islam.
the question is.. bersediakah saya utk pikul tanggungjawab yg besar ni?

____________________________________

of course, i need to get ready for that. sebab saya sayang agama saya, saya taknak biarkan
those potential muallafs utk kekal dengan pandangan negatif pasal Islam yg dah sedia
disebarkan media2 barat. pandangan negatif yg dah sedia ditanam dalam fikiran mereka;
"Islam oppresses women". saya sedar dengan tudung yg sy pakai, walaupun tak labuh,
saya adalah kaunter pertanyaan bergerak utk sesiapa saja yg nak bertanya.


ramai kata takyah risau, london ramai je immigrants, org london takkan tanya banyak.
tapi hanya dengan 1 soalan, i know i could make a lot of difference. =)

_____________________________________


1stly, the inevitable question; why do u wear hijab?
kalau lelaki yang tanya, senanglah nak jawab.
"ada dua lollipop, satu berbalut, satu tak berbalut,
jatuhkan atas tanah. pilih yg mana? of course yg berbalut."

tp kalau pempuan, takkan nak bagi jawapan tu? mestilah diorang rasa insulted.

sesetengah beri cadangan jawapan;
"untuk menjaga diri dari pandangan lelaki"
bagi saya jawapan ni takkan mengubah pandangan "Islam oppresses women" mereka.
mereka akan kata, kenapa perempuan pulak yg kena tutup untuk lelaki?

dan juga;
"saya rasa selamat dari pandangan orang lain"
ini mungkin bertentangan dengan pandangan mereka sebab org yg bertudung lah
yg dipandang pelik oleh orang sekitar berbanding orang yg x bertudung.

and then, comes this article =)
['Why do I wear hijab'] by Sultana Yusufali.
Jawapannya baik, tapi panjang sangat.. kalau simplify, mungkin mesej x sampai secara menyeluruh.


dan, mungkin fakta yang saya jumpa ni dapat membantu;
dimana perempuan dilihat pada bentuk badan berbanding facial features.
dimana Islam adalah penyelesaian untuk ketidakadilan ini. =)

________________________________________


banyak lagi yg perlu dicari.
pasal jihad, poligami, penyembelihan binatang, dan lain-lain yg mungkin akan ditanya matsaleh.
takkan nak tunggu sampai ditanya baru nak tergagap bagi jawapan? atau bagi jawapan tapi
tak cukup power utk membuka minda dia utk melihat Islam di sudut paling positif?


mungkin saya tak perfect. tp Islam itu perfect dan saya nak jadi penyebar fakta itu. insyaAllah =')

check list


semalam pegi ky ambik statement of results dengan atiqah, tipah, kira, &
tiffany. seronok bile jumpa cikgu2 balik. semua cikgu senyum lebar bila
jumpa.kenangan melihat wajah2 gembira tu, adalah PRICELESS. =')
__________________________

so, untuk persiapan buat visa dan persediaan untuk terbang;
banyak jugak yang dah selesai. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan =)

passport. done.
grads card. done.
visa photo. done.
statement of results. done.
visa online application. done.
photocopy everything & certify em. done.
_____________________________

esok pulak ada perjumpaan dengan tan sri PNB, by malam ni
kena hafal nama penuh beliau. lol. & moga esok boleh selesai
urusan2 yang lain, supaya dapat beraya dengan tenang.
termasuk 'shopping raya-the final round'. hahah =)


"Things that go downward will run themselves,
things that go upward have to be pushed"
-University of Hard Knocks

hard knocks university

akhirnya,
voucher RM10 mph yang dapat sebelum graduation bulan jun lepas baru je digunakan
untuk membeli buku (jeng jeng jeng...)........ The University of Hard Knocks! =DDD




murah je buku ni. RM12.90.
so kirenye aku cuma bayar RM2.90 je untuk buku ni.
setelah sekian lama aku tak beli buku; rasa puas pulak dapat buku baru x)
dapatkan di kedai mph berdekatan ye.. bukan senang nak dapat buku motivational yg murah. ekeke



Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino