My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

specky
nak tau kenapa mata aku rabun?
taknak tau? ok, meh aku cerita.


pada suatu hari, tv3 menyiarkan cerita korea bertajuk winter sonata.
masatu aku darjah 6. aku suka gile kat citer tu.
hero dia, jun sang, pakai spec dalam citer tu.
aku rasa pakai spec nampak sangat cool.
lalu aku pun cuba sedaya upaya utk merabunkan mata aku.


malam2 lepas tutup lampu, aku baca novel yang tulisan dia kecik2.
masa lampu terbukak, aku tenung lampu lama2 sampai nampak 'fireflies' berterbangan.


sampaila suatu hari,
aku ngadu kat mak yg mata aku kabur bila tengok papan hitam.
mak ajak pergi cek mata.
buum! "adik rabun jauh. power 100". yes!
akhirnya impian aku tercapai untuk pakai spec.


tetapi, setelah sekian lama pakai spec sepenuh masa, aku rasa nerdy.
cerita "she's all that" yang disiarkan di tv2 membuatkan aku rasa nak ubah penampilan.
lalu aku pun pakai spec hanya bila perlu..


kesimpulannya,
tv memberi pengaruh yg besar terhadap manusia. =.="
tapi kan, aku suka sangat tengok preity zinta pakai spec.
hot gile..! kan? kan?



ni yang buat aku rasa nak pakai spec sepenuh masa balik ni. x)

2 pendapat bernas:

Hebat sungguh Eju bereksperimen dengna diri sendiri... :p

eju

hee B-)

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino