My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

produk kimia

sebagai sambungan previous post aku (yg mcm takde sape pun baca xDD)
aku nak share pasal sebahagian produk2 kimia yg aku pernah guna sejak dajah 5.
boleh jadi panduan kepada org lain yg nak pilih produk.


masa aku darjah 5, aku suka main kat luar tanpa pakai sunblock
(siapa yg pakai sunblock masa kecik2 pun kan) so lama2, kulit aku jadi mcm dark chocolate.
sejak tu, aku mula eksperimen produk2 kimia ke atas kulitku sendiri.
(tolong jangan contohi aku)



so aku pun mula bereksperimen dengan mak aku punya koleksi.
semestinya bedak cap nyonya. dan krim temulawak. tapi bila di-combine kan dua2 produk ni, kulit jadi kelabu. sebab tona kulit aku masa tu coklat gelap. bila campur putih, so jadi la kelabu. x)





first produk yg aku beli sendiri adalah olay total white.
kulit aku memutih secara drastik. dari hitam legam boleh jadi putih melepak, serius aku cakap. tapi disebabkan dia bagus sgt, aku jadi takut nak guna. so, aku beralih pada pond's. satu set. kulit jadi halus & sangat wangi. aku bagi lima bintang.




masa kulit halus mulus aku baru dicemari jerawat, aku jadi gelabah gile, lalu aku pun beli krim yg kononnya boleh hilangkan jerawat dlm masa 1 hari. clean & clear. penipu! tak hilang2 pun jerawat aku. oxy10 bagus, tapi selepas guna byk kali, jerawat aku jadi makin powerful. T.T





makin lama, jerawat aku makin membiak dengan jayanya.
maka, aku cuba guna sendayu tinggi sbb dalam surat khabar org ckp sendayu tinggi ni bagus gile. so, perabih la duit aku RM55 utk satu set ST yang kecik gile pakai seminggu dah habis dah. mula2 macam bagus. tapi lepas 2nd time beli, jerawat aku membiak balik sebab kulit aku dah immune. so aku masih ada 1 set dlm simpanan aku. kalau nak mintak je.




aku pernah beli satu set shurah pink ni.
facial wash, toner, & cream. tapi tak sesuai.
so kat bilik aku ada lagi 80% tak berguna.
kalau nak mintak aje.
krim shurah warna hijau ni bagus.
tak berminyak macam foundation lain.





dan skarang aku nak stay guna garnier.
garnier ni bagus digunakan bila kulit tengah takde jerawat.
klu guna masa jerawat tengah gelembung, makin sihat jerawat aku.
facial wash garnier yang bagus, yg warna biru tu. garnier pure. kulit rasa bersih gile lepas guna.



ini belum masuk lagi shampoo, ubat gigi, deodorant, jenama2 make up, etc.
klu nak komen satu-satu, sampai besok pun tak habis.
so konklusinye, jangan beli sebab tengok iklan. beli sebab ia berkesan.
oh, tapi aku mengidam nak beli SKII bila dah besar nanti x)

8 pendapat bernas:

aku guna air smayang jer wat basuh muke... hahaha

eju

alhamdulillah.. bagus2.. x)

eju..guna sabun beras la.best..:)lg murah dr sk11..pure organic..ops..aku follow blog eju~~

Anonymous

eju, anda boleh minta komisen dgn mereka! :)

eju, akak tengah sertai ape2 contest ke buat entri mcm ni?
*btw, saye gune garnier jugakk.. garnier 4 men lahh.. lalala~

waw semangatnye..kau da cube ke sume produk tu?

aku xpakai pape un kt muke..

aku rase macam..alaaa..sape yg nampak??

sape nk tgk perasan rongga2 kulit muke aku ni??

=p

down*

eju

zunnurain: sabun beras? xpnh dgr. nnti bleh try =)

anon: xpelah, ni kira community service la ni =p

nazrin: aah. contest siapa paling banyak guna produk kimia..=.=' oh, garnier best an =)

eju

ateeyqa asmadi! kulit awak putih bersih dan suci tanpa jerawat okey! xpayah guna produk pun xpe. u should be thankful =)

natural beauty what ;)

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino