My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

peminta sedekah
*gambar hiasan*


hujan turun rintik2..
along stop kereta kat tepi jalan & lepastu along keluar beli buah.
tiba-tiba, sorang pakcik tua, kurus kering, lap cermin kereta along dgn tuala lusuhnya.
beria-ia dia lap. mula2 cermin belakang, pastu cermin sisi, last sekali cermin depan.
aku yg ada kat dalam kereta terkejut & aku ingat pakcik tu kurang siuman.
so, lekas2 kunci semua pintu kereta.


lepas dia dah selesai lap cermin kereta along sampai kering, dia tunggu kat depan kereta.
along hulur duit, dia berterima kasih & pergi ke kereta depan pulak untuk lap.
macam biasa, dia guna tuala lusuh dia lap cermin.


dari jauh, aku tengok, pemilik kereta mewah tu bukak pintu kereta & hempas.
pakcik tua tu tertunduk-tunduk minta maaf, & gayanya seolah-olah berkata,
"maaf, encik. saya cuma mau cari makan.."
kereta tu pergi tanpa endahkan pakcik tu.


hati aku tersentuh melihat pakcik tu.
peminta sedekah yg lain cuma duduk di tepi jalan, meraih simpati. menadah tangan meminta wang. tapi pakcik tua yg kurus kering ni, fikir alternatif lain utk dapat wang yg halal. dia buat kerja, & tunggu jika empunya kereta mahu membayar. dia x meminta pun.


hulurkanlah wang kpd orang yg memerlukan
walaupun sedikit.



“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan
dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan
(ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.”
(Surah Al Hadid, ayat 18)
6 pendapat bernas:
fawh

tak boleh tengok orang orang mcm nih. nnti hati jadi sedih sgt. huuu. kalau aku kaya, aku nak sedekah banyak2 dkat dorang.

seriously., aku rasa pakcik tu lagi mulia., sebab berusaha lebih dari yang duduk menadah tangan tu.

tapi tak patot la pemilik kereta mewah tu buat macam tu.

even suspicious sekalipun., kesianilah pakcik tu. T.T

eju

fawh: cepat2 la fawh jadi kaya. hee =D

faiz: kan.......! ='(

salah satu peluang yang kita selalu terlepas ialah peluang untuk membantu orang.

if you think helping people is hard, try asking for help, and see if you can get any...

eju

huba2: true..

weyh,xbaik T.T

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino