My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

5 hari bercuti
28 november-1 disember, aku, mak, along, kaklong, umar & uzma gi ke langkawi. along & kaklong ada seminar kat sana, so aku & mak tumpang sekaki. thanks banyak2 kpd along & kaklong yg sponsor.
nanti lepas eju keje, eju pulak belanja =)


dulu aku pernah gi langkawi skali utk wilderness camp.
ingatkan langkawi ni cam bosan je. setakat dataran helang, coklat & pantai yg sama je mcm PD.
tapi rupanya byk tempat menarik yg aku belum lawat. =) jom cuti-cuti malaysia!


AHAD
baru je sampai kat portdickson dari lembah beringin pd sabtu petang, pukul 3 pagi hari ahad, mula bertolak dr PD ke langkawi slama 11 jam. pukul 2 ptg baru sampai. petang tu pegi ke tapak beras terbakar, shopping t-shirt & kain batik.


ISNIN

masa along & kaklong ber-seminar, kitorang yg lain ni merilekskan diri menikmati pemandangan. kereta ada, tapi aku x berani nak bawak.. petang lepas seminar abes, sempat gi tengok gamat je sbb hujan.

SELASA
along ponteng seminar sesi petang, & bawak kitorg gi taman burung, galeria perdana, shopping di beberapa tempat, & lastly, makan malam kat pekan kuah. taman burung paling best =)


RABU
along & kaklong ponteng terus last session seminar. ingatkan nak naik cable car pagi2 tu, rupanya hari rabu bukak pukul 12. disebabkan pukul 12 dah kena check out hotel & gi jetty, so kempunan la nak naik cable car langkawi. gi underwater world je lah. tapi best jugak. ada penguin jinak =)

& petang tu, lepas meninggalkan langkawi, gi kat perlis, padang besar.

OMG, padang besar tempat shopping
paling best gile nak mampus!


bertuah org perlis. baju-baju pompuan fashion cantik2, semua murah! kualiti dekat nak sama je dgn baju kat shopping complex mahal2. cardigan rm30, boleh dapat rm25 je. wedges rm19.50 je. handbag jenama versace, coach, dolce & gabbana, semua murah! (of kos la tiruan kan). tapi semua cantik2 weh! menyesal betul byk habiskan duit beli coklat kat langkawi T.T

KHAMIS
selepas bermalam di alor setar, pagi khamis pergi shopping di pekan rabu pulak. tapi padang besar masih the best. mak suka pekan rabu sbb banyak tudung fesyen kesukaan mak. pastu, on the way balik, singgah kuala kangsar, solat kat masjid ubudiah yg Subhanallah, cantiknye. & singgah kat istana perak yg selama ni tengok dalam textbook je =)



ok lah, 5 hari dah berakhir.
masa untuk study kuat pulak.
study, eju study! =)
2 pendapat bernas:
along

hari rabu tu bukan ponteng la...tu optional sbb diorang gi lawatan...x ikut pun x pe...

eju

oh, sorry2 =p

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino