My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

2010: sweet memories
disebabkan sudah jadi tradisi aku every akhir tahun, spt tahun 2008 & 2009,
aku akan post entri penggulungan utk tahun 2010 pula.(walaupun ekceli aku malas)
apa yg boleh aku simpulkan pasal 2010 ialah;

2010 is one of the
best years in my life


kenapa best? jeng jeng jeng..
hanya tuan punya belog saja yg tau =)


imbasan dari bulan ke bulan;

JANUARY

busy dengan preparation for bangsawan.



FEBRUARY

bulan yg penuh dgn pengalaman yg xkan pnah aku lupekan.


volleyball match. Student Council & House Captains Camp

JCN cooking comp & KIWEE banner competition.

MARCH
dikir barat & dance competition. pengalaman manis buat sapphire.

APRIL
house trip to pangkor! paling enjoy ah bercuti dgn kekawan =)


MAYbusy dengan AS exam.


JUNE

seniors batch 11 meninggalkan kyuem.='(

JULY
juniors batch 13 pula menjejakkan kaki ke ky..

AUGUST
10 ogos, umur aku mencecah 19 tahun. thanx kat kwn2 yg jadikan hari tu special buat aku =)



titanz reunion setelah dua tahun x berjumpa. gelak mcm org gile kat dalam kereta dgn hazy, saau, & lai. terbaik ah diorang ni =)


SEPTEMBER
minggu citra budaya. ptutnye aku masuk pertandingan pantun tp, unfortunately, PNB buat gathering & singgah KLCC. aku sempat masuk lawan topaz sahaja. alhamdulillah, menang. tp topaz ke peringkat akhir. well, they deserved it =)


raya aildilfitri =)
OCTOBER
evening with sapphire! bertemakan arabian night carnival.

NOVEMBER
family trip to langkawi. cuti2 malaysia yg awesome x)


DECEMBER
menghabiskan masa dgn family. & tetamu istimewa berkunjung ke rumah.


habis pasal 2010, aku sudah tak sabar menanti akhir june 2011.
tak sabar nak leave kyuem. nak melangkah ke tempat baru dan bersalji. insyaAllah =)
ramalan si paul

kelakar tengok akhbar indonesia yang tuduh malaysia guna dukun utk menang
& bubuh ubat gatal-gatal kat padang bola sepak bagi marcos gatal2 masa 1st leg ahad lepas.
ahahahaha =))


diorang guna gajah untuk menilik siapa yg menang.
alaaa percaya sgt ke gajah tu? si paul ni lagi popular.



aku rasa paul ni sebenarnya bukan penilik, tapi penyokong..
cayalah, paul! jom kita tengok bola malam ni, paul!
wee~ go malaysia! x)

pusing pusing, jumpa balik

justin timberlake pernah cakap kat i;

"what goes around, goes around, goes around,
comes all the way back around"


apa yang dimaksudkan oleh dia? you all understand tak?
mari tengok rajah 1 ye kawan-kawan..


baca ikut anak panah ye. kalau tak faham jugak, sini i eksplen.
kita perli orang. (anak panah atas) orang perli kita. (anak panah bawah)
mari tengok rajah nombor dua pula ye, kawan-kawan..


kita kutuk orang, orang kutuk kite.
ha, dah nampak dah? what goes around comes around kan?
cuba relate dengan kehidupan you all.. =)
tepuk dada, tanya dosa. wee~


jadi macam mana kalau kita tak kacau hidup orang?
"orang tak kacau hidup kita lah!" jawab si kawan-kawan.
pandainye kawan-kawan i ni.. fast learner la you all.. x)


"tapi kalau kita tak kacau hidup orang, tapi orang dok perli & kutuk kita,
macam mana pulak miss eju?" tanya kawan-kawan dengan muka curious.


itu.. kita kena rotate rajah-rajah di atas lah.
orang kutuk/perli kita, lama-kelamaan, kita kutuk/perli orang balik.
ha, faham dah?


"jadi, apa yg kita perlu buat, miss eju?"
tanya kawan-kawan sambil bergenang air mata.


oleh itu, kita break the cycle lah. kita jangan kutuk orang. jangan perli orang.
biarlah depa nak buat apa pun kat kita. sabar je lah.. =)


ada orang tanye, 'awak suka tengok bola ke?'
aku jawab, 'tak suka kalau xde pasukan nak sokong'


contohnye macam man u, arsenal, liverpool, spurs, etc tu.
tiadalah aku meminatinya. kerna tiada aku faham mengapa mesti sokong mereka.=.="
dan semangat jati dalam diri aku membuatkan aku menyokong 3 pasukan;

malaysia. negeri sembilan. sapphire.

especially kalau...
malaysia vs indonesia
negeri sembilan vs kelantan
sapphire vs topaz


wajib tengok! pasti hangat! x)


3-0 utk match harini. harimau malaya lawan garuda indonesia.
satu match lagi. malaysia, jangan bagi pecah telur okey! =)

specky
nak tau kenapa mata aku rabun?
taknak tau? ok, meh aku cerita.


pada suatu hari, tv3 menyiarkan cerita korea bertajuk winter sonata.
masatu aku darjah 6. aku suka gile kat citer tu.
hero dia, jun sang, pakai spec dalam citer tu.
aku rasa pakai spec nampak sangat cool.
lalu aku pun cuba sedaya upaya utk merabunkan mata aku.


malam2 lepas tutup lampu, aku baca novel yang tulisan dia kecik2.
masa lampu terbukak, aku tenung lampu lama2 sampai nampak 'fireflies' berterbangan.


sampaila suatu hari,
aku ngadu kat mak yg mata aku kabur bila tengok papan hitam.
mak ajak pergi cek mata.
buum! "adik rabun jauh. power 100". yes!
akhirnya impian aku tercapai untuk pakai spec.


tetapi, setelah sekian lama pakai spec sepenuh masa, aku rasa nerdy.
cerita "she's all that" yang disiarkan di tv2 membuatkan aku rasa nak ubah penampilan.
lalu aku pun pakai spec hanya bila perlu..


kesimpulannya,
tv memberi pengaruh yg besar terhadap manusia. =.="
tapi kan, aku suka sangat tengok preity zinta pakai spec.
hot gile..! kan? kan?



ni yang buat aku rasa nak pakai spec sepenuh masa balik ni. x)

produk kimia

sebagai sambungan previous post aku (yg mcm takde sape pun baca xDD)
aku nak share pasal sebahagian produk2 kimia yg aku pernah guna sejak dajah 5.
boleh jadi panduan kepada org lain yg nak pilih produk.


masa aku darjah 5, aku suka main kat luar tanpa pakai sunblock
(siapa yg pakai sunblock masa kecik2 pun kan) so lama2, kulit aku jadi mcm dark chocolate.
sejak tu, aku mula eksperimen produk2 kimia ke atas kulitku sendiri.
(tolong jangan contohi aku)



so aku pun mula bereksperimen dengan mak aku punya koleksi.
semestinya bedak cap nyonya. dan krim temulawak. tapi bila di-combine kan dua2 produk ni, kulit jadi kelabu. sebab tona kulit aku masa tu coklat gelap. bila campur putih, so jadi la kelabu. x)





first produk yg aku beli sendiri adalah olay total white.
kulit aku memutih secara drastik. dari hitam legam boleh jadi putih melepak, serius aku cakap. tapi disebabkan dia bagus sgt, aku jadi takut nak guna. so, aku beralih pada pond's. satu set. kulit jadi halus & sangat wangi. aku bagi lima bintang.




masa kulit halus mulus aku baru dicemari jerawat, aku jadi gelabah gile, lalu aku pun beli krim yg kononnya boleh hilangkan jerawat dlm masa 1 hari. clean & clear. penipu! tak hilang2 pun jerawat aku. oxy10 bagus, tapi selepas guna byk kali, jerawat aku jadi makin powerful. T.T





makin lama, jerawat aku makin membiak dengan jayanya.
maka, aku cuba guna sendayu tinggi sbb dalam surat khabar org ckp sendayu tinggi ni bagus gile. so, perabih la duit aku RM55 utk satu set ST yang kecik gile pakai seminggu dah habis dah. mula2 macam bagus. tapi lepas 2nd time beli, jerawat aku membiak balik sebab kulit aku dah immune. so aku masih ada 1 set dlm simpanan aku. kalau nak mintak je.




aku pernah beli satu set shurah pink ni.
facial wash, toner, & cream. tapi tak sesuai.
so kat bilik aku ada lagi 80% tak berguna.
kalau nak mintak aje.
krim shurah warna hijau ni bagus.
tak berminyak macam foundation lain.





dan skarang aku nak stay guna garnier.
garnier ni bagus digunakan bila kulit tengah takde jerawat.
klu guna masa jerawat tengah gelembung, makin sihat jerawat aku.
facial wash garnier yang bagus, yg warna biru tu. garnier pure. kulit rasa bersih gile lepas guna.



ini belum masuk lagi shampoo, ubat gigi, deodorant, jenama2 make up, etc.
klu nak komen satu-satu, sampai besok pun tak habis.
so konklusinye, jangan beli sebab tengok iklan. beli sebab ia berkesan.
oh, tapi aku mengidam nak beli SKII bila dah besar nanti x)

cantik

semua perempuan impikan utk jadi cantik.
kebanyakan lelaki juga impikan isteri cantik.
sebab mmg fitrah manusia sukakan yg cantik-cantik.
tapi macam mana kalau fizikal kita tak cantik?


kalau gemuk, belilah pil kurus, pegi kat london weight management, etc
kalau muka byk jerawat, belilah krim2 jerawat, krim itu krim ini.
kalau berkulit gelap, belilah fair & lovely, garnier, etc
kalau kulit dah nak berkedut pun, ada jugak! belila safi rania gold.


pendek cerita, kaum perempuan sentiasa di-pressure untuk jadi cantik.


even majoriti girls ada mentaliti yang,
kalau tak cantik, nanti takut tak kahwin & jadi andartu.
sebab lelaki zaman skarang dah la kuantiti makin sikit;
yang berkualiti pun makin sikit..


wahai kawan2 sejantina,
buat apa kisah pandangan orang? buat apa seksa diri sendiri?
biarla orang nak rasa kita cantik atau tak. asalkan kita sendiri rasa kita cantik.
lagipun cantik luaran tu cuma sementara. dalaman lebih penting.
dan pasti ada seseorang yg nampak kecantikan tu. =)
Tuhan mesti dah tetapkan yg terbaik utk kita..


p/s: entri yg mcm menasihati diri sendiri sbb selalu tertipu beli produk macam2.T.T
is the dream real?

selalunya, kita akan bermimpi pasal orang yang kita kenal.
sama ada kawan rapat, kawan tak rapat, crush, mak, ayah, abang, kakak.
tempat dalam mimpi tu juga tempat yg familiar. sama ada sekolah, kolej, rumah,
atau tempat yg kita pernah pergi.


tapi, sangat jarang-jarang,
kita bermimpi pasal orang yg x dikenali. org yg x pernah kita ketahui.
tempat dalam mimpi tu pula tempat yang kita tak tahu. tempat yg tak familiar.
adakah seseorang tu hanya subconscious mind kita yang reka,
atau dia benar-benar wujud dalam real life?


dan walaupun selepas kita terjaga,
kita ingat SETIAP butir dalam mimpi tu dengan cukup jelas.
& mimpi tu kekal dalam ingatan selama bertahun-tahun lamanya.


itulah yang terjadi pada aku.


bermula masa aku sekolah rendah. aku mimpi seseorang yg x dikenali.
aku tercari-cari orang tu. beberapa taun lepas tu, aku mimpi orang yg sama.
sampai sekarang, aku dapat dalam 4-5 mimpi pasal orang ni.
mimpi terakhir, beberapa hari lepas.


macam, aku membesar dalam rangkaian mimpi mengenai orang yg sama.
orang tu turut membesar macam aku.


aku x tahu kenapa aku fikir banyak sangat pasal ni.
dia cuma rekaan subconscious mind aku.
tapi bagi aku, dia macam memerhati aku dari kecik sampai skarang.
sounds creepy. tapi, somehow, aku rasa mcm nak terus bermimpi.
mcm dalam cerita inception. haha =)
pelik kan.

indon.tlg jaga adab ye =D

oh, tergerak aku utk menulis pasal isu ni lagi lepas baca blog eyi.
walaupun aku macam malas nak ambik kisah sbb buat sakit hati je, tapi, aku nak tulis jugak sebab aku sungguh tak berkenan nengok cerita Alisa kat TV3 yg mak, abah, serta umar suka sangat tengok hari-hari & tak pernah miss =.="


rasanya semua org pun dah tau pasal indon yg kena denda AS$5000 sbb biadap sgt xmau hormat lagu kebangsaan negara jiran. tulah, len kali jaga la adab ye =)


sungguh tak faham kenapa benda kecik kenonit yg kononnya malaysia curi dari indonesia nak dibesar-besarkan sampai berak atas bendera malaysia, & bakar sampai hangus. duhhhh... common sense la kan, budaya kita SAMA sbb datuk nenek moyang kitorang yg berasal dari indonesia yg turunkan pada ktorg. sama jugak macam kaum cina & india yg bawa budaya dari china & india ke malaysia. duhhh! =D


dah orang indonesia x mau promosi habis2 budaya diorangg tuh,
pastu malaysia mempopularkan budaya tu, barula nak mengaku budaya mereka.
haduyai, kelakar lah =))


lagu kebangsaan tiru lagu terang bulan?
Wallahualam, aku pun taktau betul ke tak.
tapi kalau betul pun, rileks suda. bukannya popular sampai ke hollywood pun lagu terang bulan uh sampai nak marah-marah. =D


cuma nak memberitahu pandangan aku.
aku rileks je pasal isu ni sbenarnye.buang masa je nak besar2 cerita.
biarlah orang indonesia syok sendiri ganyang kita.
kita? kita bahagia je layan cerita Alisa mengada-ngada & cerita Dongeng indon kat TV3
kahkahkah! =D

tadi, along hulur kat aku sekeping surat yg along jumpa. ingatkan sape la yg tulis.
rupanya surat tu aku tulis masa aku sekolah rendah kepada girlfriend along waktu tu.
(yg kini dah jadi isteri along)


______________________________________

"Hello kak mar saya Haizu nak tahu tak along suruh Haizu hantar kat kak
mar. Haizu tengok kak mar rambut panjang lawah rupa kak mar tapi sekarang
dah rambut pendek simpanlah balik rambut panjang ya. Masa kak mar cuti
kak mar buat apa? Masa dulu Haizu lukis gambar kak mar asyip tak jadi sahaja
selepas itu baru jadi. Masa petang Haizu dan kakak main badminton. Kalau
Haizu dapat nombor 1 Haizu nak hadiah basikal dan berhenti main badminton.
Hobi Haizu melukis dan bermain basikal. Hobi kak mar apa? Terima kasih
banyak-banyak kerana bagi kad hari jadi tu. warna kak mar suka warna apa?
Itu sahaja yang Haizu tahu tulis."

________________________________


OMG, cute gile. asal aku cute sangat masa kecik2 eh? =D
siap ade lukisan orang main badminton kat bawah tu.
hahah.. cute kan? cute kan? xpe, klu anda x jawab pun, sy tau sy cute masa kecik x)

perasaan 'menyampah'

*komik dicilok dari paancreative*


pernah rasa menyampah x? tipu gile kalau jawab x penah.
semua orang pernah rasa menyampah. or annoyed.


bagus ke x eh perasaan tu?
walaupun aku juga pernah rasa menyampah, bagi aku perasaan ni x bagus.
bile menyampah, its either:

1-kita pendam perasaan tu sampai spoil mood, sedangkan orang yg
sedang di-menyampah-kan itu happy je dgn hidup dia.
2-kita ter-cerita kat orang perasaan menyampah itu, sampai terjadilah
sesi umpat-mengumpat. ish ish ish


pesanan kepada diri sendiri juga org yg membaca,
len kali, kalau ada rasa menyampah kat seseorang,
beristighfar & fikir benda2 yang boleh distract kite dari perasaan tu.
serius, hidup akan terasa lebih happy & suci bila kita tiada simpan rasa negatif pada orang lain.
senyum, dan bersangka baik pada semua orang =)

si penyibok!
ini binatang kan, suka sangat menyibuk dekat aku.
bila aku tidur, dia jilat jilat rambut aku.
bila aku makan, dia gesel2 kepala dia dekat aku.
bila aku nak buat homework pon, suka hati dia je gi baring atas homework aku.
dia ingat tikar piknik ke ape?
=.="



seb baik la muka kau comel.
sabar je lah x)

peminta sedekah
*gambar hiasan*


hujan turun rintik2..
along stop kereta kat tepi jalan & lepastu along keluar beli buah.
tiba-tiba, sorang pakcik tua, kurus kering, lap cermin kereta along dgn tuala lusuhnya.
beria-ia dia lap. mula2 cermin belakang, pastu cermin sisi, last sekali cermin depan.
aku yg ada kat dalam kereta terkejut & aku ingat pakcik tu kurang siuman.
so, lekas2 kunci semua pintu kereta.


lepas dia dah selesai lap cermin kereta along sampai kering, dia tunggu kat depan kereta.
along hulur duit, dia berterima kasih & pergi ke kereta depan pulak untuk lap.
macam biasa, dia guna tuala lusuh dia lap cermin.


dari jauh, aku tengok, pemilik kereta mewah tu bukak pintu kereta & hempas.
pakcik tua tu tertunduk-tunduk minta maaf, & gayanya seolah-olah berkata,
"maaf, encik. saya cuma mau cari makan.."
kereta tu pergi tanpa endahkan pakcik tu.


hati aku tersentuh melihat pakcik tu.
peminta sedekah yg lain cuma duduk di tepi jalan, meraih simpati. menadah tangan meminta wang. tapi pakcik tua yg kurus kering ni, fikir alternatif lain utk dapat wang yg halal. dia buat kerja, & tunggu jika empunya kereta mahu membayar. dia x meminta pun.


hulurkanlah wang kpd orang yg memerlukan
walaupun sedikit.



“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan
dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan
(ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.”
(Surah Al Hadid, ayat 18)
ulat buku
masa darjah 6, aku rajin gile study. buku latihan tak terkira banyaknye.
tapi.. kenapa eh, makin besar makin malas? =.="


dulu, aku pegang pada prinsip, 'my bestfriend is a book'.
masa makan ada buku, masa tidur ada buku, masa jalan pun ada buku.
azam baru aku awal muharram ni, aku nak pegang balik prinsip ni. =)


bila dah start buat homework ni, aku rasa geram sgt sbb x reti nak buat.
empat papers je lagi. further math pure, further math applied, physics paper 4 & 5.
alah empat je. UPSR pon lagi banyak paper.
tapi, keempat-empat paper susah gile nak mati! =.="


so, eju, inilah hikmah takde bangsawan. hee =)
aku nak study kuat-kuat-kuat-kuat! by the time april, kena master semua papers.
universiti semua kedekut taknak turunkan requirement. so kena dapat A A!
insyaAllah, boleh punye. klu Faiz Zulbadli boleh, why can't I? (tetibe)
nothing is impossible =)

baby baru

Alhamdulillah, aku dah dapat anak buah ke enam! baby boy =)
tahniah kpd angah & kakngah.. zaim yg comel dah jadi abang dah skang.
nampaknye tahun depan kena save duit lebih utk bagi duit raya kat diorg. hee


5 hari bercuti
28 november-1 disember, aku, mak, along, kaklong, umar & uzma gi ke langkawi. along & kaklong ada seminar kat sana, so aku & mak tumpang sekaki. thanks banyak2 kpd along & kaklong yg sponsor.
nanti lepas eju keje, eju pulak belanja =)


dulu aku pernah gi langkawi skali utk wilderness camp.
ingatkan langkawi ni cam bosan je. setakat dataran helang, coklat & pantai yg sama je mcm PD.
tapi rupanya byk tempat menarik yg aku belum lawat. =) jom cuti-cuti malaysia!


AHAD
baru je sampai kat portdickson dari lembah beringin pd sabtu petang, pukul 3 pagi hari ahad, mula bertolak dr PD ke langkawi slama 11 jam. pukul 2 ptg baru sampai. petang tu pegi ke tapak beras terbakar, shopping t-shirt & kain batik.


ISNIN

masa along & kaklong ber-seminar, kitorang yg lain ni merilekskan diri menikmati pemandangan. kereta ada, tapi aku x berani nak bawak.. petang lepas seminar abes, sempat gi tengok gamat je sbb hujan.

SELASA
along ponteng seminar sesi petang, & bawak kitorg gi taman burung, galeria perdana, shopping di beberapa tempat, & lastly, makan malam kat pekan kuah. taman burung paling best =)


RABU
along & kaklong ponteng terus last session seminar. ingatkan nak naik cable car pagi2 tu, rupanya hari rabu bukak pukul 12. disebabkan pukul 12 dah kena check out hotel & gi jetty, so kempunan la nak naik cable car langkawi. gi underwater world je lah. tapi best jugak. ada penguin jinak =)

& petang tu, lepas meninggalkan langkawi, gi kat perlis, padang besar.

OMG, padang besar tempat shopping
paling best gile nak mampus!


bertuah org perlis. baju-baju pompuan fashion cantik2, semua murah! kualiti dekat nak sama je dgn baju kat shopping complex mahal2. cardigan rm30, boleh dapat rm25 je. wedges rm19.50 je. handbag jenama versace, coach, dolce & gabbana, semua murah! (of kos la tiruan kan). tapi semua cantik2 weh! menyesal betul byk habiskan duit beli coklat kat langkawi T.T

KHAMIS
selepas bermalam di alor setar, pagi khamis pergi shopping di pekan rabu pulak. tapi padang besar masih the best. mak suka pekan rabu sbb banyak tudung fesyen kesukaan mak. pastu, on the way balik, singgah kuala kangsar, solat kat masjid ubudiah yg Subhanallah, cantiknye. & singgah kat istana perak yg selama ni tengok dalam textbook je =)



ok lah, 5 hari dah berakhir.
masa untuk study kuat pulak.
study, eju study! =)

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino