My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

motivasi diri
best jugak layan lagu2 lama dalam laptop ni.
lagu miley cyrus ni dengar byk kali pun x bosan =)
sambil bayangkan diri aku sebagai caterpillar yg huduh tp agak cute.


caterpillar in the tree,
how u wonder who you'll be,
can't go far but you can always dream
wish you may and wish you might

don't you worry, hold on tight

i promise you, there will come a day,

butterfly fly away..... =)





boleh ke?

university choices tiga aje.
yang tiga2 tu, requirement tinggi.
personal statement aku lak cam hampeh je aku tengok.
baca orang lain punya ps punyelah gempak.
dah la english aku tunggang langgang lagi.
boleh ke x fly ke uk ni nanti? ='(


sem exam minggu depan. perlu study kuat! =.="

senyum & tangis

kadang-kadang,
kita senyum dan menangis bukan untuk diri sendiri
tapi untuk orang lain.


sbb bila kita ada perasaan ambil berat & kasih pada orang tu,
kita x sanggup untuk lihat dia sedih,
tapi gembira bila lihat dia ketawa.


dan kalau boleh,
kita rasa macam biarlah kita yang pikul beban yg dia rasa tu.


walhal kita sendiri pun sebenarnya x mampu..
kasut tumit tinggi

girls dan kasut tumit tinggi memang sebati.
heels menggambarkan style, elegance, poise, beauty, feminine.
tapi ramai jugak girls yg x suka pakai heels & prefer flats.


aku?
aku dulu masa skola menengah aku suka pakai heels.
pegi skolah hari2 pakai heels. itu semasa tinggi aku belum mencecah 161+ cm.
lepas aku meninggi, aku dah hilang rasa syok pakai heels sbb aku over tinggi bila pakai.
i'm not like katie holmes =p


ruginya. kalau la aku rendah.. dah lama aku impikan sume kasut ni. cantiknya...T.T



mimpi je lah kan. klu nak beli, tak mampu.. x)


oh, tapi kan;
heels ni x elok untuk kesihatan

hanya ingin share dengan korang,
heels direka utk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang hingga spina dan pinggul tkeluar drpd kedudukan asalnya & timbulkan masalah kesihatan not only kpd kaki tetapi keseluruhan badan.


heels klu dipakai terlalu lama boleh sebabkan kencing x lawas, masalah blakang dan tulang pinggul. ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan. pemakaian heels selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles jadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.


secara jujur, melalui experience,
betul, aku kena sakit belakang, sakit kat betis, tumit.
dan beberapa efek yang lain. tapi x lah noticable sgt. lepas jalan lama je.


so, vote for flats, girls.
especially tall girls. we are naturally blessed with height, right ;)
alkisah sales assistant

klu shopping dekat Billion & The Store kat PD,
tempat yg paling aku rasa berat hati nak singgah adalah tempat barang2 kosmetik.
klu nak beli facial foam and shampoo, aku sembar produk yg aku nak, pastu trus lari.
sebab, kat kawasan tu, ada banyak sales assistant yg suka menegur jerawat orang.


gambar hiasan


tadi, masa aku nak gi amek garnier facial foam,
minah sales assistant datang kat aku.


"ee..adik taknak cuba safi ke? cuba la safi.
boleh hilangkan jerawat adik tu. besar tu."



dia cakap sambil cucuk-cucuk pipi kiri dia, iaitu kawasan di mana jerawat aku tumbuh.
cara pandangan dia & intonasi dia & body language dia,
membuatkan aku rasa offended & ingin menjauhi produk safi selama-lamanya.


moral of the story is; secara umumnya,
jika ingin menegur keburukan/cacat cela/kesalahan orang lain.
perlian atau ayat direct boleh mengecikkan hati orang. be nice & humble. pple will listen. =)


p/s: aku dah penah try safi, the whole set. tapi x berkesan, bazir duit jek. garnier lagi bagus =D

bigger family

pada zaman aku darjah 4, family photo aku masa aidilfitri ada tujuh orang je.
xyah nak letak kamera jauh-jauh pasal muka semua orang boleh muat.


masuk darjah 5, along aku kahwin.
dan selepas tu, dapat pula anak buah,
alang pulak kahwin, dapat anak jugak,
pastu angah kahwin, pun dapat anak.


every year,
bertambah orang dalam family photo.
next year, tambah sorang lg sebab kakngah aku tgh pregnant =)
muka masing2 pun dah makin kecik dlm photo pasal kamera
kena letak jauh2 utk muat muka semua org.



bukan senang nak dapatkan the most perfect family photo
sebab susah nak suruh kanak2 & baby utk pandang kamera.



tapi, bagi aku, family photo yg paling perfect ada dalam memori ingatan aku.
1000 megapixels, x pernah lupus, x pernah di-erase. =)


i love them~ =)


& to readers (if any),
salam aidilfitri,
maaf zahir batin.
spidergirl
"busu! kenapa busu pakai subang labah-labah kat telinga?"
tanya umar.

"sebab busu adalah spidergirl," jawab aku.
haram sebab aku semangat sapphire-rumah kat kyuem yg berlogokan spider.

"tipu. klu busu spidergirl kenapa busu kuat tidur siang?" tanya umar

"sebab malam-malam busu pergi selamatkan orang" aku jawab

"eleh.. klu busu spidergirl kenapa busu bangun lambat?" tanya umar lagi

"kan busu selamatkan orang sepanjang malam.
sbb tu la busu selalu ngantuk pagi-pagi"


"eleh..kita taknak percaya. dulu busu tipu kite yang busu ada kuasa bebola api.
pastu busu superhero, pakai baju pink macam power rangers.
dah dua kali busu tipu kite."


=.="


moral of the story: jangan tipu budak2 6 tahun. diorang dah boleh berfikir. x)



"eju, pegi amik surat kat posmen!" jerit mak


aku berlari-lari anak sambil tersenyum lebar penuh yakin bahawa surat yg dibawa posmen tu adalah kad raya untuk aku. sebaliknya, surat bil telefon, surat bil astro, surat indahwater, & surat saman.


oh, kecewa lagi T.T


ini semua fesbuk punya pasal la.
upload gambar kad raya download dr tenet, pastu tag ramai2.
habis cerita. jimat duit. jimat dakwat pen.
tradisi berbalas kad raya makin lupus ditelan zaman.




xpun, forward mesej raya kat ramai2 kwn melalui sms.
sekali dapat 3 mesej yg sama dari org yg berlainan.
sape yg tiru mesej sape? wallahualam.
yg penting, aku punya mesej sentiasa original x)


Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino