My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

anak-anak merdeka
tarikh: 31 Ogos 1945


"eju, saya kena pergi berperang. demi anak2 kita, demi generasi masa depan"
kata ashraf muslim, suamiku sambil mengemas begnya.


"tapi, bang..!" aku jerit sampai tersembur setitik air liur.


"xde tapi-tapi. ini muktamad. saya nak menyelamatkan anak bangsa!"


lalu ashraf muslim berlalu pergi sambil aku terjatuh melutut lalu menangis teresak-esak.. ashraf muslim jalan terus tanpa menoleh ke arahku sebab dia pun menangis jugak sebenarnya, tapi mahu control macho. aku menangis hari2 dirumah memikirkan nasib suamiku.


suami eju terkorban dlm peperangan terhadap penjajah,
namun, nama ashraf muslim tidak di-mention di dalam mana2 textbook sejarah.

______________________________________

tarikh: 31 ogos 2010


"esok cuti merdeka!" jerit adnan.

"cuti boleh tidur, tengok movie, buat homework" sahut hassan.

"ala, jom la gi tengok konsert merdeka malam ni. countdown.
pastu ada bunga api. mesti banyak awek yg turun!" ajak adnan.


_______________________________________

bandingkan dua senario ini.
dan lihatlah betapa kasihannya dekat ashraf muslim yg sanggup berkorban
demi kesenangan generasi kita pada hari ini yg boleh idup selesa.


kasihan juga dekat pejuang2 kemerdekaan yg lain.
di manakah rasa bersyukur kita? dimana penghargaan kita atas jasa mereka? T.T
talam dua muka
pengumuman kepada SEMUA,
saya jenis yang open untuk kritikan.
klu ada salah silap atau ketidakpuashatian, bgtau straight je kat saya.
saya dalam proses belajar. saya tak tahu apa yg awak fikirkan unless awak bgtau sy.
saya boleh terima & akan cuba utk improve-kan diri. seriously.
saya x makan orang lah.
=)


tapi saya sungguh pelik.
kenapa wujudnya talam dua muka?
depan2 senyum je, belakang2 kutuk.
come on la der, x main la mengumpat2 ni.
=p


muka cantik, tapi kuat mengumpat.
ruginya.. saya doakan awak berubah =(

iftar bersama titanz

ari sabtu, sebaik selepas kelas;
terkejut aku tengok kawan2 skolah lama aku, ayne & uzira ada kat foyer kyuem.
diorang dtg sbb nak jemput kami budak2 kys yg ada kat kyuem pegi reunion kat ampang.
lalu aku pun ikut skali join. =)


x menyesal aku pegi reunion walaupun before this aku pnah tfikir yg
aku xnak pg reunion sampaila da kahwin nnti. haha x)




sonok jumpa kawan2 lama especially hazy, saau, & lai yg buat aku tergelak gaban.
hazy still x berubah dgn lawak2 selamba dia yg xleh blah tu..
lai dgn keganasan dia walaupun bila cakap dgn boifren..
saau dgn aksi2 unik dia yg dah pandai sebut the 'A' word.

iftar yg sgt seronok bersama kawan2 lama~ x)




beberapa drpd kami akan terbang tidak lama lagi.
x sangka bgitu cepat masa berlalu. masing2 dgn path masing2.
sedangkan dulu, kami semua struggle bersama2 utk PMR & SPM.
oh, cpat btul masa berlalu. =)



titanz0408~

penindasan umat Islam

sedih bila tgk video ni. bila baca komen2 kat youtube tu, lagi rasa sakit hati >='(


betapa kesalnya aku rasa bila betapa aku tidak ambil tahu pasal nasib umat2 Islam.
apa yang aku buat dengan internet hari2? facebook, skype, blogger. astaghfirullahulazim =.="


aku yakin, mesti ramai lagi yg macam aku.
klu ditanya,


"kenal michael jackson?
yg masuk Islam?"

"kenal.."


"kenal marwa el-sherbini yg
dibunuh sbb dia seorg Islam?"

"err.. "


kita lalai sangat dgn kisah barat. kisah artis. kisah politik tempatan yg corrupted.
sedangkan saudara2 kita yg merana, kita x ambil kisah pun. nak tolong, lagilah x berdaya.
kat selatan thailand pun berlaku penindasan. kita pulak seronok pergi melancong & shopping kat thailand. haram sebelah negara kita je kan. isk ='(


petikan artikel:

"Penindasan umat Islam kini berada di mana-mana. Kami yang berada di UK sebenarnya turut merasai sikap perkauman yang diamalkan oleh warga Britain ini. Sebuah akhbar Islam di UK, pernah melaporkan lebih 50% pelajar Islam di sekolah-sekolah seluruh UK mengalami pengalaman dicerca dan diejek dengan bahasa perkauman dan kebencian kepada Islam.

Anak saya sendiri pernah mengalaminya ketika berada Wales dan juga di Leicester. Tudung yang dipakai oleh anak perempuan saya pernah diejek budak lelaki tahun 5 sebagai ‘ayam'.! Cermin tingkap rumah seorang rakan saya pernah dibaling batu oleh beberapa orang budak sekolah, demikian juga cermin belakang kereta MPV Honda saya yang pecah akibat sifat perkauman ini."

baca lebih lanjut di sini: [link]
productive weekend
term 'productive weekend' biasanya digunakan oleh students ky menggambarkan diorg guna masa sebaiknya dgn study. tapi kalini, sy gunakan masa sebaiknya bukan utk study, tp utk pegi program MYC (Muslim Youth Camp) =)




Alhamdulillah, banyak yg saya dpt dr program ni..
cara kak azah & kak madihah sampaikan ilmu mereka sgt berkesan.
& kami terkesan =)


namun, banyak gile sebenarnya yg saya perlu ubah.
mungkin dr segi fizikal, sy masih eju yg dulu,
tapi, insyaAllah sikit demi sikit sy kuatkan & ikhlaskan hati, & lengkapkan diri dgn ilmu2 Islam.
& sy perlukan kawan2 utk terus membimbing sy =)


semoga MYC tahun depan lebih ramai lg muslimat yg memerlukan perubahan menyertainya.
bukan cuma muka2 yang sama. perluaskan dakwah~ =)
one step closer
Alhamdulillah,
I am one step closer to Imperial College London =)



semoga aku berupaya utk terus melangkah.
sehingga kaki aku jejak ke tanah Imperial. amin..


tetapi Allah itu Maha Mengetahui, & Maha Adil.
kegembiraan pasti ditimbangi dengan kesedihan..
satu nikmat diberi, nikmat yg lain ditarik..
yg penting, semua yg berlaku pasti ada hikmah..


kpd yg berjaya, congratz,
kpd yg belum bjaya, anda pasti akan berjaya akhirnya.
InsyaAllah. =)
nineteen.

tepat jam pukul 12 malam menandakan masuknya tarikh 10 ogos 2010
aku kini bergelar usia emas bagi belasan tahun. tua nya =.="


19
the last teenage year. in my life.


& thanx to sahabat handai yg buat arini spesyel bg aku x)
tepat pukul 12, aku di-bash dengan air kosong & belon air (alhamdulillah!)
mungkin kerana dah puas bash junior petang sebelum tu. hahah



& kekawan aku gak arranged a surprise bday party utk aku. awwww~ =)
tapi x surprise sbb petbro & petsis aku da bgtau awal2. hahah
thanx semua, termasuk tipah yg menjadi dalang semua ni. keh keh x)



aku dapat parcel dari orang jauh =)
ada baju, keychain chomel, & card yg sweet gaban dlm tuh.
petfamily aku plak bagi cards & teddy bear,
yg aku namakan sbg 'Samy'; gabungan nama 'Safuan' & 'Amy' =)



thanx korang sbb sanggup celebrate bday org tua ni. heee~ xoxo
The Pinky Detectives
from left: Agent 05, Agent 04, Agent 01, Agent 02 and Agent 03


Tadi, ada Evening With House- Garnet.
Theme dia, The Curse of Catherine Rosetti..
kitorang semua boleh form kumpulan utk tolong detektif solve kes pembunuhan catherine.. & aku, tipah, kira, ayesha, and finaz, bergabung lalu membentuk...


The Pinky Detectives!


kitorang yang paling awal masuk rumah hantu utk cari clue, so, kitorang ambik masa lebih 10 minit dalam rumah hantu tuh. kelakar gaban. hantu2 semua friendly! haha.. Ju-on siap tanya kitorang, "takut tak?". pastu dia joget hepi sebab kitorang terkejut. haha, comel xD


then, ada lima booth, kena buat semua task utk dapat clues.
aku masukkan tangan dalam cacing dua kali sebab first attempt x berjaya.
x sangka aku sanggup masukkan tangan comel aku dalam mende alah jijik ni x)


kitorang salah teka pembunuh sebab, kitorg ingat pembunuh dia mesti bukan org yg obvious.
hujah2 kitorang actually masuk akal gak ar, tp aku tergagap bila cakap atas stage. adehh =.="


xpelah, yg penting we had fun kan, pinky detective agents? x)




Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino