My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

shopping styles
bak kata hazieyati jamil,

"kalau nak kluar shopping, kena cari kawan yg sama
shopping style. klu x, shopping konfem x puas"




style aku, aku xkan beli something yg aku rasa x worth my money.
aku sanggup pilih baju sampai ber jam-jam, & akhirnya beli sehelai baju je,
tapi aku rasa puas gile sbb aku takkan menyesal pilih baju tersebut. =)
(kiranya, aku ni x lah boros sangat pun. kot? hee)
& aku suka bau baju baru! emm... nikmat =D


semalam, aku kuar shopping ngan tipah.
sama shopping style dgn aku.

kitorang berjalan enam+ jam non-stop!
cuma berhenti skejap utk makan & solat.
& kitorang decided utk x tengok wayang,
sbb nak gunakan masa SEPENUHNYA utk shopping.


& harini, aku & tipah dua2 sakit2 badan. shopping punye pasal. =.="


setahun dah

semua yg aku dah lalui tahun lepas,
skarang aku tengok orang lain pulak lalui benda yg sama..
perasaan ni lain. macam rindu, tapi hepi sbb da abis.


BA dulu aku tolong hias. CP aku tlg buat props & backdrop.
kpd yg cakap props kitorang x lawa, tengok last scene la. pelamin lawa kut x)


& ada blood donation jugak.
tapi tahun ni aku dah taknak derma.
walaupun ada orang2 yg cakap
'ala.. mcm kena gigit semut je..'
aku dah xnak percaya. sakit gile kot! =.="


entri tahun lepas: [klik]
why do we fall in love?


"OMG, hensemnya that guy.. i cop dia ok"

terdengar sayup2, girls berbisik2.


semestinya normal utk umur2 remaja camgitu menggedik, mengusha & mengesyok. tapi sebagai manusia berbangsa melayu & beragama islam, kita dididik utk tidak over, ya kawan2. x) bisik antara girls je xpela, jgn sampai berlari lari anak mengejar 'that guy'.


makanya, saya selidik;
kenapakah manusia mudah jatuh cintun?



ada chemicals dalam badan rupanya yg jadi dalang semua ini. cis!
tu la penyebab kenapa korang selalu angau & jiwang.
memang bukan salah korang ya. hahak =D


tapi apart from these hormones, kita ada otak & akal utk mengawal badan kita.
so, cinta kepada Allah paling utama, & studies jangan dilupakan.


& semua org harus faham yg;
manusia mmg x boleh lari dari perasaan 'love' ni..
cuma pandai2 kawal & jgn sampai 'love' bertukar 'hate'.
terutamanya kasih sayang dlm persahabatan.


hargai teman, hargai perasaan sayang. =)


OMG, asal aku jiwang nih? jahat la hormon! xD
watusi!

dah seminggu dah induction week berlangsung,
& aku xtau nape aku rasa 'ala... da habis ke...'


aku suka group yg aku jaga. group 6, watusi!
walaupun aku slalu ponteng morning exercise & jarang gi tengok team building, tapi diorang da macam adik2 aku sendiri. chewah. gile tacing an. tapi, diorang best ar, friendly. fathin, sara, arina, saf, hazman, amal, arina, shauqi, li fang, dan kunkun jr.


lagipun, time induction ni la baru aku start borak lebih sikit dgn beberapa org.
laili & afiq anuar especially. klu xde induction, sampai kluar ky kot aku xkan bcakap ngan afiq anuar. hahah..


& my johari window was better than last year
kira, omar, & hani. masing2 ada cabaran hidup yg lebih besar dr yg aku sangkakan.
& aku bersyukur jadi diri aku & dpt jadi pendengar luahan diorg.
=)


semoga BA pon best jugak ye, plis. x)
coklat bukan cokelat


kadang kadang, dalam kehidupan kita ni, kita salah menilai benda.
ada yang nampak cantik di luaran, nampak perfect, macam coklat. rupa rupanya, ia adalah campuran budu, belacan mentah, & sos cili api. & x sesedap cokelat yg dibayangkan


nasib baik bukan aku yg kena makan mende alah tu.
aku & afiq anuar ditugaskan utk jaga checkpoint 'fear factor' kat DH.
sonok tgk diorg minum air tu x)
sampai ada sorang ni muntah2. isk kesian!



don't do this at home.


tapi kalau nak rasa, campurlah 3 mende tu
bau dia menyelerakan. serius. =D
oh juniors
juniors group 6 induction best. mereka comel. aku suke x)
tapi malangnye sorang je sapphire =.=" yg comel2 sume garnet & topaz.
ish, x baik betul nilai dr paras rupa. hahah.. sapphire juniors pon best gak ah after taklim smlm. nampak ada potensi & bersemangat =D


btw, masa support & trust, aku berjaya menggerakkan beberapa org.
bangga sbb addin meneruskan idea aku utk masukkan sorg budak dlm toilet girls. haha x)
tapi, tula, dah niat x baik kan, kaki aku berdarah ditendang oleh sorg budak. huwa =.="


ni kaki org lain. kaki aku cuma kuku je darah. hehe


semoga sapphire juniors menang interhouse games eh! =)
weeee~
nama aku bolos
nama aku bolos. aku xtau sapa mak bapak aku. aku anak terbuang.
Alhamdulillah la ade 1 family yg baik nak jadikan aku anak angkat.


aku rasa umur aku ni da sesuai sgt utk kahwin. tapi xde sapa nak kat aku..
perut aku agak buncit. tp aku rasa muka aku boleh tahan hensem.
tapi jiran sebelah aku tu jantan. nak ngorat pun, mana boleh buat hubungan songsang. dosa besar.


one day ni ada awek cun dtg rumah aku. dia tinggal sini seminggu.
dia asyik duk online je hari2. skali skala aku tinjau gak dia buat apa dengan laptop tu.
rupanya chatting ngan lelaki mana ntah. tetibe darah aku berderau. jeles.
aku pun baring depan dia buat aksi menggoda.



& aku dah terima hakikat yg kami tidak sehaluan.
aku kucing gemuk & comel. tp eju manusia yg cun. T.T


nota dr pemilik blog: bolos ni kucing along aku yg suka sgt kacau aku online =.="
doa seorang kanak2
*gambar hiasan*


lepas habis solat maghrib, umar, anak buah aku yg berusia 6 tahun doa dgn bersungguh sungguh. kumat kamit mulut dia & terpejam-pejam mata dia.


lepastu, mak aku pun tanya, "umar doa apa tadi?"


umar jawab; "umar doa semoga umar menang
pertandingan colgate, dutch lady, dgn milo"



aku menyampuk, "banyaknye pertandingan umar masuk?"


"a'ah. kite masuk pertandingan mamee jugak, tapi kita tak doa sebab dah kalah"
aku dgn mak pun gelakkan umar


tapi aku masa kecik, doa lagi x logik dari umar.
aku doa semoga aku bertukar jadi kartun & masuk dlm geng ash dalam crite pokemon.
siyes, x tipu. aku suka gile kat ash dulu. my childhood crush =.="


cabut gigi susu

gigi susu umar dah mula goyang.
muka umar dah mula cuak bila mak aku volunteer nak tolong cabut.
tapi dia bajet macho je, sbb dia minat christiano ronaldo.


teringat zaman dulu2, masa nak cabut gigi2 susu aku.
mak aku mmg seronok nak tolong cabutkan. tapi aku xmau. aku nak buat sendiri.


cara nombo 1#

cara ni abang aku yg cadangkan. aku penah nak try, tapi aku teragak agak nak tutup pintu.
last2, x jadi. aku cabut balik benang dr gigi.


cara nombo 2#
cara ni memang berkesan lagi2 bila gigi dah longgar habis.
tapi lepastu, berak keras. sembelit.


cara nombo 3#


doktor guna gergaji dalam mimpi aku je. hakikatnya, doktor gigi mmg baik.
masa dia masukkan tangan dia dalam mulut aku, aku muntah sbb xtahan dgn bau sarung tangan dia. dia rileks je, siap tolong bersihkan muntah aku lg.


cara nombo 4#


tapi selalunya aku x berjaya cabut gigi sendiri.
& aku gi kat mak, buat muka malu2. "mak, cabutlah mak. eju takut"


pegang apa?

setelah merayau di blog2 random, entah sape punye blog, aku pakai baca je.
lalu, terjumpa 1 blog yg letak gambar gadis btudung pegang khinzir. dia cemuh2 pmpuan itu.
dan terdapat sebijik komen menarik,


"mana lagi teruk? pegang babi atau pegang tangan boyfriend?
kalau pegang babi boleh samak.
tapi pegang lelaki, mana boleh samak"



lalu pemilik belog itu pun mengiyakan.
tapi bg aku, sebaiknya xya la pegang dua2. penat kot kena cari tanah.
zaman skarang ni tanah dah kena simen/tar. haha x)


aku juga terjumpa satu conversation menarik:


muslimz87 (12:07:09 AM): kalo awak ada bf, awak bg x dia pegang tgn awak
hamba Allah (12:07:47 AM): ehm..
hamba Allah(12:07:50 AM): bagi..
hamba Allah (12:07:56 AM): nape?
muslimz87 (12:08:15 AM): awak rase bole ke sentuh laki pmpuan
hamba Allah (12:08:35 AM): x leh..
muslimz87 (12:09:01 AM): jd knape awak bg
hamba Allah (12:09:22 AM): ehm...


sambungannya boleh baca di sini- [klik]

konsert pancaindera

tadi angah & kakngah ajak gi karnival pd. tunggu konsert pancaindera skali.
ni first time aku tgk konsert. ada amelia, imran ajmain, azza elite, aril, etc.


aku ingatkan seronok tgk konsert. tapi xdela best sgt..
terasa mcm membuang masa. baik sumbat telinga dgn earphone, drpd dengar live. lagi feel kot bila dgr earphone. hehe.. pastu, aku xbrapa suka pengacara dia, sbb aku rasa dia buat lawak yg menjatuhkan air muka org.. (perli saiz badan gemuk etc). i dislike. tapi makcik yg dok sebelah aku gelak sakan.


oh, apa2pun yg penting, Port Dickson best!
ajak la mak bapak datuk nenek korang cuti2 malaysia kat PD.
shopping kat PD is the best, aku jamin! baju lawa2, murah2. lagi best dari mid valley =D



mak, eju kaya!

semalam, aku main skype dgn mak & yg lain kat malaysia.
sekarang tgh musim winter kat UK. aku bawak laptop keluar, tunjuk salji kat family aku. seronok betul diorang =)


aku buat kejutan utk mak & abah, nak bagi hadiah £10000
semuanya sbb business karipap aku dpt sambutan hangat kat england. memula aku buat karipap masa hari raya, sedekah sikit kat jiran2 omputih. jiran aku, Mr Kevin and wife puji, diorg cakap "sedap gile" dalam bahasa omputihnya, "crazily delicious".



kebetulan pulak Mr kevin ni pemilik restoran mewah kat england. Prince Harry pon slalu dtg situ. dia kata dia nak tempah karipap aku everyday. disebabkan aku sibuk dgn studies, (biasalah Imperial student kan kena perform) aku setuju utk buat karipap bila weekends.


sekarang aku da jadi student
malaysia terkaya kat UK.


oh, kan best kalau jadi betul semua angan2 di atas ni. =D
(baru belajar buat karipap sikit dah berangan. fly pon xtentu lg =.=")

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino