My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

mansuh UPSR, PMR
aku tau isu mansuh2 ni da lama org kecoh,
tp aku baru nak bebel arini. hehe


tadi aku gi baca thestar.com.my sbb angah cakap Jun Sang, pelakon Winter Sonata mati bunuh diri. aku pun gi check. rupanya salah, pelakon tambahan sbenarnya. sang hyuk yg mak aku kata 'comel'. muka ensem,tp kenapa la bunuh diri. T.T


sambil tu, aku pon g vote kat poll ini,


siapa kata ramai org sokong utk dimansuhkan? ceit, penipu je akhbar2.
aku yakin para pelajar2 pon majoriti nak ada exam.


11 tahun belajar tanpa ada exam besar,
tetiba nak ambik SPM 10 subjek.

kesian sungguh~


lagipun klu guna kaedah penilaian pihak sekolah, cikgu2 boleh je tipu2 markah bebudak, bagi markah tinggi2. common kot. sbb rata2 cikgu2 nak dapatkan bonus. (i'm not saying all. ramai jugak cikgu yg jujur)


bagi aku okey je exam-oriented education system ni. bagus la ajar budak2 handle pressure dari kecik, ya dak? exam-oriented ni menggalakkan students rajin belajar. klu x, makin pemalas la bebudak mcm aku nih. heheh. co-curriculum je kena perkukuhkan.


tapi klu ada alternatif yg lagi bagus dari UPSR & PMR, silakan.
moga kementerian x buat kputusan terburu buru =)
8 pendapat bernas:

pndpt sy upsr perlu.. just mansuhkan pmr sudah la... kan?? pmr just nak tentukan kos je kat f4 nanti..

my recent post:
my friends to u versi malaysia

saya rasa not fair la kalau diorang tak amek UPsr ngan PMR.. exam mendewasakan kita.



pelakon popular korea bunuh diri

eh bodola kalao xde PMR. cmne nak buat intake f4?zzzz

tidak bersetuju dengan exam-oriented education system.


exam-oriented education system tidak okey.

eju

utarakan reasons anda

Quraisyia Talib

Excellent deduction, Eju!

I support whole-heartedly the continuation of UPSR and PMR. The reasons you suggested are indeed quite true actually. I'd like to add something. =)

Look at the top universities in the world. Oxbridge, Yale, Ivy League US, MIT, Imperial College, UCL, etc. What's the prerequisite to enter these universities? The first requirement that they demand is EXAM RESULTS. Even the US universities are asking for paper qualifications! The importance of exam results cannot be denied as students (and professors) of these universities go on to become top researchers and experts, even Nobel Prize winners!

Thus, people can't object the fact that exams impede intellectual growth. It is up to the STUDENTS to read widely outside the syllabus. The UPSR and PMR syllabus does not hamper the students' interest to read outside the syllabus. In fact, it encourages the students to widen their horizons (refer to Form 1, 2 and 3 textbooks for evidence).

Cheerios. I think I have to stop. Or else it'll become an essay pulak. xDDDD

mahu utarakan hujah - tapi tidak tahu mahu mulakan di mana.


sudahnya - saya copy paste saja jawapan yang dikemukakan oleh seorang kawan (yang lebih tua) apabila persoalan ini saya ajukan.





Sebetulnya apabila timbul cadangan hendak memansuhkan UPSR & PMR saya berasa agak positif. Ini disebabkan pada hemat saya kelihatannya sistem pendidikan negara sudah terlalu berorientasikan peperiksaan di segenap peringkat. Ketika saya belajar di sekolah rendah dahulu, tuisyen dan kelas tambahan hanya bermula ketika murid berada di darjah 6. Sekarang yang saya dengar pelajar darjah 2 pun sudah mula pergi tuisyen!

Di sekolah menengah pun apa kurangnya? Pergantungan yang keterlaluan kepada peperiksaan menjadikan pelajar2 kita seperti robot. Apabila waktu peperiksaan tiba, pelajar hafal dan muntahkan kesemuanya. Jika ditanya perkara yang di luar sukatan, belum tentu lagi si pelajar tadi dapat memberikan pendapat/ulasan yang bersesuaian dengan tahap usianya. Ia juga berpotensi menjadikan proses P&P yang sepatutnya menarik menjadi sangat "mekanikal" kerana guru mesti mengejar sukatan untuk dihabiskan.

Kadangkala ada sesetengah guru yang tidak bertanggungjawab hanya mengajar ala kadar di sekolah, dengan niat mempromosikan kelas tuisyen yang mereka kendalikan. Ini juga satu hal. Lihat, keutamaan yang tinggi diberikan kepada peperiksaan seolah-olah ia hanya satu2nya cara untuk menilai prestasi murid membuahkan perkara2 lain yang juga negatif. Bagaimana hendak melahirkan manusia cemerlang yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Negara (yang merangkumi faktor JERI) itu dapat direalisasikan sekiranya kita terus-terusan begini? Itu sebabnya secara prinsipnya saya menerima dengan positif cadangan ini. Mungkin orang akan bertanya, penilaian bagaimana pula yang mesti dibuat? Sebenarnya, ada banyak cara lain lagi yang boleh difikirkan bagi menilai prestasi murid, bukan hanya melalui peperiksaan semata-mata.

Apapun, harapan saya jika benar2 pihak berwajib hendak meneruskan cadangan ini, pandangan semua pihak hendaklah diambil kira. Janganlah jadinya seperti tikus membaiki labu. Ini kerana sudah banyak polisi/perkara yang KPM lakukan itu kelihatannya begitu. Sekalipun pahit ditelan, itulah hakikatnya. Moga2 nantinya perancangan yang dibuat haruslah teliti, kerana ini bakal menentukan masa depan ratusan ribu pelajar.

eju

Q: wow, so long.i agree with u. thank u =D

syuk: wow, panjang jugak komen. ada betul jugak hujah2 tu. thanx =)

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino