My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

tudung-prinsip atau fesyen?

Semalam, aku menghabiskan masa 24 jam utk siapkan islamic studies assignment yg bertajuk 'tudung-prinsip atau fesyen?'. dah siap da, Alhamdulillah =) *walaupun agak byk yg copy paste. hehe*. Dalam proses menyiapkan folio tuh, aku pun meng-reflect pd diri sendiri. ya, mmg byk lagi yg aku kene perbetulkan sbg seorang muslimah.

lepas google ke merata websites, baru aku sedar, isu tudung ini adalah isu yg hangat. dan wanita bertudung semakin mudah diperlekehkan. kenapa ya?


firman ALLAH dalam surah Al-Ahzab, ayat 59,
"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak
perempuan kamu dan isteri-isteri orang mukmin, 'hendaklah
mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka'
Yang demikian itu agar mereka lebih dikenali,
sehingga mereka tidak diganggu."


wanita bertudung dan menutup aurat ini bukan ke sebenarnya akan dihormati dan disegani? terhindar dari gangguan & harassment. tapi, kalau search kat youtube, type je 'tudung', & cuba tengok results yang keluar. Astaghfirullahulazim, geleng kepala aku tgk. [klik sini]


salah siapa?
jangan tuding jari kat orang lain. setiap daripada kita bersalah. salah perempuan, pada kesalahan menutup aurat. salah lelaki, pada tidak menegur tapi sebaliknya, mengambil kesempatan. sebelum Allah menurunkan perintah pada perempuan, perintah itu terlebih dahulu diturunkan kpd lelaki.


Firman ALLAH dalam surah An-Nur, ayat 30
"katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka
menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya;
yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh ALLAH
Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."


wanita2 bertudung esp remaja skarang ni pulak, tidak membawa ciri-ciri Islamiah. berpegangan, terkinja-kinja, bermaksiat, & sbgnya. puncanya? bertudung hanya kerana mak abah suruh pakai, or sekolah yg mewajibkan pakai tudung, or pakai tudung sbb nampak comel & ikut fesyen.


tp jgn sbb nila setitik, rosak susu sebelanga.
mereka remaja yg masih terkapai kapai nak cari pendirian diri tapi terjerumus ke jalan salah. drpd terus mencemuh, baik la membimbing dan membetulkan. imej bertudung itu sopan, dan harus diselarikan dgn perlakuan. dalam pd itu, sokongan diperlukan drpd saudara2 seIslam.


berhenti mencemuh & memperlekehkan wanita bertudung.
sy juga tidak sempurna & dlm proses memperbaiki diri. jom bantu2 sesama Islam memperbaiki diri kpd yg lebih baik. tingkatkan ukhuwah & biar Islam dipandang tinggi. =)


p/s: entri blog menarik (hanya utk bacaan 18 tahun ke atas)-
[klik sini]
6 pendapat bernas:

yg pakai pun suke suki je bukak kan? tu r org xrespek skangg

eju

tp tudung itu sndiri adlh mulia, jd jgnla kaitkan tudung dgn perilaku x bermoral etc..

tula kan, kita ni wanita tahu apa itu tudung tapi tatau apa itu aurat..
kita pakai tudung pun, tapi tak ikot cara yang betul..masih dedah dada,
dan bahagian2 lain yang tak patot esp kaki dan lengan..

sometime tu kita 'lupa'..
anyway thanks for the remainder ^_^

very good eju.

Lebih ramai patut tahu kenapa mereka memakai tudung. Bukan sekadar mengikut2 sahaja. yang menjadi masalah ialah bila bertudung sekadar untuk ikutan, atau nama lainnya fesyen.

Menutup aurat bukan sahaja arahan allah yang jelas, malahan mengandungi hikmah yang tersembunyi.

Manusia tercipta bukan dengan akal sahaja, mereka turut diberi nafsu. Tujuan menutup aurat ini sudah pasti untuk mengawal nafsu agar tidak liar...

kita kena mengetahui hakikatnya manusia allah ilhamkan hatinya dengan kebaikan dan kefasikkan. beruntung bagi sesiapa yang menyucikan hatinya, kerana balasannya syurga kelak. rugilah sesiapa yang mengotori hatinya kerana balasannya neraka kelak.

jadi, setelah mengetahui hakikat ini, pilihan semuanya terserah di tangan manusia itu sendiri. Baik buruk, syurga, neraka, itu semua pilihan yang kita ada. pilihlah dengan bijak

the same topic that i did...hehe...tak tau la ustaz bagi berapa ntok folio...tp presentation kitorang byk yg tapis although byk point nak fire sebenarnye... =)

eju

areefah: no problemo =)

hubahuba: terima kasih atas ulasan yg pjg =)

skin: waa yeke? klu tau awl2, nak pinjam. hehe =)

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino