My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

tekanan emosi

kenapa saya sensitif sgt?
dgn 1 perkataan je, sy mudah terasa.
sy selalu rasa mcm semua orang x suka sy.
selalu ada je benda yg x kena.
sy selalu risau pasal pandangan org lain terhadap sy.
sy selalu rasa x diperlukan. rasa dipandang rendah. rasa inferior.
bile timbul rasa mcm ni, hati rasa pedih sgt.
sy benci perasaan ni.
mcm suatu tekanan emosi yg teruk.
macam mana nak hindarkan?
tadi hujan lebat.
pastu baring2 dengan mak, borak2.
tibe tibe terdengar bunyik seram.

"bunyi apa tu mak?"

"dah besar gajah pon xtau bunyik ape.tu bunyik katak"

rupenye itu bunyik katak kecik, sbb tu aku tak kenal. bunyi dia laju & high pitch. kalau katak besar, bunyik dia slow, & garau. mak cakap katak2 tu tengah berpesta sebab baru lepas hujan.

haih.
tetibe aku terpikir.
kalau la betul dongeng kiss katak jadi prince tu,
boleh la aku gi luar, amek sekor, ubah dia jadi prince.
pastu jadi kaya,
bayar balik duit pnb, stop blajar.
xyah nak balik kyuem ahad ni.

best kan? T.T
scholarship hunter
(tajuk entri adalah ilham dr cerita 'slave hunter' kat KBS world at 9pm. best..=D ok xde kaitan.)


beberapa ari lepas, sorang budak lelaki yg x dikenali tegur aku kat ym.
aku ingatkan stalker mana tah yg nak berkenalan ngan aku (bajet hot), rupanya budak lepasan spm'09 nak minta tunjuk ajar & nasihat sbb dia betul2 nak masuk kyuem. dia kata dia apply semua scholarship yg dia dgr akan hantar ke kyuem. PNB, YTN, petronas, bank negara, etc. yg penting, target utama dia: KYUEM.


pergh. semangat waja budak tuh.
teringat kat aku zaman kecik2. (last year tu, dikira masih kecik) aku betul2 nak masuk INTEC. mindset mmg nak masuk intec. skali kena buang kat kyuem. hmmphh.. memula xsuka, tapi, aku pun merayau-rayau kat internet, carik info pasal kyuem. cambest la plak.


lalu aku pun join recom.org
lalu berkenalan la dgn budak2 seperti judo, ain ishak, chaq, louis, dan starlover(identiti masih blum dikenalpasti). kat facebook pun ada group budak2 yg bakal masuk ky. perasaan baru masuk ky tu mmg best gaban sbb ramai kenalan internet. tp haram tengok dr jauh je. nak tegur, malu pulak.


yg penting, aku xtau ape point aku tulis entri ni.
saje nak mengimbas balik kot. seronok2.
aku rasa aku da buat the right decision utk masuk kolej nih.
baru 2nd sem, dah banyak bnda yg menjadi kenangan terindah.
wah! =)


tudung-prinsip atau fesyen?

Semalam, aku menghabiskan masa 24 jam utk siapkan islamic studies assignment yg bertajuk 'tudung-prinsip atau fesyen?'. dah siap da, Alhamdulillah =) *walaupun agak byk yg copy paste. hehe*. Dalam proses menyiapkan folio tuh, aku pun meng-reflect pd diri sendiri. ya, mmg byk lagi yg aku kene perbetulkan sbg seorang muslimah.

lepas google ke merata websites, baru aku sedar, isu tudung ini adalah isu yg hangat. dan wanita bertudung semakin mudah diperlekehkan. kenapa ya?


firman ALLAH dalam surah Al-Ahzab, ayat 59,
"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak
perempuan kamu dan isteri-isteri orang mukmin, 'hendaklah
mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka'
Yang demikian itu agar mereka lebih dikenali,
sehingga mereka tidak diganggu."


wanita bertudung dan menutup aurat ini bukan ke sebenarnya akan dihormati dan disegani? terhindar dari gangguan & harassment. tapi, kalau search kat youtube, type je 'tudung', & cuba tengok results yang keluar. Astaghfirullahulazim, geleng kepala aku tgk. [klik sini]


salah siapa?
jangan tuding jari kat orang lain. setiap daripada kita bersalah. salah perempuan, pada kesalahan menutup aurat. salah lelaki, pada tidak menegur tapi sebaliknya, mengambil kesempatan. sebelum Allah menurunkan perintah pada perempuan, perintah itu terlebih dahulu diturunkan kpd lelaki.


Firman ALLAH dalam surah An-Nur, ayat 30
"katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka
menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya;
yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh ALLAH
Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."


wanita2 bertudung esp remaja skarang ni pulak, tidak membawa ciri-ciri Islamiah. berpegangan, terkinja-kinja, bermaksiat, & sbgnya. puncanya? bertudung hanya kerana mak abah suruh pakai, or sekolah yg mewajibkan pakai tudung, or pakai tudung sbb nampak comel & ikut fesyen.


tp jgn sbb nila setitik, rosak susu sebelanga.
mereka remaja yg masih terkapai kapai nak cari pendirian diri tapi terjerumus ke jalan salah. drpd terus mencemuh, baik la membimbing dan membetulkan. imej bertudung itu sopan, dan harus diselarikan dgn perlakuan. dalam pd itu, sokongan diperlukan drpd saudara2 seIslam.


berhenti mencemuh & memperlekehkan wanita bertudung.
sy juga tidak sempurna & dlm proses memperbaiki diri. jom bantu2 sesama Islam memperbaiki diri kpd yg lebih baik. tingkatkan ukhuwah & biar Islam dipandang tinggi. =)


p/s: entri blog menarik (hanya utk bacaan 18 tahun ke atas)-
[klik sini]
bangun!

eju!
sedar tak A level da dekat?
trial exam dah ready belum?


sedar tak yg bulan may ni ko amek A level Math?
sedar tak yg ko kena dapat A*?
P1, stats, mechanics, P3, dah ada dlm genggaman belum?
ko yakin ke boleh jawab soalan P3 yg gile susah gaban tu?
chem ngan physics tu ko dah master ke?
betul ke yang ko nak masuk Imperial?
ko boleh ke lepas requirements dia?

eju!
bangun!
u have to work hard, like really really hard!

"We look for A level performance at A*AA standard.
We look for passes in a mathematics subject (A*),
chemistry (A) and a third subject (A), such as,
for instance, physics or biology."
-www3.imperial.ac.uk-


Ya Allah, semoga aku berjaya.
A*AA
amin..
T.T
rindu pulak =)
aku sedang mengupload videos kat YouTube, pastu sambil tu, tengok balik videos yg aku upload dulu2.. haih, rindu la pulak kat kawan2 lama. especially hazirah, saau, ayne, & ella. juga yg lain. bile dgn diorang, aku jadi diri aku sendiri. they know me very well. haha. rindu mereka =')


pleasant surprise

aku tengah khusyuk buat statistics bile tiba-tiba anak buah aku, umar yg berumur 6 tahun, datang & hulur sehelai kertas kat aku dan terus lari.

awwww~
comel! =)

persepsi negatif

kenapa ya?
semakin kita membesar, sepatutnya semakin menjadi matang, tetapi dalam kematangan tu, kita terlalu cerewet dlm memikirkan sesuatu perkara, sehingga kita terbiasa utk melihat sesuatu dr sudut negatif terlebih dahulu berbanding dr sudut positif.

hanya sebab 1 keburukan dlm diri seseorg,
tertutup mcm tu je semua kebaikan yg telah dia buat.

hanya sebab gosip tidak sahih yg bertambah versi cerita sehingga menjadi 1 fitnah, kita menuduh org itu dgn apa yg kita dgr.

hanya sbb berpandukan sebahagian kecil dr yg kita nampak dr seseorg itu, walau baru 8 bulan mengenali org tersebut, kita dah sesuka hati menilai (judge) org tersebut.

x adil bukan?

"i am never who u think i am.
i can be anyone i want."

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino