My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

tawar menawar
oh sangat seronok smalam pergi Tanjung Malim dgn tipah & intan,
ketiga-tiga x sengaja pakai baju pink. & perasan hot. hahah

masa nak beli tudung sarung untuk mak kat pasar malam,
saje je nak test kemahiran tawar menawar.
bagi yg x reti camne nak tawar menawar, ini taktik dia =)

aku : tudung ni brapa ringgit?
penjual : seploh ringgit
aku : tapi kenapa letak kat tmpat RM5?
penjual : dah tercampur campur la cik
aku : bagi RM5 x boleh?
penjual : RM10 cik
aku : tujuh ringgit?
penjual: RM10, x bleh kurang.
aku: alaa 8 ringgit x bleh?
penjual : maaf cik, mmg x bleh kurang.
aku: xpela.. kalau xnak bagi 5 ringgit, x jadi la beli. baru
ingat nak beli.. saya pergi la mcm ni (buat muka kesian)

then, pergi kat kedai sebelah, tengok2 gelang.
biar dia fikir dulu nak kurangkan harga ke x. pasni, sure dia kurangkan.
jeling2 la kat tudung tadi. biar dia rasa kesian.
then, dalam 5 minit lepastu,pergi balik kat kedai tadi.

aku : yela2.. mana tudung tadi.. RM10 pun xpe la..(muka sedih)
penjual : saya bagi RM8 ye cik. (muka simpati)
aku : alhamdulillah...!

hahah. jadi jugak taktik aku =D
irrelevent kyuem's policy
satu benda yg aku geram pasal kyuem.
xleh jumpa parents on weekdays.
kalau masa academic hours 8.00-4.30pm, xleh jumpa, fahamla.
tapi, after 5pm pon parents xleh melepasi pagar,unless dapat kebenaran dari housemaster. apa releven nya peraturan ni? hello, ini kolej ke skolah menengah? skolah aku dulu pun x macam ni.

semester lepas,
parents aku datang hari selasa petang.
diorg baru balik dari cameron highland. diorg x bagitau aku yg diorg nak singgah ky sbb saje nak buat surprise. sekali kena tahan kat pagar, xbleh masuk. 30 minit try negotiate guards tapi diorg x bg masuk jugak. abah call aku, tapi aku x sedar sbb phone tgh silent mode. so, diorg balik macam tu je. aku sgt sgt terkilan. sedih gile kot. sanggup ambik jalan jauh utk singgah ky jumpa aku, tapi bukan dpt jumpa pun T.T

2 hari lepas, mak abah dah bgtau awal2 nak dtg.
aku text housemaster, mr ravi

"hi sir.i'm haizumawati, 2386. my parents are coming at
5.30pm. can u pls tell the guard to let my parents in? thank u"

mr ravi replied,
"ok i will ask the guard to give a vip treatment. dont worry"

bapak sarcastic.. haha. tapi, xpe ah.
petang tu, bapak aku call. die cakap kena tahan kat luar gate, xleh masuk. aku pun call mr ravi, tapi dia suruh bapak aku yg call. tapi mr ravi faham ke bahasa melayu klu nak ckp dgn abah aku? ish. aku pon jalan la sampai pagar. then, call mr ravi suruh cakap dgn guard. barulah boleh masuk.

lepas dah masuk, guard pompuan plak berlegar-legar kat sebelah kereta. aku pon tanya dgn nada yg agak annoyed. dia cakap, "10 minit je ye"

weh, ni kolej ke penjara?

isk. mak aku pun emo je. x senyum pun. slalunye mak senyum je bile jumpe aku. mak cakap,

"diorang buat mak macam pengemis je, kena tahan kat
luar pagar. nak jumpa anak sendiri pun xleh. nanti kat
luar negara mmg dah xbleh jumpe, ini kat malaysia lagi
pun susah nak jumpe"

ya Allah, sedihnye aku dgr T.T

15 minit je jumpa.
masa mak nak balik, mak peluk aku erat. erat sangat.
xpernah sesayu ni bila nak berpisah dgn mak.. tapi at that time, aku terpaksa tahan sebak.

aku cakap kat vice president student council,
cuba ubah peraturan ni.
tapi x boleh sebab ini memang polisi kolej.
ugh.
eju's world
*lukisan yang terhasil masa kelas IELTS*


this is the world of my imagination.

setiap kali aku sedih, lonely, kecewa, down, dissappointed, & segala adik beradik prasaan negatif, inila tempat yg aku pergi. tapi sepatutnya tempat ni lagi cantik ar. aku lukis buruk =.=
__________________________________________________

ada 1 hari ni, aku menilai balik siapa diri aku.
& aku sedar yang aku terlalu byk mmbuang masa dgn berimaginasi.
kadang2 pasal perkara baik, kadang2 perkara buruk.
contohnya,

bila aku naik kereta, aku selalu imagine pasal kemalangan, & mcm mana aku survive dalam kemalangan tu, kereta remuk, darah terpancut merata-rata, aku dikejarkan ke hospital & kawan2 aku terkejut dgn berita aku kemalangan.

bile aku pasang lilin, aku terbayangkan kebakaran. api merebak dgn cepat, jirus air pun x sempat, api dah besar, buku-buku semua terbakar. nak lari keluar tapi time2 tu jugak tombol rosak.

normal ke, ada imaginasi camni? normal kot.
tapi yang penting, aku selalu jugak imagine pkara yg baik2.
sbb aku percaya,

bile kita bayangkan perkara2 indah,
perkara2 yg indah itu akan datang kpd kita.

kadang2, perkara yg lebih baik dr apa yg kita bayangkan yg datang. tp kalau x tercapai jugak, jangan berhenti berangan untuk perkara baik yg lain pulak
bak kata kak zaffan, "x salah untuk kita berimaginasi" =)
politik ky

skarang ni musim busy.

ade preparation for Bangsawan: pertandingan belakon-belakon style zaman dulu-dulu sampai bazir ribuan ringgit. aku masuk costume department. first time aku jahit kebaya do B-) nak raya nanti bleh ar tempah kat aku.


pastu ada election utk student council.
Syakirah Kharal Anuar
won uncontested utk vice president post. yeay! =D
bangga kot.. chaletmate aku tuuu.. (time2 camni ar kena ngaku kan.hahah)

menarik ar tengok kekawan aku compete nakkan jawatan
beberapa org tanya aku, "eju, nape x bertanding?"
x mau ah. sbb aku tpikir, ramai ke orang nak undi aku? pastu kena tabur janji2 manis atas stage lagi. kalau kalah, malu gile kottt. hahahah..

setakat bergambar dgn patung ketas pak najib pon jadila..
dapat jugak aura politik. cheh..
"eju : nak letak gambar mana ek? gambar pokok ke gambar najib?
atie & ashee : gambar pokok ah.. klu letak gambar najib nanti kena pangkah"
hahahah



p/s: laptop aku rosakkkk.. skrg tgh pinjam laptop kwn T.T

senyum =)

seminggu sudah aku di kolej ni.
kena biasakan diri balik dgn idup kat sini. & kena tambah effort sebab bulan may nanti insyaAllah aku amik paper math full A level, physics AS, & chem AS.
dah la math kena dpt A*. fuhhh mencabar. =S

oh, dah lari topik.
actlly, nak cakap pasal senyuman =)

senyuman ni macam selesema. senang berjangkit.
sebab bile orang senyum pd kita, kite pun terjangkit lalu tersenyum.

senyuman ni macam ubat batuk. melegakan.
sebab bile orang senyum pd kita, kita rasa tenang, lega, & hepi

& senyuman ni macam satu magik. berkuasa.
sebab bile orang senyum pd kita,
not only kita tersenyum kembali tanpa disedari,
kite yg tgh bad mood pun bleh tukar jadi good mood,

& yg paling magik,
ada senyuman yg boleh buatkan kita
teringat-ingat, & terbayang-bayang
sampai boleh buat kita tersenyum sorang-sorang.
=)

p/s: azam baru nak selalu senyum lebar, sdg diusahakan.
butterfly
caterpillar in the tree
how you wonder who you'll be
can't go far but you can always dream


wish you may and wish you might
don't you worry, hold on tight
i promise you there will come a day
butterfly fly away


butterfly fly away,
flap your wings now you can't stay
take those dreams and make them all come true


butterfly fly away,
we've been waiting for this day
all along and knowing just what to do
butterfly, butterfly, butterfly fly away..


~miley cyrus- butterfly fly away~


nak jadi butterfly boleh? =)
anak manja
sapa kata anak bongsu manja?!
memang pon. hehe


haih. kenapa la cuti TUJUH minggu ni sekejap sangattt..
ceit. lama sebenarnya. tapi disebabkan teknologi internet & tv & handphone,
aku seakan-akan alpa akan tanggungjawab sbg pelajar.
h.o.m.e.w.o.r.k
masih belum siap.
hahahahahaha ='D *gelak dalam tangis*


pastu, kena balik 'penjara lembah beringin'
kena tinggalkan mak, abah, & home suwit home.
dahla cuti ni memang manja gile dengan mak.
sobs.. sedih.. T.T


oh, peringatan kepada diri sendiri,


EJU, JANGAN HOT2 TAIK AYAM LAGI
u kena sentiasa hot tau, eju. =.=


semangat semangat semangat!!
sms cara stylo
*sms yg aku TERbaca dari inbox kawan aku.hehe*

kowunk penah terfikir x, cpew yg cetat gunew style 'letak-huruf-w-kat-belakang-setiap-perkataan' ni? aq curious dow nak taw cpew. cebab, mesti diew banggew gilew cebab style ni dah jadi popular dikalangan remajew.

btw,
masa aku mula2 dapat handphone dulu, aku gayat nak sms orang.
hari2 kacau orang guna sms. pastu, orang yg aku sms tu pon cakap;
'skema gile cara ko type'
die ckp camtu sbb aku type full setiap pkataan. almaklum la,aku xtau lagi 'shortform2' nih. kekadang sampai pening aku nak interpret sms kawan aku yg pendek gile nak mati.

contohnye, kat atas ni.
aku baca, "aku ade kata malik sokong. ko naik datang cun ke?"
punyelah susah nak fahamkan ayat pendek camni.
rupa-rupanya, "aku ade kat melaka skarang. ko nak datang sini ke?"

xpela, setiap orang ade style masing2 kan.
trend skarang pulak, yg kat bawah ni;


rasa-rasanya Alifah Arina Khambari yg start. =)
& makin lama, makin ramai org yg menggunakan cara 'menghilangkan-huruf-k-dari-perkataan-tak' ni. entah2 nanti famous 1 malaysia. ahaha.

oh, lagi satu. perkataan yg senang jadi makin susah nak type.
macam pkataan 'lah', untuk stylo punye pasal, type 'lorh'.
kuala lumpur-KL, demi stylo-ness, type 'kay elle'.

dah la. penat membebel.
len kali aku nak reka la cara type baru yg stylo.
harap2 semua org ikut la ye. klu orang tanye sape yg start, bgtau nama aku =D
super coincidence?
tadi borak ngan saau kat fb chat
lama betul kitorang x borak. mmg macam2 benda nak diceritakan.
& O.M.G hampir semua benda yg terjadi kat kitorang sebijik sebijik!

semenjak kitorang terpisah dari plan kitorang yg nak study sama2 kat intec,
rupa-rupanya benda yg kitorang x plan pulak yg banyak tersama.

sejak ambik lesen lagi.
fail test JPJ sebab memandu secara merbahaya- sama
dapat JPJ misai tebal masa test- sama
lulus 2nd time ambik test- sama
kalau x silap markah pun- sama

yg peristiwa ambik lesen ni xpe lagi kot.
kalini, peristiwa hidup kitorang yg sama,
memang btul2 super coincidence!
tp xley bagitau la ape yg sama tuh.hee

eju: rasanya kan, Allah tetapkan kita dpt course lain2 dr yg kite plan, tp yg kite x plan yg byk sama
saau: kan3. adala hikmah =)


p/s: titanz girls, jom ikut cadangan opie. 23 of us, crash somebody's house & have a sleepover. each of us KONFEM ada banyaaak cerita to share ;)
besar nilai 50sen

masa kemas2 bilik, tejumpa sekeping duit 50sen atas lantai,
lalu ku kutip dan belek syiling tersebut,sambil mengimbau kenangan lama. eceeeewah.


besar sebenarnya nilai 50 sen ni bagi aku versi kanak2.


bile gi sekolah, abah bagi RM1. nak menabung punye pasal, everyday beli keropok lekor 50sen, air lak pau dari kawan. balance 50sen masuk dalam tabung. bile nak merasa air sendiri baru beli sirap 30sen. pastu menyesal sbb dapat cucuk 20sen je dalam tabung T.T


kelas KAFA waktu petang, abah bagi lagi 50sen.
yg ni, memang xleh simpan. sebab lepas balik kelas, konfem singgah kedai beli jajan. favourite aku adalah keropok bika! xpun diction. kekadang aiskrim panjang buatan sendiri tu. cloud 9 pon slalu gak beli.


xpun, beli tora!
berdebar-debar time bukak tu, nak tau dapat mainan ape. excited gile. skali dpt menan yg sama mcm yg beli minggu lepas. ceit, down.. haha.. xpela, biskut die sedap gak nak makan =D
skarang, bile dapat 50sen, sumbat je dalam purse.
bile cashier xde balance baru guna duit tu. huih.
night walk
semalam akak ada program kelab negeri 9 UKM, kat kem bina semangat, port dickson. dekat je dengan rumah aku. so, akak balik skejap & bgtau malam ni ade night walk. aku pon excited la nak join sbb bosan dok umah.

jungle trekking tengah2 malam mmg cool, beb.
10 orang 1 group & berbekalkan cahaya lilin.
sekadar gambar hiasan
pukul 2.15 am baru abes. penat. gile.
aku dibenarkan join sbb akak aku urusetia program tu.
kawan2 akak friendly la gak. esp kak key, kak mar, & kak aen. tapi ade sorang senior ni, die cakap kat akak aku;

"kakak pon nak bawak adik jugak,
tapi nanti kena kutuk.."

err.. ape motif dia cakap cmtu depan aku?
if she was trying to make me feel bad, maka dia berjaya.
tp lain kali, tapis la mulut ye =)
to akak, klu ade org kutuk akak disebabkan eju, i'm really2 sorry.
i promise i won't join ur program nemore =)

* * * * * *
tetibe terasa nak menulis lagi.
teringat pasal night walk kat skolah lama dulu. atau dikenali sbg
operasi burung hantu.
buat kat hutan skolah je. seniors yg in charge utk takutkan kitorang. boys dilepaskan sorang2, girls berdua. so, aku pair up dengan ayne. masa turn kitorang, kitorang punyelah takut. baca ayat kursi kuat-kuat. & seb baik aku ada bawak buku surah Yassin, so masa 1st 'hantu' datang, aku tunjuk yassin kat depan muka dia.

"laa... eju bawak surah yassin!! x jadi nak takutkan!"

'hantu-hantu' kat depan semua gelak terkekeh2. haha.. malu2. sampai skarang diorang perli aku sbb bawak surah yassin =.= pastu, tetibe kak wenjan histeria. jerit2, meronta2 macam org gile. semua org dah cuak da. aku ngan ayne pon tercegat kat situ, hati debar2.

ayne: kite nak buat apa ni eju?
eju: entah.. kite tengok je la.

tetibe kak wenjan stop jerit & jalan kat kitorang
"laa.. kenapa korang x takut...?! penat tau menjerit jerit ni"

=.= lah, berlakon je rupenye.
perjalanan diteruskan, semak bergoncang-goncang & ada suara mengilai. macam kenal je suara tu. "hai kak liyana". cakap ayne. "hai.." jawab kak liyana. ceitt, x jadi lagi nak takutkan. hahaha

satu-satunya 'hantu' yang berjaya takutkan kitorang is, hantu dalam longkang. masa kitorang jalan-jalan nak langkah longkang, tetibe ada tangan keluar slow-slow dr longkang. terkejut gile! ayne jerit sampai bingit telinga aku. ahaha


night walk memang sronok. especially bile bersama kawan2 =)

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino