My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

eju baru
it's already 2010.
means it's time to reinvent myself =)


yes. ini la azam baru aku.
nak jadik eju yang baru

aku nak tinggalkan:
eju yang pemalas gile nak buat hw
eju yang suka berhutang esp bila ada fund raising sale
eju yang suka berangan & buang masa & kuat tidur
eju yang jarang senyum (yeke?)
eju yang tak konfiden dgn diri sndiri
eju yang low self-esteem
eju yg risau pasal benda2 kecik
eju yang pendiam

semua ni nak buang jauh-jauh.

& aku nak jadi opposite dari diri aku yang dulu.
eju 2010, eju baru. insyaAllah =)

"You are never who you think you are.
You can be anyone you want"
Steve Chandler

Happy New Year, everyone!
=D
2009: tahun bosan
sperti yg aku buat tahun lepas, satu entri penggulungan buat tahun 2008, kalini penggulungan utk taun 2009 lak. 2009 adalah tahun yg paling bosan dalam sjarah hidupku, sbb cuti 7 bulan kat rumah tanpa kerja, mmg.. bosan. duk kat kyuem pon kadang2 terasa bosan gak. aku mmg jenis cepat bosan kot -.-"
tapi, tahun 2009 ni,
aku banyak mencuba benda2 yg baru.
tahun yang penuh dgn 'kali pertama'. agak seronok la sebenarnya.=)


1st time bergiat aktif dalam forum
kalau org lain sibuk dgn facebook, myspace, etc; aku pulak sibuk berforum. forum ni mmg best sbb ramai org best2. ini dia link. thanx Skyevo Studio, sbb bagi aku jadik head GFX Crew =D

1st time bela hamster
miley kurus & justin tembamlake yg comel2 belaka. tp dua2 ekor da meninggal. T.T


1st time bergambar dgn selebriti tanah air
aku xde la minat sgt mereka tp iqram dinzly hensem okey..haha =D


1st time blajar bawak kereta & amek lesen
fuhhh pengalaman yg xkan aku lupa sampai bebila.teringat kat jpj misai tebal yg gagalkan aku tu. cis. xpe2, yg penting aku terhutang budi kat pakcik yunus yg sabar mengajar aku. =)


1st time naik teksi & ktm
aku mmg jarang gile naik pengangkutan awam. seronok pulak naik ktm. mcm naik roller coaster versi selow sikit.



1st time reti bawak basikal
thanx, cikgu intan! dah reti naik, terasa nak naik hari2 lak. pastu pegi beli goreng pisang. =D



1st time rasa tenang bile nak masuk kelas physics
klu dulu, aku mmg x suke gile msuk kelas physics. tp skrg kelas physics la yg paling rileks. tablemates pon best =D


1st time donate darah
wohooo, xde sape yg tau mcm mana takutnye aku masa ni. mula2 nak batalkan niat, tapi jannah & asri meyakinkan aku utk derma jugak. aku harap darah aku yg manis ni akan disalurkan pada org ensem. hahaha! xD


banyak lagi sebenarnya '1st times' yg aku x mention. xpelah, malas nak tulis banyak2. bukannye orang baca pon. kecuali ko, yg tgh baca skarang. hahah ;)

lepas ni nak buat azam baru pulak. 20 fasal.
moga2 tahun 2010 ni
lebih baik & menceriakan.
amin.. =)
pancaindera
paper pancaindera, 27 disember, page 21
heheh..
aku memang xde keje nak mencapub.
berpeluh-peluh mila nak jawab soalan aku. xD

terima kasih, kawan
"A friend is someone who knows the song in your heart,
& can sing it back to you when you have forgotten the words"
eju : thank u for singing it back to me =)

kadang2, bila kita bersedih, kita menangis sorang-sorang.
sorok dalam bilik, tekup muka dgn bantal, menangis puas-puas.
keluar bilik, buat muka cool habes. bajet macam xde ape2 yg jadik.

sebab kadang2, kita fikir, kalau cerita kat seseorang pun,
orang tu xkan faham perasaan kita. jadi lebih baik simpan sendiri, kan?

kadang2,
kita x reti nak tunjuk perasaan kita yg sebenar.

sebab kadang2, sebenarnya kita terlupa,
yg kawan itu sentiasa ada utk mendengar mslh kita.
kalau bukan untuk mendengar sekalipun,
dia ada untuk buat kita tergelak dgn lawak2 bengong dia..=)

& kepada kawan2 semua,
eju sentiasa ada kalau anda perlukan seseorang. insyaAllah
=)
"if you hold on too tight,
it might slip away"


quote diambil dari cerita 'Dil Chahta Hai'. channel Zee, 9.00pm tadi.
lirik lagu dia pon best jugak. Dil Chahta Hai maksudnye 'the heart desires'.
semua orang nakkan kesempurnaan & kegembiraan dalam hidup,
tp kadang2, kita tak boleh terlalu berharap,
utk dapat keinginan hati kita...

so, kesimpulannya, tgk la crite industan ni.
haha... dah lama aku x layan hindustan.
hensem la pulak amir khan masa muda.
abah ada facebook!

tadi aku tinjau abah tgh tengok apa la kat depan skrin komputer tu.
khusyuk betul abah.
eh? macam kenal je website ni?

alamak.
abah
dah
ada
FACEBOOK!

lepas abah sedar aku tinjau, cepat2 dia bukak page lain.
cis. dah pandai ye, abah skarang?
seb baik masa aku tengok tu, abah tengah bukak profile akak aku,
hazieyati binti jamil
(habes laaa akak.. hahahah =P)

cepat-cepat aku masuk bilik, bukak fesbuk, & tukar privacy settings.

semua dah set kepada 'only friends'
especially yg 'website' tu. mampus akuh klu abah jumpe blog ni. hahaha
haih. bijak betul abah buat akaun fesbuk.
aku tak pernah ajar pun.
tapi senang kan nak buat?
salah aku jugak sbb aku da tolong abah buat e-mail.
senang sket keje abah nak sign up facebook. -.-"
setahun terjalin

teka arini hari apa?
jeng jeng jeng
arini usia blog DUNIA EJU
genap setahun!
weehooo! =D

dah setahun rupenye aku menjalinkan hubungan dgn blog ni. berkongsi rahsia, suka & duka. wah! bercerita pasal kronologi ambik lesen, kronologi bela hamster, pasal mencari scholarship, pasal idup kat kyuem,& lain2. walaupun mula2 fungsi blog ni sebenarnya nak isi masa cuti aku pas spm last year je. dah xde keje nak buat. bohsann.


so, lepas setahun berkecimpung dalam karier tanpa gaji ni,
ini entri-entri dalam blog ni yg agak menonjol sikit;
(klik pada tajuk klu nak baca & bazir masa)

entri yg paling merepek:
CSI: Port Dickson (June 3, 09)
entri yg paling sedih meleleh:
Kematian & kehilangan (April 25, 09)
entri yg paling ceria terover:
entri yg paling emo meletop:
kepala aku (Sept 30, 09)
entri yg paling lama & berpeluh nak disiapkan:

& akhir sekali,
jeng jeng jeng...

entri yg paling mendapat sambutan:

nampak sangat korg suma suka pasal kahwin-kahwin ni kan? ish ish ish
transformasi


aku bukan nak cakap sal transformer atau megan fox yg cun.

tapi pasal blog aku nih.
nampak tak dah di-transform?
kalau xnampak, pendek umo (orang tua2 cakap, bukan aku ckp). ni ha, blog template aku dah ditukar.. cantik tak? aku suke tgk kanak2 tu, macam slogan '1Malaysia'. tapi rindu la pulak template lama.

tapi takpe.
memandangkan dah nak masuk tahun baru,
aku nak masukkan aura baru kat blog bosan ni.
kadang2, kita perlu memberi ruang pada perubahan =)

laki vs pompuan
korang baca paper Mingguan Malaysia x?
paper Kesihatan ada ruangan 'hati seorang lelaki' oleh penulis yg menggelarkan diri dia 'bro', mungkin sbb xnak identiti diketahui, takut kena baling dgn kasut tumit tinggi sbb dia selalu mengkritik wanita di ruangannya. tapi aku suka baca. mostly yg dia ckp btul tapi kekadang je over sket.

selalu terdengar di corong telinga;
perempuan ni kuat mengumpat
perempuan makeup, x bersyukur
perempuan ni sexist gile
perempuan x pandai simpan rahsia
perempuan kuat membebel
perempuan bla bla bla

hahahah.. ade2 aje kan. xpelah.
yang aku mau sampaikan disini, pompuan & lelaki dua-dua ada kebaikan & keburukan masing2. bukan semua perempuan & lelaki sama. & kita selalunya nampak keburukan daripada kebaikan.

jom kita cuba fikir positif saje
pd sume org =)

& btw, ade terbaca kat blog senior aku,
pompuan suka tangkap gambar muncung mulut, kembungkan pipi. lelaki pon sama je. cube jelajah myspace.com & lihat buktinya. ahaks.
ini gambar2 yang sempat aku cilok dr myspace.
mampos aku klu kantoi ngan pemilik gambar. haha

diari abah
tadi aku selongkar laci.
terjumpa diari abah tahun 1992.


catatan 10 August 1992;


"Ulang tahun kelahiran Haizu yang
pertama. Haizu sudah pandai jalan
sikit2.dia merupakan anak yang paling
comel dan nakal"

aawww!
sangat sangat terharu okey!
thanx abah.. =')


catatan ni dibuat masa umur aku 1 tahun.
masa aku baru je belajar jalan,
masa aku xtau apa2, x faham apa2
tapi skarang aku dah besar gajah.
semua benda aku dah leh faham.
hidup aku dah banyaaaak berubah.
(& dah makin kurang comel & nakal. haha)


nak putar balik masa boleh tak? T.T

sharbinee

sharbinee, goalkeeper malaysia ni,
dia sebenarnya kazen aku.. slalu jumpe time raya.

& nak tau x?
aku rase kan,
malaysia menang 1-0 dgn vietnam sbb aku tengok.=D

seumur idup aku, aku x pnah tgk bola sampai abes. slalu tgk skejap, pastu da bosan sbb x masuk2 goal. asyek tendang sana, tendang sini. baik tunggu result je, senang crita. bile kaka main je aku macam excited skit. tp still bosan gile. tapi arini, 1st time dow aku tengok full.

fuhh, cair tgk goalkeeper malaysia, sharbinee.
terer kot dia jaga gol.. goalkeeper vietnam tuh, x abes2 sakit. kluar je la, bukannye hebat pon. drama lebey. haha.. bak kata akak aku, "bukannye ensem pon". hahaha.. sharbinee gak yg ensem. & btw, jgn percaya ape aku ckp kat intro tu. tipu je =P

& kesimpulannya,
aku hepi malaysia menang!
bak kata sume org, penantian 20 taun.
tp aku tunggu 18 taun je.
weehooo!


p/s: salam maal hijrah =)
tahi bersih
pssst..

kepada yg sempat baca entri aku smalam,
aku da delete entri tu sbb aku pun da rasa jijik, loya, & geli geleman nak bukak blog sendiri. ahaha..
so, utk ganti kejijikan entri pasal tahi kotor,
ini adalah rahsia2 tahi lalat =)

  1. Di kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita
  2. Di kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
  3. Ubun-ubun - kurang jujur
  4. Pusar - cerdas,tangkas dan tekun
  5. Di Kening kanan - cergas dan cekap
  6. Di kening kiri - cergas dan sopan santun
  7. Sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yang cinta
  8. Sudut mata kanan dalam - disayangi suami atau isteri
  9. Biji mata kanan - suka serong dan pembohong
  10. Biji mata kiri - pembohong tapi baik hati
  11. Di alis kanan - baik hati, suka menolong
  12. Di alis kiri - ramai yang suka
  13. Di pipi kanan - ramai teman
  14. Di tengah-tengah pipi kanan - ramai yang suka
  15. Di tengah-tengah pipi kiri - ramai kawan
  16. Pada hidung - banyak rezeki
  17. Pada batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
  18. Bibir atas kanan - banyak rezeki dan pandai
  19. Bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
  20. Bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yang suka
  21. Bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
  22. Hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
  23. Hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
  24. Dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
  25. Dagu bawah kiri - bijaksana, berbudi luhur
  26. Leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
  27. Leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
  28. Leher ditengah - tercapai apa yang dicita
  29. Di bahu kanan - cermat dlm mengambil keputusan dan banyak tanggungan
  30. Di bahu kiri - suka kerja keras, banyak tangungjawab
  31. Di dada kanan - dapat mengatasi masalah
  32. Di dada kiri - berani, jujur dan sabar
  33. Tetek kanan - baik hati, pendiam dan simpan rahsia
  34. Tetek kiri - ramai kawan, setia pada suami atau isteri
  35. Di punggung kanan - pendiam, simpan rahsia
  36. Di punggung kiri - lambat, kurang agresif
  37. Di perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
  38. Di perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
  39. Pinggang kanan - sayang pada isteri atau suami
  40. Pinggang kiri - disayangi oleh isteri atau suami
  41. Di jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
  42. Di jari telapak tangan kiri - banyak rezeki, menyimpan
  43. Lengan kanan - setia dan taat pada atasan
  44. Lengan kiri - menepati janji dan suka kerja
  45. Siku tangan kanan - kuat hendak memiliki kekayaan
  46. Siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
  47. Ketiak kanan - menyimpan rahsia
  48. Ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
  49. Pergelangan tangan kanan - boros, suka bersukaria
  50. Pergelangan tangan kiri - dapat berpangkat
  51. Pangkal peha kanan - kemahuan kuat
  52. Pangkal peha kiri - suka kerja apa saja
  53. Kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama (bersetubuh)
  54. Di kepala kemaluan - bakal beristeri dua
  55. Betis kanan - suka berpoya, boros
  56. Betis kiri - tidak suka menganggur
  57. Tumit kanan - jujur, banyak kawan
  58. Tumit kiri - baik budi
  59. Di telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
  60. Di telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
  61. Lutut kanan - bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha
  62. Lutut kiri - kurang berusaha

yang aku bold tu aku punye. hehee
tapi aku rasa macam x betul je..
eju? cergas & cekap??
hahahaha lawak dow..=))
aku nak bangun pagi pon malas. gi sports lagila malas.
cergas & cekap?
aish, jangan percaya rahsia taik lalat ni. haha

home facial
cantek kan kulit model di atas?

haih. ade org ckp, iklan2 yg tunjuk model cantik2, membuatkan kami, orang biasa yg kurang cantik berasa rendah diri & hilang keyakinan. seperti satu diskriminasi kpd yg kurang cantik.

betul ke?

aku, personally, rasa iklan2 yg tunjuk model cantik2 ni sbenarnya lagi influence aku utk beli. mmg strategi pemasaran yg bijak. sebenarnya, ape yg aku membebel ni xde kaitan pun dgn ape yg aku nak share harini.

cuti ni, timbul beberapa ketul jerawat atas dahi aku.
aku cool je, tapi mak risau habes. ahaha..
lalu mak pun buatkan aku masker untuk ditepek atas muka. petua orang dulu2 utk wajah bersih berseri.

campurkan;
serbuk kulit kayu manis,
putih telur,
limau nipis

gaul gaul gaul, pastu letak atas muka. biarkan selama 30 minit. tapi kena tahan la bau 'harum' & xboleh nak gelak sbb muka jadi tegang. dah tu, basuh dgn air suam. kulit jadi licin, beb.. x tipu! =D

try la!
hanna sofea
pada 10 disember 2009,
lahir lah seorang anak dara jelita di kelantan
tengok la sape mak usu dia. hahaha

congrats to alang & kaklang!
baby girl pertama selepas 3 hero yg meriahkan family ni.
x sabar nak tunggu dia besar. klu ade kesempatan, nak ajar dia 'girls stuff'. oyeah, jadi perempuan sgt best okayyy.. sbb tu ramai lelaki nak jadi perempuan. ahaha=D

selepas seharian alang fikir nama,
dapat lah nama,
Hanna Sofea binti Hazani
best kan? cayalah alang. kreatif pilih nama.
=)
tick tock
tadi report card sampai.
sekali dgn calender 2010 & headmaster's letter.


& nampak tak tuuuu...??
april 2010 dah trial exam, may pulak A level!!
GILE AHHH.. TIME IS RUNNING OUT!
lima bulan je lagi weh. tidak lama. sangat sekejap.

dah la result 1st sem ni kurang memuaskan.
camne nak masuk imperial nih.
kena dapat A* untuk Math. aish. susah. tapi x mustahil kan?
T.T
kasih kekasih
perkahwinan Jamil & Rahaya kini telah berusia 33 tahun =)

semalam, mak pergi Kelantan.
sebab kaklang dah sakit nak bersalin. xlama lagi mak dpt cucu baru & aku dpt anak buah baru! yeay!! =D abah x ikut gi kelantan sebab abah xleh jalan jauh. nanti muntah2. aku lak x ikut sebab.. nak buat homework (uhuk2)


apa yg aku nak bagitau arini is,
betapa abah aku sayang kat mak =)
smalam, masa mak tgh dlm pjalanan, abah risau betul. xboleh duduk diam. asyik tunggu mak talipon. klu x sabar, abah sendiri talipon. abah senyap je spanjang hari. risau tgk.

harini lak,
bangun2, tengok semua dah siap.
baju dah basuh, sarapan dah siap dimasak, katil sndiri dah kemas. aish, rajin betul abah. abah cakap kat aku,"makan la nasi goreng tu, abah masak x sedap sgt". bunyik mcm rindu kat mak je? ahaha.. pastu, abah call mak. excited btul abah borak, tergelak-gelak dia. abah ckp "menyesal plak x ikut". awww, terharunye dgr! =')

mak pulak, cakap ngan akak kat talipon,
"jaga abah baik-baik"
aduhhhhh sweet sangat!

xpe la, mak abah, seminggu je berjauhan, x lama =)
facebook addict

are you addicted to facebook?
i am. -.-"

apesal eik? aku cuba pikir balik nape aku suke sgt on facebook.
sebab benda2 ni kot..;


status updates
- boleh komen2, merepek2, & kekadang bleh tergelak sorang2 sbb komen tu mcm lawak. tapi bile xde org komen, aku delete balik status aku. haha, loser sey.
photo- bile org upload gambar, gi tengok. pastu tag tag sesapa yg ada. & komen2 merepek lagi.
stalk- meng-update-kan diri dgn gossip semasa. ;)
pet society- game ni sronok sbb aku suka beli baju utk pet aku.
social interview- buang masa jwb soalan x berfaedah. tapi suka skip soalan yg cam xbest


in conclusion, semuanya cuma BUANG MASA
kesian kat homework aku yg merayu-rayu minta disiapkan.


jadi,
aku nak boikot facebook selama seminggu!
starting from today.
so, aku akan on9 balik pada 8 December 2009
objektif: utk kurangkan addiction saja. tp fb tetap best. hehe =D

nak join? jom!

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino