My Picture

hai. saya eju. saya blog pasal macam2 subjek dan peristiwa. menetap di London utk 9 bulan dan di Malaysia utk 3 bulan, setiap tahun sehingga 2015.

More about me»

hallucination
tadi mase kelas IELTS,
mr murali tunjuk slides pasal schizophrenia disorder & its symptoms.
antara symptoms dia; having hallucination.
something which u imagine u can see or hear, but it's not really there.

tiba-tiba aku teringat kat imaginary friend aku masa aku kecik.
aku sorang je leh nampak dia. dia annoying gile. tak abes2 nak kacau hidup aku. dia slalu muncul bile aku taknak dia muncul & dia slalu cakap benda negatif kat aku. macam bile mak aku marah aku, dia akan cakap yg mak aku dah x sayang aku lagi. sampai 1 day ni, aku nak lari dari rumah sebab kena hasut ngan imaginary friend tu. the last time aku jumpa dia masa darjah 3 kot. aku marah dia sampai menjerit sorang2. & semenjak tu, dia dah x datang lagi. bile fikir2 balik.., laa.. itu cuma imagination semata-mata. tapi serius mcm real.
& aku pelik sebab bile aku tanye classmates aku,
"ada imaginary friend ke x?". semua jawab takde.
selain tu, aku ade mimpi pasal seseorang ni, (orang yg sgt lain dari imaginary friend tu) yg aku xpnah kenal, tapi aku rasa comfortable bile dgn dia. & dia datang dalam mimpi aku occasionally. macam mimpi yg bersambung pada tarikh yg berbeza. pelik x? & serius aku slalu berdoa yg lelaki dalam mimpi ni btul2 wujud dalam real life.
haish,risau la plak. aku ade schizophrenia disorder ke?
or aku ni memang budak pelik mcm ape yg orang slalu cakap.
-.-"

wan nur anati
disebabkan atie tulis 1 post kat blog dia khas untuk eju,
ni, terpaksa la eju balas balik, dedicate 1 post khas utk atie.
hahah ;)



to my biggest stalker;
HAPPY 18TH BIRTHDAY!
may Allah bless u & may all ur dreams come true..

fuhhhhh gile bosan tgk muke atie bertahun-tahun. masuk2 kys je da jadi bedmate. dah la masa form 1 slalu gaduh.. haha..
malangnye nasib kte, tpaksa jadi dormmate & housemate for 5 years. ingatkan takat 2008 je, skali scholarship pon dpt sama! haha.. n secara jujur, 1 of the reasons kte reject JPA is sbb atie ckp "on personal gain, of course kte nak eju pilih pnb". serius owh ;) n sekali dah masuk sini pon, jadi housemate LAGI. chaletmate plak tu. haha..
& i want to say THANK U VERY MUCH for everything.

atie banyaaaaaak sgt tolong kte. like BANYAK SANGAT2! bile kte takut nak jalan sorang2, atie sanggup teman kite jalan jauh2. bile kte sedih/tension/happy/mood gedik/excited/frust, atie la tempat kte nak ceritakan semua benda. sbb so far, atie yg paling faham apa yg kte rasa kat sini. thanks!


& ucapan terakhir dari kawanmu yang best ni,
mengaku je la yg eju memang best.
kalau x, xkan atie suka stalk kte kan? hahah=P


kisah burger

minggu ni minggu exam.
makin stadi, makin lapar; so setiap malam kami satu chalet order burger. tengok je ar tong sampah tu, sampai penuh dengan plastik burger je.
1st night kitorang order burger ayam cheese special.
delivery sampai kat jalan raya je. so, kena gi ambik dalam suasana gelap tanpa lampu jalan. aku gi tunggu delivery ngan anati, sekali nampak ade satu lembaga ni, jalan sorang-sorang, slow-slow je kat tgh jalan yg gelap tu. cuakk gileee dow.. lagi-lagi, skarang ni sume tgh kecoh pasal kisah sekumpulan perogol terlepas di lembah beringin, & kisah hantu rambut panjang tanpa muka yg diceritakan oleh seseorang yg tnampak kat jalan raya ni jugak. dah ambek burger, kitorang lari lintang pukang balik chalet.
entah-entah pakcik guard. cis. penakut.
btw, lepas balik tu, anati cakap, "that delivery guy tu boleh tahan hensem doh". cis, aku tadi cuak sangat, x sempat nak usha. haha.. pastu, the next day, kitorang order burger lagi. aku pon excited nak pegi ambik sebab teringat anati cakap budak delivery tu hensem.
sekali motor delivery guy sampai.
dari jauh nampak hensem.
sekali tengok dekat2,
cis!! budak form 2 kot!!
haha.. mati2 kena tipu..
the next day, order lagi.
aku : hello, nak order burger boleh?
burger : boleh.
aku : nak burger ayam cheese empat.
burger : chalet L46 kan?
aku : betul!
waaa sampai boleh ingat nombor chalet aku. hahah..
p/s: fuhh panjang lebar aku membebel. sbenarnye
baru lepas exam chem. nak lepas tension =.="
new url

cermin muka
"cermin muka kau tu dulu la!"

xde sape tau betapa BESARnya ayat ni memberi kesan dalam idup aku suatu masa dulu kcuali aku & Tuhan.


& skarang,
bila aku tringat balik ayat ni,
aku pun tengok cermin.



& baru aku sedar.
yang selama ni aku cuma nampak eju.
tapi apa yg aku nampak dalam cermin, hari ni,
sambil teringatkan ayat tadi;
aku nampak..
a teenage dirtbag.


yeah, that is me.
screwed up
tadi ada practical exam- chemistry
pendek kata: TERUK!!!!


sebelum start experiment,
cikgu suruh rinse sume apparatus,
masa aku nak capai filter funnel, mende alah tu langgar measuring cylinder.

PANG!!!!

pecah seketul.
cuak punye pasal, aku kaku seketika.
"apa tengok lagi tu? kutip la!!" cikgu marah.

ok, boleh tahan sabar lagi.
next, sume orang da start wat experiment.
aku pon tak terkecuali.
bila aku nak angkut crucible yg baru lepas heat tu,

PANG!!!!

pecah lagi seketul.
masa tu memang dah down gile ah.
cikgu suruh ulang balik experiment.
sabar, eju, sabar.
muka dah merah dah, tahan nanges punye pasal

next,
experiment tu cakap;
kaler taik tu nanti tukar jadi yellow.
titrate punye titrate punye titrate.
tak jumpe pon kaler yellow???
ish. sabar lagi, sabar.

next,
dah abes experiment,
kena jawab soalan yg buat pecah pala otak.
jawab punya jawab punya jawab,
masa dah nak abes,
last 3 questions blum jawab,
5 soalan kat blakang tu, baru aku sedar, ada salah kira.
nak tukar, tapi nak jawab soalan yg belum siap tu.
last-last, dua-dua pon x buat.


hish.
dah dah.
lupekan.
next time, buat betul2. T.T

gewd news
O.M.G.
aku baru je tepon mak tadi.
& mak cakap,
"eju,nanti taun depan..
eju dpt 3 anak buah baru!"
yeay!! yeay!! yeay!!
aku xleh berhenti tsenyum skarang
=) =) =) =) =)
kakngah aku plak disahkan pregnant!
hepinye hepinye hepinye...!
so, nanti;
anak kaklang lahir december 2009
anak kaklong lahir april 2010
& anak kakngah lahir june 2010
waaa ramainyeeeee =D
nak baby pompuan lak ^^
aku janji
aku janji dengan diri sendiri,
dgn blog ini sebagai saksi;
bahawasanya,
aku akan...
(jeng jeng jeng)
berusaha keras &
blajar bsungguh-sungguh
tahap separuh mati
untuk dpt keputusan AAAA dlm upcoming exam ni nanti,
& dapat markah bapak gile jauh lagi tinggi
dari orang yg selalu pandang rendah kat aku tu.
tau la dia hebat, tapi xyah la pandang rendah kat aku kan.
ni yang aku geram nih. ish. cubit kang.

so, eju, stadi la betul-betul.
tunjuk kat dia yg u can do better.
biar dia tau siapa eju yg sebenarnya.
superman? batman? ultraman?
oh tidak.
eju jauh lagi terer dari mereka.
go eju! go eju! o yeah! o yeah!
=D
a LOOONG week
seminggu ni terasa panjaaaaaaaang sgt.
banyak peristiwa jadi minggu ni, yg aku xkan lupa sampai bila2..
ada peristiwa pahit, ngeri, & manis =)
_________________________________________________
peristiwa pahit:
chalet kena rompak.
xdela pahit sgt, sbb bilik aku x berjaya dikopakkan oleh si pencurik, cume tombol aku rosak. tp yg xkan aku lupa, kitorang empat2 chaletmates duduk dekat2, bincang sal pencurik tu smpai menggigil-gigil sbb takut. hahah..
_________________________________________________
peristiwa ngeri:
derma DARAH
sangaaaaaat ngeri, okay!!! memula tu, aku yg over excited ajak sume orang derma darah. sekali da sampai kat tempat tu, trus rasa nak cancel niat aku. tapi, atas desakan jannah & asri, aku cuba je la teruskan dgn niat derma darah. haha.. memang aku x tengok langsung jarum & darah aku. ngeri doh!! hish. pasni taknak derma darah lg. haha
___________________________________________________
peristiwa manis:
semestinya, cultural performance
minggu ni adelah minggu final preparation for CP. memang sangaaaaat penat. penat sbb banyak keje props yg kena wat, plus, otak ni asyek risau dok fikir nak settlekan everything by friday. tp alhamdulillah, kami berjaya! o yeah, o yeah! & CP 2009 tlah diiktiraf sbg the best CP in kyuem history. =)
tapi, sedih skit sbb aku tpaksa duduk kat backstage. dah la xdpt tangkap gmbar props. huhu.. tp xpe, cp tetap best. usaha batch 12 berminggu2 ni, memang berbaloi ar. weeehooo! & beribu juta terima kasih kpd backstage crew yg x pnah merungut bila tpaksa jadi backstage crew. hahah =D



deco team.
tiada dlm gambar: farah, mariam,maisara, saara, judo, hannan, fawwaz, & ramai lg yg kadang2 menolong =)

& x lupe gak, apek, working partner yg bagus & efisien. dulu, aku ade gak keje ngan beberapa orang, & diorg agak lepas tgn & tinggalkan sume beban atas aku. tp, apek ni kira bagus r sbb dia komited. thanx, pek!

huish, x lama lagi exam nih. doakan aku! =D

Cerita kedai kopi

tetamu

kelab kapucino

komen kapucino